Tuesday, December 28, 2010

love can't be forced

sometimes it's really hard to like someone. it's not likely we can go up to them and say 'i like you, i really really like you'. that wont just do it because it would surely freak them out, and it's embarassing just by thinking about doing such a thing, just imagine doing the real thing and saying it all out to the person you like. scary isn't it? haha~

i always imagine myself going up to a girl and bluntly 'asking her out', just like in the movies. well, this asking people out on a date thingy is not really our culture in the first place. so i can't imagine what to say, either ask for her number or ask her out on a date. a stranger asking for your number is kind of strange and surely u'll be marked as a stalker on the market. haha~

believe it or not i've tried one of these method before. it's a memory that is now funny to me and i can laugh out loud to myself sometimes just thinking about it. "wow! how embarassing that was". or "silly me...". hehe~ but those are the days when we sometimes like to try things and experiments what the outcomes will be. regardless what people would say but it's a stupid thing you can sherish with your grand children one day that's for sure.

the first time i'd asked for a girls number was back in 2002 i think. i was 19 or so. i had some friends who took STPM and i occasionally went to my old school to visit them. that was the time i saw this one girl. it was almost 'a love at first sight' (konon la haha~). she was also taking STPM and before this she was from another school so i never exactly met her before. looking back, i don't really know why i liked her but at the time she was quite a catch. cut the story short, i had the chance to befriends with her. we chatted and talked on the phone until one day i just had to tell her how i really felt about her. so i did. but i said to her that i really don't want to be couples, i just don't agree with the concept but i just wanted to know her better, and see how it goes. i said to her that if during our 'friendship' or one day she doesn't have feelings for me back i'd asked her to tell about it and we can just be friends. i was serious and that's just the way i really am. i truly believe that people should be honest to each other and if things doesn't turn out so well they should confest and still be friends. because love can't be forced, you can't make other people like you, it just doesn't work that way.

a year later i found out that she actually did not have any feelings back. but the most disappointing of all is that i found out from a friend. so, i called to ask her about it but she just won't answer her phone so i text her (sms) instead. she replied saying that she was sorry and that she didn't have the heart to tell me in person. i was so disappointed, not because she didn't like me back but the fact that i'd sincerely stated that if she doesn't have feelings for me, she should just tell me straight away, and that was our 'friendship agreement'. but at the same time i also felt relieved because for one year i waited for an answer and finally at that moment Allah SWT has answered my prayers, and i was blessed.

the second time i'd ask for a girls number was back in 2007. this time i was rejected on the spot. it was like getting hit on the mouth but in a very soft way. haha~ i was almost laughing at her, and at myself really. because she had said that she did not have a handphone or a number and just a day before that i saw her using one. it was funny how she had lied. maybe she thought i was a stalker or something but the most confusing thing was, she had gave me a green light before hand during our previous meetings. so because of that believe i'd approached. but when i did i was rejected. i wasn't sure whether she had wanted me to try harder, or she was just playing hard-to-get but at that time i just didn't have the bothersome to try the second time or any time. that was the last time ever i'd ask for a girls number. lesson learned. haha~

i don't really know why i wrote this entry, but it just came out of no where. these memories is kind of silly but also fun to share with people especially with my friends or perhaps my future kids.
"kids, let me tell you the story when i'd ask for a girls number....bla..bla..bla..". almost sounds like that comedy series "how i met your mother" doesn't it? :)

okay, roger and out.

hati yang kosong

seronok bila tengok kanak-kanak, "so innocent and so naive", tak perlu pikir seperti orang dewasa pon. orang dewasa banyak kena pikir, pasal belajar, pasal kerja, pasal keluarga, pasal kerjaya, pasal agama, pasal suami, pasal isteri, pasal anak-anak dan banyak lagi, senarai yang tak putus. dari sejak sekolah aku banyak berfikir, dan banyak memperhati dan banyak menilai. secara tak sedar ia suatu kebaikan juga kerana berfikir akan kejadian Allah dan apa yang berlaku pada diri akan mendapat pahala dan juga mendapat kesedaran dan keinsafan yang tak terhingga. lalu kebanyakkan idea yang aku keluarkan untuk ditulis ialah mengenai manusia dan orang-orang sekeliling aku.

ada orang kata, bila kita menulis mengenai manusia kita ini salah seorang penulis yang tidak hebat, kita hanya menjadi hebat bila kita menulis mengenai 'ideas'. aku sebenarnya kurang selesa dengan pandangan ini kerana jika kita ingin berdakwah, perkara pertama kita akan sentuh ialah mengenai orang atau manusia, menegur sesuatu perkara atau perbuatan yang manusia lakukan, seperti nabi s.a.w yang tidak pernah 'give up' dengan dakwahnya, kebanyakkannya berkaitan dengan isu manusia. jadi, untuk apa sebenarnya kita menulis, tak kisah la kat blog ke, artikal ke, surat khabar ke. tapi untuk tujuan apa? adakah untuk menjadi hebat? atau glamer? aku sama sekali tidak mahu jadi hebat seperti itu atau terkenal dengan bebelan yang aku tulis disini, kerana sesungguhnya aku manusia biasa dan tidak mahu mengejar kehebatan yang sesetgh orang impikan.

sedar atau tidak ramai manusia hidup tak tentu hala. mengejar dunia semata-mata ingin bahagia, agama diabaikan, anak-anak terbiar terjebak dengan maksiat. ini realiti. bagaimana pula dengan diri sendiri? adakah kita tidak takut lagi dengan Allah? kita begitu lalai bermaksiat di depan Allah seolah-olah Dia tidak Maha melihat apa yang kita lakukan. syaitan tidak berhenti menghasut kita kearah keburukan. kadang-kadang, kita dengar dakwah dari ustaz di masjid, di radio, di tv, melalui cd-cd yang dijual, pergi usrah, pergi majlis-majlis ilmu tapi setelah mendapat ilmu yang menginsafkan ini kita kembali melakukan keburukan, mengumpat orang, bersifat ego dan lupa dengan pesanan-pesanan yang kita telah dengari dari ceramah atau majlis ilmiah.

apa sebenarnya yang kita mahukan? adakah kebahagiaan? dari segi apa bahagia itu kita nilaikan? adakah dengan duit yang banyak? adakah dengan rumah yang besar atau kereta yang mewah? manusia tidak pernah berhenti mengejar kekayaan, tidak pernah rasa cukup untuk berhenti. berhenti dan bersyukur kepada Allah. tidak dinafikan masih ada orang kaya yang berjiwa islamic. alhamdulillah. duit banyak tapi amalan menderma kepada orang yang memerlukan menjadi amalan wajib bagi mereka. orang-orang seperti ini tidak berkira atau kedekut, mereka ini tahu bila megeluarkan duit untuk bersedekah Allah akan lipat kali gandakan rezeki mereka pada masa akan datang. kerana mereka tahu dan percaya sepenuhnya bahawa rezeki itu datang dari Allah SWT bukan dari manusia. tidak pernah pula kita mendengar dalam berita atau membaca dalam surat khabar orang muflis kerana bersedekah. tapi ramai lagi orang sayang untuk bersedekah walau RM1 sekali pon. tidak salah sebenarnya berharap sesuatu daripada Allah. apatah lagi bila mengharapkan kebaikan dari-Nya. tidak salah sama sekali mengejar pahala Allah dan beruntunglah orang-orang beriman itu janji Allah kepada kita.

kesederhanaan. perkataan yang penuh bernilai dari segi maksudnya. sebenarnya kita ada pilihan untuk hidup sederhana. tidak salah kita mencari rezeki Allah untuk hidup lebih selesa, seperti rasul kita, baginda seorang businessman, maka tidak salah mencari duit tapi baginda tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat islam. walaupon seorang rasul dan tentunya baginda adalah sah ahli syurga, tapi tanggungjawab sebagai orang mukmin baginda tidak lupakan, dan begitu juga sahabat-sahabat nabi yang begitu taat dengan suruhan Allah dan sunah rasul. maka mencari rezeki adalah baik disisi Allah tapi yang menjadi masalah nya ialah bila kita melampaui batas dalam mencari rezeki sehingga tuntutan agama ditinggalkan, terutamanya meninggalkan solat. solat lima waktu itu wajib, walau dimana jua kita berada solat wajib dikerjakan. tiada alasan bagi orang-orang sihat tubuh badannya tidak melakukan solat. dunia semakin sibuk dengan hal masing-masing. hiburan menjadi nadi untuk keseronokan.

kita lihat contoh yang paling senang, iaitu konsert akademi fantasia dan konsert-konsert yang sewaktu dengannya. peminat setia beratur panjang dalam jam dari sejak waktu asar untuk ke konsert, bila sampai ke tempat konsert, dah pon waktu maghrib, sampai la lewat malam konsert tamat mereka pulang ke rumah dan sekali lagi tersangkut dalam jam. di sini kita boleh lihat kelalaian manusia dalam menjalani solat. ramai yang terlibat dalam jam tadi dan hadiri konsert akan terlepas solat asar, waktu magrib pon terlepas juga, dan bila sampai rumah masing-masing dah letih, terus tidur. sekaligus mereka akan terlepas solat asar maghrib dan isyak. pasti ada yang pikir "takpela nanti aku qadar". tapi niat qadar solat ini ada had dan ada syaratnya. kita seolah-olah mempermainkan solat jika kita berniat untuk qadar solat tapi tidak berusaha melakukan solat yang wajib tersebut. tiada usaha tapi sudah berniat nak qadar. maka ini sudah pon menjadi salah dari segi agama. perkara ini juga berlaku waktu pertandingan bola sepak dan juga sukan-sukan yang lain. kerana terlalu seronok dengan aksi sukan dan menyokong pasukan masing-masing, kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab solat.

selain tu kelalaian manusia menyerlah bila waktu tengok wayang. pergi tengok citer "hantu kak limah balik rumah" tapi dengan selamba kita beli tiket pukul 7.30pm. sah-sah la satu panggung terlepas solat maghrib, perkara macam ini banyak berlaku, cuma segelintir orang sahaja yang menunaikan solat walaupon wayang sedang berjalan. kalu sudah tahu waktu tayang itu waktu magrib apa salahnya membeli tiket lepas solat maghrib, bole sahaja. kadang-kadang kita tahu semua ini cuma kadang-kadang kita buat tidak tahu dan lama-lama akan menjadi terbiasa, akibatnya yang solat jadi tak solat, lama-kelamaan jadi tak solat terus. yang terbaik lagi, kita boleh lihat yang pergi tengok wayang ni kebanyakkannya adalah pasangan. masing-masing buat tak tahu sahaja bila tiba waktu solat. awek pakai tudung for "show" sahaja. tapi dimanakah perginya islamic values pada wanita-wanita seperti ini agaknya? adakah wanita seperti ini bakal menjadi future wife kita? bagaimana pula si lelaki yang tak solat? adakah lelaki seperti ini bakal future husband wanita-wanita? bagaimanakah ingin melahirkan anak-anak yang soleh jika ibu bapa pon sudah entah apa-apa..hm..

akhir kata, tak salah dan boleh berhibur. tapi solat kena jaga. banyak lagi erti hiburan jika kita mahu mencari keseronokan. membaca al-quran juga adalah sebagai hiburan. splat berjemaah dimasjid atau surau dan menghadiri majlis-majlis ilmu juga satu hiburan. berzikir juga mungkin boleh menjadi suatu hiburan. tidak semestinya kita mencari sesuatu hiburan diluar sana untuk berhibur dan untuk mengisi kekosongan yang tersemak di dalam hati. kita sentiasa mencari 'sesuatu' itu yang sering dikatakan tidak 'complete'. dimana kita lupa, sebenarnya 'kekosongan' dalam hati atau 'sesuatu' itu boleh diisikan dengan mengingati Allah. mendekati Allah dan rasul-Nya adalah lebih tenang jika dibandingkan dengan menghadiri konsert-konsert hebat. keseronokkan duniawi hanya akan bertahan untuk sementara waktu. jika jiwa kita kosong dan berhibur hari ini, kita merasa seronok seketika tapi keesokan harinya pasti ia sudah pon hilang dan kita kembali kosong dan mencari-cari apa yang sesuatu yang perlu di isi itu. sebenarnya jawapan sudah pon ada didepan mata. cuma kita sahaja kadang-kadang tidak mahu melihatnya. kita tidak mahu menjalani tanggungjawab sebagai umat islam kerana kita lupa bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan. kita mahukan kebahagiaan yang hakiki. padahal kebahagiaan yang 'ultimate' itu adalah dengan mendekati Allah SWT dan mengikuti ajaran Rasulullah SAW.

wallahua'lam.

