seronok bila tengok kanak-kanak, "so innocent and so naive", tak perlu pikir seperti orang dewasa pon. orang dewasa banyak kena pikir, pasal belajar, pasal kerja, pasal keluarga, pasal kerjaya, pasal agama, pasal suami, pasal isteri, pasal anak-anak dan banyak lagi, senarai yang tak putus. dari sejak sekolah aku banyak berfikir, dan banyak memperhati dan banyak menilai. secara tak sedar ia suatu kebaikan juga kerana berfikir akan kejadian Allah dan apa yang berlaku pada diri akan mendapat pahala dan juga mendapat kesedaran dan keinsafan yang tak terhingga. lalu kebanyakkan idea yang aku keluarkan untuk ditulis ialah mengenai manusia dan orang-orang sekeliling aku.
ada orang kata, bila kita menulis mengenai manusia kita ini salah seorang penulis yang tidak hebat, kita hanya menjadi hebat bila kita menulis mengenai 'ideas'. aku sebenarnya kurang selesa dengan pandangan ini kerana jika kita ingin berdakwah, perkara pertama kita akan sentuh ialah mengenai orang atau manusia, menegur sesuatu perkara atau perbuatan yang manusia lakukan, seperti nabi s.a.w yang tidak pernah 'give up' dengan dakwahnya, kebanyakkannya berkaitan dengan isu manusia. jadi, untuk apa sebenarnya kita menulis, tak kisah la kat blog ke, artikal ke, surat khabar ke. tapi untuk tujuan apa? adakah untuk menjadi hebat? atau glamer? aku sama sekali tidak mahu jadi hebat seperti itu atau terkenal dengan bebelan yang aku tulis disini, kerana sesungguhnya aku manusia biasa dan tidak mahu mengejar kehebatan yang sesetgh orang impikan.
sedar atau tidak ramai manusia hidup tak tentu hala. mengejar dunia semata-mata ingin bahagia, agama diabaikan, anak-anak terbiar terjebak dengan maksiat. ini realiti. bagaimana pula dengan diri sendiri? adakah kita tidak takut lagi dengan Allah? kita begitu lalai bermaksiat di depan Allah seolah-olah Dia tidak Maha melihat apa yang kita lakukan. syaitan tidak berhenti menghasut kita kearah keburukan. kadang-kadang, kita dengar dakwah dari ustaz di masjid, di radio, di tv, melalui cd-cd yang dijual, pergi usrah, pergi majlis-majlis ilmu tapi setelah mendapat ilmu yang menginsafkan ini kita kembali melakukan keburukan, mengumpat orang, bersifat ego dan lupa dengan pesanan-pesanan yang kita telah dengari dari ceramah atau majlis ilmiah.
apa sebenarnya yang kita mahukan? adakah kebahagiaan? dari segi apa bahagia itu kita nilaikan? adakah dengan duit yang banyak? adakah dengan rumah yang besar atau kereta yang mewah? manusia tidak pernah berhenti mengejar kekayaan, tidak pernah rasa cukup untuk berhenti. berhenti dan bersyukur kepada Allah. tidak dinafikan masih ada orang kaya yang berjiwa islamic. alhamdulillah. duit banyak tapi amalan menderma kepada orang yang memerlukan menjadi amalan wajib bagi mereka. orang-orang seperti ini tidak berkira atau kedekut, mereka ini tahu bila megeluarkan duit untuk bersedekah Allah akan lipat kali gandakan rezeki mereka pada masa akan datang. kerana mereka tahu dan percaya sepenuhnya bahawa rezeki itu datang dari Allah SWT bukan dari manusia. tidak pernah pula kita mendengar dalam berita atau membaca dalam surat khabar orang muflis kerana bersedekah. tapi ramai lagi orang sayang untuk bersedekah walau RM1 sekali pon. tidak salah sebenarnya berharap sesuatu daripada Allah. apatah lagi bila mengharapkan kebaikan dari-Nya. tidak salah sama sekali mengejar pahala Allah dan beruntunglah orang-orang beriman itu janji Allah kepada kita.
kesederhanaan. perkataan yang penuh bernilai dari segi maksudnya. sebenarnya kita ada pilihan untuk hidup sederhana. tidak salah kita mencari rezeki Allah untuk hidup lebih selesa, seperti rasul kita, baginda seorang businessman, maka tidak salah mencari duit tapi baginda tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat islam. walaupon seorang rasul dan tentunya baginda adalah sah ahli syurga, tapi tanggungjawab sebagai orang mukmin baginda tidak lupakan, dan begitu juga sahabat-sahabat nabi yang begitu taat dengan suruhan Allah dan sunah rasul. maka mencari rezeki adalah baik disisi Allah tapi yang menjadi masalah nya ialah bila kita melampaui batas dalam mencari rezeki sehingga tuntutan agama ditinggalkan, terutamanya meninggalkan solat. solat lima waktu itu wajib, walau dimana jua kita berada solat wajib dikerjakan. tiada alasan bagi orang-orang sihat tubuh badannya tidak melakukan solat. dunia semakin sibuk dengan hal masing-masing. hiburan menjadi nadi untuk keseronokan.
