"penyakit hati yang sering dijangkiti manusia, adalah penyakit yang boleh membatalkan ibadah" kata ustaz. sambungnya lagi, "penyakit ini ialah penyakit riak".
woooohhh!! aku hampir melompat dari tempat duduk, punggung aku bagaikan terangkat-angkat (perasaan je..haha~) topik yang aku nanti-nantikan sekian lama. waduh..dapat ilmu alhamdulillah.
sebenarnya aku dah lupa dah isi ustaz sebab ceramah ni dah lama, duk tangguh lama sangat nk tulis sampai lupa..:) tapi takpe aku akan cuba sedaya upaya menulis apa yang aku ingat.
banyak la cerita ustaz tu sebenarnya. aku tak nak sentuh semua cuma yang berkaitan je dengan dunia kita-kita yang setahun jagung ni.
sebenarnya riak ni sah penyakit datangnya dari hati. sebab manusia ni lemah dan cepat lupa, maka senang lah setan menghasut diri kita untuk lalai dan tidak sedar. riak ni berlaku kepada pelbagai lapisan ummat. tak kisah la kaya atau miskin, muda atau tua. semua akan kena secebis riak dan haruslah kita kenal pasti yang mana adalah perkara riak dan haruslah kita membuangnya cepat-cepat.
yang paling simple aku bole share ialah gambar upload. banyak gambar kita dapat lihat di internet ni. macam-macam orang akan upload. contoh paling menyerlah ialah, pompuan cantik. perasan atau tidak mereka-mereka ini akan men-upload pelbagai jenis gambar sampai mencecah ratusan banyaknya. bila kita pikir balik, untuk apa sampai begitu banyak di upload? dan perkara seperti ini kata ustaz sebenarnya adalah "HAKIKAT RIAK". so ape hakikat riak ni? hakikat riak ni macam ni. kena tahu tujuan apa kita letak gambar tu? jika untuk menunjuk-nunjuk cantik diri kepada orang ramai, maka terjatuhlah ia kedalam "hakikat riak". itu yang nyata. tapi yang menjadi hakikat riak secara halus, bila gambar yang diletak itu, dalam hati kecil mahu akan pujian, atau mahu orang melihatnya, maka perkara yang kecil ni ialah hakikat riak.
aku pikir ada betol juga apa yang ustaz cakap. sebab aku teringat akan blogger yang aku kenal dulu. aku pernah menegur mereka akan gambar-gambar yang di upload. mereka menjawab:
"saya tak ada niat pon untuk menunjuk-nunjuk, saja suka-suka" (mereka ni cantik giler tak perlu dah upload begitu banyak, kalau dah cantik tetap akan cantik, maka bagi aku memang sah hakikat riak).
sapa-sapa yang ada facebook. cube lihat comment-comment yang ada pada gambar pompuan yang cantik. datang kawannya yang lebih kurang cantiknya, akan memberi comment yang akan dikomen macam ni:
kawan cun: "pewwwiiiiittttt!!!, hot la kamu"
pemilik fb hot: "ala...u lagi hot dari i.."
kawan cun: "uih..i kalah ngn cun u la.."
pemilik fb hot: "takda, u tetap cun dimata i"
kawan cun: "ok..kita sama sama hot..hehe~"
perasan tak comment mereka tak kesudahan. dengan tak sedar mereka-mereka ini telah pon riak sesama sendiri. walaupon mereka tak sedar tapi ini adalah hakikat riak. (mana ada, niat i baik tau. yela tu..) mari kita pikir, seorang tu tak akan puji jika dia tidak mahu akan pujian balik dari kawan dia (sebab dia pon cantik). kawan dia pula membalas dengan kata-kata supaya dia akan dipuji lebih-lebih lagi. budak laki berpusu-pusu datang untuk comment dalam bentuk pujian kecantikan. lagi-lagi lah bertambah riak si fulan.
perkara diatas sama juga seperti dalam bab belajar. statement yang berbunyi: "ko hebat la beb, aku memang kalah la ngn ko kalu bab ni" jika mamat yang dipuji ini sedar yang mamat yang memuji itu ingin mendapat pujian balik dan dia tidak mahu riak balik beliau akan senyum sahaja kerana jika memuji balik perbualan riak itu akan berterusan. ini salah satunya untuk mengelak dari bersikap riak.