Monday, December 27, 2010

'Don't talk to me about Muhammad'



It would be such a pleasure to have you come along with me
I accept your gracious offer of kindness and company
But as we walk along young man
And as you help me with my load
I've only one request as we travel down this road

Don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

That man upsets me so
So much more than you could know
I hear of his name and reputation everywhere I go
Though his family and his clan once knew him as an honest man
He's dividing everyone
With his claim that God is One

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

He's misled all the weak ones
And the poor ones and the slaves
They think they've all found wealth and freedom
Following his ways
He's corrupted all the youth
With his twisted brand of truth
Convinced them that they all are strong
Giving them somewhere to belong

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

Thank you now young man
You've really have been so kind
Your genorosity and smile are very rare to find
Let me give you some advice
Since you've been so very nice
From Muhammad stay away
Don't heed his words or emulate his way

And don't talk about Muhammad
You will never have true peace
And trouble is all you will find
So don't talk about Muhammad
And as you travel down life's road
You will get along just fine

Now before we part and go
If its alright just the same
May I ask my dear young man
Who are you, what's your name
Forgive me what was that?
Your words weren't very clear
My ears are getting old
Sometimes its difficult to hear
It's truly rather funny though I'm sure I must be wrong
But I thought I heard you said
Your name is Muhammad
Muhammad

Ashaadu anlah ilaha illalla
Wa ashadu ana muhammadur rasululla

O talk to me, Muhammad
Upon you I pray for peace
For you have eased my troubled mind
O talk to me, Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As I travel down life's road
I will get along
Just fine

Dawud Wharnsby Ali

------------------------------------
There is a hadith about the incident when an old lady was helped with her load by a young man. The young man turn out to be Muhammad (SAW) himself, and the lady said her 'shahadah'.

Tuesday, December 21, 2010

hakikat riak

"penyakit hati yang sering dijangkiti manusia, adalah penyakit yang boleh membatalkan ibadah" kata ustaz. sambungnya lagi, "penyakit ini ialah penyakit riak".

woooohhh!! aku hampir melompat dari tempat duduk, punggung aku bagaikan terangkat-angkat (perasaan je..haha~) topik yang aku nanti-nantikan sekian lama. waduh..dapat ilmu alhamdulillah.

sebenarnya aku dah lupa dah isi ustaz sebab ceramah ni dah lama, duk tangguh lama sangat nk tulis sampai lupa..:) tapi takpe aku akan cuba sedaya upaya menulis apa yang aku ingat.

banyak la cerita ustaz tu sebenarnya. aku tak nak sentuh semua cuma yang berkaitan je dengan dunia kita-kita yang setahun jagung ni.

sebenarnya riak ni sah penyakit datangnya dari hati. sebab manusia ni lemah dan cepat lupa, maka senang lah setan menghasut diri kita untuk lalai dan tidak sedar. riak ni berlaku kepada pelbagai lapisan ummat. tak kisah la kaya atau miskin, muda atau tua. semua akan kena secebis riak dan haruslah kita kenal pasti yang mana adalah perkara riak dan haruslah kita membuangnya cepat-cepat.

yang paling simple aku bole share ialah gambar upload. banyak gambar kita dapat lihat di internet ni. macam-macam orang akan upload. contoh paling menyerlah ialah, pompuan cantik. perasan atau tidak mereka-mereka ini akan men-upload pelbagai jenis gambar sampai mencecah ratusan banyaknya. bila kita pikir balik, untuk apa sampai begitu banyak di upload? dan perkara seperti ini kata ustaz sebenarnya adalah "HAKIKAT RIAK". so ape hakikat riak ni? hakikat riak ni macam ni. kena tahu tujuan apa kita letak gambar tu? jika untuk menunjuk-nunjuk cantik diri kepada orang ramai, maka terjatuhlah ia kedalam "hakikat riak". itu yang nyata. tapi yang menjadi hakikat riak secara halus, bila gambar yang diletak itu, dalam hati kecil mahu akan pujian, atau mahu orang melihatnya, maka perkara yang kecil ni ialah hakikat riak.

aku pikir ada betol juga apa yang ustaz cakap. sebab aku teringat akan blogger yang aku kenal dulu. aku pernah menegur mereka akan gambar-gambar yang di upload. mereka menjawab:
"saya tak ada niat pon untuk menunjuk-nunjuk, saja suka-suka" (mereka ni cantik giler tak perlu dah upload begitu banyak, kalau dah cantik tetap akan cantik, maka bagi aku memang sah hakikat riak).

sapa-sapa yang ada facebook. cube lihat comment-comment yang ada pada gambar pompuan yang cantik. datang kawannya yang lebih kurang cantiknya, akan memberi comment yang akan dikomen macam ni:

kawan cun: "pewwwiiiiittttt!!!, hot la kamu"
pemilik fb hot: "ala...u lagi hot dari i.."
kawan cun: "uih..i kalah ngn cun u la.."
pemilik fb hot: "takda, u tetap cun dimata i"
kawan cun: "ok..kita sama sama hot..hehe~"

perasan tak comment mereka tak kesudahan. dengan tak sedar mereka-mereka ini telah pon riak sesama sendiri. walaupon mereka tak sedar tapi ini adalah hakikat riak. (mana ada, niat i baik tau. yela tu..) mari kita pikir, seorang tu tak akan puji jika dia tidak mahu akan pujian balik dari kawan dia (sebab dia pon cantik). kawan dia pula membalas dengan kata-kata supaya dia akan dipuji lebih-lebih lagi. budak laki berpusu-pusu datang untuk comment dalam bentuk pujian kecantikan. lagi-lagi lah bertambah riak si fulan.

perkara diatas sama juga seperti dalam bab belajar. statement yang berbunyi: "ko hebat la beb, aku memang kalah la ngn ko kalu bab ni" jika mamat yang dipuji ini sedar yang mamat yang memuji itu ingin mendapat pujian balik dan dia tidak mahu riak balik beliau akan senyum sahaja kerana jika memuji balik perbualan riak itu akan berterusan. ini salah satunya untuk mengelak dari bersikap riak.

banyak lagi la contoh riak sebenarnya. aku malas nak sentuh banyak. kita dapat lihat dalam masyarakat kita, jiran kita, orang baru kawin, orang sudah lama kawin misalnya. ada kereta, nak kereta lagi besar untuk menunjuk-nunjuk kejayaan, kuasa, pangkat dan sebagainya. ibadah dah la di 'cips more' kan, tambah lagi dengan riak dalam hati, abis la kita jaminan syurga, sebab nabi SAW ada menyatakan kerisauan baginda dengan menyatakan bahawa riak ini adalah syirik kecil, seperti berikut.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."


(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Allah SWT pon tidak suka akan orang yang riak sebagai mana dalam Firmannya yang bermaksud:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"
(Surah al-Ma’un, ayat 4-6)

dan;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."

(Surah al-Baqarah, ayat 264)

senang cerita riak ini ialah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan puji-pujian dan sanjungan atau penghormatan orang lain atau nak rasa diri sangat best (berbangga-bangga). ini sebenarnya sangat salah dari apa yang islam ajarkan kepada kita kerana islam menyeru umatnya beramal yang baik-baik atau melakukan perkara yang baik-baik dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.

untuk mengelak dari bersikap riak, sebelum membuat sesuatu, pikir-pikir lah kebaikan dan keburukan ia dulu supaya riak dihindarkan, jika orang memuji, cepat-cepat tegur orang itu supaya tidak sampai ke hati. (ustaz Nourman Ali ada memberi komen mengenai pencegahan ini dalam satu tazkirah beliau). kita kena banyak berfikir dan ingat pada Allah. jangan kita terlalu inginkan kepada pujian manusia, padahal pujian itu tidak akan membawa kita kemana-mana pon, hanya seronok didunia yang sementara ini sahaja. mari lah kita mengenal pasti cara hidup kita, tingkah laku kita, percakapan kita untuk menghindar dari bersikap riak atau dari perkara yang "hakikatnya riak" disisi Allah SWT.

wallahua'lam.

Sunday, December 19, 2010

mat (bukan nama sebenar)

tetiba tringat kisah zaman sekolah. aku ada sorang kawan baik nama dia mat (bukan nama sebenar). aku dan mat kenal sejak masuk form 3. sekali saja aku tegur dia masa balik sekolah, dari situ kami terus jadi kawan rapat. balik sekolah selalu kami bonceng basikal aku (ala-ala orang lama bonceng awek kat depan para basikal..hehe) pergi beli air tebu campur dengan air kelapa, waduh..sangat masyuk rasanya tambah2 lagi lepas balik sekolah, matahari tak ingat punya panas terik. itu la rutin kami setiap hari, kalu mat mengelak sebab takda duit aku akan payung dia, janji boleh pergi minum air tebu sedap.

mat ni seorang yang miskin, tengok baju dia pon dah boleh tahu. sepatutnya baju sekolah putih melepak, tapi baju mat ni dah macam kuning-kuning, so aku assume dia ni anak orang susah. tapi aku tak kisah, sebab aku tahu mat seorang budak baik dan pandai dalam bab belajar plak tu, lagi pandai dari aku. hoho~

berbulan mengenali mat banyak kali dia mengelak aku datang umah dia. lepas balik sekolah ada satu tempat aku akan dibenarkan hantar dia, macam ada garisan larangan. "ok, sampai sini saja" sambil tersenyum dan aku faham maksud dia. mat sebenarnya malu nak tunjuk umah dia dan kenalkan kat keluarga dia, kononnya aku ni orang kaya dan dia terlalu segan dengan aku. itu kata dia tapi aku mana la kaya sangat sbrnya, cuma aku hidup tak susah macam dia, aku tak pernah pon kisah dia hidup macam mana, bertambah la curious aku kat kat mat masa tu. haha~

lama lepas tu. persahabatan aku ngn mat semakin rapat. akhirnya setelah banyak kali aku mintak nk tengok umah dia akhirnya mat bersetuju. mungkin masa tu dia dah percaya kat aku kot. maybe la.

mat bawak aku ziarahi umah dia dan sampai la pada satu umah yang agak usang. umah dia macam umah kayu zaman melaka. umah yang kecil saja, ada tangga dan ada bawah umah jugak, yang ada 4 tiang tu. mat menyelak kain yang tergantung diantara tiang-tiang umah dia dan memperkenalkan aku dengan family dia. rupenya mereka tinggal dibawah rumah, atas umah cukup-cukup untuk tempat tido sahaja. "ini la hansuke yang mat bagitau mak tu". ibunya menyambut kedatangan aku dengan penuh mesra, air muka ayah mat menahan malu tak terhingga sampai sebak aku dibuatnya. aku dipersilakan duduk diatas tikar yang dah pon koyak, tikar ni dialas diatas tanah. adik mat meminta air sirap sambil menangis, aku tersenyum sambil menahan juga perasaan sedih sebenarnya. bagaimanakah mereka hidup seperti itu? aku terfikir. tak lama aku lepak, setelah berkenalan dengan mak dan ayah mat aku terus pulang.

sejak dari peristiwa tu aku semakin sayang mat, bagaikan adik aku sendiri. (nasib bek dia kecik skit dari aku kalu besar takleh jadi adik aku pulak hehe~). tapi setelah berkenalan dengan family mat, aku rasa sangat bersyukur kerana hidup senang, walaupon tak kaya, tapi aku mampu juga makan enak dan berteduh dalam umah yang mempunyai kipas. perkenalan aku dengan mat dan keluarganya banyak mengubah aku sebenarnya. ketika itu aku tidak lagi meminta lebih-lebih kerana aku tahu ada lagi orang yang lagi susah dari kita, malah tersiksa dari segi mental kerana hidup susah.

balik kepada realiti. berapa ramai antara kita tahu hidup susah? atau pernah terasa susah. atau ambil tahu orang lain sedang susah? walaupon keluarga aku agak senang, alhamdulillah mak ayah mendidik aku dengan hidup susah, pergi sekolah dengan basikal pada hari hujan dengan baju hujan yang tembus sampai keseluar, sedangkan mak ayah rakan-rakan menghantar mereka menaiki kereta. pernah sekali rakan aku bertanya "nape ko basah?". aku dengan hati yang panas hanya mampu berdiam sahaja. tapi aku redha, dan sentiasa bersangka baik dengan mak dan ayah. takala aku sedih, aku akan ingat kisah ayah yang sangat miskin pada zaman muda nya. memandangkan ketika itu aku agak senang tapi aku belajar untuk tidak merungut kerana susah sikit. hidup mat mengingatkan aku pada kisah ayah sebenarnya. dulu masa kecik2 ayah selalu menceritakan kisah hidupnya. bila lihat mat, teringat aku pada kisah ayah, ketika itu aku faham perasaan ayah sebagai anak orang miskin. bila melihat mat seolah-olah aku melihat ayah waktu beliau muda, sebab itu la dulu arwah ayah sangat suka pada mat, mungkin..:)

belajar hidup susah ada baiknya. kita akan lebih tabah dan mengerti penderitaan orang lain. setelah tamat belajar di universiti ada seorang rakan aku bercerita peristiwa beliau mengenai takda duit dan terpaksa berlapar pada suatu ketika, aku terus memahami kerana aku pernah melalui keadaan seperti itu. tapi yang ironic nya ialah, orang yang pernah rasa susah sahaja yang akan dapat detect orang lain sedang susah. mungkin Allah telah pon memberi kita satu perasaan yang kita akan detect orang lain tengah dalam kesusahan kerana suatu ketika dahulu kita pernah merasainya.

