aku kagum tengok orang masuk islam (mualaf). selalu sahaja kita dengar orang peluk agama islam dan orang bukan islam akan mengutuk mereka, tapi siapa kisah, kutuk all you want sebab orang ini dah buat keputusan. semua tahu betapa hebatnya tentangan dari pelbagai pihak bila seseorang dah buat keputusan untuk peluk islam, dari keluarga misalnya, masyarakat apatah la lagi, tapi ada juga keluarga yang tak kisah pon sebab mereka sayangkan anak mereka dan mahukan yang terbaik.
mualaf ni bila mereka dah masuk islam, kebanyakkan mereka ni sangat sabar. yela, mula-mula nak berubah bukannya senang sebenarnya, dapat tentangan hebat lagi la pula, dan disini bermulanya episode ketabahan hati dalam diri mereka kerana menghadapi segala rintangan dan ujian yang Allah SWT bagi kat mereka. dan bila dah masuk islam mereka sangat la tabah dan redha yang amat tinggi kerana telah pon diberi hidayah, bimbingan dan lain-lain bagi menghadapi segala cabaran hidup, atau dengan erti lain mereka-mereka ini sangat bersyukur dengan hidup mereka. kadang-kadang mengalahkan orang islam yang sejak azali islam dari segi kefahaman dan ketaatan kepada agama Allah SWT.
kebanyakkan orang yang lahir muslim, hidup gaya muslim, dipandang muslim dari kecil boleh terlupa semua perasaan yang ada pada orang-orang mualaf kerana mereka gagal melihat kepada kebenaran dan lupa terhadap tanggungjawab mereka sebagai muslim. mungkin kerana keseronokan dunia atau mungkin juga kerana nafsu, either way ia menjadi salah satu punca kepada masyarakat islam yang penuh dengan maksiat seperti yang kita dapat lihat sekarang.
aku sangat tertarik kepada gadis berketurunan British-Japanese yang diberi nama Hana Tajima-Simpson, beliau seorang mualaf dan telah memeluk islam lebih 5 tahun lamanya. ya, beliau seorang model dan fashion designer dikota London, United Kingdom dan sekarang ini amat terkenal dengan rekaan fashion beliau iaitu StyleCovered. boleh layari laman web ini. http://www.stylecovered.com/
apa yang aku nak sentuh disini ialah bukan pasal kecantikan gadis ni, sememangnya dia sangat cantik dan tak boleh dinafikan lagi tapi apa yang aku paling tertarik pada gadis ni ialah sifat 'humble' dia. yes, i mean she's beautiful, very much, ramai orang duk puji dia, tapi dia sangatlah macam tak kisah dengan kecantikan yang dia ada. dia sangat humble sampai aku agak terkejut dia baru masuk islam, aku ingat dia tu born islam, sekali mualaf rupenya. cuba kita perhatikan betul-betul, tak ada pon dia nak dedahkan aurat dia. cakap pon dengan penuh lembut dan ikhlas dan sikit pon tak menunjukkan riak diwajahnya. ternyata beliau sudah pon faham atau menghayati islam yang sebenar. mungkin juga husband dia telah bimbing dia dengan nilai islam yang baik. subahannallah.
bila tengok Hana ni di internet, dengan sifat islamic yang dia ada, pakaian islam moden yang dia cuba potrait kan kepada masyarakat, teringat pula pada masyarakat kita. kita sejak lahir lagi sudah pon islam, dan dibesarkan dengan ajaran islam tapi tidak langsung mahu mengikut apa yang islam ajar pada kita. padahal kita tinggal di negara islam, belom lagi tinggal di western countries seperti si Hana.
ramai gadis yang kita kenal, sangat suka dan tertarik dengan pakaian dan design dari barat. ya, memang tak salah, tapi bila dah pakaian yang dipilih itu mendedahkan aurat dan menunjukkan bahagian tertentu tubuh badan dan aurat seorang wanita ia tidak lagi relevan dan tidak sama sekali dibenarkan dalam islam.
