dah lama tak update blog aku ni. nampak gaya macam ada follower baru. haha. terima kasih kerana sudi men-follower aku yang selalu membebel dan terima kasih juga kepada yang masih sudi menziarahi blog bebel aku sekali sekala. alhamdulillah boleh la kita berkongsi ilmu lagi dimasa yang akan datang. isya Allah.
aku busy je sebulan dua ni, bukan busy ape, busy mencari duit dan elakkan daripada tido sepanjang hari kat umah. aku kerja sebagai promoter di sebuah shopping kompleks di area kl ni. jadi promoter, senang nk dapat kerja dan tak sakit otak. tapi aku dah benti dah pon, aku kerja tu pon bukan nak lama, hanya untuk cari duit sikit-sikit untuk raya. rupenya jadi promoter sangat la penat sebenarnya. dua minggu pertama kaki aku macam nak patah sebab kena berdiri selama 10 jam, penat giler.
banyak aku blajar kerja jadi promoter ni dan macam-macam jenis orang aku jumpa. kita kena banyak sabar menghadapi kerenah-kerenah customer dan juga pekerja lain. tapi satu kesimpulan yang aku dapat buat ialah, mana-mana jua kita pergi manusia sama sahaja, ada yang baik dan ada yang hati kurang baik.
bulan puasa baru je bermula, pakaian perempuan mengalahkan orang-orang bukan islam, seolah-olah tidak kisah dan tidak hormat pada bulan puasa yang penuh mulia. yang paling best, perempuan-perempuan ini tidak pula ditegur oleh suami mereka, itu pon suami bertindik sebelah telinga, kita pon boleh agak kemana nilai-nilai islam dalam hati mereka ini. bf dan gf berpelukan, berpegang tangan macam orang dah nikah dan macam-macam lagi lah tak larat aku nak tulis semuanya.
kisah pekerja pula. bukannya semuanya baik-baik. ada juga yang tak mahu berpuasa, menghisap rokok didalam store ketika ramai umat islam asyik menunaikan kewajipan, tambahan kepada kecelakaan ini ialah perempuan yang menghisap rokok sama, tidak lagi tahu malu, buku ditangan dipegangnya, "cara-cara menjadi isteri yang solehah", aku pon terfikir, "hm, buku itu untuk siapa sebenarnya, untuk diri atau pon untuk masyarakat melihat dirinya baik?". sampaikan orang bukan islam pula menegur tingkah laku mereka, tak tahu malu.
suatu pagi, aku lupa ia hari jumaat. aku pergi kerja seperti biasa. setelah lama melayan customer yang sibuk membeli belah, aku baru teringat hari itu hari jumaat, melihat jam ditangan, sudah pon masuk pukul 1.30pm. aku bergegas ke masjid takut tak sempat untuk berjemaah. sebelom aku melangkah ke masjid, sempat aku melihat kaum-kaum lelaki yang masih asyik memilih baju dan seluar, menemani pasangan mereka. tidak pula aku lihat kerisauan dimuka mereka tentang solat jumaat. bagaimana pula pasangan mereka yang memakai tudung cantik-cantik, adakah mereka tidak menyuruh pasangan mereka ini untuk menunaikan solat jumaat? adakah suami yang macam ini yang mereka sanggup hidup dunia akhirat? adakah wanita yang seperti ini yang kaum lelaki mahu jadikan isteri mereka untuk menuju ke jalan Allah? jika sekadar memakai tudung menutupi yang sepatutnya tapi nilai islam mereka tak sampai sepenuhnya, tak guna juga. sedih aku ketika menunggu untuk solat jumaat. manusia begitu asyik dengan dunia, asyik dengan hari raya, padahal nilai murni puasa itu mereka lupa, nilai murni seorang islam akan solatnya mereka lupakan, lagi-lagi pada bulan puasa yang hanya datang sekali dalam setahun.
satu perkara yang aku rasa amat menarik ditempat kerja itu ialah, ramai perkerja yang umur mereka dalam linkungan 20an sudah pon selesai bernikah. pernikahan yang kebanyakkannya mengamalkan konsep "Doa Selamat". dalam ramai orang yang giler kan majlis perkahwinan yang grand, yang gempak, yang memakan belanja beribu-ribu ringgit, akhirnya aku berjumpa dengan orang-orang yang mahukan konsep ini, dan setelah lama aku menyorkan kepada kawan-kawan semakin ramai aku berjumpa dengan mereka yang mahukan konsep yang sama. alhamdulillah, tidak lagi aku rasa risau kerana mahukan koncep pernikahan islam yang tak memeningkan kepala kita. sebenarnya, ramai saja ibu bapa yang setuju dengan konsep kenduri kecil-kecilan seperti doa selamat, menjemput ahli keluarga terdekat untuk melangsungkan pernikahan anak-anak mereka kerana suatu ketika dahulu mereka juga telah pon melakukan doa selamat untuk majlis pernikahan mereka.