bila kita dalam keadaan susah hanya pada Allah kita berdoa dan mengadu kesusahan yang dialami. tiada siapa yang dapat membantu selain dari-Nya. memang benar. walaupon dalam keadaan susah Allah sentiasa membantu kita dalam pelbagai bentuk, cuma hanya kita sahaja yang sedar atau pon tidak dengan bantuan yang Allah kurniakan. rakan aku bercerita, banyak kali dalam hidupnya dia sedih kerana perutnya yang lapar, duit satu sen pon tiada dalam poket, pergi ke masjid untuk berehat. dalam suasana bertafakur kepada Allah itu, seorang rakan yang 2 tahun lama nya mereka berpisah mengajak beliau makan kerana sudah lama tidak berjumpa. ini lah contoh yang sangat simple pertolongan dari Allah, siapa sangka dengan kita mengingati Allah datangnya pertolongan secara terus.

itula bebelan aku buat kali ni. seperti biasa, aku hanya berpesan pada diri sendiri, jika ada yang membaca dan mengambil iktibar alhamdulillah. kadang-kadang aku pon lupa diri, mengejar yang bukan-bukan. jika tidak sampai, haruslah kita mencari haluan lain untuk mencapai satu destinasi yang ingin dicapai. kita harus juga berpijak dibumi nyata. berhenti untuk bersyukur. menikmati apa yang ada sekarang. bumi ini milik Allah SWT. dan rezeki yang diberikan milik-Nya juga. apa la sangat jika susah didunia, sedangkan hanya kesabaran yang diperlukan untuk kita menempuh segala dugaan Allah, disertai juga dengan Doa dan ibadah yang wajib. siapa la kita untuk bongkak dengan harta yang dipinjamkan semata untuk bekalan di dunia yang sementara ini. sedangkan bekalan yang hakiki ialah bekalan untuk akhirat kelak. Allah tidak melarang kita mencari dunia dan tidak pernah pula Allah mengizinkan kita berhenti mencari akhirat. marilah kita bersyukur dengan nikmat Allah. jangan sesekali kita terlupa untuk berterima kasih pada yang maha pemberi.

wallahualam.

p/s: oh ye, apa berlaku pada mat? mat berjaya masuk UPSI lepas STPM, sekarang sedang senang menikmati kehidupan seorang cikgu, mempunyai isteri yang solehah dan anak yang comel dan soleh juga suatu hari nanti insya Allah. ayah mat meninggal dunia masa kami form 5. setelah mat menjadi cikgu ibu mat berhenti bekerja kerana mat menanggung segala pembelanjaan keluarganya. alhamdulillah.

Thursday, November 25, 2010

open your eyes by maher zain

i was on my motorcyle today on my way to see mom. i was listening to some music on my iPod and i came across this song and i thought "this is maher zain, wow this song is great". so i started listening to the lyrics and it was so beautiful, my eyes started to water a little. when i reached mom's house, i googled the internet and looked up the lyrics. after reading it, subhanallah the words just got to me. i never knew that the maher zain lyrics was that great. then i googled some more and found that the lyrics he used was actually taking from the Al-Quran, some verse from surah Al-Ankabut and surah Al-imran.

i just wanted to share this video i found on youtube regarding a man called Rubben Abu Bakr which converted to islam after reading some verse from the Quran.

Open Your Eyes by Maher Zain




hope you guys enjoyed this song as much as i did, i just can't stop listening to it. subhanallah, there are no other words better than the words of Allah.

wallahua'lam

Thursday, November 18, 2010

kahwin awal?

assalamualaikum.

isu ni sangat menarik sebenarnya dan topik perkahwinan awal ini mesti la ada pro and cons dia. bagi saya kalau dah mampu atau ada duit dan diusia muda sekali pon, mak ayah dah setuju apa salahnya kawin awal, lagi baik dari berkepit disana sini, jadi maksiat pula. takkan la tak tahu orang muda bercinta macam mana, tersentuh disana sini, terpandang yang tak patut, terlanjur kata-kata larangan dan sebagainya, dan jika ia melibat tercetusnya nafsu walau sedikit pon ia sudah jadi haram disisi Islam, kerana bukan muhrim.

so, kalu dah ready dari segala segi tak salah pon kawin awal. saya perasan satu benda sebenarnya. kebanyakkan orang yang dah kawin akan cakap setuju kawin awal kerana mereka sudah pon melaluinya dan berjaya buktikan kepada diri mereka sendiri dan juga kepada semua orang yang kawin awal boleh berjaya. dan orang yang masih belajar atau belom ready akan bantah dengan isu ini, kecuali mereka-meraka yang masih belajar tapi ada perasaan nak kawin dan tak takut dengan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi.

bila kita sentuh pasal kawin, kena betolkan niat kita dulu. untuk apa kita mahu kawin? kalu sekadar kerana pergi reunion tak ada pasangan atau orang bertanya "mana orang sebelah?" ketika hadir majlis kahwin tak patut lagi kawin. kalu umur semakin meningkat, kewangan pon dah stabil dan sudah sampai masa, dalam diri rasa nak kawin kena la ada usaha mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga. sessunguhnya dengan cara solat sunat istikharah sangat membantu.

nabi kita ada menyebut dalam hadisnya, berkahwin la untuk mendapat zuriat yang soleh, kerana beliau akan berbangga kepada orang kafir kerana begitu ramai umat islam yang soleh diakhirat kelak. maka niat utama kahwin ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh. jadi untuk mendapat zuriat yang soleh, ibu bapanya kena soleh dulu. kalu ibu bapa dah out macam mana pula dengan didikan agama anak-anak mereka nanti. maka sebelom kahwin kena ada ilmu mengenai agama.

yang menjadi masalah orang sekarang ialah nak kawin sebab tengok kawan dah kawin, tengok mereka seronok pula padahal ilmu masih lagi tak cukup. tak perlu la kita ikut orang lain jika diri kita masih lagi tak ready dari segi fizikal, mental dan agama. tak hairan la jika kita selalu terbaca diruangan akhbar orang bercerai selepas kahwin beberapa bulan, isteri dipukul dan sebagainya.

soal kewangan saya tak rasa ia satu masalah pon. jika kita rasa kita ini umat Islam yang setia, berikrar dengan janji Allah, berjihat dijalan Allah dan berkorban kerana Allah, soal kewangan tak akan timbul, kerana kita tahu rezeki itu datang dari Allah SWT. bukan dari manusia atau dari sumber selain dari yang maha berkuasa. jika kita pikir seperti ini, saya yakin kita tak akan takut untuk kawin awal, terutamanya jika sesiapa yang memberi alasan tak ada duit. jika tunggu ada duit sampai bilakah mahu batin dalam diri tersiksa? ya, dengan berpuasa ia membantu. tapi itu bukan cara terbaik, ia sekadar menepis perasaan dalam diri atau menangguhkan perasaan tersebut. sebenarnya nafsu harus disalurkan kepada saluran yang betol dan satu caranya ialah dengan berkahwin.

isu yang berkait rapat dengan isu kahwin awal ialah mengenai hantaran. suatu ketika dahulu ketika saya bekerja part-time di JUSCO di KL, saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang kawin awal, ada yang se awal usia 18 tahun. mereka ini lepas saja tamat persekolahan mereka berkahwin. bila ditanya, kenapa kawin awal, beliau jawab, sebab nak elakkan maksiat, kerana hari-hari bawak awek naik motor tak elok juga, berkahwin mengelak semua itu sebab sentuhan pon sah. saya tanya lagi, bagaimana pula dari segi hantaran? dia jawab, tak ada hantaran, buat doa selamat. majlis kecil-kecilan kat bawah flat. ibu bapa ok je. yang paling terkejut lelaki yang saya tanya ini ialah orang KL. saya tak sangka masih ada orang KL-islamic seperti beliau dan pada usia yang sangat muda. ketika saya bertanya itu, beliau sudah pon berusia 21 tahun dan mempunyai seorang anak. dan beliau sangat matang dari segi perwatakan. isteri beliau sama baya dan juga bekerja mencari rezeki. cuba anda bayangkan, bekerja di JUSCO part-time anda akan mendapat gaji sebanyak RM500-600 sebulan, dan beliau mempunyai seorang anak. tapi tak ada sedikit pon tanda ragu pada muka beliau dengan rezeki yang Allah mampu beri padanya. jadi jika mahu kawin awal, kena lah matang, dan menpunyai kepercayaan tahap tinggi dengan rezeki yang Allah bagi, atau dengan erti lain kena tahu ilmu agama.

bagi saya, memang sukar untuk masyarakat zaman sekarang nak lepaskan anak mereka untuk kahwin awal. maaf saya katakan, terutamanya keluarga yang kurang dari segi nilai agamanya. sebenarnya masyarakat kita kalah bila berdepan dengan soal perkahwinan. bila sebut kahwin sahaja mesti mahukan hantaran yang tinggi-tinggi sebab tak nak kalah dengan jiran sebelah. atau pon jika tak ada hantaran langsung akan dianggap "jual anak". saya sebenarnya kurang faham, sebab macam mana ini dianggap jual anak, sedangkan, bila kita meletak harga pada hantaran itu sebenarnya adalah seolah menjual anak-anak kita, padahal dalam islam tidak ada menyebut isu hantaran ini dan ia hanya sekadar adat semata. realitinya, semua orang tahu tentang hantaran. jika anak pompuan mereka ada segulung ijazah misalnya, mesti la nak hantaran mencecah lebih dari RM10K. itu belom lagi bila anak mereka graduan luar negara, mesti mahu cecah RM15K atau lebih. jika graduan masters atau phD macam mana pula?

ramai pelajar mahu kawin awal kerana mereka takut berbuat maksiat dan takut dengan azab Allah jika terlibat dengan maksiat. kadang-kadang, ada juga pelajar yang sudah pon berusia, tapi nasib mereka tak seberapa baik berbandingkan orang sebaya mereka yang telah pon bekerja atau dikatakan kukuh dari segi financial. ramai orang sebegini dan masyarakat amat kejam kepada pelajar muda misalnya kerana, kebiasaannya syarat untuk "mengambil" seseorang anak gadis mestilah mempunyai kewangan yang kukuh, atau bekerja tetap, ada rumah, ada kereta. adakah wang menjamin kebahagian seseorang? atau meningkatkan keimanan sesebuah keluarga itu? padahal benda yang baik disisi islam kita abaikan, kita tetap dengan pendirian kerana adat yang menjadi sebati dalam diri kita.

saya timbulkan isu ini kerana, ingin menanyakan satu soalan. jika hantaran begitu tinggi dan syarat begitu banyak, macam mana mahu kawin? tepuk dada tanya diri, ibu bapa anda letak hantaran berapa jika orang mahu masuk minang? bagi yang ada duit oklah, jika orang yang berpedapatan kecil macam kawan saya yang kerja di JUSCO tadi macam mana mahu kawin agaknya? jika sentuh hal ini saya ada satu lagi kawan. dia mempunyai diploma, gaji rendah sahaja. bakal isteri dia adalah seorang lawyer, dan hantarannya sangat tinggi. kerana ingin "meet the demand", dia terpaksa kerja 3 kerja setiap hari. pukul 3 pagi baru balik umah untuk mencari duit demi berkahwin. cuba anda bayangkan, 2-3 tahun bekerja untuk meet demand ini dan pada hari majlis, anda telah pon berbelanja usaha titik peluh anda tadi sepenuhnya padahal duit yang disimpan tadi bole digunakan untuk downpayment membeli rumah misalnya, atau pon membeli kereta bagi pasangan yang baru kahwin atau simpan untuk backup expenses anak pertama atau anak kedua.

benda ini anda akan rasa remeh sahaja kerana ia tidak kena atas batang hidung sendiri, jika sudah sampai masa nanti anda rasa mahu berkahwin dan situasi seperti ini berlaku, anda juga akan rasa tertekan. saya kesian dengan kawan saya yang bersusah payah untuk berkahwin, padahal majlis hanya untuk sehari sahaja, keesokan harinya, seolah-olah sudah pon membakar ribuan ringgit, dan untuk apa majlis grand dan hantaran yang tinggi sebenarnya? dalam islam tak ada pon kata wajib hantaran. sebenarnya, nak berkahwin senang je, tak kisah la umur berapa, dah sedia, ada rasa tanggungjawab, ada ilmu, ada mas kahwin, ada akad nikah, majlis kecil-kecilan (doa selamat), sah la perkahwinan tersebut. tapi manusia yang menyusahkan perkahwinan ini dengan pelbagai adat dan syarat yang harus di ikuti.

saya diakhiri dengan:

1. yang couple, solat lah istikharah untuk kenal pasti jodoh itu benar atau tidak.
2. kalu ada pasangan, umur masih muda, nak kawin, teruskan, rezeki Allah yang bagi, lepas kahwin mesti Allah tolong (tapi pastikan sudah sedia dan ilmu agama sudah cukup.)
3. kalu takda pasangan, umur muda, masih belajar, jangan nak gatal, sabarlah, berpuasa jika perlu, tambah ilmu sebelom berjumpa jodoh.
4. takda pasangan, duit dah banyak, cari jodoh, solat istikharah, solat mintak jodoh, solat la apa-ape pon semoga bertemu jodoh.

saya yakin akan ada yang tak bersetuju dengan post saya ini, maka segala kesalahan datang dari saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah SWT.

wallahualam.