banyak lagi la contoh riak sebenarnya. aku malas nak sentuh banyak. kita dapat lihat dalam masyarakat kita, jiran kita, orang baru kawin, orang sudah lama kawin misalnya. ada kereta, nak kereta lagi besar untuk menunjuk-nunjuk kejayaan, kuasa, pangkat dan sebagainya. ibadah dah la di 'cips more' kan, tambah lagi dengan riak dalam hati, abis la kita jaminan syurga, sebab nabi SAW ada menyatakan kerisauan baginda dengan menyatakan bahawa riak ini adalah syirik kecil, seperti berikut.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Allah SWT pon tidak suka akan orang yang riak sebagai mana dalam Firmannya yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"
(Surah al-Ma’un, ayat 4-6)
dan;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
(Surah al-Baqarah, ayat 264)
senang cerita riak ini ialah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan puji-pujian dan sanjungan atau penghormatan orang lain atau nak rasa diri sangat best (berbangga-bangga). ini sebenarnya sangat salah dari apa yang islam ajarkan kepada kita kerana islam menyeru umatnya beramal yang baik-baik atau melakukan perkara yang baik-baik dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan Allah dunia dan akhirat.
untuk mengelak dari bersikap riak, sebelum membuat sesuatu, pikir-pikir lah kebaikan dan keburukan ia dulu supaya riak dihindarkan, jika orang memuji, cepat-cepat tegur orang itu supaya tidak sampai ke hati. (ustaz Nourman Ali ada memberi komen mengenai pencegahan ini dalam satu tazkirah beliau). kita kena banyak berfikir dan ingat pada Allah. jangan kita terlalu inginkan kepada pujian manusia, padahal pujian itu tidak akan membawa kita kemana-mana pon, hanya seronok didunia yang sementara ini sahaja. mari lah kita mengenal pasti cara hidup kita, tingkah laku kita, percakapan kita untuk menghindar dari bersikap riak atau dari perkara yang "hakikatnya riak" disisi Allah SWT.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
ouh. terasa riak pulak sebab dapat markah tinggi main zuma. sebenarnya nak riak dekat abang sensiri je. cemana ni T__T
weh ak terus delete pic kat fb kot! tinggal profile pic je..uwahaha :)
jgn taruk gambar hensem macam pelakon epilog nur kasih nanti rsmai stalker. haha
kalau orang puji kita pandai ke, hensem ke, cantik ke, kan . camne patot react?
some people akan tend untuk puji orang tu balek, sbb die lost word sbb kembang. some others akan ckap alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi:P and some akan menafikan, eh mane ade (sambil tersipu2).
just asking :)
dolat:
takpa la, len kali kamu pon dah tahu macam nak elakkan.
fulltime dreamer:
uih dasat. semua gambar di delete. hm..tahniah, ko berjaya melakukan sesuatu kebaikan untuk diri ko..:)
amar san:
ko jangan nk memandai amar..hehe~
neway good luck for your interview. nanti dapat gaji banyak, belanja kesyukuran ek..:)
marsmaseira:
hm..sebenarnya bila dipuji oleh orang lain, kita tak perlu react ape-ape pon untuk elakkan rasa riak.
biasanya bila dipuji cantik atau hemsem, perkara paling simple ialah buat tak tahu atau tukar subjek perbualan, orang lain akan tahu kita tidak suka dipuji. atau cara yang lebih extreme lagi ialah, menegur terus si pemuji, mengatakan kita tidak berbangga perkara seperti itu kerana semuanya hak Allah. contoh: "beb, dah la puji aku, tak baik, aku tak nak lah riak timbul dalam hati, sori aku harap ko faham"
sebenarnya kebanyakkan orang, mereka mahu atau mengharapkan pujian dari orang lain untuk rasa bes atau rasa dihargai. memang sukar bila melakukan sesuatu tetapi tidak mendapat pujian kerana kita dibesarkan begitu, sentiasa mengharapkan pujian dari orang lain.
