Sunday, May 30, 2010

don't judge a book by it's cover

kita tak bole paksa orang suka kita. buat la macam mana sekali pon kalu orang tak suka tetap tak akan suka jugak. walaupon kita tahu kita baik, tapi kadang-kadang hati orang tak boleh terima seadanya keadaan kita. mungkin kalau diberi peluang untuk mengenali diri kita yang sebenar, fikiran orang terhadap kita akan berbeza, dari tak suka jadi suka atau pon dari suka jadi tak suka, itu lah hati manusia, ia sangat lah kompleks sebenarnya.

ramai orang suka buat andaian (assume) terhadap personaliti orang lain. walaupon tak pernah kenal kita yang sebenar, mereka akan assume kita macam ini dan macam itu. kadang-kadang orang akan nilai dari apa yang kita tulis (dalam blog), mungkin juga dari segi percakapan kita dalam Yahoo Messenger (YM) atau pon dalam web-web seperti facebook dan lain-lain. pokoknya, orang akan menilai dari sudut luaran seseorang itu tanpa menilai dalaman mereka.

ada satu pepatah melayu yang kita selalu dengar, "jika tak kenal maka tak cinta". mengikut pepatah ni pon kita dah boleh fikir bahawa kita tak boleh menilai seseorang dari luaran mereka sahaja, kena la kenal dulu orang tu baru boleh nilai apa-apa sahaja yang terlintas dihati, sebab hati kita lain-lain, tak mungkin jika seorang tu suka pada kita dan orang lain akan turut suka sama, macam quotes bahasa inggeris tu la "beauty is in the eye of the beholder", aku pernah tulis pasal ni so malas la nak membebel lagi panjang.

bagi aku, beauty (cantik) disini bukan bermakna dari wajah sahaja tapi boleh juga diukur dengan nilai-nilai yang ada pada seorang tu, bila hati kita menyukai nilai murni seseorang, kadang-kadang hati kita akan mengatakan orang ini sangat cantik bukan disebabkan wajahnya tapi kerana nilai murninya.

assume ni macam tak best gak la sebenarnya. contoh, kita kenal seorang mamat ni, dia nampak baik dan suka bercakap pasal agama dan terus kita assume dia seorang yang anti-dunia dan mengejar akhirat sahaja dan tak boleh buat sebagai kawan kerana kita assume dia mungkin tak open minded, tapi kita tak cukup kenal pon orang ni untuk kita terus menilai dia macam ini dan macam itu. apa kata kenal dulu, baru nilai. mana tahu boleh berkongsi ilmu dengan mereka ke ape ke.

contoh lain. kita kenal seorang muslimah yang bertudung yang tahu banyak pasal agama. pastu kita assume jika kita mendekati gadis-gadis seperti ini kita akan didakwah dan dibebel untuk menjadi lebih baik dan sebagainya. padahal kita belom lagi kenal mereka sepenuhnya sudah pon assume pelbagai perkara. perkara seperti ini amatlah salah dari segi pemikiran seorang yang waras.

itu satu pandangan sahaja dan ia boleh juga diberi pandangan dari segi lain. teringat aku masa pertama masuk kolej dulu, aku ada nak kenal sorang gadis ni tapi dia tu assume aku nak mengorat dia. ofcourse la aku nak kenal dia tapi tak semestinya aku nak bercinta dengan dia. memang susah kenal-kenal dengan 'strangers' tapi budak satu kolej selalu je jumpe apa salah nya. soal cinta tak timbul sebenarnya sebab rasa cinta akan timbul secara sendirinya. yela, takkan la sekali pandang terus cinta, mestila nak kenal dulu orang tu macam mana dan sebagainya. dalam kes aku ni, gadis tu assume yang bukan-bukan.

itula dia, pemikiran sesetengah orang. belom apa-apa lagi dah assume macam-macam. ramai yang fikir, "nak mengorat aku la tu" dan terus mengelak dan tidak mahu berkawan langsung dengan orang yang mahu berkenalan tu. budak laki pon ramai yang macam ni juga. bila seorang gadis nak berkawan terus mereka mengatakan gadis itu mahu mengorat dirinya dan akan terus mengelak jika dia tidak berminat dengan si gadis yang mahu berkenalan.

bagi aku, tak salah jika orang nak kenal, lagi ramai kawan lagi la bagus. tapi setelah lama berkenalan jika orang jatuh hati dengan kita, jika tak boleh balas suka mereka tu balik atleast berterus terang saja dengan mereka bahawa kita tak rasa seperti yang mereka rasakan. memang sukar untuk melakukannya dan menerima cara ini tapi ia sangat lah bagus bagi kedua-dua pihak. cuma dengan cara ini akan lebih berkesan jika seseorang yang kena 'let down' tu cukup matang untuk menerima penolakan cintanya, sebab ramai orang tak boleh menerima jawapan 'tidak'.

maka, tolong jangan assume, atau "don't judge a book by it's cover". kenal dulu orang baru boleh nilai sepenuhnya.

juga, jangan terlalu perasan. tak semua orang nak berkenalan tu sebenarnya nak mengorat diri anda.

abis membebel..:)

10 comments:

Nooreena said...