Sunday, November 14, 2010

nabil raja lawak bercumbu? truth or fiction?

salam.

ewah-ewah. aku jadi reporter arini hehe.

dah baca ke kisah terbaru dalam akhbar pasal nabil raja lawak bercumbu? aduyai. abis la pelawak paling aku minat. ada org kata gambar tu photoshop, ada org kata betol la dia. aku tgk cam betol je. entah la. kalu betol, susah la dia nk naik nanti. tapi bagi aku semoga dia insaf la. aku tak kisah dia nk buat ape janji dia wujudkan diri dan bagi lawak terbaik dalam industri kita. pape pon aku doa terbaik bagi nabil.

aku heran gak sbrnya nk kecoh sangat, padahal artist len ada lagi yang lebih teruk cuma tak kantoi je. tak payah la tengok artist, tengok je budak-budak kat area kl ni, macam-macam perangai diorg buat, gambar tersebar bukan men banyak lagi, yang pakai tudung pon tak kalah hebat merakam video lucah dan sebagainya, aduyai. entahla, org melayu islam kita sudah hilang nilai keislaman dalam diri. nauzubillah..

lu pikir la sendiri.....:)


p/s: kalu nak tengok gambar yang betol nyer, search la kat internet, ada banyak kot..hahaha~

Wednesday, October 27, 2010

bersabar kerana Allah

awal tahun 2010 aku ada dapat satu interview ni kat kawasan bangsar. malas la nk cakap nama company tu sebab nanti jadi tak baik plak kan. citer ni agak lama tapi aku rasa macam nak citer.

sebenarnya aku tak tahu yang panggil interview tu adalah agency pekerjaan. bukan men semangat lagi aku dapat interview jawatan executive accounts, ingatkan apa sekali agency la plak.

hari aku interview tu ada ramai jugak la yang datang dengan niat yang sama, cuma lain-lain jawatan je, ramai yang datang tu dari bidang IT, so kira aku macam tak ada persaingan la sangat. mula-mula kitorang kena buat test ABCD, soalan boleh tahan la susah, banyak soalan tricky. pastu aku ingat dah abis sekali ada lagi public speaking plak, dibagi tajuk dan kena spontan bercakap dalam bahasa inggeris selama 2 minit. pastu writing test plak kena buat, macam exam dah aku pikir, kali ni soalan tanya bab yang berkaitan dengan background pelajaran aku.

soalan 1 ialah mengenai definition depreciation, aku jawab dengan senang la kira sebab soalan basic sangat, soalan 2 pasal ape entah aku dah lupa tapi macam boleh jawab jugak la. soalan yang ke 3 paling tak best, dalam soalan tanya "what is the difference between OPEX and CAPEX, explain". lama aku tenung soalan ni. dalam otak, ape kebenda la benda ni, pastu aku pikir, selama aku belajar accounting masa diploma, masa aku amik ACCA pon, masa aku kerja dalam bidang accounting dan audit sekali pon aku tak tau dan tak pernah jumpa pon istilah soalan number 3 ni. aku dah mula sedih dah sebab rasa macam tak tau apa la plak, padahal dah kije lama dalam audit firm.

pendekkan citer. pas exam tulis ni, ada lagi satu sesi last, kali ni kami di interview face to face, sorang-sorang. banyak la soalan diorang tanya ada 2 orang interviewer, sorang melayu sorang lagi indian, both pompuan. dalam interview tu salah seorang interviewer tu tanya aku "OPEX dan CAPEX" ni u tak tahu ke, tak jawab pon? (diorang speaking la aku terjemahkan je ni..hehe). aku cakap, never in my life aku pernah tengok pon benda alah tu. orang tu pon cakap, "kalu tak tahu macam mana u nak buat account?", aku dah terdiam, rasa rendah diri sebab tak tahu. takda plak rasa nak tanya balik ape benda OPEX and CAPEX ni, sebab aku dah rasa down. pastu at the end of the session mereka offer aku lain jawatan, iaitu jawatan call centre dalam bank, banyak gaji diorang cakap, starting pon dah RM2500. aku terus cakap aku tak nak sebab bukan dalam bidang aku. (kalu aku ni giler duit, aku dah cakap dah ON je). tapi dalam kepala, aku ingat 2 tahun aku kije dalam bidang akaun dan audit, amik acca lagi, belajar bagai nak mati pastu senang je terima jawatan dalam bidang orang lain. mereka pon cakap, kalu ada kosong mereka akan panggil. aku pon cau la dari tempat tu.

balik umah rasa cam tak puas hati. lama kot sesi interview tu. berapa jam entah kena exam dan menunggu sekali "bila ada kosong baru kami panggil". what????? wasting time betol la aku rasa. macam tu je. aku pon bukak la internet, tak puas hati diorang kata aku tak cukup basic dalam bidang accounting sampai istilah OPEX dan CAPEX pon tak tahu. aku search GOOGLE. sekali ada la kat Wiki. rupenya OPEX ni maksud dia "Operating Expenses" dan CAPEX maksud dia "Capital Expenditure". aku terus cakap. "ek eleh", benda alah ni rupenya. serius sepanjang hidup aku tak pernah agi jumpe perkataan OPEX dan CAPEX tapi kalu operating expenses dan capital expenditure hari-hari aku jumpa masa buat kije.

aku pon terfikir la kan, padahal agency ni nak cari orang kije, pastu masa tanya soalan tanya dalam bentuk short form, mana la orang nak tahu maksud dia. padahal kalu kena tanya apakah beza operating expense dan capital expenditure aku dah boleh jawab dengan baik kot. aku sangat tahu maksud benda alah ni, benda sangat basic untuk accounting nye student. yang menjadi masalah ialah, dari zaman diploma sampai la zaman amik acca, kami tak dibenar menggunakan 'short form', sebab nanti hilang markah. aku pon tanya ramai accounting student yang lain soalan yang sama, mereka pon tak tau jawapan dia, pastu bila aku bagitau maksud dia terus diorang dah tahu ape kejadah benda tu.

sebenarnya yang aku rasa tak puas hati dan down ketika tu sebab wajah dan tonasi interview sorang tu. seolah-olah aku ni memang tak layak langsung jadi accountant. time tu aku sabar je nak cakap, pendam dalam hati. tapi lepas search Google tu aku rasa lega la. bukannya aku tak tahu maksud dia cuma short form yang diorag bagi je yang aku tak pernah jumpa, nasib la kan. sampai sekarang mereka tak call aku, maybe diorang pikir aku tak layak kot sebab benda kecik pon tak tau. huhu~ takpela, janji Allah je yang tahu pengalaman aku di audit firm banyak mengajar aku mengenai akaun, tak perlu diorang tahu pon takpe, maybe future employer aku akan lebih professional.

moral of the story. kalu tak ada rezeki memang tak akan ada, move on cari yang len. bersabarlah kerana Allah dengan apa situasi walaupon kita dihina dan di-downkan oleh orang lain. rezeki datang dari Allah bukan dari mereka-mereka yang bergelar manusia. insya Allah nanti bila dan sampai masa pasti ada orang yang menghargai diri kita yang sepatutnya.

wallahualam.

Friday, October 1, 2010

fairytale wedding ke?



Assalamualaikum.

ni la wedding Nur Nadia SM Nasimudin anak Allahyarham SM Nasimudin, founder of NAZA Group. rasanya hampir semua dah tengok video ni samada di youtube atau pon di facebook. sebelom aku tulis pendapat aku disini, aku nak mohon maaf kepada semua yang terbaca post aku ni, bukan aku ingin mencetus ketidakpuasan hati kepada ahli keluarga, kawan-kawan si Nur Nadia atau pon sapa sahaja yang terbaca entry aku kali ni.

kalu search kat internet dah ramai orang comment pasal wedding ni. ada yang teringin sangat-sangat atau pon angau nak buat wedding seperti ni dan ada juga orang yang tidak setuju dengan wedding besar seperti ini. aku yakin ada satu persoalan yang wujud dalam semua fikiran orang, iaitu berapakah kos yang dibelanjakan untuk majlis seperti itu? adakah ia memakan kos sebanyak 1 juta ringgit? jika kita lihat video clip daripada manggis ni, sudah tentu siapa saja pon boleh agak berapa kos majlis tersebut. jika majlis perkahwinan kawan-kawan aku yang kecil lagi tak grand tu boleh mencecah puluhan ringgit, bagaimana pula kos majlis yang macam naza group ni agaknya?

ramai juga yang risau sebab takut jadi macam perkahwinan artist yang kita dah pon baca kat dalam surat khabar. tak payah la aku senarai kat sini siapa mereka tapi yang kita tahu mereka yang kawin besar macam ini akhirnya bertahan beberapa bulan sahaja. harap-harap tidak lah kan tapi anda fikir sendiri bila dah tengok video yang diiringi lagu best nyayian Taylor Swift itu.

balik pada agama, Islam menyuruh kita supaya tidak melampaui batas. banyak hadis Rasulullah yang menyentuh bab-bab perkahwinan untuk dijadikan teladan. bila melihat video diatas, tidak terlepas dalam fikiran aku untuk menilai majlis itu penuh dengan nilai riak. tidak dinafikan mereka banyak duit dan mungkin juga mereka telah pon mendapat sponser dari banyak pihak untuk majlis se grand itu. tapi islam tidak menyuruh kita melupakan nilai agama dan batas-batas tertentu yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat yang bergelar muslim.

anda mungkin perasan masa process make-up, terdedah kaki atau peha pengantin disini. aku assume cameramen yang mengambil gambar ialah lelaki semuanya dan ternyata 'mak andam' pon seorang lelaki. maka, dimanakah nilai seorang yang bergelar isteri? auratnya terdedah disana sini dan telah pon diperlihatkan oleh orang lain dilayar internet. tidak terlupa juga, upacara melontar boquet kepada wanita-wanita yang single, bukankah upacara ini adat perkahwinan dalam agama kristian? aku sedih sebenarnya kerana jika iklan ala-ala santa clause yang ditayangkan dalam tv sempena aidilfitri itu orang boleh marah, kenapa upaca seperti ini mereka tidak complaint pula? dan masih lagi dipraktik ramai dalam perkahwinan orang-orang islam melayu kita.

sebenarnya sayang. pasangan suami isteri kelihatan sangat cantik dan baik. tapi aku pon tak tahu dimanakah silapnya? adakah nilai islam itu tidak sampai kepada orang yang kaya seperti mereka ini, bila tiba soal wedding semua mahukan perkahwinan yang grand dan menunjuk-nunjuk sifatnya termasuklah artist-artist dinegara kita. sesungguhnya perkahwinan dalam islam itu sangat mudah dan murah dan tidak menyusahkan. padahal jika difikirkan duit yang seolah-olah telah pon dibakar itu, boleh sahaja didermakan kepada anak-anak yatim atau pon kepada orang-orang susah dan miskin yang masih lagi memerlukan pertolongan di malaysia ini.

manusia tidak akan terlepas dari penyakit riak dalam hati. semua orang mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain apa yang mereka ada. tapi jika difikirkan dengan logik dan dengan nilai islam, Allah melarang kita mengikut kata-kata iblis dan syaitan. kita tidak sedar sebenarnya kita telah pon dirasuk, tidak semestinya perlu kena histeria dulu baru boleh dikatakan kena rasuk, ini juga bentuk dihasut syaitan kerana syaitan telah pon memgulik hati kita supaya kita merasakan sesuatu itu adalah terbaik dan yang benar kerana Allah, padahal semua ini adalah berbentuk riak atau menunjuk-nunjuk dan seharusnya kita mengelak dari melakukan sedemikian.

kita harus ingat niat perkahwinan kita yang sebenar. perkahwinan itu sesungguhnya sepatutnya kerana Allah SWT dan jika kerana Allah tidak lah perlu melampaui batas dan seharunya mengikut ajaran islam yang sebenar. sebenarnya kita perlu pasang niat kita balik bila hendak berkahwin. sepatutnya berkahwin itu adalah kerana ingin melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. kerana sabda nabi SAW:
"Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat".
maksud nabi dengan perkataan kamu disini ialah umat yang soleh dan solehah yang bertakwa kepada Allah SWT sepenuhnya dan bukan sekadar mengaku islam tapi tidak mengikut kehidupan seorang islam yang sebenarnya.

walaupon banyak cacat cela didalam majlis perkahwinan seperti ini (pendapat aku sahaja), semoga Allah SWT mengekalkan perkahwinan Nur Nadia dan suaminya. seharusnya kita berdoa yang terbaik untuk mereka supaya kekal. kemungkinan besar mereka tidak tahu akan ajaran islam yang sebenar dalam bab perkahwinan sampaikan terlajak mengajurkan majlis perkahwinan yang melampau itu (pendapat aku lagi). semoga juga kita mengambil iktibar dan tidak terperdaya dengan majlis seperti ini. aku masih lagi mengeshorkan perkahwinan 'doa selamat' kerana sesungguhnya yang sederhana itu adalah yang terbaik disisi Allah jika ia dilansungkan kerana Allah SWT semata-mata bukan kerana nafsu atau benda lain. akhirnya melakukan sesuatu kerana nafsu itu tidak akan menguntungkan kita sedikit pon kerana sesunguhnya Allah benci akan orang yang bersifat seperti iblis yang dilaknat itu (sentiasa riak) yang sentiasa ingin menyesatkan umat manusia dari menjejak kaki ke jalan yang diredhai Allah SWT.

wallahualam.