kita lihat contoh yang paling senang, iaitu konsert akademi fantasia dan konsert-konsert yang sewaktu dengannya. peminat setia beratur panjang dalam jam dari sejak waktu asar untuk ke konsert, bila sampai ke tempat konsert, dah pon waktu maghrib, sampai la lewat malam konsert tamat mereka pulang ke rumah dan sekali lagi tersangkut dalam jam. di sini kita boleh lihat kelalaian manusia dalam menjalani solat. ramai yang terlibat dalam jam tadi dan hadiri konsert akan terlepas solat asar, waktu magrib pon terlepas juga, dan bila sampai rumah masing-masing dah letih, terus tidur. sekaligus mereka akan terlepas solat asar maghrib dan isyak. pasti ada yang pikir "takpela nanti aku qadar". tapi niat qadar solat ini ada had dan ada syaratnya. kita seolah-olah mempermainkan solat jika kita berniat untuk qadar solat tapi tidak berusaha melakukan solat yang wajib tersebut. tiada usaha tapi sudah berniat nak qadar. maka ini sudah pon menjadi salah dari segi agama. perkara ini juga berlaku waktu pertandingan bola sepak dan juga sukan-sukan yang lain. kerana terlalu seronok dengan aksi sukan dan menyokong pasukan masing-masing, kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab solat.
selain tu kelalaian manusia menyerlah bila waktu tengok wayang. pergi tengok citer "hantu kak limah balik rumah" tapi dengan selamba kita beli tiket pukul 7.30pm. sah-sah la satu panggung terlepas solat maghrib, perkara macam ini banyak berlaku, cuma segelintir orang sahaja yang menunaikan solat walaupon wayang sedang berjalan. kalu sudah tahu waktu tayang itu waktu magrib apa salahnya membeli tiket lepas solat maghrib, bole sahaja. kadang-kadang kita tahu semua ini cuma kadang-kadang kita buat tidak tahu dan lama-lama akan menjadi terbiasa, akibatnya yang solat jadi tak solat, lama-kelamaan jadi tak solat terus. yang terbaik lagi, kita boleh lihat yang pergi tengok wayang ni kebanyakkannya adalah pasangan. masing-masing buat tak tahu sahaja bila tiba waktu solat. awek pakai tudung for "show" sahaja. tapi dimanakah perginya islamic values pada wanita-wanita seperti ini agaknya? adakah wanita seperti ini bakal menjadi future wife kita? bagaimana pula si lelaki yang tak solat? adakah lelaki seperti ini bakal future husband wanita-wanita? bagaimanakah ingin melahirkan anak-anak yang soleh jika ibu bapa pon sudah entah apa-apa..hm..
akhir kata, tak salah dan boleh berhibur. tapi solat kena jaga. banyak lagi erti hiburan jika kita mahu mencari keseronokan. membaca al-quran juga adalah sebagai hiburan. splat berjemaah dimasjid atau surau dan menghadiri majlis-majlis ilmu juga satu hiburan. berzikir juga mungkin boleh menjadi suatu hiburan. tidak semestinya kita mencari sesuatu hiburan diluar sana untuk berhibur dan untuk mengisi kekosongan yang tersemak di dalam hati. kita sentiasa mencari 'sesuatu' itu yang sering dikatakan tidak 'complete'. dimana kita lupa, sebenarnya 'kekosongan' dalam hati atau 'sesuatu' itu boleh diisikan dengan mengingati Allah. mendekati Allah dan rasul-Nya adalah lebih tenang jika dibandingkan dengan menghadiri konsert-konsert hebat. keseronokkan duniawi hanya akan bertahan untuk sementara waktu. jika jiwa kita kosong dan berhibur hari ini, kita merasa seronok seketika tapi keesokan harinya pasti ia sudah pon hilang dan kita kembali kosong dan mencari-cari apa yang sesuatu yang perlu di isi itu. sebenarnya jawapan sudah pon ada didepan mata. cuma kita sahaja kadang-kadang tidak mahu melihatnya. kita tidak mahu menjalani tanggungjawab sebagai umat islam kerana kita lupa bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan. kita mahukan kebahagiaan yang hakiki. padahal kebahagiaan yang 'ultimate' itu adalah dengan mendekati Allah SWT dan mengikuti ajaran Rasulullah SAW.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
solat ibarat kepala pada badan,mana ada orang bleh berjalan tanpa kepala,tapi kalau ada tu mesti hantu mak limah....jadi jgn pandang belakang.
hahaha..hantu kak limah balik umah? dia tak mati pon, tgk aku dah spoil plak...:)
Artikel yg baik untuk membuka mata n muhasabah diri sendiri.
Post a Comment