Wednesday, February 17, 2010

degil dan sombong

masa kecik aku sangatlah degil. keras kepala. mak ajak mengaji, bila depan quran tunduk je, diam diri, bukannya nak baca, kena marah buat dek je, rebel orang kata. bila bercakap selalu nak menang, semua orang salah aku je yang betol. perangai plak panas baran, asik nak marah je. ini la aku ketika tu. orang tua-tua kata, budak bermasalah.

sebab panas baran adik dan abang aku jadi mangsa, kena tendang, kena tumbuk. (aduih malu). ada satu hari tu aku gaduh ngan adik aku. dia kena tendang ngan aku sampai takleh bangun. wah! ketika ni perasaan aku sangat hebat, rasa macam aku la paling best, paling power cam superman. tiba-tiba abang aku buat flying kick kat aku pastu bagi penumbuk sebijik kat mulut aku sampai gigi aku patah dan tercabut.

muka abang aku hari tu aku takleh lupa sampai harini. masa tu muka dia, penuh geram, penuh marah, penuh sedih, penuh persoalan, penuh harapan, penuh kasih sayang, semuanya kerana memikirkan kenapa aku seperti aku itu.

aku mengamuk, rasa tak puas hati, aku tumbuk dia balik, dia cuma melarikan diri sebab nak mengelak, dia menangis, aku pon tak usaha lebih untuk kenakan dia sebab hati aku sudah pon terguris selepas melihat wajah abang aku tadi.

tak lama lepas tu, ayah panggil aku untuk picit-picit dia. kami bersembang. pastu ayah bertanya satu soalan yang mengubah hidup aku. ayah cakap,

ayah: "sampai bila nak jadi camni?", "tak baik panas baran, besar nanti ramai orang tak suka"

aku: (terdiam sambil terus memicit betis ayah)

bila dah abis picit aku ke laman belakang rumah (garden). aku duduk disitu berjam-jam. kata-kata ayah betul-betul menusuk ke dalam hati aku. dan wajah abang yang sedih itu masa aku ditumbuk berulang dalam fikiran bagaikan tape recorder "over and over again". kasih sayang seorang abang terhadap adiknya tiada perkataan yang boleh aku tuliskan. menangis aku kerana kesal dan aku nekad untuk berubah. disitu la aku mula menjadi baik. tak lagi aku memukul sesiapa. itu sumpah aku. alhamdulillah Tuhan telah pon memberi hidayah dan bimbingan.

itula aku ketika usia muda. panas baran sebab rasa bagus, rasa betul, takda sapa yang betul kecuali aku, tak dapat barang yang aku nak aku menangis sampai la aku dapat, memang spoilt. tapi aku sorang je camni, adik-beradik aku yang lain takda la pulak.

sebenarnya kita jadi panas baran sebab kita rasa kita bagus. kita rasa kita sahaja yang betul. pantang ditegur ada saja nak melenting, nak balas balik dengan kata-kata sebab tak nak akur dengan kekalahan, rasa nak menang.

masa sekolah menengah, aku bertekar mulut dengan adik aku, (dah tak pukul dah), ayah duduk menonton tv. bergaduh sangatlah lama, adik masuk kedalam bilik sebab rasa dia dah pon menang. aku rasa tak puas hati. tiba-tiba ayah berpesan,

ayah: "lain kali, kalu bergaduh, kamu diam saja, orang yang diam tak semestinya kalah"

aku: (terfikir apa maksud ayah)

ayah:"sebab orang yang diam itu ialah orang yang matang, tak semestinya kena menang"

lepas kena tegur baru aku perasan, tak semestinya rasa menang kita dah pon menang, kalu diam boleh juga menang, sebab menandakan kita sudah matang. aku sangat setuju dengan kata-kata ayah. sampai sekarang aku masih ingat, kalu adik aku buat hal, menjawab dan sebagainya, sebaik-baiknya aku diam saja. penuh bermakna kata-kata ayah dulu. sebenarnya kita mengalah sebab tak nak bergaduh panjang. kalu cuba terangkan sesuatu kepada yang belom lagi sampai tahap kematangan yang ideal maka tidak sama sekali akan berjaya, sebab orang itu mesti mahu menang, maka biarlah kita mengalah saja kerana kita pon sudah jauh meninggalkan mereka dari segi kematangan. sebab orang yang matang dia sentiasa mahu tolerate, mahu mendengar, dan mahu menyelesaikan cara yang baik apa entah lagi duduk berbincang.