Saturday, September 25, 2010

terima hakikat

dalam hidup banyak perkara sedih akan kita lalui. kebiasaannya kita akan laluinya dengan tabah atau pon sebaliknya. ia terpulang pada keimanan seseorang untuk menghadapai apa yang mereka lalui dengan baik sama ada berat atau ringan. seperti tercatat didalam al-quran ujian itu Allah ujikan setiap individu atas kadar tahap kemampuan untuk mereka menempuh ujian tersebut. maka tidak wajar bagi kita untuk membandingkan ujian orang lain dengan apa yang telah Allah SWT ujikan terhadap diri kita sendiri.

dalam setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. kita yang mengaku beriman akan sentiasa diuji untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. tidak seorang pon akan terlepas dari ujian dan seharusnya kita bersyukur kerana masih lagi diuji Allah SWT menandakan Dia masih lagi sayang dan ambil tahu terhadap diri kita ini.

dalam bebelan kali ini aku mahu menyentuh mengenai penerimaan hakikat. seperti yang aku telah pon tulis diatas, kita kena redha dengan setiap yang berlaku, jika kita merintih atau pon bersedih atau pon tidak mahu melepaskan apa sahaja yang menjadi sejarah dalam hidup kita maka kita bukan sahaja tidak melangkah kehadapan malah seolah-olah kita tidak bersyukur dengan apa yang terjadi yang sepatutnya kita anggap sebagai ujian Allah SWT itu.

banyak perkara boleh disentuh sebenarnya tapi aku ambil perkara paling simple, bab bercinta. kadang-kadang cinta kita berakhir dipertengahan jalan, maka sesetengah antara kita akan rasa kehilangan yang teramat dan kadang-kadang tidak boleh teruskan hidup seperti biasa. sebelom mendapat pengganti mereka ini akan merintih resah, mengatakan tiada lagi orang seperti cinta pertama mereka itu dan tiada lagi akan menyamai kekasih yang diidamkan selama ini.

tetapi apa yang mereka gagal lihat ialah dari sudut dugaan tadi. bukankah semua itu ujian dari Allah belaka? mengapakah kita tidak mahu melepaskan kenangan yang lalu kerana ia sah pon telah berlaku dan tidak boleh diubah lagi. disinilah harusnya kita menanamkan sifat redha yang tinggi kepada Allah kerana betol-betol yakin dengan ujian yang diberikan dan menganggap ia satu peningkatan iman dalam diri.

bila kita tidak "move on" atau "seolah-olah tidak redha" dengan apa yang berlaku maka kita akan meletakkan satu "benchmark" kepada apa yang kita cari dalam pasangan yang akan datang. hal ini sama seperti kita tidak memberi ruang atau peluang untuk diri kita sendiri mencintai orang lain dengan alasan kekasih baru tidak sama dengan kekasih yang dulu, "aku mahu cari yang macam ini sama seperti orang itu". percaya atau tidak secara tidak sedar kita telah pon bersikap tidak redha. nauzubillah.

sebenarnya apa yang perlu kita lakukan ialah "move on" atau dengan erti lain terima hakikat. mungkin pasangan yang akan datang itu ada sedikit penyamaan dengan yang dulu atau mungkin tak ada langsung. tapi tidak patut sama sekali kita menyamakan terus dengan siapa-siapa sahaja kerana manusia tidak mungkin mempunyai sama perwatakan secara keseluruhannya, mesti ada juga yang tidak sama. kadang-kadang kita perlu "open up", atau pon buka hati kita untuk orang lain supaya kita tidak menjadi orang yang tidak redha dengan dugaan Allah SWT. hidup ini sangat indah jika kita yakin dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya yang datang dari Allah SWT itu adalah yang terbaik.

wallahualam.

Monday, September 13, 2010

aku straight

aritu aku dah tulis pasal isu ni tapi dulu dalam bahasa inggeris. kali nk rasa nak tulis dalam bahasa melayu la plak. peristiwa ni berlaku masa aku kerja sebagai promoter aritu, kiranya benda ni baru je berlaku.

suatu hari tu aku pergi kije macam biasa. lepak tempat counter baju yang aku jaga. hari-hari biasa sangatlah takda orang, maklum la hari berkerja, mereka hanya touch n go sahaja kat tempat aku tu, orang akan ramai bila hari sabtu dan ahad sahaja. maka hari aku sangat membosankan menunggu pelanggan.

kebetulan hari tu, ada satu pelanggan ni tengah men-usha baju Valentino Rudy kedai depan counter aku. aku sambil bertongkatkan dagu dengan tapak tangan diatas lipatan baju-baju termenung nun jauh disana kerana sangat bosan. (hehe). tiba-tiba aku terpandang pelanggan ni, seorang 'abg ala-ala pakcik' pandang kearah aku, lalu aku pon bagi satu senyuman, maklumla promoter kena la senyum-senyum selalu sebab ia polisi company. abg tu senyum balik kat aku so aku kira ia perkara biasa.

tak lama lepas tu abg ni masih lagi pandang ke arah aku sambil tersenyum kucing. aku sekali lagi senyum balik terfikir abg ni seorang yang sangat mesra sebab suka senyum kat orang. tiba-tiba ketika aku melipat baju, abg tu datang kat counter aku, sambil tengok baju-baju dan lalu mulakan perbualan dengan aku yang tengah bosan ni. banyak la soalan yang dia tanya. akhirnya sampai la dia bagitau aku dia seorang lecturer di sebuah Universiti di Kuala Lumpur ni. aku pon terus respect la sebab dia seorang lecturer.

pendekkan cerita tiba-tiba abg ni minta number telipon aku. (dia cakap: "mintak number telipon boleh? buat sembang-sembang") dalam otak aku nak pikir yang bukan-bukan tapi sebabkan time tu bulan puasa aku tepiskan fikiran aku tu. so aku pon tak mahu mengaibkan dia lalu cakap boleh. abg tu mengambil telipon dia dan terus menaip number telipon aku dan terus me-miss call telipon aku. nak jadikan cerita ketika tu telipon aku tak ada dalam poket seluar sebab aku letak dalam lipatan baju-baju di counter. abg tu cakap: "dah dapat dah?", aku cakap: "alamak, telipon saya dalam baju-baju kat sana, dah dapat la tu kot". dalam otak aku, kalu abg ni call nanti aku tak nak angkat telipon. haha. abg tu membeli salah satu seluar yang aku promote tu dan terus beredar untuk membayar ditempat cashier.

sebenarnya peristiwa ni amat baru bagi aku, tak pernah lagi berlaku kat diri aku sebelum ni. so, aku pon tanya la pendapat kawan-kawan sebab dalam otak aku cuma terfikir dengan satu perkara sahaja. rupenya-rupenya memang benar lah apa yang terlintas dalam otak aku mengenai abg ni. dia rupenya seorang yang suka kan kaum sejenis. beberapa hari aku sedih memikirkan peristiwa tu. bukan ape, teringat je kat cerita Nabi Lut. pastu bagi aku macam dunia dah nak kiamat. maklumlah, seorang lelaki sepatutnya mempunyai tarikan kepada wanita, itu lah lumrah yang sepatutnya ada dalam hati setiap manusia yang bergelar lelaki tapi orang-orang yang macam abg ni tertarik kepada kaum yang sejenis pula. (ingat aku ni anak ikan ke ape?). yang paling sedih bagi aku ialah masa tu bulan puasa.

jika kita fikirkan balik. orang-orang macam ini seolah-olah tak ada self belonging. tak tau nak masuk dalam kaum mana. Rasulullah sendiri mengatakan:
"Kahwinlah kamu dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramai bilangan umatku pada hari kiamat."

jika berkahwin baru Nabi mengaku umatnya, tapi berkahwin ini bermaksud dengan berlainan jenis iaitu lelaki dengan wanita bukan dengan kaum sejenis lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita. tujuan Allah SWT dan rasul memberi pesanan ini ialah untuk pasangan suami isteri melahirkan umat islam yang ramai dan soleh yang patuh dengan perintah-perintah Allah dan rasul. barulah selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini."

kita semua tahu kisah nabi lut. Allah SWT telah pon memberi amaran yang keras terhadap kaum sejenis. sampaikan Allah SWT menurunkan azab keatas kaum Nabi Lut yang tidak mahu mendengar amaran-Nya seperti dalam surah Al-Qamar.

38. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
39. Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
40. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


sedih jika fikirkan orang-orang yang tertarik dengan kaum sejenis. setiap manusia ada pilihan dan pilihan yang dibuat haruslah yang terbaik mengikut syariat islam. tidak boleh kita menyalahkan Allah SWT yang telah memberi perasaan yang berat kepada kaum sejenis kerana sesungguhnya, walau apa sekali pon keadaan ia cuma sekadar ujian dari Allah SWT. tidak kira sekecil zarah atau sebesar ombak sunami ia tetap ujian yang harus kita lalui sebagai manusia dimuka bumi, terutamanya kepada umat islam. kita harus sedar bahawa setiap ujian dari Allah banyak hikmah-Nya, jika kita mampu menepis segala ujian yang dihadapi sesungguhnya beruntunglah kita sama ada didunia atau diakhirat nanti. sebolehnya kita elak diuji seperti umat Nabi Lut, tidakkah kita takut dengan amaran-amaran Allah SWT? adakah kita mahu ditimpa bahala besar keatas kita baru kita mahu sedar dosa-dosa kita? sesungguhnya Allah tidak mungkir dengan janji-Nya, orang-orang beriman akan mendapat nikmat di dunia dan juga diakhirat kelak.

wallahualam.

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya

dah lama tak update blog aku ni. nampak gaya macam ada follower baru. haha. terima kasih kerana sudi men-follower aku yang selalu membebel dan terima kasih juga kepada yang masih sudi menziarahi blog bebel aku sekali sekala. alhamdulillah boleh la kita berkongsi ilmu lagi dimasa yang akan datang. isya Allah.

aku busy je sebulan dua ni, bukan busy ape, busy mencari duit dan elakkan daripada tido sepanjang hari kat umah. aku kerja sebagai promoter di sebuah shopping kompleks di area kl ni. jadi promoter, senang nk dapat kerja dan tak sakit otak. tapi aku dah benti dah pon, aku kerja tu pon bukan nak lama, hanya untuk cari duit sikit-sikit untuk raya. rupenya jadi promoter sangat la penat sebenarnya. dua minggu pertama kaki aku macam nak patah sebab kena berdiri selama 10 jam, penat giler.

banyak aku blajar kerja jadi promoter ni dan macam-macam jenis orang aku jumpa. kita kena banyak sabar menghadapi kerenah-kerenah customer dan juga pekerja lain. tapi satu kesimpulan yang aku dapat buat ialah, mana-mana jua kita pergi manusia sama sahaja, ada yang baik dan ada yang hati kurang baik.

bulan puasa baru je bermula, pakaian perempuan mengalahkan orang-orang bukan islam, seolah-olah tidak kisah dan tidak hormat pada bulan puasa yang penuh mulia. yang paling best, perempuan-perempuan ini tidak pula ditegur oleh suami mereka, itu pon suami bertindik sebelah telinga, kita pon boleh agak kemana nilai-nilai islam dalam hati mereka ini. bf dan gf berpelukan, berpegang tangan macam orang dah nikah dan macam-macam lagi lah tak larat aku nak tulis semuanya.

kisah pekerja pula. bukannya semuanya baik-baik. ada juga yang tak mahu berpuasa, menghisap rokok didalam store ketika ramai umat islam asyik menunaikan kewajipan, tambahan kepada kecelakaan ini ialah perempuan yang menghisap rokok sama, tidak lagi tahu malu, buku ditangan dipegangnya, "cara-cara menjadi isteri yang solehah", aku pon terfikir, "hm, buku itu untuk siapa sebenarnya, untuk diri atau pon untuk masyarakat melihat dirinya baik?". sampaikan orang bukan islam pula menegur tingkah laku mereka, tak tahu malu.

suatu pagi, aku lupa ia hari jumaat. aku pergi kerja seperti biasa. setelah lama melayan customer yang sibuk membeli belah, aku baru teringat hari itu hari jumaat, melihat jam ditangan, sudah pon masuk pukul 1.30pm. aku bergegas ke masjid takut tak sempat untuk berjemaah. sebelom aku melangkah ke masjid, sempat aku melihat kaum-kaum lelaki yang masih asyik memilih baju dan seluar, menemani pasangan mereka. tidak pula aku lihat kerisauan dimuka mereka tentang solat jumaat. bagaimana pula pasangan mereka yang memakai tudung cantik-cantik, adakah mereka tidak menyuruh pasangan mereka ini untuk menunaikan solat jumaat? adakah suami yang macam ini yang mereka sanggup hidup dunia akhirat? adakah wanita yang seperti ini yang kaum lelaki mahu jadikan isteri mereka untuk menuju ke jalan Allah? jika sekadar memakai tudung menutupi yang sepatutnya tapi nilai islam mereka tak sampai sepenuhnya, tak guna juga. sedih aku ketika menunggu untuk solat jumaat. manusia begitu asyik dengan dunia, asyik dengan hari raya, padahal nilai murni puasa itu mereka lupa, nilai murni seorang islam akan solatnya mereka lupakan, lagi-lagi pada bulan puasa yang hanya datang sekali dalam setahun.