Salam.

Kamu baik tak? Nak berkenalan boleh? Haha~

Ada orang mengorat awak ye? Kuikuikui..

hansuke said...

salam.

soalan ke sindiran? ceh..:)

tiada kena mengena post saya dengan issue mengorat pon, kadang2 saya muskil kamu baca ke tak post saya sebenarnya hahaha~

(sorry ter-assume la plak..huhu~)

deeba marcella said...

bro afif? sape eh? name mcm penah denga..ehe
btw, thanks for the advice..
aku dah okay pon..biase la musim exam ni otak sewel sikit.. pressure study kot..hahaha (konon je la study)

aku exam 7 ngan 14 hb.. slumber je online manjang kn? :p
WISH ME LUCK!! -deeba marcella :)

Nooreena said...

Baca la Hansuke. Hishh. Suka noo assume. Tadi dia juga yang kata don't judge a book by its cover. Haih la..

Cuma tak tau nak komen apa. DAN takmo komen panjang2. Nanti ada orang assume saya tulis entri sendiri pulak. Heee~ Peace!

Liyana said...

salam

saya rasalah, bersangka baik. tak boleh banyak sangat fikir. assume sebab suka fikir banyak. hmm tp akan terfikir juga kan. hmm..

anggap diri menakutkan. pastu takdelah perasan sangat orang nak ngorat ke apa.

hmm entahlah.

mungkin boleh tukar. mana tahu ada orang memang suka buat kawan dengan semua orang. hargai semua orang yang hadir dalam hidup kita. mana tahu akan beri pelajaran pada kita ke.

tapi saya selalu rasa orang semua macam lain sebenarnya. tapi mungkin ada yg sama. sebab ade org yg saya baca blog die n kadang-kadang chat. mcm serius. tp bila jmpe die sebenarnya sangat mesra masa kat program.

haaa ini assume ke?

"kita tak boleh paksa orang suka kita.."

kesimpulannya, jgn ade pape perasaan. buat selenga dan neutral.

maaf kalau saya salah cakap.

wallahua'lam.

:)

--> ade je follow kt tepi tu. hmm mmg kdg2 kat dashboard semua orang yg di follow tetiba hilang semua.

hansuke said...

liyana:

salam.

itu la sebenarnya. kadang-kadang orang ni cepat bersangka dan cepat nak amik pencegahan.

let say orang approcah kita, jika kita ni jenis yang tak cepat bersangka, maka kita akan tak rasa apa-apa, meaning jika orang datang tegur, kita welcome dia dengan baik dan mungkin dapat sembang dan lain-lain, maybe tomorrow jika ada rezeki terjumpe lagi dah pon kenal dan jika selalu terjumpe akhirnya menjadi kawan.

let say kita ni cepat bersangka yang bukan-bukan, dan ada orang approach kita, maybe kita akan berfikir "eh, nape orang ni approach aku, ada pape ke?".

pastu akan timbul la perasaan "perasan", dan kita akan amik tindakan pencegahan jika kita tak suka orang yang approach tu dan sebaliknya jika kita suka orang tu maka kita akan layan. (kadang2 tu memang la ada, cuma tak selalu, tapi kadang2 kalu rasa perasan tu cepat2 la buang, saya pon masih membaiki diri la sbrnya haha~)

pasal lain dalam internet dan bila jumpe lain tu kadang2 memang camtu pon. sebab dalam internet ni kan kita tak tahu orang tu punya ekspresi macam mana kan, bila jumpe depan2 baru tahu orang tu pendiam ke kelakar ke. biasa la tu..:)

takpe la saje je saya rasa nak membebel sebenarnya sebab dah lama rasa macam ni..:)

-->serius aritu takda, tapi skang dah ada plak, google kot buat hal..haha~

Amar san said...

kesian noreena hansuke tak reply komen dia.. meh aku reply meh..

tanak lah reply, takde isi.. haha

Nooreena said...

hampeh je si amar ni!!

zo said...

saya suka entry ni =)

susah tau sebenarnya nak latih hati supaya tidak cepat jump into conclusion..tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan..

hansuke said...

liza:

ye btol. memang susah pada awal-awal nya tapi lama-kelamaan hati kita akan menjadi biasa..:)

maybe kita ni dilahirkan cepat paranoid, tapi mungkin juga sebab kita dibesarkan dengan pelbagai persekitaran, dan orang ofcourse la character lain-lain semuanya.

saya rasa jika seseorang tu lebih berfikiran positif dari negatif mungkin akan lebih membantu untuk elakkan berfikiran yang bukan-bukan, well ini teori saya saja mungkin orang lain akan pikir lain..:)

thanks for the comments.