Friday, October 1, 2010
fairytale wedding ke?
Assalamualaikum.
ni la wedding Nur Nadia SM Nasimudin anak Allahyarham SM Nasimudin, founder of NAZA Group. rasanya hampir semua dah tengok video ni samada di youtube atau pon di facebook. sebelom aku tulis pendapat aku disini, aku nak mohon maaf kepada semua yang terbaca post aku ni, bukan aku ingin mencetus ketidakpuasan hati kepada ahli keluarga, kawan-kawan si Nur Nadia atau pon sapa sahaja yang terbaca entry aku kali ni.
kalu search kat internet dah ramai orang comment pasal wedding ni. ada yang teringin sangat-sangat atau pon angau nak buat wedding seperti ni dan ada juga orang yang tidak setuju dengan wedding besar seperti ini. aku yakin ada satu persoalan yang wujud dalam semua fikiran orang, iaitu berapakah kos yang dibelanjakan untuk majlis seperti itu? adakah ia memakan kos sebanyak 1 juta ringgit? jika kita lihat video clip daripada manggis ni, sudah tentu siapa saja pon boleh agak berapa kos majlis tersebut. jika majlis perkahwinan kawan-kawan aku yang kecil lagi tak grand tu boleh mencecah puluhan ringgit, bagaimana pula kos majlis yang macam naza group ni agaknya?
ramai juga yang risau sebab takut jadi macam perkahwinan artist yang kita dah pon baca kat dalam surat khabar. tak payah la aku senarai kat sini siapa mereka tapi yang kita tahu mereka yang kawin besar macam ini akhirnya bertahan beberapa bulan sahaja. harap-harap tidak lah kan tapi anda fikir sendiri bila dah tengok video yang diiringi lagu best nyayian Taylor Swift itu.
balik pada agama, Islam menyuruh kita supaya tidak melampaui batas. banyak hadis Rasulullah yang menyentuh bab-bab perkahwinan untuk dijadikan teladan. bila melihat video diatas, tidak terlepas dalam fikiran aku untuk menilai majlis itu penuh dengan nilai riak. tidak dinafikan mereka banyak duit dan mungkin juga mereka telah pon mendapat sponser dari banyak pihak untuk majlis se grand itu. tapi islam tidak menyuruh kita melupakan nilai agama dan batas-batas tertentu yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat yang bergelar muslim.
anda mungkin perasan masa process make-up, terdedah kaki atau peha pengantin disini. aku assume cameramen yang mengambil gambar ialah lelaki semuanya dan ternyata 'mak andam' pon seorang lelaki. maka, dimanakah nilai seorang yang bergelar isteri? auratnya terdedah disana sini dan telah pon diperlihatkan oleh orang lain dilayar internet. tidak terlupa juga, upacara melontar boquet kepada wanita-wanita yang single, bukankah upacara ini adat perkahwinan dalam agama kristian? aku sedih sebenarnya kerana jika iklan ala-ala santa clause yang ditayangkan dalam tv sempena aidilfitri itu orang boleh marah, kenapa upaca seperti ini mereka tidak complaint pula? dan masih lagi dipraktik ramai dalam perkahwinan orang-orang islam melayu kita.
sebenarnya sayang. pasangan suami isteri kelihatan sangat cantik dan baik. tapi aku pon tak tahu dimanakah silapnya? adakah nilai islam itu tidak sampai kepada orang yang kaya seperti mereka ini, bila tiba soal wedding semua mahukan perkahwinan yang grand dan menunjuk-nunjuk sifatnya termasuklah artist-artist dinegara kita. sesungguhnya perkahwinan dalam islam itu sangat mudah dan murah dan tidak menyusahkan. padahal jika difikirkan duit yang seolah-olah telah pon dibakar itu, boleh sahaja didermakan kepada anak-anak yatim atau pon kepada orang-orang susah dan miskin yang masih lagi memerlukan pertolongan di malaysia ini.
manusia tidak akan terlepas dari penyakit riak dalam hati. semua orang mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain apa yang mereka ada. tapi jika difikirkan dengan logik dan dengan nilai islam, Allah melarang kita mengikut kata-kata iblis dan syaitan. kita tidak sedar sebenarnya kita telah pon dirasuk, tidak semestinya perlu kena histeria dulu baru boleh dikatakan kena rasuk, ini juga bentuk dihasut syaitan kerana syaitan telah pon memgulik hati kita supaya kita merasakan sesuatu itu adalah terbaik dan yang benar kerana Allah, padahal semua ini adalah berbentuk riak atau menunjuk-nunjuk dan seharusnya kita mengelak dari melakukan sedemikian.