satu perkara yang aku rasa amat menarik ditempat kerja itu ialah, ramai perkerja yang umur mereka dalam linkungan 20an sudah pon selesai bernikah. pernikahan yang kebanyakkannya mengamalkan konsep "Doa Selamat". dalam ramai orang yang giler kan majlis perkahwinan yang grand, yang gempak, yang memakan belanja beribu-ribu ringgit, akhirnya aku berjumpa dengan orang-orang yang mahukan konsep ini, dan setelah lama aku menyorkan kepada kawan-kawan semakin ramai aku berjumpa dengan mereka yang mahukan konsep yang sama. alhamdulillah, tidak lagi aku rasa risau kerana mahukan koncep pernikahan islam yang tak memeningkan kepala kita. sebenarnya, ramai saja ibu bapa yang setuju dengan konsep kenduri kecil-kecilan seperti doa selamat, menjemput ahli keluarga terdekat untuk melangsungkan pernikahan anak-anak mereka kerana suatu ketika dahulu mereka juga telah pon melakukan doa selamat untuk majlis pernikahan mereka.

banyak hikmah yang aku dapat sepanjang bekerja di shopping kompleks ini. banyak perkara yang Allah SWT mahu aku explore ditempat itu, suatu perkara yang aku anggapkan satu petunjuk dari Allah yang mahukan aku tidak bersusah hati dengan pandangan islam yang ada dalam diri. sekarang ini aku dikampung. pagi tadi ibu tiba-tiba bersuara. "ibu tak kisah kalau anak-anak mahukan pernikahan kecil-kecilan, kita ajak sahaja keluarga terdekat, tak ada masalah". aku bersyukur mendengar kata-kata ibu itu, kerana beberapa bulan yang lalu ibu sangat mementingkan adat pernikahan, hantaran sebagai wajib, tapi Allah SWT telah pon membuka kunci hati ibu untuk menerima konsep islam yang sebenarnya kerana suatu ketika dahulu ibu dan ayah bernikah hanya dengan air teh bersama-sama keluarga terdekat, tidak pula ia suatu sekatan untuk anak-anak beliau berjaya dimasa sekarang. bila tiba giliran aku bertemu jodoh nanti semoga Allah SWT memperkenankan niat dihati untuk melakukan doa selamat selepas akad nikah, insya Allah.

akhir kata. manusia tak akan berubah kecuali mereka sendiri mahukan perbubahan untuk kebaikan diri mereka sendiri dari sudut islam. kita hidup kerana Allah bukan kerana nafsu. tugas kita sebagai umat islam amatlah besar dan ganjaran dihujung hari hanya orang-orang beriman akan mendapat kenikmatannya yang dijanjikan Allah SWT. lalai sekarang bukannya tiada jalan untuk berubah dan insaf. pintu taubat sentiasa dibuka untuk umat manusia. jangan tersalah langkah. mungkin Allah SWT telah pon menguji kita sekali, dan kemungkinan besar Dia akan menguji kita lagi dengan perkara yang sama. terpulang pada hati untuk menyedari atau tidak, semoga mendapat petunjuk. harus kita ingat akan janji-janji Allah dan jadilah yang terbaik supaya hidup kita diberkati Allah SWT.

wallahualam.

Sunday, July 4, 2010

penawar hati

penawar hati luka. terima kasih kepada sang penulis.

"Bayu pun berbisik,
janji Tuhan dilupa jangan,
selepas susah ada kesenangan,
selepas kalah ada kemenangan"


kata-kata ini amat mengubati hati aku.

sila click disini untuk puisi penuh Sayap cinta-air mata.

Saturday, June 26, 2010

world cup 2010 song



shakira sings this old song and make it her own, it has a catch to it, maybe because of the world cup fever and all..:)

world cup brings people together, even if it's only a game where 22 players chase 1 ball on the pitch but people still love to watch with excitement and hopes in their eyes for their team to win.

no more racism, no more fights, no more everything. only football, it unites everyone, only if human were united like this every day then earth would be a better place for our children.

i'm always for brazil when it comes to football, but japan is also in my list this time. winning or losing is just the same for me, only that watching our fav team play and cheering for them is something else.

happy world cup 2010 everyone!

Monday, June 21, 2010

fikir dulu sebelum berjanji

senang sahaja bila berjanji, tapi untuk menunaikan janji itu bagaimana? untuk memegang janji itu macam mana? bolehkah kita tunaikan kata-kata kita itu? jika boleh alhamdulillah, jika tidak bagaimana pula? itu lah yang selalu kita jumpa, orang berjanji dan menunaikannya dan ada juga orang yang tak mampu menunaikan janji-janji mereka setelah berjanji akan melakukannya.

sebenarnya sebelum berjanji kita kena fikir dulu masak-masak. boleh atau pon tidak kita menunaikan janji kita jika kita membuat janji dengan orang. kita kena fikir jauh ke hadapan akibat-akibat tertentu jika kita tidak mampu menunaikan janji tersebut suatu hari nanti.

jadi bagaimana? jika di fikir secara logik jangan berjanji jika tidak mampu merealisasikan janji kita itu. jangan main sebut ikut sedap mulut sahaja dan jangan ingat orang lain akan lupa apa yang kita telah pon berjanji pada mereka. jika kita berjanji sekadar mahu membuat orang lain sedap hati, lebih baik diam dari melukakan hati orang lain kerana hari yang dinantikan pasti akan berlaku dan orang akan ingat janji kita. bagaimana jika kita gagal memegang janji kita itu? memang ada pihak yang akan terasa tambahan pula jika kita sendiri berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak pernah pon berjanji. semua orang tahu, berjanji dan tidak menunaikan janji itu adalah salah satu sifat orang munafik. nauzubillah.

"sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan" - imam al-Ghazali

maka marilah kita menjauhi dari sifat yang buruk ini. kenal pasti diri kita. baiki jika perlu. janganlah berjanji jika kita tahu kita tidak mampu menunaikannya suatu hari nanti. dan jangan juga berjanji untuk menenangkan hati orang lain atau pon sekadar berbual kosong kerana jika kita tidak menunaikan janji kita orang lain akan ingat dan sakit hati, kita juga yang mendapat dosa. jika telah pon berjanji dan tidak dapat menunaikannya maka sebaik-baiknya meminta maaf supaya orang lain tidak akan samakan kita dengan seorang munafik. jadilah lebih matang dan fikir dulu sebelom membuka mulut supaya kita tidak terlanjur berjanji. semoga Allah SWT menghindari kita semua dari bersifat munafik. insya Allah.

wallahua'lam.

Thursday, June 17, 2010

antara mahar dan wang hantaran

post ini saya copy/paste dari post di blog seorang Ustaz. semoga sesiapa sedang mengalami masalah mengenai pandangan Mas Kahwin @ Hantaran boleh baca post ini yang saya copy/paste sebagai rujukan, semoga mendapat maafaat insya Allah.

Tajuk: ANTARA MAHAR DAN WANG HANTARAN

Merujuk kepada Fiqhul Manhaji, Jilid ke 4, pada halaman 637 & beberapa rujukan lain.

Sebagai permulaan, dalam Islam, hanya ada istilah Mahar atau Mas Kahwin sahaja. Tidak ada apa yang dikenali kini dengan HANTARAN. Jauh sekali istilah serba satu, seba dualah, belanja hangus lah dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.

Maka saya akan jelaskan dahulu apa yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran.
Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar @ Mas kahwin.
Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:
Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.
Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.
Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan member MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya.. Silakan buka kembali Fiqih Sunnah, Subulussalam, Bidayatul Mujtahid, masing di BAB: As-Shadaaq )
Dalil kewajipannya :
ÙˆَØ¢َتُوا النِّسَاءَ صَدُÙ‚َاتِÙ‡ِÙ†َّ Ù†ِØ­ْÙ„َØ©ً
yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib”.

Dalam hukum-hakam yang berkaitan dengan mas kahwin, panel pengarang Fiqh Manhaji membahaskan pada muka surat ke 641, bahawa Pengantin Lelaki boleh @ harus menyegerakan pemberian mas kahwin ataupun menangguhkannya.

Dalam buku Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam, terbitan Pustka Ilmi,pada muka surat 84, dengan jelas menyatakan “ Mahar @ Mas Kahwin, boleh dijelaskan secara TUNAI dan boleh juga BERHUTANG.

POINT PENTING BERKAITAN HANTARAN

HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.
Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.
Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?
Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa. Firman Allah :
ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa


KESIMPULAN

1) Pada pandangan saya, memandangkan kedudukan HANTARAN itu sendiri bukanlah mempunyai asas yang kukuh dalam agama, maka tidak menjadi 1 kecacatan pada bakal suami jika terpaksa berhutang di dalam menyediakannya.
2) Bayangkanlah, kalaulah MAHAR @ Mas Kahwin yang bertaraf WAJIB itu pun, boleh disediakan secara berhutang, takkanlah HANTARAN yang menjadi adat warisan itu mesti disediakan secara tunai. Ini satu hal yang tidak adil.
3) Andai terpaksa berhutang pun, jangan sampai hutang itu makin membebankan pasangan di awal usia perkahinan mereka.
4) Berhutang di awal perkahwinan ini, hanyalah tanda permulaan buruk bagi rumahtangga yang baru dibina.
5) Justeru, berbincang secara baik antara pasangan agar dapat kita lestarikan “ Baiti Jannati” diatas dunia yang sementara ini.


Wallahua’lam.
Disediakan oleh

Mohd Zaiem Hilmi B. Hussin
Tmn Wawasan, Tawau
12.14 malam.

Sila lawati laman web asal post di http://zaimhilmi.blogspot.com/2009/10/antara-mahar-dan-wang-hantaran.html.

teman sejati

susah sebenarnya untuk mencari teman. susah dan senang, dunia dan akhirat. itulah dinamakan pengorbanan, mengambil berat tentang diri temannya untuk kebaikan bersama. semua ujian yang ditempuh hanya milik kita, orang lain tidak boleh mengubahnya. kadang kalanya kita hanya mampu menasihati pada orang lain, tapi manusia yang diberi akal untuk menilai, mana yang baik dan mana yang buruk.

sampai satu masa, kadang-kadang kita akan putus asa. sakitnya hati tak terhingga bila nasihat kita ditolak. seolah-olah mereka menutup telinga, tidak mahu mendengar. akhirnya kita terima sahaja kerana mereka teman kita. sebab kita sayang mereka, kita mahukan mereka bahagia, itu lah tujuan awalnya kita membantah, bukan niat dengki atau kianat. akhirnya tinggal hanya doa dalam hati supaya mereka diberi pertunjuk, kerana jauh disudut hati kita, kita tahu mereka berhak yang terbaik.

ujian akan tetap ada bagi setiap yang beriman kepada Allah SWT. berat atau ringan itu sahaja. hanya tinggal masa yang akan menentukan keinsafan pada seseorang. hari itu pasti terjadi dan doa kita akan terjawab. manusia akan sedar dari tipu daya syaitan yang melalaikan lagi menyesatkan. begitu senang Allah memberi jalan, sedangkan selama ini manusia terlepas pandang.

setiap perkara semuanya ujian. kadang-kadang benda dah berlaku, kita hanya perlu terus ke hadapan. sebagai teman tidak perlu memarahi, tidak perlu mengungkit kembali kisah yang dulu, kisah yang pernah kita melarang atau memesan. kita cuma perlu berdiam diri kerana mereka yang kita sayang. tidak perlu senaraikan kesilapan mereka, kerana ujian Tuhan siapa yang sangka, siapa lah kita untuk mengungkit walau sedikit pon.

sahabat, engkau adalah temanku. semoga kita tabah menjalani ujian Tuhan, seperti sahabat-sahabat Rasul yang tak pernah tahu penat dan lelah menegak agama Allah. aku bersyukur. dalam diri juga ingin membaiki, menjadi lebih baik.

wallahua'lam.

