Monday, September 13, 2010

aku straight

aritu aku dah tulis pasal isu ni tapi dulu dalam bahasa inggeris. kali nk rasa nak tulis dalam bahasa melayu la plak. peristiwa ni berlaku masa aku kerja sebagai promoter aritu, kiranya benda ni baru je berlaku.

suatu hari tu aku pergi kije macam biasa. lepak tempat counter baju yang aku jaga. hari-hari biasa sangatlah takda orang, maklum la hari berkerja, mereka hanya touch n go sahaja kat tempat aku tu, orang akan ramai bila hari sabtu dan ahad sahaja. maka hari aku sangat membosankan menunggu pelanggan.

kebetulan hari tu, ada satu pelanggan ni tengah men-usha baju Valentino Rudy kedai depan counter aku. aku sambil bertongkatkan dagu dengan tapak tangan diatas lipatan baju-baju termenung nun jauh disana kerana sangat bosan. (hehe). tiba-tiba aku terpandang pelanggan ni, seorang 'abg ala-ala pakcik' pandang kearah aku, lalu aku pon bagi satu senyuman, maklumla promoter kena la senyum-senyum selalu sebab ia polisi company. abg tu senyum balik kat aku so aku kira ia perkara biasa.

tak lama lepas tu abg ni masih lagi pandang ke arah aku sambil tersenyum kucing. aku sekali lagi senyum balik terfikir abg ni seorang yang sangat mesra sebab suka senyum kat orang. tiba-tiba ketika aku melipat baju, abg tu datang kat counter aku, sambil tengok baju-baju dan lalu mulakan perbualan dengan aku yang tengah bosan ni. banyak la soalan yang dia tanya. akhirnya sampai la dia bagitau aku dia seorang lecturer di sebuah Universiti di Kuala Lumpur ni. aku pon terus respect la sebab dia seorang lecturer.

pendekkan cerita tiba-tiba abg ni minta number telipon aku. (dia cakap: "mintak number telipon boleh? buat sembang-sembang") dalam otak aku nak pikir yang bukan-bukan tapi sebabkan time tu bulan puasa aku tepiskan fikiran aku tu. so aku pon tak mahu mengaibkan dia lalu cakap boleh. abg tu mengambil telipon dia dan terus menaip number telipon aku dan terus me-miss call telipon aku. nak jadikan cerita ketika tu telipon aku tak ada dalam poket seluar sebab aku letak dalam lipatan baju-baju di counter. abg tu cakap: "dah dapat dah?", aku cakap: "alamak, telipon saya dalam baju-baju kat sana, dah dapat la tu kot". dalam otak aku, kalu abg ni call nanti aku tak nak angkat telipon. haha. abg tu membeli salah satu seluar yang aku promote tu dan terus beredar untuk membayar ditempat cashier.

sebenarnya peristiwa ni amat baru bagi aku, tak pernah lagi berlaku kat diri aku sebelum ni. so, aku pon tanya la pendapat kawan-kawan sebab dalam otak aku cuma terfikir dengan satu perkara sahaja. rupenya-rupenya memang benar lah apa yang terlintas dalam otak aku mengenai abg ni. dia rupenya seorang yang suka kan kaum sejenis. beberapa hari aku sedih memikirkan peristiwa tu. bukan ape, teringat je kat cerita Nabi Lut. pastu bagi aku macam dunia dah nak kiamat. maklumlah, seorang lelaki sepatutnya mempunyai tarikan kepada wanita, itu lah lumrah yang sepatutnya ada dalam hati setiap manusia yang bergelar lelaki tapi orang-orang yang macam abg ni tertarik kepada kaum yang sejenis pula. (ingat aku ni anak ikan ke ape?). yang paling sedih bagi aku ialah masa tu bulan puasa.

jika kita fikirkan balik. orang-orang macam ini seolah-olah tak ada self belonging. tak tau nak masuk dalam kaum mana. Rasulullah sendiri mengatakan:
"Kahwinlah kamu dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramai bilangan umatku pada hari kiamat."

jika berkahwin baru Nabi mengaku umatnya, tapi berkahwin ini bermaksud dengan berlainan jenis iaitu lelaki dengan wanita bukan dengan kaum sejenis lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita. tujuan Allah SWT dan rasul memberi pesanan ini ialah untuk pasangan suami isteri melahirkan umat islam yang ramai dan soleh yang patuh dengan perintah-perintah Allah dan rasul. barulah selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini."

kita semua tahu kisah nabi lut. Allah SWT telah pon memberi amaran yang keras terhadap kaum sejenis. sampaikan Allah SWT menurunkan azab keatas kaum Nabi Lut yang tidak mahu mendengar amaran-Nya seperti dalam surah Al-Qamar.

38. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
39. Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
40. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


sedih jika fikirkan orang-orang yang tertarik dengan kaum sejenis. setiap manusia ada pilihan dan pilihan yang dibuat haruslah yang terbaik mengikut syariat islam. tidak boleh kita menyalahkan Allah SWT yang telah memberi perasaan yang berat kepada kaum sejenis kerana sesungguhnya, walau apa sekali pon keadaan ia cuma sekadar ujian dari Allah SWT. tidak kira sekecil zarah atau sebesar ombak sunami ia tetap ujian yang harus kita lalui sebagai manusia dimuka bumi, terutamanya kepada umat islam. kita harus sedar bahawa setiap ujian dari Allah banyak hikmah-Nya, jika kita mampu menepis segala ujian yang dihadapi sesungguhnya beruntunglah kita sama ada didunia atau diakhirat nanti. sebolehnya kita elak diuji seperti umat Nabi Lut, tidakkah kita takut dengan amaran-amaran Allah SWT? adakah kita mahu ditimpa bahala besar keatas kita baru kita mahu sedar dosa-dosa kita? sesungguhnya Allah tidak mungkir dengan janji-Nya, orang-orang beriman akan mendapat nikmat di dunia dan juga diakhirat kelak.

wallahualam.

2 comments:

Iwan Shah Zainal said...

maybe sbb nk kawen dgn pompuan mahal sgt kot...we often talk about this..but i believe this is the main problem....money is the root to all evil

and maybe, all the pretty girls are taken...

i read somewhere and i laughed..it sounds pretty much like this

"a girl's loose pussy is better than a guy's tight ass"

ahahhahaha renung2kan dan selamat beramal

hansuke said...

Rizwan Zainal:

haha. bukan pasal duit pon aku rasa, mungkin sebab pasal terlalu ikutkan nafsu, hati kata aku suka laki maka pergi la mengorat lelaki, padahal setan duk bisik kita pon tak sedar.

kalu pompuan plak, jadi lesbian sebab masa romen, lelaki cepat tidor, pompuan blom lagi puas, pastu tak puas hati kena permain pergi cari pompuan sebab kata mereka pompuan ni caring, romantik tahu ape mereka nk dalam sex, tak macam lelaki yang dianggap gelojoh, kasar macam harimau. padahal, romen/berzina tu dah satu kesalahan, tak ada pon nk sedar, nak salahkan lelaki sebab gelojoh. lelaki kaki romen tahu ajala, dapat je, terus belah, bukan nak feeling2..

bagi aku, orang-orang macam ni, semuanya sebab salah ajaran agama, tak ada orang nak bagitahu mereka yang terbaik. entah, dunia dah nak kiamat kot..:)

neway selamat hari raya bro..