dalam hidup banyak perkara sedih akan kita lalui. kebiasaannya kita akan laluinya dengan tabah atau pon sebaliknya. ia terpulang pada keimanan seseorang untuk menghadapai apa yang mereka lalui dengan baik sama ada berat atau ringan. seperti tercatat didalam al-quran ujian itu Allah ujikan setiap individu atas kadar tahap kemampuan untuk mereka menempuh ujian tersebut. maka tidak wajar bagi kita untuk membandingkan ujian orang lain dengan apa yang telah Allah SWT ujikan terhadap diri kita sendiri.
dalam setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. kita yang mengaku beriman akan sentiasa diuji untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. tidak seorang pon akan terlepas dari ujian dan seharusnya kita bersyukur kerana masih lagi diuji Allah SWT menandakan Dia masih lagi sayang dan ambil tahu terhadap diri kita ini.
dalam bebelan kali ini aku mahu menyentuh mengenai penerimaan hakikat. seperti yang aku telah pon tulis diatas, kita kena redha dengan setiap yang berlaku, jika kita merintih atau pon bersedih atau pon tidak mahu melepaskan apa sahaja yang menjadi sejarah dalam hidup kita maka kita bukan sahaja tidak melangkah kehadapan malah seolah-olah kita tidak bersyukur dengan apa yang terjadi yang sepatutnya kita anggap sebagai ujian Allah SWT itu.
banyak perkara boleh disentuh sebenarnya tapi aku ambil perkara paling simple, bab bercinta. kadang-kadang cinta kita berakhir dipertengahan jalan, maka sesetengah antara kita akan rasa kehilangan yang teramat dan kadang-kadang tidak boleh teruskan hidup seperti biasa. sebelom mendapat pengganti mereka ini akan merintih resah, mengatakan tiada lagi orang seperti cinta pertama mereka itu dan tiada lagi akan menyamai kekasih yang diidamkan selama ini.
tetapi apa yang mereka gagal lihat ialah dari sudut dugaan tadi. bukankah semua itu ujian dari Allah belaka? mengapakah kita tidak mahu melepaskan kenangan yang lalu kerana ia sah pon telah berlaku dan tidak boleh diubah lagi. disinilah harusnya kita menanamkan sifat redha yang tinggi kepada Allah kerana betol-betol yakin dengan ujian yang diberikan dan menganggap ia satu peningkatan iman dalam diri.
bila kita tidak "move on" atau "seolah-olah tidak redha" dengan apa yang berlaku maka kita akan meletakkan satu "benchmark" kepada apa yang kita cari dalam pasangan yang akan datang. hal ini sama seperti kita tidak memberi ruang atau peluang untuk diri kita sendiri mencintai orang lain dengan alasan kekasih baru tidak sama dengan kekasih yang dulu, "aku mahu cari yang macam ini sama seperti orang itu". percaya atau tidak secara tidak sedar kita telah pon bersikap tidak redha. nauzubillah.
sebenarnya apa yang perlu kita lakukan ialah "move on" atau dengan erti lain terima hakikat. mungkin pasangan yang akan datang itu ada sedikit penyamaan dengan yang dulu atau mungkin tak ada langsung. tapi tidak patut sama sekali kita menyamakan terus dengan siapa-siapa sahaja kerana manusia tidak mungkin mempunyai sama perwatakan secara keseluruhannya, mesti ada juga yang tidak sama. kadang-kadang kita perlu "open up", atau pon buka hati kita untuk orang lain supaya kita tidak menjadi orang yang tidak redha dengan dugaan Allah SWT. hidup ini sangat indah jika kita yakin dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya yang datang dari Allah SWT itu adalah yang terbaik.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tak banyak yg aku baca.just menyentuh tajuk post hang ja.hakikat tu dah tersurat kan.andai kita pilih ke kiri maka ke kiri la jawapannya. maka sebaliknya jika kita pilih ke kanan maka ke kanan la jawapannya.
thanks afif be my brothers..
aku tolong translet kat ko afif
thanks - terima kasih banyak (sebab thank tu ada huruf s kat blakang)
afif - nama hansuke
be - menjadi
my - saya punya
brothers - abang-abang. boleh juga ditranslet jadi kumpulan nasyid brothers.
so dicampur semua dalam satu ayat, "terima kasih banyak afif menjadi saya punya kumpulan nasyid brothers"
haha
gurau2 di pagi raya.
info yg berguna..
lorh..amar ni yg translate ayat aku awatnya...malu la, dah la english tak bagus.kihkih
Post a Comment