kita selalu jumpa, gadis yang dari awalnya elok dari segi pakaian, pakai hijab dengan sempurna, tapi lama-kelamaan mereka ini cuba ringankan lagi pemakaian hijab bila memakai scaft sahaja dikepala, biasanya bila hendak pergi jogging di taman atau bererobik di club senaman, maka bertudung seperti mereka ini bukan lagi dipanggil hijab kerana leher mereka sudah pon terdedah dan kita lupa bahawa ini juga merupakan aurat bagi wanita.
dari segi baju pula, semua orang tahu ramai wanita islam di malaysia khususnya suka pakai 'baju adik'. baju adik ini ialah baju yang sangat kecik (baju fit), kemungkinan besar dipinjamkan oleh adik mereka sebab itulah ia kebanyaknya ketat dan sampai terbentuk susuk tubuh badan yang langsing atau terdedah saiz dada mereka yang juga akan mengiurkan bila dipandang, apatah lagi bila baju adik ini mempunyai jenama yang terpampang besar dibahagian dada baju supaya mata kita nyata terpandang diruangan itu. ditambah pula bila mereka ini memakai seluar jeans ketat, dan kadang-kadang bila tunduk atau duduk akan menampakkan seluar dalam mereka atau pon merunsingkan lagi mereka tidak memakai seluar dalam. (i leave it to your imagination).
itulah dia contoh-contoh yang amat merunsingkan sebenarnya. kadang-kadang ada juga terfikir, dimanakah hala tuju mereka-mereka ini, sejauh manakah kefahaman islam yang ada dalam diri mereka?
tapi wanita-wanita seperti ini masih lagi ada peluang untuk berubah, kerana mungkin ini semua ujian mereka sahaja. kita tak perlu menjauhi diri daripada mereka kerana mungkin mereka sangat tidak tahu atau pon mereka lupa sekejap akan tanggungjawab mereka sebagai umat islam. suatu hari nanti mana tahu mereka akan berubah dan perubahan ini selalunya disebut "born again muslims" seperti juga tajuk post aku kali ni.
born again muslims ini ialah, orang islam yang lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim, melakukan maksiat dan akhirnya sedar dan insaf dan kembali kepada ajaran yang sebenar. sesetengah orang yang lupa ni, mereka seolah-olah mati sekejap dan bila mereka mendapat hidayah mereka akan sekali lagi mengikuti ajaran islam secara tulus dan ikhlas seolah-olah telah pon dilahirkan semula dalam agama islam.
kita juga sebagai muslim yang taat, harus lah sentiasa membaiki diri kita setiap masa, muhasabah diri amatlah diperlukan. tak boleh menunding jari pada sesiapa kecuali diri kita sendiri. kita tak boleh mencaci mereka yang 'mati' sekejap tu, mungkin suatu hari nanti mereka akan 'hidup' semula dan 'lahir' balik kedalam islam (bukan bermaksud resurrection), kita tak tahu. jika berkesempatan, mengajak dan menyebarkan berita baik Allah SWT kepada yang lupa harus diteruskan. kita harus mendekati mereka sebenarnya bukan menjauhi dari mereka. mana la tahu suatu hari bila ada orang mengingati diri mereka, keinsafan dalam hati akan tercetus dan akhirnya sedar untuk berubah.
macam yang aku pernah kata, semuanya atas pilihan. individu memilih untuk berubah, memilih untuk kebaikan dan memilih untuk berbuat dosa. yang paling penting, perlu ada pertanyaan dalam hati, dimanakah kita disisi Allah SWT? semuanya bermula dari diri sendiri. itu memang jelas.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam.
Respek pada kamu kerana tulis entri ini. *thumbs up*
Yup, begitu ramai yang terpengaruh dengan pakaian tak cukup kain, baju adik, dan macam2 lagi trend yg mereka anggap cantik. Tapi pada saya sangat LAWAK. Macam mana mereka yang bertudung tapi sleeveless? Pakai tutup semua tapi pakai seluar yang macam pergi kolam renang? Sedih sangat! Sebab saya pun perempuan jugak.
Amar maaruf nahi munkar.
Mengajak orang kepada kebaikan inshaAllah boleh dilakukan. Tetapi mencegah kemungkaran amat sukar. (bagi diri saya)
Contohnya kalau kita terserempak dengan kawan yang pakai sedemikian. Risau kalau ditegur melenting. Tak tegur, rasa sangat berdosa. Alih-alih selitkan dalam jenaka semasa berbual sebab tak tahu cara mana nak menegur. Dan hanya dapat berdoa moga dibukakan hatinya oleh Allah..