Tuesday, June 15, 2010

solat diutamakan bukan client

sudah lama rasanya tidak tulis apa-apa. rasa macam hilang mood pon ada. tadi pergi surau, ada ceramah, tajuk dia memang kena dengan apa yang aku rasa dalam hati sejak dulu tapi tak pernah pula rasa nak tulis kat sini. setelah banyak membebel kat kawan serumah yang pergi surau sekali tadi, aku nak membebel kat sini pula.

banyak benda yang ustaz sentuh tadi tapi aku paling tertarik pada isu jihad. memang sekarang ini jihad tengah hangat diperdebatkan kerana adanya isu palestin-israel tu. mungkin kerana isu semasa sekarang ni uztaz tu sentuh pasal jihad. tapi apa yang diperbincangkan adalah mengenai diri kita sendiri bukan mengenai israel yang sudah pon diperkatakan didalam al-quran dengan sifat-sifat mereka yang kejam itu.

apa sebenarnya yang kita faham dengan jihad? adakah jihad itu hanya bila kita pergi berperang dan mati syahid? kadang-kadang manusia lupa setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah SWT itu adalah jihad. contohnya bila kita hendak ke surau untuk solat atau ingin ke sekolah untuk menimba ilmu, semua ini adalah jihad.

aku teringat contoh simple yang kita selalu jumpa. contoh orang berniaga. katakan pukul 6pm kita keluar ofis nak jumpa client tapi tak solat asar dulu sebab tak sempat nanti client complaint sampai lambat. bila bawa kereta cari tempat client, pusing-pusing, sekali sesat tak jumpa ofis client tu, tengok jam dah masuk pon waktu solat magrib. kita pon tak solat asar. yang tambah lagi teruk, masa pergi jumpa client tu ada bawa staf kita pula bersama, jadi co-pilot, dah la kita berdosa tak solat, orang pon berdosa tak solat disebabkan kita pula.

soalan: eh, kenapa tak solat je dulu sebelom keluar ofis tu?

jawapan: tak boleh, nanti client bising, tak nak buat business pula, hilang rezeki, tak boleh nak bayar staf, tak ada duit.

senang je jawapan. tapi apa yang kita sering lupa ialah Allah SWT yang bagi kita rezeki. maka, kenapa bila saat tertentu kita lupa benda yang 'simple' ini? kita lupa dengan semua perkara sebagai seorang muslim. kita mengejar duit dari client itu sampai kita lupa tanggungjawab kita yang utama, iaitu solat, dan juga merupakan perkara paling penting dalam hidup seseorang yang bergelar islam.

jika kita solat dulu sebelom keluar ofis untuk berjumpa dengan client, tak menjadi masalah sebenarnya. walau macam mana kurang ajar sekali pon client yang meminta kita berjumpe mereka secepat mungkin, sampai solat kita ditangguhkan dulu, kita perlu tegas membuat keputusan yang mana lagi baik. jika kita pilih untuk berdosa maka kita sudah pon melakukan kesalahan yang sangat merugikan. padahal solat itu yang sepatutnya kita utamakan dari segala benda atau perkara yang kita rasakan menjadi sumber rezeki.

insya Allah pertolongan akan datang secara sendirinya jika kita pilih untuk solat. jika kita ikhlas dan utamakan solat tak mungkin Tuhan akan mensia-siakan keikhlasan kita itu. andai kata tadi kita solat dulu dan client marah sebab kita sampai lambat dan akhirnya terbatal urusan business kerana client tak puas hati, maka apa yang kita patut sedar ialah client itu memang tak layak untuk kita mengadakan business, kerana sumber rezeki datangnya dari Allah dan bukan dari client yang kita harapkan.

cuba kita berhenti sejenak dan berfikir. adakah Allah SWT tak mampu memberi kita rezeki yang lain kalau hilang satu client tadi? adakah kita sanggup memilih dosa dari melakukan solat? kita sering lupa bahawa kita sepatutnya lebih tegas dengan keputusan tentang solat dan agama kerana perkara ini juga adalah jihad. kita harus ingat bahawa mungkin rezeki kita akan datang lebih lagi pada masa akan datang jika kita utamakan solat dahulu dari segala benda lain. padahal kita terlupa Allah SWT sedang menguji keimanan kita dengan perkara tersebut dan ganjaran bagi orang-orang beriman amatlah istimewa.

sikit sahaja Allah uji sudah pon kita lupa. kita lebih bergantung pada manusia untuk mendapat sumber rezeki dari kita berfikir dan berharap rezeki itu datangnya dari Allah SWT. bergantunglah pada Allah SWT sepenuhnya. itulah jihad yang paling utama yang kita harus ingat. diri sendiri kenalah lebih tegas membuat keputusan dalam apa perkara jika ia melibatkan agama Allah. usah kita takut, pasti adanya rezeki lain yang menanti kita pada masa akan datang kerana Allah SWT yang menentukan segala perkara, pentadbir seluruh alam.

wallahua'lam

Monday, June 14, 2010

lights, camera, action!

Assalamualaikum.

The last post was a mistake. I was just testing something but forgot to delete it. Sorry for the comfusion..:)

Anyway, I've been busy with other stuff lately. Just bought a camera (at last), after the last camera i bought were stolen.

Well, do drop by at my flickr page, the link is below the achieve.

Till next time.

Wednesday, June 9, 2010

Why Hijab?



thank you for watching.

Saturday, June 5, 2010

born again muslims

aku kagum tengok orang masuk islam (mualaf). selalu sahaja kita dengar orang peluk agama islam dan orang bukan islam akan mengutuk mereka, tapi siapa kisah, kutuk all you want sebab orang ini dah buat keputusan. semua tahu betapa hebatnya tentangan dari pelbagai pihak bila seseorang dah buat keputusan untuk peluk islam, dari keluarga misalnya, masyarakat apatah la lagi, tapi ada juga keluarga yang tak kisah pon sebab mereka sayangkan anak mereka dan mahukan yang terbaik.

mualaf ni bila mereka dah masuk islam, kebanyakkan mereka ni sangat sabar. yela, mula-mula nak berubah bukannya senang sebenarnya, dapat tentangan hebat lagi la pula, dan disini bermulanya episode ketabahan hati dalam diri mereka kerana menghadapi segala rintangan dan ujian yang Allah SWT bagi kat mereka. dan bila dah masuk islam mereka sangat la tabah dan redha yang amat tinggi kerana telah pon diberi hidayah, bimbingan dan lain-lain bagi menghadapi segala cabaran hidup, atau dengan erti lain mereka-mereka ini sangat bersyukur dengan hidup mereka. kadang-kadang mengalahkan orang islam yang sejak azali islam dari segi kefahaman dan ketaatan kepada agama Allah SWT.

kebanyakkan orang yang lahir muslim, hidup gaya muslim, dipandang muslim dari kecil boleh terlupa semua perasaan yang ada pada orang-orang mualaf kerana mereka gagal melihat kepada kebenaran dan lupa terhadap tanggungjawab mereka sebagai muslim. mungkin kerana keseronokan dunia atau mungkin juga kerana nafsu, either way ia menjadi salah satu punca kepada masyarakat islam yang penuh dengan maksiat seperti yang kita dapat lihat sekarang.

aku sangat tertarik kepada gadis berketurunan British-Japanese yang diberi nama Hana Tajima-Simpson, beliau seorang mualaf dan telah memeluk islam lebih 5 tahun lamanya. ya, beliau seorang model dan fashion designer dikota London, United Kingdom dan sekarang ini amat terkenal dengan rekaan fashion beliau iaitu StyleCovered. boleh layari laman web ini. http://www.stylecovered.com/

apa yang aku nak sentuh disini ialah bukan pasal kecantikan gadis ni, sememangnya dia sangat cantik dan tak boleh dinafikan lagi tapi apa yang aku paling tertarik pada gadis ni ialah sifat 'humble' dia. yes, i mean she's beautiful, very much, ramai orang duk puji dia, tapi dia sangatlah macam tak kisah dengan kecantikan yang dia ada. dia sangat humble sampai aku agak terkejut dia baru masuk islam, aku ingat dia tu born islam, sekali mualaf rupenya. cuba kita perhatikan betul-betul, tak ada pon dia nak dedahkan aurat dia. cakap pon dengan penuh lembut dan ikhlas dan sikit pon tak menunjukkan riak diwajahnya. ternyata beliau sudah pon faham atau menghayati islam yang sebenar. mungkin juga husband dia telah bimbing dia dengan nilai islam yang baik. subahannallah.

bila tengok Hana ni di internet, dengan sifat islamic yang dia ada, pakaian islam moden yang dia cuba potrait kan kepada masyarakat, teringat pula pada masyarakat kita. kita sejak lahir lagi sudah pon islam, dan dibesarkan dengan ajaran islam tapi tidak langsung mahu mengikut apa yang islam ajar pada kita. padahal kita tinggal di negara islam, belom lagi tinggal di western countries seperti si Hana.

ramai gadis yang kita kenal, sangat suka dan tertarik dengan pakaian dan design dari barat. ya, memang tak salah, tapi bila dah pakaian yang dipilih itu mendedahkan aurat dan menunjukkan bahagian tertentu tubuh badan dan aurat seorang wanita ia tidak lagi relevan dan tidak sama sekali dibenarkan dalam islam.

kita selalu jumpa, gadis yang dari awalnya elok dari segi pakaian, pakai hijab dengan sempurna, tapi lama-kelamaan mereka ini cuba ringankan lagi pemakaian hijab bila memakai scaft sahaja dikepala, biasanya bila hendak pergi jogging di taman atau bererobik di club senaman, maka bertudung seperti mereka ini bukan lagi dipanggil hijab kerana leher mereka sudah pon terdedah dan kita lupa bahawa ini juga merupakan aurat bagi wanita.

dari segi baju pula, semua orang tahu ramai wanita islam di malaysia khususnya suka pakai 'baju adik'. baju adik ini ialah baju yang sangat kecik (baju fit), kemungkinan besar dipinjamkan oleh adik mereka sebab itulah ia kebanyaknya ketat dan sampai terbentuk susuk tubuh badan yang langsing atau terdedah saiz dada mereka yang juga akan mengiurkan bila dipandang, apatah lagi bila baju adik ini mempunyai jenama yang terpampang besar dibahagian dada baju supaya mata kita nyata terpandang diruangan itu. ditambah pula bila mereka ini memakai seluar jeans ketat, dan kadang-kadang bila tunduk atau duduk akan menampakkan seluar dalam mereka atau pon merunsingkan lagi mereka tidak memakai seluar dalam. (i leave it to your imagination).

itulah dia contoh-contoh yang amat merunsingkan sebenarnya. kadang-kadang ada juga terfikir, dimanakah hala tuju mereka-mereka ini, sejauh manakah kefahaman islam yang ada dalam diri mereka?

tapi wanita-wanita seperti ini masih lagi ada peluang untuk berubah, kerana mungkin ini semua ujian mereka sahaja. kita tak perlu menjauhi diri daripada mereka kerana mungkin mereka sangat tidak tahu atau pon mereka lupa sekejap akan tanggungjawab mereka sebagai umat islam. suatu hari nanti mana tahu mereka akan berubah dan perubahan ini selalunya disebut "born again muslims" seperti juga tajuk post aku kali ni.

born again muslims ini ialah, orang islam yang lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim, melakukan maksiat dan akhirnya sedar dan insaf dan kembali kepada ajaran yang sebenar. sesetengah orang yang lupa ni, mereka seolah-olah mati sekejap dan bila mereka mendapat hidayah mereka akan sekali lagi mengikuti ajaran islam secara tulus dan ikhlas seolah-olah telah pon dilahirkan semula dalam agama islam.

kita juga sebagai muslim yang taat, harus lah sentiasa membaiki diri kita setiap masa, muhasabah diri amatlah diperlukan. tak boleh menunding jari pada sesiapa kecuali diri kita sendiri. kita tak boleh mencaci mereka yang 'mati' sekejap tu, mungkin suatu hari nanti mereka akan 'hidup' semula dan 'lahir' balik kedalam islam (bukan bermaksud resurrection), kita tak tahu. jika berkesempatan, mengajak dan menyebarkan berita baik Allah SWT kepada yang lupa harus diteruskan. kita harus mendekati mereka sebenarnya bukan menjauhi dari mereka. mana la tahu suatu hari bila ada orang mengingati diri mereka, keinsafan dalam hati akan tercetus dan akhirnya sedar untuk berubah.

macam yang aku pernah kata, semuanya atas pilihan. individu memilih untuk berubah, memilih untuk kebaikan dan memilih untuk berbuat dosa. yang paling penting, perlu ada pertanyaan dalam hati, dimanakah kita disisi Allah SWT? semuanya bermula dari diri sendiri. itu memang jelas.

wallahua'lam.

Sunday, May 30, 2010

don't judge a book by it's cover

kita tak bole paksa orang suka kita. buat la macam mana sekali pon kalu orang tak suka tetap tak akan suka jugak. walaupon kita tahu kita baik, tapi kadang-kadang hati orang tak boleh terima seadanya keadaan kita. mungkin kalau diberi peluang untuk mengenali diri kita yang sebenar, fikiran orang terhadap kita akan berbeza, dari tak suka jadi suka atau pon dari suka jadi tak suka, itu lah hati manusia, ia sangat lah kompleks sebenarnya.

ramai orang suka buat andaian (assume) terhadap personaliti orang lain. walaupon tak pernah kenal kita yang sebenar, mereka akan assume kita macam ini dan macam itu. kadang-kadang orang akan nilai dari apa yang kita tulis (dalam blog), mungkin juga dari segi percakapan kita dalam Yahoo Messenger (YM) atau pon dalam web-web seperti facebook dan lain-lain. pokoknya, orang akan menilai dari sudut luaran seseorang itu tanpa menilai dalaman mereka.

ada satu pepatah melayu yang kita selalu dengar, "jika tak kenal maka tak cinta". mengikut pepatah ni pon kita dah boleh fikir bahawa kita tak boleh menilai seseorang dari luaran mereka sahaja, kena la kenal dulu orang tu baru boleh nilai apa-apa sahaja yang terlintas dihati, sebab hati kita lain-lain, tak mungkin jika seorang tu suka pada kita dan orang lain akan turut suka sama, macam quotes bahasa inggeris tu la "beauty is in the eye of the beholder", aku pernah tulis pasal ni so malas la nak membebel lagi panjang.

bagi aku, beauty (cantik) disini bukan bermakna dari wajah sahaja tapi boleh juga diukur dengan nilai-nilai yang ada pada seorang tu, bila hati kita menyukai nilai murni seseorang, kadang-kadang hati kita akan mengatakan orang ini sangat cantik bukan disebabkan wajahnya tapi kerana nilai murninya.