tiba-tiba je teringat nasihat ayah. banyak yang dah aku lalui, dah banyak nasihat aku dapat dari orang tua selain dari ayah aku. kita sebenarnya kena banyak berfikir. banyak soalan kita kena tanya pada diri sendiri. kenapa orang tegur kita? kenapa aku dah salah? aku buat ini betul ke tak betul? kena pikir, bila ada orang tegur diri kita maka kita telah pon melakukan kesalahan. tak apa ditegur, ia process pembelajaran. kita tak boleh selalu rasa kita sahaja yang betul. sebab yang rasa betul bukan diri kita kecuali syaitan yang bersama kita sahaja. dia sentiasa mahu kita bersifat marah, penting diri sendiri, wujudkan perasaan rasa bagus pada diri sendiri (ujub), ini lah liciknya seekor makhluk yang bernama nafsu. mampu membuat kita rasa bagus dan tak mahu mendengar kata-kata orang lain. seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

sangatlah penting kita mengingati Allah dan rasa rendah diri kerana yang wujud hanya lah Dia sahaja. kita hanya tanah yang di isikan roh kedalamnya. bila kita sedar siapa kita dan asal usul kita, maka tak perlulah kita bersifat besar diri, kerana tanpa Allah siapa la kita.

ini peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.

wallahualam.

15 comments:

Amar san said...

salam

wah wah wah.. degil rupanya ko ni.. aku tau kenapa ko degil.. tp aku takleh laa nak tulis kat sini, nanti aku pegi umah ko cuti2 nanti aku cakap kenapa.. haha

aku nak ucap congrats pasal bagi aku, semakin hari, aku tengok tulisan ko flow dia makin smooth beserta contoh2 dan dalil2 yg kukuh.. tahniah2 (clap3, bunyi aku tepuk tangan).. mungkin ko slalu praktis tulis dan ko tulis dgn ikhlas mungkin pasal tu Allah bagi ko kelebihan utk boleh menulis dgn baik ni..

aku just nak tambah satu point jer.. makhluk yg pertama yg merasa dirinya lebih baik ialah Azazil, IBLIS LAKNATULLAH.. pasal dia perasan dirinya best, dia ingkar perintah Allah utk sujud kat nabi Adam dan akhirnya dia dihalau dari syurga dan konfem masuk neraka sampai bila2.. so sapa2 yg ikut perangai bongkak ni sebenarnya ikut perangai iblis.. so best sangat ke ikut iblis? aku pun takpaham.. berbaloi ke bongkak sekejap kat dunia tp kat akhirat nanti merana? aii.. sedih2..

ok tu je aku tulis buat harini.. nanti bila2 aku free aku tulis lg.. wassalam

hansuke said...

salam.

hm..aku sebenarnya ada terfikir nak benti blog, nak delete je, tapi kalu delete takda apa plak nak buat bila masa lapang..:)

itu la amar kita sepatutnya paling takut, kandang-kadang kita tak sedar pon dihasut, dalam hati mesti ada perasaan best tu, sebab tu la kalu bole semua perasaan macam ni harus dibuang sama sekali. sebab tu muhasabah diri itu penting juga, kena kenal pasti mana kurang dan buat sesuatu untuk baiki diri untuk lebih ingat Allah SWT.

tepat sekali, bukan nya kita tak tahu citer pasal Azazil tu, makhluk pertama yang menginkari perintah Allah, maka dia mahu cucu-cucu adam sesat seperti dia lalu membisik kedalam hati manusia supaya terikut-ikut sifat dia. tapi sesetgh orang dah pon tahu masih lagi lalai dan tak sedar diri, maybe ini dugaan bagi mereka mungkin, kita pon tak mampu complain banyak.

neway, terima kasih tambah point..:)

M.a.N.I.S.z said...

sy mcm nak soh customer2 yang yg berlagak tu bace blog awk part yg last skali tu....huhuuuu~

hansuke said...

Me, MysEIF and I:

hm..saya pon penah handle customer service, memang kena banyak bersabar kan?

tapi itu la manusia yang tak kenal asal usul mereka, akan berasa betol dan rasa sangat bagus.

sabar je la kan, sebab sabar itu sebahagian daripada iman..:)

Liyana said...

salam hansuke roma

oh, pengamuk rupanya anda dulu.
:)

saya tak tahu nak komen apa sebab macam dah tepat dah tapi nak tanya soalan.

rendah hati, jika semua orang sedar diri dan berendah hati saja, sure harmoni dunia ini.

tapi bukannya semua orang sedar. sebabnya semua orang ada ego masing-masing,
saya terfikir. macam mana jika kita seorang yang cuba sedaya upaya berusaha yang terbaik dalam hidup kita sebagai contoh macam kat atas ini, tak sombong dan tak prejudis kepada orang lain. tapi nanti kita yang selalu makan hati bila berada di sekeliling orang yang tak sedar akan hal ini

kita kan kena sabar kan. tapi sampai bila kita nak biar je orang-orang camni. camne nak sedarkan dia.