Risau jika hari ini kita yang menasihati, tetapi mana tahu esok lusa kita pula berada di tempat mereka. Moga terhindar daripada diuji sebegini rupa.
PS: Pertama kali kenal Hana Tajima-Simpson. Contoh yang baik.
salam.
masa di kampus dulu, saya ada ramai kawan pompuan, sebab budak laki dalam kelas saya cuma ada 4 orang je. masa lepak kat cafe selalu la ada rakan yang pakai T-shirt, pastu bila diorang angkat tangan kadang2 akan nampak si baju dalam mereka, saya dengan mulut straight akan tegur on the spot, walaupon tahu rakan saya tu akan malu tapi mereka tahu saya sangat straight dan tak suka benda macm tu depan saya maka rakan2 yang lain akan ingat supaya tak melakukan perkara yang sama.
tapi those days dah takda. mungkin sebab saya dah tak lepak ngn pompuan dah, tapi bila umur dah tua macam skang, nak tegur pon dah tak tahu macam mana, semuanya dah besar belaka, nanti cepat pula offended.
tapi saya akui, nak cegah yang mungkar memang susah dan amat berat tanggungjwab kita sebenarnya. cuma jika orang yang hendak ditegur tu sangat baik dengan kita maka boleh la sit down and nasihat secara elok2.
sebenarnya, bagi saya kalu pompuan, lelaki harus memainkan peranan tegur sebab kadang2 kalu pompuan yang tegur perkara tu akan jadi sensitive, tapi sesetgh orang jika lelaki yang tegur ia akan lebih effective. entah la, ini teori saya saja.
Hana Tajima-Simpson sangat humble dan tak perasan cantik. if only ramai skit pompuan islam yang sifat macam dia, bahagia lah lelaki beriman mendapat isteri yang macam itu.
wallahua'lam.
Salam.
good entry.like always laa. :D
baru semalam ternampak golongan2 yang memakai baju adik2 mereka hinggakan terlihat bahagian2 yg x spatutnya, di khalayak rmai pula tu. sbagai prempuan, sy sndiri malu.
tapi sy tertanya2. adakah mereka ini tergolong dlm glongan yg tidak tahu? atau golongan yg tahu,tapi xfaham? atau mereka ini sbenarnya tahu dan faham. tidak bersediakah,mungkin?
kat m'sia, ramai sgt dah yg menjadikan budaya2 barat sbgai kiblat mereka. tggungjwb menyampaikan berita2 baik drpd Allah smakin berat dan perlu diperhebat. strategi perlu diatur, ketuk pintu hati-hati mreka scara berhikmah dan berdoa hidayah menjadi milik mereka. InsyaAllah.
Perlu menegur scara halus tetapi mendalam kesannya, sbb prempuan ni lembut, tgur scara direct kdg2 hanya akan menyakitkan hati mreka dan sia2.
*teguran dr lelaki mmg kdgkala lebih berkesan dan berkekalan.sbb dri sendri pernah dtegur dlu, dan terkesan smpai skrg. Alhamdulillah.
lyana:
salam.
ramai yang tahu sebenarnya tapi kadang-kadang buat tak tahu, mungkin sesetengah orang pikir pakaian yang mereka pakai tu menarik lebih ramai orang untuk lihat mereka, memang naluri manusia untuk berasa mahu dilihat dengan lebih cantik atau dengan erti lain mahu mengambil perhatian.
bagi saya tak salah pon jika mahu ambil perhatian, tapi kena lah berpada-pada, jika ia melibatkan maruah diri dan agama maka kena lah muhasabah diri balik supaya kita sedar apa yang tak kena dari pandangan islam.
haha. saya pon tak suka tegur orang tak kenal, (saya bukannya ustaz sampai mahu tegur orang tak kenal ni). tapi jika kenal memang approach tertentu yang kita kena ambil untuk dekati dan tegur la kan.
exam. exam. 2 lagi paper?
gambate neh..:)
Post a Comment