tetiba tringat kisah zaman sekolah. aku ada sorang kawan baik nama dia mat (bukan nama sebenar). aku dan mat kenal sejak masuk form 3. sekali saja aku tegur dia masa balik sekolah, dari situ kami terus jadi kawan rapat. balik sekolah selalu kami bonceng basikal aku (ala-ala orang lama bonceng awek kat depan para basikal..hehe) pergi beli air tebu campur dengan air kelapa, waduh..sangat masyuk rasanya tambah2 lagi lepas balik sekolah, matahari tak ingat punya panas terik. itu la rutin kami setiap hari, kalu mat mengelak sebab takda duit aku akan payung dia, janji boleh pergi minum air tebu sedap.
mat ni seorang yang miskin, tengok baju dia pon dah boleh tahu. sepatutnya baju sekolah putih melepak, tapi baju mat ni dah macam kuning-kuning, so aku assume dia ni anak orang susah. tapi aku tak kisah, sebab aku tahu mat seorang budak baik dan pandai dalam bab belajar plak tu, lagi pandai dari aku. hoho~
berbulan mengenali mat banyak kali dia mengelak aku datang umah dia. lepas balik sekolah ada satu tempat aku akan dibenarkan hantar dia, macam ada garisan larangan. "ok, sampai sini saja" sambil tersenyum dan aku faham maksud dia. mat sebenarnya malu nak tunjuk umah dia dan kenalkan kat keluarga dia, kononnya aku ni orang kaya dan dia terlalu segan dengan aku. itu kata dia tapi aku mana la kaya sangat sbrnya, cuma aku hidup tak susah macam dia, aku tak pernah pon kisah dia hidup macam mana, bertambah la curious aku kat kat mat masa tu. haha~
lama lepas tu. persahabatan aku ngn mat semakin rapat. akhirnya setelah banyak kali aku mintak nk tengok umah dia akhirnya mat bersetuju. mungkin masa tu dia dah percaya kat aku kot. maybe la.
mat bawak aku ziarahi umah dia dan sampai la pada satu umah yang agak usang. umah dia macam umah kayu zaman melaka. umah yang kecil saja, ada tangga dan ada bawah umah jugak, yang ada 4 tiang tu. mat menyelak kain yang tergantung diantara tiang-tiang umah dia dan memperkenalkan aku dengan family dia. rupenya mereka tinggal dibawah rumah, atas umah cukup-cukup untuk tempat tido sahaja. "ini la hansuke yang mat bagitau mak tu". ibunya menyambut kedatangan aku dengan penuh mesra, air muka ayah mat menahan malu tak terhingga sampai sebak aku dibuatnya. aku dipersilakan duduk diatas tikar yang dah pon koyak, tikar ni dialas diatas tanah. adik mat meminta air sirap sambil menangis, aku tersenyum sambil menahan juga perasaan sedih sebenarnya. bagaimanakah mereka hidup seperti itu? aku terfikir. tak lama aku lepak, setelah berkenalan dengan mak dan ayah mat aku terus pulang.
sejak dari peristiwa tu aku semakin sayang mat, bagaikan adik aku sendiri. (nasib bek dia kecik skit dari aku kalu besar takleh jadi adik aku pulak hehe~). tapi setelah berkenalan dengan family mat, aku rasa sangat bersyukur kerana hidup senang, walaupon tak kaya, tapi aku mampu juga makan enak dan berteduh dalam umah yang mempunyai kipas. perkenalan aku dengan mat dan keluarganya banyak mengubah aku sebenarnya. ketika itu aku tidak lagi meminta lebih-lebih kerana aku tahu ada lagi orang yang lagi susah dari kita, malah tersiksa dari segi mental kerana hidup susah.
balik kepada realiti. berapa ramai antara kita tahu hidup susah? atau pernah terasa susah. atau ambil tahu orang lain sedang susah? walaupon keluarga aku agak senang, alhamdulillah mak ayah mendidik aku dengan hidup susah, pergi sekolah dengan basikal pada hari hujan dengan baju hujan yang tembus sampai keseluar, sedangkan mak ayah rakan-rakan menghantar mereka menaiki kereta. pernah sekali rakan aku bertanya "nape ko basah?". aku dengan hati yang panas hanya mampu berdiam sahaja. tapi aku redha, dan sentiasa bersangka baik dengan mak dan ayah. takala aku sedih, aku akan ingat kisah ayah yang sangat miskin pada zaman muda nya. memandangkan ketika itu aku agak senang tapi aku belajar untuk tidak merungut kerana susah sikit. hidup mat mengingatkan aku pada kisah ayah sebenarnya. dulu masa kecik2 ayah selalu menceritakan kisah hidupnya. bila lihat mat, teringat aku pada kisah ayah, ketika itu aku faham perasaan ayah sebagai anak orang miskin. bila melihat mat seolah-olah aku melihat ayah waktu beliau muda, sebab itu la dulu arwah ayah sangat suka pada mat, mungkin..:)
belajar hidup susah ada baiknya. kita akan lebih tabah dan mengerti penderitaan orang lain. setelah tamat belajar di universiti ada seorang rakan aku bercerita peristiwa beliau mengenai takda duit dan terpaksa berlapar pada suatu ketika, aku terus memahami kerana aku pernah melalui keadaan seperti itu. tapi yang ironic nya ialah, orang yang pernah rasa susah sahaja yang akan dapat detect orang lain sedang susah. mungkin Allah telah pon memberi kita satu perasaan yang kita akan detect orang lain tengah dalam kesusahan kerana suatu ketika dahulu kita pernah merasainya.
