Thursday, June 17, 2010

antara mahar dan wang hantaran

post ini saya copy/paste dari post di blog seorang Ustaz. semoga sesiapa sedang mengalami masalah mengenai pandangan Mas Kahwin @ Hantaran boleh baca post ini yang saya copy/paste sebagai rujukan, semoga mendapat maafaat insya Allah.

Tajuk: ANTARA MAHAR DAN WANG HANTARAN

Merujuk kepada Fiqhul Manhaji, Jilid ke 4, pada halaman 637 & beberapa rujukan lain.

Sebagai permulaan, dalam Islam, hanya ada istilah Mahar atau Mas Kahwin sahaja. Tidak ada apa yang dikenali kini dengan HANTARAN. Jauh sekali istilah serba satu, seba dualah, belanja hangus lah dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.

Maka saya akan jelaskan dahulu apa yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran.
Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar @ Mas kahwin.
Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:
Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.
Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.
Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan member MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya.. Silakan buka kembali Fiqih Sunnah, Subulussalam, Bidayatul Mujtahid, masing di BAB: As-Shadaaq )
Dalil kewajipannya :
وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib”.

Dalam hukum-hakam yang berkaitan dengan mas kahwin, panel pengarang Fiqh Manhaji membahaskan pada muka surat ke 641, bahawa Pengantin Lelaki boleh @ harus menyegerakan pemberian mas kahwin ataupun menangguhkannya.

Dalam buku Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam, terbitan Pustka Ilmi,pada muka surat 84, dengan jelas menyatakan “ Mahar @ Mas Kahwin, boleh dijelaskan secara TUNAI dan boleh juga BERHUTANG.

POINT PENTING BERKAITAN HANTARAN

HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.
Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.
Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?
Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa. Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa


KESIMPULAN

1) Pada pandangan saya, memandangkan kedudukan HANTARAN itu sendiri bukanlah mempunyai asas yang kukuh dalam agama, maka tidak menjadi 1 kecacatan pada bakal suami jika terpaksa berhutang di dalam menyediakannya.
2) Bayangkanlah, kalaulah MAHAR @ Mas Kahwin yang bertaraf WAJIB itu pun, boleh disediakan secara berhutang, takkanlah HANTARAN yang menjadi adat warisan itu mesti disediakan secara tunai. Ini satu hal yang tidak adil.
3) Andai terpaksa berhutang pun, jangan sampai hutang itu makin membebankan pasangan di awal usia perkahinan mereka.
4) Berhutang di awal perkahwinan ini, hanyalah tanda permulaan buruk bagi rumahtangga yang baru dibina.
5) Justeru, berbincang secara baik antara pasangan agar dapat kita lestarikan “ Baiti Jannati” diatas dunia yang sementara ini.


Wallahua’lam.
Disediakan oleh

Mohd Zaiem Hilmi B. Hussin
Tmn Wawasan, Tawau
12.14 malam.

Sila lawati laman web asal post di http://zaimhilmi.blogspot.com/2009/10/antara-mahar-dan-wang-hantaran.html.

6 comments:

Nooreena said...

Terima kasih Hansuke untuk artikel ini. Akan dipanjangkan pada sahabat berkenaan.

Saya pun baru tahu yang mas kahwin tu tak kisah berapa nilainya. Tapi kenapa nilai mas kahwin berbeza2 ikut negeri? Apa yang menjadi kayu pengukur bagi penetapan nilai mas kahwin kat Malaysia ya?

hansuke said...

hm..pergi la tanya jabatan agama sebab ni bukan bidang saya hahhaah~

ada la sebabnya setiap negeri buat nilai berbeza2, tapi walaupon berbeza, berapa sangat je mas kahwin, kalu beza pon dalam rm50-100 je, lagi pon kan boleh hutang tak semestinya tunai.

nak lagi best pergi tanya ustaz ya, saya bukannya tahu sangat pasal mas kahwin ni..:)

Nooreena said...

Ketawa macam tak ingat dunia. :) Terima kasih atas saranan.

Amar san said...

noreena wiken ni ada ceramah abu saif pasal kawin, kamu ada pergi x? best tuu... heheh

Liyana said...

salam

kak erin: mungkin sebab bab agama tu bawah pentadbiran kerajaan negeri, sebab tu tak selaras setiap negeri. sebenarnya saya tak sure.

hansuke: saya selalu tersilap mahar itu wang yang letak atas dulang hantaran 11 berbalas 13 atau ada yang lain. terima kasih kerana berkongsi. walaupun dah terlambat komen.

hansuke said...

liyana:

saya tak pernah faham maksud dulang2 hantaran, atau belanja hangus dan banyak lagi istilah kan.

dalam hati ada tak puas hati dengan adat yang ada dalam masyarakat kita dan pimikiran yang telah disemak kedalam minda orang kita bila wujudnya soal perkahwinan.

masih byk family yang berdegil dengan konsep hantaran ni sebab jika buat berlainan (ikut islam, nikah tanpa hantaran), masyarakat akan mengata dan mereka rela tak diumpat dari melakukan kebaikan kerana Allah. (sedih bukan?)

sorry, saya banyak membebel plak, thanks for reading and comment walaupon bukan saya yang tulis.