sebab itu Allah memesan kepada manusia supaya melakukan perkara dengan ikhlas hanya kerana Allah, maka tidak lah ingin mendapat pujian dari manusia tapi inginkan ganjaran dari Allah semata.
puji memuji kadang-kadang ada hadnya juga. kerana bila ia berkaintan dengan ibadah kita tidak bole memuji atau kadang-kadang bertanya akan ibadahnya.
saya bagi contoh:
sahabat kita suka berpuasa sunat isnin-khamis. kita dah tahu setiap isnin-khamis beliau mesti berpuasa. maka adalah menjadi salah bila hari isnin atau khamis kita bertanya seperti "ko puasa ke hari ini?" perkara seperti ini akan menjadi sukar untuk orang berpuasa kerana bila mereka menjawab perasaan riak pula akan timbul, jika tak jawab kerana tak mahu riak maka orang akan mengatakan sombong pula. so memang susah. maka untuk mengelak perkasa seperti ini berlaku, kita hanya perlu mengajak kawan kita itu makan, jika beliau mengatakan tidak mahu, maka kita perlu assume beliau sedang berpuasa, atau tidak perlu bertanya langsung jika kita sudah tahu kawan itu memang tak pernah tinggal puasa sunat isnin-khamis, sebab itu lah kena ada alert dalam persaudaraan.
itu lah serba sedikit mengenai tanggungjawab bersama dalam mengenangi perasaan riak dalam diri.
wallahua'lam.
tidak layak bg manusia utk menerima pujian melainkan bg yg belum berakal,segala pujian yg diterima mesti diserahkan kembali kpd ALLAH.
kita pandai krn ilmu yg ALLAH bg,kita cantek,hensem krn kelebihan ALLAH inginkan begitu,kita bodoh krn itu yg ALLAH takdirkan(supaya kita lebih berusaha utk mnjadi pandai).ini semua sunnatullah,perkara yg bleh berubah mengikut ketentuan ALLAH,segala kelebihan yg ada pd kita pandai,bodoh,hensem,cantek,hodoh-boleh berubah,
dulu kita bodoh skrang kita dah pandai,dulu kita x brapa cantek skrang kita dah cantek,dulu kita x hensem skrang kita dah hensem.
kita munkin pandai,cerdik,hensem,cantek skrang tp apa jaminannye yg ia akan kekal begitu.subhanallah itulah pujian yg sepatutnya.
sena-kun:
spot on..:)
salam
ada orang pernah cakap
takut riak juga adalah riak
Allahua'lam
salam
saya yakin org yg cakap "takut riak adalah riak" itu pasti memberi penerangan yg panjang dan tidak membiarkan ayat beliau tergantung kerana itu akan menimbulkan ragu2 dan syak di hati para pendengar.
yg saya pernah dengarlah, kalau kita meninggalkan ibadah dgn alasan takut perasaan riak akan timbul sbb org tgk (walhal kalo takde org tgk kita wat je ibadah tu) maka dgn itu kita telah melakukan "riak tak buat ibadah".
kiranya riak ni pelik sikit lah pasal selalunya org lain riak bila buat ibadah, tp dia ni riak tanak buat ibadah plak (mungkin kerana takut dilabel mat alim atau mat surau bagi yg lelaki atau ustazah bagi yg perempuan)
wallahua'lam bis sawab
terima kasih liyana kerana berkongsi pendapat dan terima juga kepada ibnu_umar kerana menerangkan dengan lebih lanjut mengenai isu yang liyana kebukakan.
sebenarnya ada ustaz menyebut mengenai isu ini masa beliau memberi kuliah magrib, tapi maafkan saya kerana gagal menyimpan semua maklumat didalam minda untuk berkongsi bersama. kadang-kadang tak semua input saya boleh ingat pada waktu yang sama.
wallahua'lam.
terima kasih ibnu_umar dengan penerangan yang lebih jelas. saya yang terlepas pandang kenyataan pendek ni boleh menimbulkan salah faham. tapi itu lah maksudnya tu.
Post a Comment