bila kita dalam keadaan susah hanya pada Allah kita berdoa dan mengadu kesusahan yang dialami. tiada siapa yang dapat membantu selain dari-Nya. memang benar. walaupon dalam keadaan susah Allah sentiasa membantu kita dalam pelbagai bentuk, cuma hanya kita sahaja yang sedar atau pon tidak dengan bantuan yang Allah kurniakan. rakan aku bercerita, banyak kali dalam hidupnya dia sedih kerana perutnya yang lapar, duit satu sen pon tiada dalam poket, pergi ke masjid untuk berehat. dalam suasana bertafakur kepada Allah itu, seorang rakan yang 2 tahun lama nya mereka berpisah mengajak beliau makan kerana sudah lama tidak berjumpa. ini lah contoh yang sangat simple pertolongan dari Allah, siapa sangka dengan kita mengingati Allah datangnya pertolongan secara terus.
itula bebelan aku buat kali ni. seperti biasa, aku hanya berpesan pada diri sendiri, jika ada yang membaca dan mengambil iktibar alhamdulillah. kadang-kadang aku pon lupa diri, mengejar yang bukan-bukan. jika tidak sampai, haruslah kita mencari haluan lain untuk mencapai satu destinasi yang ingin dicapai. kita harus juga berpijak dibumi nyata. berhenti untuk bersyukur. menikmati apa yang ada sekarang. bumi ini milik Allah SWT. dan rezeki yang diberikan milik-Nya juga. apa la sangat jika susah didunia, sedangkan hanya kesabaran yang diperlukan untuk kita menempuh segala dugaan Allah, disertai juga dengan Doa dan ibadah yang wajib. siapa la kita untuk bongkak dengan harta yang dipinjamkan semata untuk bekalan di dunia yang sementara ini. sedangkan bekalan yang hakiki ialah bekalan untuk akhirat kelak. Allah tidak melarang kita mencari dunia dan tidak pernah pula Allah mengizinkan kita berhenti mencari akhirat. marilah kita bersyukur dengan nikmat Allah. jangan sesekali kita terlupa untuk berterima kasih pada yang maha pemberi.
wallahualam.
p/s: oh ye, apa berlaku pada mat? mat berjaya masuk UPSI lepas STPM, sekarang sedang senang menikmati kehidupan seorang cikgu, mempunyai isteri yang solehah dan anak yang comel dan soleh juga suatu hari nanti insya Allah. ayah mat meninggal dunia masa kami form 5. setelah mat menjadi cikgu ibu mat berhenti bekerja kerana mat menanggung segala pembelanjaan keluarganya. alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mak saya pon ade power detect orang dalam kesusahan. bila saya tak cukup duit tiap2 bulan kadang2 tak payah bagitau dia. cakap dalam hati je. telepati konon. pastu tiba2 esok dia cakap ma dah masukkan duit. terharu telepati berjaya.
p/s : sebak ah post ni. T__T
o..cik donut rupenya.
terima kasih datang ziarah blog saya lagi..:)
hm..rasanya itu firasat seorang ibu bila anak-anak mereka dalam keadaan susah. sama juga 3 hari lepas ibu saya telipon saya, dia dah tahu saya tengah demam, mungkin sebab terdetik dihati.
orang kata sebab ibu bapa adalah sebahagian dari diri kita juga maka mereka boleh merasai..
wallahualam.
salam.
"ini la hansuke yang mat bagitau mak tu"
kelakar la ayat nie. memang org panggil hansuke dr kecik eh? haha
nice story of experience. different people, different background. however, we all learn to appreciate life through our differences.
Lyana:
haha. tula, masa saya tulis pon rasa kelakar, tapi takda la org panggil saya hansuke dari kecik, ofcourse la dia panggil nama saya yang betul, saja nak kasi gempak tulis nama 'hansuke' dalam dialog tu...:)
Post a Comment