:)

p/s oh. berniat nak delete blog..

hansuke said...

liyana:

salam.

hm..camne nk sedarkan? kalu kawan bole la approach jika mahu, macam saya selalu cakap, apala salahnya jika seorang sahabat yang menegur dari diumpat dibelakang sebab orang tak puas hati.

memang tak semua orang akan sedar sebab ada ego. tapi ape sbrnya ego? ego tu bukan rendah diri la kan? dan bukan rendah diri itu maka sifatnya iblis atau pon al-hawa.

ok saya bagi contoh. masa 1st kita belajar mengaji quran, akan ditegur dan sebagainya, maka hati akan rasa tak puas hati sebab ditegur, tapi kalu kita tolak tepi ego itu kerana perasaan ingin tahu dan nak belajar lebih dari ego tadi, maka kalah la ego kita, menangis la iblis sebab tak berjaya nak hasut..yay!..:)

sapa suh makan hati? makan la nasi..hehe~ yela benda ni bukan simple as it seems sbrnya, tapi kita bole je bagi nasihat kat yang dikenali la, yang tak kenal tu sy pon tak penah cuba nak tegur cuma mampu lihat saja. tapi kalu kamu nk cuba cara tegur orang tak dikenali apa salahnya.

sbrnya soalan kamu tu, sy rasa soalan macam mana kita nak approach kan? kalu bab ni mungkin kamu lagi tahu dari saya la. cuma yang sestgh orang dia akan approach kumpulan yang salah je. macam saya penah jumpa kat kampus dulu, ada sekumpulan ni mereka ahli masjid, aktiviti pon islamic je mereka handle, tapi kumpulan mereka dan orang yang mereka approach pon orang masjid dan surau je la, ada sekali tu kami datang main bola dengan mereka tapi seolah-olah di reject kerana kami bukan 'ahli' kononnya.

tapi bagi saya dan rakan-rakan tak setuju dengan cara mereka sebab kenapa nak approach dengan orang yang dah pon baik? kami jenis sosial dengan semua orang tapi ada je nasihat mereka2 yang tak melakukan kebaikan, ada je kami penah tarik mereka2 yang lalai menjadi baik, yang tak solat jadi solat, yang tak pakai tudung jadi pakai tudung, macam saya pernah cakap dulu, dakwah bukan hanya pada percakapan tapi juga perbuatan. tapi untuk berubah bukan nye sekejap, mungkin makan masa yang agak lama, kesabaran harus memainkan peranan..:)

Nooreena said...

Salam. Anak kedua ke? Selalunya yang panas baran ni anak kedua. Melalui pengalaman saya dan rakan-rakan.

Syukurlah kamu kini sudah tidak berang lagi. Bagus! :)

hansuke said...

Nooreena:

salam. eh kamu. thanks for dropping by.

masa kecik2 memang la baran. hehe~ bila dah matang takda la kan. ada orang kata saya matang terlalu awal tak selaras dgn budak umur saya.

saya anak bukan ke dua. eh, yeke kamu ni? setahu saya anak ke-3 baru la yang baran sebab anak ke-3 sifatnya api. tanah, air, api, angin kan? ikut islam punya la..:)

Nooreena said...

Owh pernah dengar tentang api, tanah, air dan angin tu. Hm, itu bukan feng shui ke? Kiranya anak ketiga la ni ya?

Saya mungkin akan jadi pembaca tegar blog anda. Teruskan menulis ya! :)

Liyana said...

noreena: wow kak erin pun ade kat sini!

hansuke: oh, persoalannya bukan baik atau tak sebenarnya.

sebab semua orang pun baik.

tapi tak pelah. mungkin orang yang nak approach tak cukup baik lagi.

Nooreena said...

@Liyana, yup2 akak baru je terdampar di sini. :D

hansuke said...

Nooreena:

oh, itu islam punya turutan, chinese punya lain. tapi takda pon sy penah pakai, suka-suka saja bole la.

khaulah said...

mmg beruntung tergolong dlm org yg dpt hidayah :)

btw, nice srory:)

hansuke said...

nawal:

terima kasih sebab berkunjung disini..:)

mmg beruntung jika Tuhan sentiasa menjaga tingkah laku kita sebab maybe menandakan Allah masih lagi mahu kita tidak sesat dijalan yang dituju.

semoga kita sentiasa dilindungi dan diberi pentunjuk hendakNya. insya Allah.

p/s: nama kamu ni macam penyanyi arab yg terkenal tu la. nawal al zoghbi..:)

khaulah said...

hhaha..tau takpe..