sudah lama rasanya tidak tulis apa-apa. rasa macam hilang mood pon ada. tadi pergi surau, ada ceramah, tajuk dia memang kena dengan apa yang aku rasa dalam hati sejak dulu tapi tak pernah pula rasa nak tulis kat sini. setelah banyak membebel kat kawan serumah yang pergi surau sekali tadi, aku nak membebel kat sini pula.
banyak benda yang ustaz sentuh tadi tapi aku paling tertarik pada isu jihad. memang sekarang ini jihad tengah hangat diperdebatkan kerana adanya isu palestin-israel tu. mungkin kerana isu semasa sekarang ni uztaz tu sentuh pasal jihad. tapi apa yang diperbincangkan adalah mengenai diri kita sendiri bukan mengenai israel yang sudah pon diperkatakan didalam al-quran dengan sifat-sifat mereka yang kejam itu.
apa sebenarnya yang kita faham dengan jihad? adakah jihad itu hanya bila kita pergi berperang dan mati syahid? kadang-kadang manusia lupa setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah SWT itu adalah jihad. contohnya bila kita hendak ke surau untuk solat atau ingin ke sekolah untuk menimba ilmu, semua ini adalah jihad.
aku teringat contoh simple yang kita selalu jumpa. contoh orang berniaga. katakan pukul 6pm kita keluar ofis nak jumpa client tapi tak solat asar dulu sebab tak sempat nanti client complaint sampai lambat. bila bawa kereta cari tempat client, pusing-pusing, sekali sesat tak jumpa ofis client tu, tengok jam dah masuk pon waktu solat magrib. kita pon tak solat asar. yang tambah lagi teruk, masa pergi jumpa client tu ada bawa staf kita pula bersama, jadi co-pilot, dah la kita berdosa tak solat, orang pon berdosa tak solat disebabkan kita pula.
soalan: eh, kenapa tak solat je dulu sebelom keluar ofis tu?
jawapan: tak boleh, nanti client bising, tak nak buat business pula, hilang rezeki, tak boleh nak bayar staf, tak ada duit.
senang je jawapan. tapi apa yang kita sering lupa ialah Allah SWT yang bagi kita rezeki. maka, kenapa bila saat tertentu kita lupa benda yang 'simple' ini? kita lupa dengan semua perkara sebagai seorang muslim. kita mengejar duit dari client itu sampai kita lupa tanggungjawab kita yang utama, iaitu solat, dan juga merupakan perkara paling penting dalam hidup seseorang yang bergelar islam.
jika kita solat dulu sebelom keluar ofis untuk berjumpa dengan client, tak menjadi masalah sebenarnya. walau macam mana kurang ajar sekali pon client yang meminta kita berjumpe mereka secepat mungkin, sampai solat kita ditangguhkan dulu, kita perlu tegas membuat keputusan yang mana lagi baik. jika kita pilih untuk berdosa maka kita sudah pon melakukan kesalahan yang sangat merugikan. padahal solat itu yang sepatutnya kita utamakan dari segala benda atau perkara yang kita rasakan menjadi sumber rezeki.
insya Allah pertolongan akan datang secara sendirinya jika kita pilih untuk solat. jika kita ikhlas dan utamakan solat tak mungkin Tuhan akan mensia-siakan keikhlasan kita itu. andai kata tadi kita solat dulu dan client marah sebab kita sampai lambat dan akhirnya terbatal urusan business kerana client tak puas hati, maka apa yang kita patut sedar ialah client itu memang tak layak untuk kita mengadakan business, kerana sumber rezeki datangnya dari Allah dan bukan dari client yang kita harapkan.
cuba kita berhenti sejenak dan berfikir. adakah Allah SWT tak mampu memberi kita rezeki yang lain kalau hilang satu client tadi? adakah kita sanggup memilih dosa dari melakukan solat? kita sering lupa bahawa kita sepatutnya lebih tegas dengan keputusan tentang solat dan agama kerana perkara ini juga adalah jihad. kita harus ingat bahawa mungkin rezeki kita akan datang lebih lagi pada masa akan datang jika kita utamakan solat dahulu dari segala benda lain. padahal kita terlupa Allah SWT sedang menguji keimanan kita dengan perkara tersebut dan ganjaran bagi orang-orang beriman amatlah istimewa.
sikit sahaja Allah uji sudah pon kita lupa. kita lebih bergantung pada manusia untuk mendapat sumber rezeki dari kita berfikir dan berharap rezeki itu datangnya dari Allah SWT. bergantunglah pada Allah SWT sepenuhnya. itulah jihad yang paling utama yang kita harus ingat. diri sendiri kenalah lebih tegas membuat keputusan dalam apa perkara jika ia melibatkan agama Allah. usah kita takut, pasti adanya rezeki lain yang menanti kita pada masa akan datang kerana Allah SWT yang menentukan segala perkara, pentadbir seluruh alam.
wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kebanyakan daripada kita dah lupa siapakah yang memberi rezeki.. Client kah yang memberi rezeki pada kita? Kalo client yg beri rezeki, kenapa kita boleh hidup sihat walafiat jer berpuluh2 tahun sblm jumpa client? Semoga ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua dalam menempuh hari2 yg mendatang..
“Dan perintahlah keluargamu menunaikan Solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya, kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan kami lah yang memberi rezeki, dan kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa,”
(Taha : 132)
salam.
thanks for the comments amar.
dah lama ko tak ke sini..:)
kita manusia memang kadang2 lupa.
semoga kita dilindungi dari sifat lupa seperti ini. insya Allah.
solat itu wajib.apa2 pun Allah no one, kalau xsoalt lagi ape salahnya solat dulu kan, iye dak...
bukan lama pown, wuduk seminit, plus solat paling kusyuk pun 10 minit xlebih.
bukan ape, macam ang penah ckp kat aku dulu tentang kemanisan iman. mungkin sesetengah orang tu xda atau wat2 xendah. tapi rasa zaman skg ramai yg pilih untuk tidak mengendahkan atau memberatkan yang wajib tu.
bagi mereka, satgi dan lagi..diorang xtau masa skg amat singkat.
contonhya, sku selalu tolong mak aku kms dapur every day. kuantiti jumlah kerja yg sama, dan effisien kerja yg sama, tapi skg aku amik ms lg lama dari dulu..singkat btol masa berlalu.
tah nanti bila sekali solat RM50 baru ada yg solat kot.hehe :)
apela aku kelentong ni..
Post a Comment