kita harus ingat niat perkahwinan kita yang sebenar. perkahwinan itu sesungguhnya sepatutnya kerana Allah SWT dan jika kerana Allah tidak lah perlu melampaui batas dan seharunya mengikut ajaran islam yang sebenar. sebenarnya kita perlu pasang niat kita balik bila hendak berkahwin. sepatutnya berkahwin itu adalah kerana ingin melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. kerana sabda nabi SAW:
"Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat".
maksud nabi dengan perkataan kamu disini ialah umat yang soleh dan solehah yang bertakwa kepada Allah SWT sepenuhnya dan bukan sekadar mengaku islam tapi tidak mengikut kehidupan seorang islam yang sebenarnya.
walaupon banyak cacat cela didalam majlis perkahwinan seperti ini (pendapat aku sahaja), semoga Allah SWT mengekalkan perkahwinan Nur Nadia dan suaminya. seharusnya kita berdoa yang terbaik untuk mereka supaya kekal. kemungkinan besar mereka tidak tahu akan ajaran islam yang sebenar dalam bab perkahwinan sampaikan terlajak mengajurkan majlis perkahwinan yang melampau itu (pendapat aku lagi). semoga juga kita mengambil iktibar dan tidak terperdaya dengan majlis seperti ini. aku masih lagi mengeshorkan perkahwinan 'doa selamat' kerana sesungguhnya yang sederhana itu adalah yang terbaik disisi Allah jika ia dilansungkan kerana Allah SWT semata-mata bukan kerana nafsu atau benda lain. akhirnya melakukan sesuatu kerana nafsu itu tidak akan menguntungkan kita sedikit pon kerana sesunguhnya Allah benci akan orang yang bersifat seperti iblis yang dilaknat itu (sentiasa riak) yang sentiasa ingin menyesatkan umat manusia dari menjejak kaki ke jalan yang diredhai Allah SWT.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
stuju sgt ngan ko.. memula tgk mmg aku tkejut gler.. dh mcm kahwin org rome tu bai...
anyway, aku khwin 8hb jan 2011.. nnti aku kasik kad k..
salam,
video ini tengok dekat fbook. hmm, mungkin orang kita kuat berpegang pada adat budaya dan persepsi berbeza tentang letak harga, majlis paling grand adalah paling best. padahal, kahwin tu nak bina rumah, majlis ibarat pintu gerbang perkahwinan. apa guna kalau pintu gerbang grand dan nak hias cantik2 tapi rumah kosong dan tak terjaga. yang penting kehidupan after wed. habiskan duit untuk kahwin tapi lepas kahwin hidup susah.
entah lah. tak berani cakap juga. kena batang hidung sendiri baru tahu.
cyrusdavirus:
salam. tahniah. akhirnya ko dah nak tamat zaman bujang ko ek? alhamdulillah..:)
insya Allah aku datang wedding ko. tapi kalu kat ganu aku tak mampu nak datang la bro..huhu~
wife ko orang mana? kalu dia orang kl boleh aku datang..insya Allah..
liyana:
salam. btol tu. kehidupan yang sebenar tu lepas kawin. tapi ramai org kita terlalu mengutamakan adat dari mengikut hukum islam. padahal islam adalah yang terbaik bukan adat.
misalnya, dalam masyarakat kita kalu kawin, kena ada hantaran, padahal islam tak kata pon mengenai ini, ia cuma adat semata, tapi parents selalu marah kalu takda sebab takut anak pompuan mereka dikatakan orang ramai 'takda nilai'.
pasal majlis pula, lagi grand lagi la dianggap hebat. dan ramai nk ikut dan nak lawan satu sama lain nk jadi wedding of the year la bagai. padahal kita tak sedar yang semua tu adalah sifat riak semata kerana kalau bukan untuk menunjuk-nunjuk untuk apa lagi kan?
entah la, saya hanya berdoa untuk mendapat isteri yang solehah, pasal majlis tu biar yang sederhana sahaja, majlis tak penting pon bagi saya, janji akad nikah sah sudah pon mencukupi, kerana rezeki lepas kahwin Allah yang bagi. yang paling kita takut ialah, kalu permulaan perkahwinan pon dah pon melampaui batas macam mana perkahwinan tu nak kekal dunia akhirat? hm..
wallahualam.
afif kawin jangan xajak ok.. heheh.. :D
Salam.
Tiada yang benar melainkan membenarkan tulisan di atas. Setuju!
Post a Comment