assume ni macam tak best gak la sebenarnya. contoh, kita kenal seorang mamat ni, dia nampak baik dan suka bercakap pasal agama dan terus kita assume dia seorang yang anti-dunia dan mengejar akhirat sahaja dan tak boleh buat sebagai kawan kerana kita assume dia mungkin tak open minded, tapi kita tak cukup kenal pon orang ni untuk kita terus menilai dia macam ini dan macam itu. apa kata kenal dulu, baru nilai. mana tahu boleh berkongsi ilmu dengan mereka ke ape ke.

contoh lain. kita kenal seorang muslimah yang bertudung yang tahu banyak pasal agama. pastu kita assume jika kita mendekati gadis-gadis seperti ini kita akan didakwah dan dibebel untuk menjadi lebih baik dan sebagainya. padahal kita belom lagi kenal mereka sepenuhnya sudah pon assume pelbagai perkara. perkara seperti ini amatlah salah dari segi pemikiran seorang yang waras.

itu satu pandangan sahaja dan ia boleh juga diberi pandangan dari segi lain. teringat aku masa pertama masuk kolej dulu, aku ada nak kenal sorang gadis ni tapi dia tu assume aku nak mengorat dia. ofcourse la aku nak kenal dia tapi tak semestinya aku nak bercinta dengan dia. memang susah kenal-kenal dengan 'strangers' tapi budak satu kolej selalu je jumpe apa salah nya. soal cinta tak timbul sebenarnya sebab rasa cinta akan timbul secara sendirinya. yela, takkan la sekali pandang terus cinta, mestila nak kenal dulu orang tu macam mana dan sebagainya. dalam kes aku ni, gadis tu assume yang bukan-bukan.

itula dia, pemikiran sesetengah orang. belom apa-apa lagi dah assume macam-macam. ramai yang fikir, "nak mengorat aku la tu" dan terus mengelak dan tidak mahu berkawan langsung dengan orang yang mahu berkenalan tu. budak laki pon ramai yang macam ni juga. bila seorang gadis nak berkawan terus mereka mengatakan gadis itu mahu mengorat dirinya dan akan terus mengelak jika dia tidak berminat dengan si gadis yang mahu berkenalan.

bagi aku, tak salah jika orang nak kenal, lagi ramai kawan lagi la bagus. tapi setelah lama berkenalan jika orang jatuh hati dengan kita, jika tak boleh balas suka mereka tu balik atleast berterus terang saja dengan mereka bahawa kita tak rasa seperti yang mereka rasakan. memang sukar untuk melakukannya dan menerima cara ini tapi ia sangat lah bagus bagi kedua-dua pihak. cuma dengan cara ini akan lebih berkesan jika seseorang yang kena 'let down' tu cukup matang untuk menerima penolakan cintanya, sebab ramai orang tak boleh menerima jawapan 'tidak'.

maka, tolong jangan assume, atau "don't judge a book by it's cover". kenal dulu orang baru boleh nilai sepenuhnya.

juga, jangan terlalu perasan. tak semua orang nak berkenalan tu sebenarnya nak mengorat diri anda.

abis membebel..:)

Friday, May 28, 2010

selawat dan zikir taubat mp3

dua tiga hari ni aku asik dengar lagu nasyid je, dah lama tak layan, paling last pon masa kat kampus, tapi aku suka kumpulan Brothers je, kumpulan lain tu cam tak dengar sangat. sebenarnya semalam tu secara tak sengaja sebab aritu ada bukak radio IKIM sambil bawak keta, pastu terdengar la satu lagu ni, "Salamun 'Alaika" nyayian dari Nada Murni, tetiba je aku rasa macam best dengar lagu tu. dan balik umah aku terus search lagu tu kat 4shared.com. penat cari, play satu-satu lagu dalam web tu sebab tak tahu tajuknya dan sapa yang nanyi. tapi lastly jumpe jugak, sekali lagu Nada Murni dari Album Untukmu Rasulullah. tapi terfikir juga, sapa Nada Murni ni? tak pernah pon aku dengar sebelom ni? nape sedap dan menginsafkan lagu-lagu mereka ni? sedih aku..cuma aku dengar macam suara arwah ustaz asri je dari kumpulan Rabbani. hm..maybe la kot..

untuk dengar/download Salamun 'Alaika, sila klik.

keesokan harinya, bukak lagi IKIM sambil bawak keta, sebab rasa macam best plak dengar stesen radio IKIM. haha~ sekali keluar plak nasyid ala-ala macam zikir gitu. sedih sekali lagi dengar lagu ni. sebenarnya lagu zikir taubat. banyak plak rasa buat dosa. adui..balik umah sekali lagi bukak web 4shared.com, search tajuk dan sapa yang nanyi tapi tak jumpe, bukak youtube. baru aku tahu, zikir taubat bacaan dari Munif Ahmad, semua orang tahu kot sebab selalu ada siarannya kat Astro Oasis. aku tak tahu sebab aku tak layan Astro kecuali siaran Bola je. haha~

untuk dengar/download Zikir Taubat, sila klik.

ni la dua lagu aku duk pasang berulang-ulang dari pagi sampai la tak tahu bila aku akan boring. tersentuhnya jiwa aku dua tiga hari ni. jiwa tengah halus mungkin. hm..

sebenarnya. ada bagusnya kita muhasabah diri sentiasa dan selalu baca doa taubat, sebab kadang-kadang kita tak sedar kita ada buat dosa. tak kisah la kat sapa atau dah buat sesuatu perkara yang tak baik tapi yang paling penting kita kena selalu merendahkan diri kepada yang Maha Berkuasa, dan ustaz kata, sebenarnya semua kena jaga, penampilan kita, cara jalan kita, percakapan kita, semuanya menunjukkan kita sedang merendah diri kepada Allah SWT, baru boleh jadi mukmin yang baik.

Allah SWT saja yang mampu hapuskan dosa yang pernah kita lakukan, secara halus atau pon secara terang-terang. kalu ada masa senang boleh la buat solat taubat sekali lepas solat isyak. marilah kita bertaubat dan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW kita. semoga semua perkara yang kita lakukan mendapat rahmat Allah SWT didunia yang sementara ini dan diakhirat kelak. insya Allah.

p/s: pesanan untuk diri sendiri sebenarnya dan sesiapa yang sudi baca post ni.

Thursday, May 20, 2010

kanak-kanak dewasa

aku perasan budak-budak selalu je gaduh. masa kecik pon seingat aku ada sekali sekala aku bertikam lidah dengan budak lain dan pernah juga aku tumbuk anak cikgu dan kena marah teruk punya. haha~ sebenarnya kita gaduh sebab kita nak menang. kalu budak-budak bertikam lidah biasanya mereka bunyi macam ni:

ali: "ko berak taik koko!!"
abu: "eleh..ko lagi teruk, ko berak taik hijau"

keadaan macam ni berlaku hanya bila dah tak ada pilihan lain untuk menang, maka budak-budak akan menyatakan benda-benda yang tak masuk akal, janji mereka boleh jawab dan terus berperasaan mereka sudah menang sampailah salah sorang antara mereka diam, jika diam tandanya orang tu dah kalah, dan secara automatik budak lain tu rasa best sebab dah menang.

tapi keadaan seperti ini biasanya akan berlarutan sebab budak mana tak nak menang kan? so untuk tidak kalah mereka akan terus bertikam lidah, sampailah satu tahap mereka akan bertumbuk sebab sakit hati, biasanya bila sudah melibatkan nama mak dan ayah. (biasanya budak laki la suka bertumbuk-tumbuk ni).

bila kita sudah dewasa kemungkinan besar kita dah tak macam kita masa kecik-kecik. suka bergaduh, bertikam lidah, suka nak menang je, suka rasa kita saja je yang betol. aku pernah tulis satu post dulu bab perangai ni sebab aku pon pernah kecik apa hehe~ kalu nak baca boleh click disini.

tapi yela, sapa kata orang dewasa pon tak ada perangai budak-budak. kadang-kadang walaupon dah besar panjang tapi perangai budak-budak tu masih lagi ada dalam diri mereka. aku bukan berkata mengenai hobi atau interest seseorang tu, tapi pasal perangai mereka. orang dewasa seperti ini aku gelar mereka "kanak-kanak dewasa".

bagi aku masalah paling besar kanak-kanak dewasa ni ialah mereka tak matang, tapi mereka rasa diri mereka sangat matang lebih dari orang lain. itu yang menjadi masalah. perbuatan mereka yang keanak-anakkan sebenarnya membuat mereka terkeluar dari golongan orang dewasa. matang ada banyak definisi jika bertanya pada orang ramai dan banyak orang akan pertikai dengan definisi orang lain. tapi walaubagaimanapon aku yakin, matang orang dewasa akan sama definisinya dari segi sifat, salah satunya sifat orang matang yang semua orang akan setuju ialah sifat fikir pasal orang lain. (berfikir mengenai orang lain dulu sebelom bertindak)

berapa kali saja pada zaman dewasa ni kita akan jumpa orang ajak kita bergaduh. "tumbuk la aku jika ko berani!!" atau "mai la sekeh kepala aku kalu berani, aku tunggu". (padahal tulis kat facebook atau kat blog, berlagak berani sangatkan kenapa tak cakap terus je kat muka kalu betol nak gaduh). aku rasa perkara macam ni sangat remeh dan sangat kelakar dan tak masuk akal sebab ini semua sifat kebudak-budakan, semua orang tahu dan boleh fikir. yela, semua sifat mahu bergaduh ialah sifat kanak-kanak. masa kecik kalau orang cabar kita buat sesuatu, kemungkinan besar kita akan buat, sebab masa kecik kita tak mampu pikir sangat pasal akibat tertentu dan akibat orang lain jika kita melakukan sesuatu yang bodoh seperti bergaduh dan tumbuk-menumbuk, orang sakit kita pon sakit, tu blom kira lagi sakit hati.

pada zaman dewasa ni kita akan jumpa pelbagai orang. dalam alam perkerjaan misalnya kita akan jumpe client yang kurang ajar, boss yang mulut biadap, supervisor yang suka buli, dan macam-macam lagi la. so, jika kita berjumpa dengan seorang kanak-kanak dewasa misalnya, apa sebenarnya riaksi kita? apa yang perlu kita buat? bagi aku buat bodoh je, tak perlu buat apa-apa pon, tak patut pon melayan kanak-kanak dewasa ni. yela, kalu kita layan orang seperti ini, maka apa bezanya kita yang dah dewasa ni, apa bezanya kita yang dah matang ni. jika kita bertindak kerana marah dengan kata-kata kanak-kanak dewasa maka kita 2 kali 5 sahaja dengan mereka. padahal diluar sana banyak lagi perkara yang boleh memeningkan kepala kita, hutang PTPTN belom habis bayar misalnya, atau tempat kerja yang sangat hampeh, dan banyak lagi la contoh-contoh lain. so, hidup ni bukan pasal nak menang je kan? tak payah la layan perkara remeh macam ni. hm..

ye. kita akan dilebelkan pengecut jika kita mengelak, jika kita melarikan diri dari bertengkar mulut kita akan dituduh pengecut juga. so, apa masalahnya jika kita dituduh sedemikian? tak ada masalah pon sebenarnya. biarkan saja. biarkan kanak-kanak dewasa ini rasa dia dah menang, biarkan mereka rasa mereka sangat best, asalkan kita tahu mengelak dari pergaduhan itu ialah salah satu sifat matang orang dewasa, itu sudah mencukupi. orang tua aku pernah pesan, kalu diam tak bermakna kita sudah pon kalah, masuk akal bukan?

apa yang aku boleh simpulkan dari semua ni ialah mengenai sifat. kanak-kanak dewasa seperti yang aku sebutkan diatas kebanyakkan antara mereka ada sifat sombong dan angkuh. bila ada sifat ini dalam diri maka akan timbul sifat pentingkan diri, bila pentingkan diri maka tak kisah pasal orang lain, tak pikir pon pasal orang lain, janji diri sendiri puas hati, maka jika ini berlaku akan pula muncul perasaan ego yang sangat tinggi dan dengan ego ini seseorang itu sukar untuk mengaku salah dan susah untuk minta maaf pada orang lain kerana selalu berasa betol, dan ego yang sangat tinggi ini juga ialah nafsu, dan bertindak mengikut nafsu itu tak lain tak bukan ialah iblis lanatullah. oleh itu marilah kita mengelak dari sifat yang buruk ini. kerana Allah SWT ada berpesan dalam al-quran untuk kita renungkan. semoga sesiapa yang membacanya mendapat manfaat. insya Allah.

"Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." - [Surah Luqman:18]

aku yakin diluar sana ramai orang bersifat seperti kanak-kanak dewasa ni, kena lah mula menyedari sifat masing-masing yang ada dalam diri. maka pada kanak-kanak dewasa, marilah berubah. haruslah sentiasa muhasabah diri. bertanya pada orang yang lebih tahu untuk mengenal pasti silap diri sendiri. hentilah berasa sangat bagus kerana manusia tiada yang terbaik. semuanya ada kekurangan. asalkan kita rendah diri pada Allah SWT semua perkara akan diredhai-Nya. apa lagi kalu bukan redha Allah yang kita mahukan dan dicari didunia yang sementara ini. banyakkanlah bersabar dalam apa jua keadaan. banyakkan istighfar pada Allah yang Maha berkuasa.

wallahua'lam.