Monday, June 21, 2010

fikir dulu sebelum berjanji

senang sahaja bila berjanji, tapi untuk menunaikan janji itu bagaimana? untuk memegang janji itu macam mana? bolehkah kita tunaikan kata-kata kita itu? jika boleh alhamdulillah, jika tidak bagaimana pula? itu lah yang selalu kita jumpa, orang berjanji dan menunaikannya dan ada juga orang yang tak mampu menunaikan janji-janji mereka setelah berjanji akan melakukannya.

sebenarnya sebelum berjanji kita kena fikir dulu masak-masak. boleh atau pon tidak kita menunaikan janji kita jika kita membuat janji dengan orang. kita kena fikir jauh ke hadapan akibat-akibat tertentu jika kita tidak mampu menunaikan janji tersebut suatu hari nanti.

jadi bagaimana? jika di fikir secara logik jangan berjanji jika tidak mampu merealisasikan janji kita itu. jangan main sebut ikut sedap mulut sahaja dan jangan ingat orang lain akan lupa apa yang kita telah pon berjanji pada mereka. jika kita berjanji sekadar mahu membuat orang lain sedap hati, lebih baik diam dari melukakan hati orang lain kerana hari yang dinantikan pasti akan berlaku dan orang akan ingat janji kita. bagaimana jika kita gagal memegang janji kita itu? memang ada pihak yang akan terasa tambahan pula jika kita sendiri berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak pernah pon berjanji. semua orang tahu, berjanji dan tidak menunaikan janji itu adalah salah satu sifat orang munafik. nauzubillah.

"sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan" - imam al-Ghazali

maka marilah kita menjauhi dari sifat yang buruk ini. kenal pasti diri kita. baiki jika perlu. janganlah berjanji jika kita tahu kita tidak mampu menunaikannya suatu hari nanti. dan jangan juga berjanji untuk menenangkan hati orang lain atau pon sekadar berbual kosong kerana jika kita tidak menunaikan janji kita orang lain akan ingat dan sakit hati, kita juga yang mendapat dosa. jika telah pon berjanji dan tidak dapat menunaikannya maka sebaik-baiknya meminta maaf supaya orang lain tidak akan samakan kita dengan seorang munafik. jadilah lebih matang dan fikir dulu sebelom membuka mulut supaya kita tidak terlanjur berjanji. semoga Allah SWT menghindari kita semua dari bersifat munafik. insya Allah.

wallahua'lam.

8 comments:

Amar san said...

salam

itulah.. bahaya betul berjanji ni.. apatah lagi janji perkara2 yg diluar kapasiti kita..

lain kali katalah, insyaAllah saja.. kalo perkara itu baik, insyaAllah akan dimakbulkan-Nya..

gaban said...

janji???
apa sebenarnya erti janji?

insyaAllah...:)
terkenang peristiwa lalu, saja kan nak bangkit cita lama..hehe

ada orang janji ngan ang ka?

Nooreena said...

Salam.

"Eh aku ada janji nak belanja sky juice kan aritu? Maaf bro. Aku lupa!"

Katakan kes camni, bukannya dia sengaja. Tapi lupa. So jadi tugas kita la untuk ingatkan dia kan?

hansuke said...

amar san:

salam.

tak yah komen banyak kat ko, sebab ko pikir apa yang aku pikir..alhamdulillah..:)

hansuke said...

noorena:

salam.

janji jika hanya boleh tunaikan sahaja, kalu tak boleh tunaikan jangan berjanji pada awal.

dalam kes macam contoh kamu ni, lupa nak belanja, lain hari masih lagi boleh belanja untuk tunaikan janji dia, tapi jika dia tak tunaikan maka dia sudah pon mukir janji. (macam munafik kan janji tak tunaikan?)

let say dalam kes lain, situasi yang lebih besar sikit, contoh benda yang kita janji diluar kemampuan kita, maka bila kita berjanji kita dah pon memberi harapan kepada orang lain, orang itu mungkin ada mengharap sedikit dengan janji kita tu, tapi bila tiba hari kejadian janji tak ada pon, tak jadi kenyataan pon, maka orang lain akan cakap "ceh, janji kosong". get the pic?..:)

takpela, thanks for the comment.

wallahua'lam.

sapek said...

gaban & hansuke:

0_<

gaban said...

hehe..nak belanja air tapi xmention bila kan,,,xpela :P

haha :) gurau2 malam hari...hansuke xsuke sky juice, dia suke milo ais cekna je..

sapek said...

sedar2 le ek.
hrm...