aku perasan budak-budak selalu je gaduh. masa kecik pon seingat aku ada sekali sekala aku bertikam lidah dengan budak lain dan pernah juga aku tumbuk anak cikgu dan kena marah teruk punya. haha~ sebenarnya kita gaduh sebab kita nak menang. kalu budak-budak bertikam lidah biasanya mereka bunyi macam ni:
ali: "ko berak taik koko!!"
abu: "eleh..ko lagi teruk, ko berak taik hijau"
keadaan macam ni berlaku hanya bila dah tak ada pilihan lain untuk menang, maka budak-budak akan menyatakan benda-benda yang tak masuk akal, janji mereka boleh jawab dan terus berperasaan mereka sudah menang sampailah salah sorang antara mereka diam, jika diam tandanya orang tu dah kalah, dan secara automatik budak lain tu rasa best sebab dah menang.
tapi keadaan seperti ini biasanya akan berlarutan sebab budak mana tak nak menang kan? so untuk tidak kalah mereka akan terus bertikam lidah, sampailah satu tahap mereka akan bertumbuk sebab sakit hati, biasanya bila sudah melibatkan nama mak dan ayah. (biasanya budak laki la suka bertumbuk-tumbuk ni).
bila kita sudah dewasa kemungkinan besar kita dah tak macam kita masa kecik-kecik. suka bergaduh, bertikam lidah, suka nak menang je, suka rasa kita saja je yang betol. aku pernah tulis satu post dulu bab perangai ni sebab aku pon pernah kecik apa hehe~ kalu nak baca boleh click disini.
tapi yela, sapa kata orang dewasa pon tak ada perangai budak-budak. kadang-kadang walaupon dah besar panjang tapi perangai budak-budak tu masih lagi ada dalam diri mereka. aku bukan berkata mengenai hobi atau interest seseorang tu, tapi pasal perangai mereka. orang dewasa seperti ini aku gelar mereka "kanak-kanak dewasa".
bagi aku masalah paling besar kanak-kanak dewasa ni ialah mereka tak matang, tapi mereka rasa diri mereka sangat matang lebih dari orang lain. itu yang menjadi masalah. perbuatan mereka yang keanak-anakkan sebenarnya membuat mereka terkeluar dari golongan orang dewasa. matang ada banyak definisi jika bertanya pada orang ramai dan banyak orang akan pertikai dengan definisi orang lain. tapi walaubagaimanapon aku yakin, matang orang dewasa akan sama definisinya dari segi sifat, salah satunya sifat orang matang yang semua orang akan setuju ialah sifat fikir pasal orang lain. (berfikir mengenai orang lain dulu sebelom bertindak)
berapa kali saja pada zaman dewasa ni kita akan jumpa orang ajak kita bergaduh. "tumbuk la aku jika ko berani!!" atau "mai la sekeh kepala aku kalu berani, aku tunggu". (padahal tulis kat facebook atau kat blog, berlagak berani sangatkan kenapa tak cakap terus je kat muka kalu betol nak gaduh). aku rasa perkara macam ni sangat remeh dan sangat kelakar dan tak masuk akal sebab ini semua sifat kebudak-budakan, semua orang tahu dan boleh fikir. yela, semua sifat mahu bergaduh ialah sifat kanak-kanak. masa kecik kalau orang cabar kita buat sesuatu, kemungkinan besar kita akan buat, sebab masa kecik kita tak mampu pikir sangat pasal akibat tertentu dan akibat orang lain jika kita melakukan sesuatu yang bodoh seperti bergaduh dan tumbuk-menumbuk, orang sakit kita pon sakit, tu blom kira lagi sakit hati.
pada zaman dewasa ni kita akan jumpa pelbagai orang. dalam alam perkerjaan misalnya kita akan jumpe client yang kurang ajar, boss yang mulut biadap, supervisor yang suka buli, dan macam-macam lagi la. so, jika kita berjumpa dengan seorang kanak-kanak dewasa misalnya, apa sebenarnya riaksi kita? apa yang perlu kita buat? bagi aku buat bodoh je, tak perlu buat apa-apa pon, tak patut pon melayan kanak-kanak dewasa ni. yela, kalu kita layan orang seperti ini, maka apa bezanya kita yang dah dewasa ni, apa bezanya kita yang dah matang ni. jika kita bertindak kerana marah dengan kata-kata kanak-kanak dewasa maka kita 2 kali 5 sahaja dengan mereka. padahal diluar sana banyak lagi perkara yang boleh memeningkan kepala kita, hutang PTPTN belom habis bayar misalnya, atau tempat kerja yang sangat hampeh, dan banyak lagi la contoh-contoh lain. so, hidup ni bukan pasal nak menang je kan? tak payah la layan perkara remeh macam ni. hm..
ye. kita akan dilebelkan pengecut jika kita mengelak, jika kita melarikan diri dari bertengkar mulut kita akan dituduh pengecut juga. so, apa masalahnya jika kita dituduh sedemikian? tak ada masalah pon sebenarnya. biarkan saja. biarkan kanak-kanak dewasa ini rasa dia dah menang, biarkan mereka rasa mereka sangat best, asalkan kita tahu mengelak dari pergaduhan itu ialah salah satu sifat matang orang dewasa, itu sudah mencukupi. orang tua aku pernah pesan, kalu diam tak bermakna kita sudah pon kalah, masuk akal bukan?