banyak hikmah yang aku dapat sepanjang bekerja di shopping kompleks ini. banyak perkara yang Allah SWT mahu aku explore ditempat itu, suatu perkara yang aku anggapkan satu petunjuk dari Allah yang mahukan aku tidak bersusah hati dengan pandangan islam yang ada dalam diri. sekarang ini aku dikampung. pagi tadi ibu tiba-tiba bersuara. "ibu tak kisah kalau anak-anak mahukan pernikahan kecil-kecilan, kita ajak sahaja keluarga terdekat, tak ada masalah". aku bersyukur mendengar kata-kata ibu itu, kerana beberapa bulan yang lalu ibu sangat mementingkan adat pernikahan, hantaran sebagai wajib, tapi Allah SWT telah pon membuka kunci hati ibu untuk menerima konsep islam yang sebenarnya kerana suatu ketika dahulu ibu dan ayah bernikah hanya dengan air teh bersama-sama keluarga terdekat, tidak pula ia suatu sekatan untuk anak-anak beliau berjaya dimasa sekarang. bila tiba giliran aku bertemu jodoh nanti semoga Allah SWT memperkenankan niat dihati untuk melakukan doa selamat selepas akad nikah, insya Allah.
akhir kata. manusia tak akan berubah kecuali mereka sendiri mahukan perbubahan untuk kebaikan diri mereka sendiri dari sudut islam. kita hidup kerana Allah bukan kerana nafsu. tugas kita sebagai umat islam amatlah besar dan ganjaran dihujung hari hanya orang-orang beriman akan mendapat kenikmatannya yang dijanjikan Allah SWT. lalai sekarang bukannya tiada jalan untuk berubah dan insaf. pintu taubat sentiasa dibuka untuk umat manusia. jangan tersalah langkah. mungkin Allah SWT telah pon menguji kita sekali, dan kemungkinan besar Dia akan menguji kita lagi dengan perkara yang sama. terpulang pada hati untuk menyedari atau tidak, semoga mendapat petunjuk. harus kita ingat akan janji-janji Allah dan jadilah yang terbaik supaya hidup kita diberkati Allah SWT.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam,
dah lama tak update kan. ingtkan merajuk taknak tulis belog ke ape. eh, tapi seronoknya ada pengalaman bekerja jumpa orang. bukan senang sebab kalau tak tabah tak dapat la. lagipun kene orang2 yang biasa kene reject sebab tak semua orang nak dengar ape kita nak promote. bukan maksud reject lain. haha.
dan solat jumaat tu, memang dah ramai dah lelaki macamtu. kadang2 bila kita jalan2 dia pulak pandang kita pelik. padahal dia tu pelik! hummph. eh, teremosi.
oklah selamat hari raya aidilfitri maaf salah silap semasa berbicara. :)
p/s : eh, hansuke dah kerja boleh mintak duit raya~
dolat:
salam.
haha. mana ada. kerja part-time je. dah benti pon. hm, nanti dah ada kerja tetap boleh la bagi duit raya..huhu~
selamat hari raya juga..:)
slamat ari raya beb!
Salam. Oh berguru rupanya dia. Patutlah senyap je. :D
Eh orang Melayu memang camtu... (sceptical) Hoho!
Kadang-kadang mereka tidak tahu perkara yang mereka lakukan itu salah. Maka kita doakanlah agar mereka sedar.
Maaf zahir batin ya!
Salam.
Selamat hari raya:)
long time no update,yea?
happy rayaaaaaa!
lyana:
salam.
selamat hari raya jugak.
been busy with things lately.
skang baru ada masa nk update blog..:)
rajin-rajin la baca ye.
p/s: nape tukar blog ek?
wslam.
oh i seee..
seriously, please update more frequent yea. *haha demand pulak* I like your writing. for sure, i will read :)
tuka blog sebab blog lama ade msalah layout. dia nyer side bar, footer sume berterabur atas bawah dan x dpt diselamatkan dah. he.
Post a Comment