Friday, May 28, 2010

selawat dan zikir taubat mp3

dua tiga hari ni aku asik dengar lagu nasyid je, dah lama tak layan, paling last pon masa kat kampus, tapi aku suka kumpulan Brothers je, kumpulan lain tu cam tak dengar sangat. sebenarnya semalam tu secara tak sengaja sebab aritu ada bukak radio IKIM sambil bawak keta, pastu terdengar la satu lagu ni, "Salamun 'Alaika" nyayian dari Nada Murni, tetiba je aku rasa macam best dengar lagu tu. dan balik umah aku terus search lagu tu kat 4shared.com. penat cari, play satu-satu lagu dalam web tu sebab tak tahu tajuknya dan sapa yang nanyi. tapi lastly jumpe jugak, sekali lagu Nada Murni dari Album Untukmu Rasulullah. tapi terfikir juga, sapa Nada Murni ni? tak pernah pon aku dengar sebelom ni? nape sedap dan menginsafkan lagu-lagu mereka ni? sedih aku..cuma aku dengar macam suara arwah ustaz asri je dari kumpulan Rabbani. hm..maybe la kot..

untuk dengar/download Salamun 'Alaika, sila klik.

keesokan harinya, bukak lagi IKIM sambil bawak keta, sebab rasa macam best plak dengar stesen radio IKIM. haha~ sekali keluar plak nasyid ala-ala macam zikir gitu. sedih sekali lagi dengar lagu ni. sebenarnya lagu zikir taubat. banyak plak rasa buat dosa. adui..balik umah sekali lagi bukak web 4shared.com, search tajuk dan sapa yang nanyi tapi tak jumpe, bukak youtube. baru aku tahu, zikir taubat bacaan dari Munif Ahmad, semua orang tahu kot sebab selalu ada siarannya kat Astro Oasis. aku tak tahu sebab aku tak layan Astro kecuali siaran Bola je. haha~

untuk dengar/download Zikir Taubat, sila klik.

ni la dua lagu aku duk pasang berulang-ulang dari pagi sampai la tak tahu bila aku akan boring. tersentuhnya jiwa aku dua tiga hari ni. jiwa tengah halus mungkin. hm..

sebenarnya. ada bagusnya kita muhasabah diri sentiasa dan selalu baca doa taubat, sebab kadang-kadang kita tak sedar kita ada buat dosa. tak kisah la kat sapa atau dah buat sesuatu perkara yang tak baik tapi yang paling penting kita kena selalu merendahkan diri kepada yang Maha Berkuasa, dan ustaz kata, sebenarnya semua kena jaga, penampilan kita, cara jalan kita, percakapan kita, semuanya menunjukkan kita sedang merendah diri kepada Allah SWT, baru boleh jadi mukmin yang baik.

Allah SWT saja yang mampu hapuskan dosa yang pernah kita lakukan, secara halus atau pon secara terang-terang. kalu ada masa senang boleh la buat solat taubat sekali lepas solat isyak. marilah kita bertaubat dan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW kita. semoga semua perkara yang kita lakukan mendapat rahmat Allah SWT didunia yang sementara ini dan diakhirat kelak. insya Allah.

p/s: pesanan untuk diri sendiri sebenarnya dan sesiapa yang sudi baca post ni.

3 comments:

Liyana said...

salam..

mana ada buat2 bizi.

betullah kamu kata, kena selalu muhasabah kan. pastu kena renew niat juga. sebab selalu terpesong niat kadang2. tsk

bila hati mudah terusik, ambillah peluang ini bersyukur sgt2 sebab Allah bg peluang rasa nikmat merasa 'something' everytim dgr namaNya.

takbest lah bila semua amal dah jadi rutin dan tak rasa pape setiap kali baca AQ atau solat.

allahumma astaghfirullah. semoga kita semua tak jadi camtu. T___T

masih terngiang2 kate2 nouman Ali tu. heh.

:)

hansuke said...

salam.

haha. yeke, macam buat2 busy je..:)

nouman ali memang best la, banyak ilmu dan humble. subahanallah.

itula. bersyukur Allah bagi peluang untuk rasa macam tu. alhamdulillah.

hey, pergi study, ape blogging2 ni heheh~

sakura raya said...

salam saudara...ana baru jew download zkir taubat tu...alhamdulilah...tapi, saudara ada simpan lirik zikir tu tak? bahasa al-quran...susah nak cari liriknya.banyak yang dah diterjemahkan