apa yang aku boleh simpulkan dari semua ni ialah mengenai sifat. kanak-kanak dewasa seperti yang aku sebutkan diatas kebanyakkan antara mereka ada sifat sombong dan angkuh. bila ada sifat ini dalam diri maka akan timbul sifat pentingkan diri, bila pentingkan diri maka tak kisah pasal orang lain, tak pikir pon pasal orang lain, janji diri sendiri puas hati, maka jika ini berlaku akan pula muncul perasaan ego yang sangat tinggi dan dengan ego ini seseorang itu sukar untuk mengaku salah dan susah untuk minta maaf pada orang lain kerana selalu berasa betol, dan ego yang sangat tinggi ini juga ialah nafsu, dan bertindak mengikut nafsu itu tak lain tak bukan ialah iblis lanatullah. oleh itu marilah kita mengelak dari sifat yang buruk ini. kerana Allah SWT ada berpesan dalam al-quran untuk kita renungkan. semoga sesiapa yang membacanya mendapat manfaat. insya Allah.
"Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." - [Surah Luqman:18]
aku yakin diluar sana ramai orang bersifat seperti kanak-kanak dewasa ni, kena lah mula menyedari sifat masing-masing yang ada dalam diri. maka pada kanak-kanak dewasa, marilah berubah. haruslah sentiasa muhasabah diri. bertanya pada orang yang lebih tahu untuk mengenal pasti silap diri sendiri. hentilah berasa sangat bagus kerana manusia tiada yang terbaik. semuanya ada kekurangan. asalkan kita rendah diri pada Allah SWT semua perkara akan diredhai-Nya. apa lagi kalu bukan redha Allah yang kita mahukan dan dicari didunia yang sementara ini. banyakkanlah bersabar dalam apa jua keadaan. banyakkan istighfar pada Allah yang Maha berkuasa.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
hansuke, ko sape eh? name nak jepun je..hahaha
salam.
kanak-kanak dewasa~? hehe. good post. like always ;)
sifat marah.. memang luar biasa impaknya kalau tidak mampu dikawal. dunia pun boleh hancur dengan sifat marah manusia saja. hu~ sebab tu Rasulullah sendiri pun menasihati kta supaya jangan marah, jangan marah, dan jangan marah!
:)
deeba:
nama aku glamer la. biarlah rahsia..:)
lyana hamid:
salam. eh, awak dah abis exam? wah, happy la tu..:)
hm..bukan marah la, sifat sombong dan angkuh..rasanya awak pon pernah tulis juga dalam post sendiri.
sifat ni memang Allah tak suka pon kan, sama la sifat marah, sebab ia semuanya melibatkan iblis, sukanya iblis hasut kita supaya lebih marah dan begitu juga bila seseorang tu bersifat angkuh dn sombong.
entahla. semoga kita dilindungi dari bersifat seperti iblis. insya Allah..:)
salam.
exm belum abis lg la ncik nama glamer. aha. i still have three weeks exam to go! haihhh. having a tough time rite now. cant wait to reach the end point.
owh. salah tafsir nmpaknya. thanks for the sharing :)
haha. kamu tersilap baca la tu..:)
hm..uish paper banyak lagi bole pula berblogging..huhu~
budak pandai lain la kan..(^o^)Y.
Terapi marah: Senyum :)
Ada beza antara 1) orang yang marah & 2) orang yang SUKA marah.
Orang yang marah pasti ada sebab. Mereka marah bukan untuk suka-suka. Siapa tak marah kalau ada orang buang sampah merata-rata macam bumi ni tok nenek dia yang punya? Siapa yang tak marah kalau ada orang buang/gugur anak sebab diri sendiri sengaja melanjurkan diri? Hishh!
Orang yang suka marah pula --> 24-7 mood tak okay. Nak kata PMS, tak. Lelaki takkan PMS kot. Hadoi. Orang begini termasuk dalam golongan tak matang sebab tak tahu nak kawal perasaan.
Cara terbaik untuk berdepan dengan mereka ni:
1. Diam
2. Senyum
3. Berlalu pergi
Macho tak? x)
nooreena:
hm..kamu baca komen si lyana tu ek?..:)
post ni bukan pasal marah la, kantoi tak baca hehe~
tapi takpe la, yang kamu cakap tu boleh dipakai juga, pape pon thanks for the comment.
Saya baca tau Encik Hansuke. Suka ya berprasangka tidak elok sebegitu. Ish2. Cuma saya lebih tertarik pada part marah tu. Sebab selalu je dalam keadaan camtu; rasa marah dan geram dengan kanak-kanak dewasa.
Tapi saya tak tunjuk rasa marah tu. Macam tak comel je nak marah-marah. Nanti cepat tua. Macam orang tu. :P
eh, saya baca balik cam tak ada je part marah...(kompius saya..hehe~)
kamu je tua, saya sweet 16 selalu je..huhu~
Kanak-kanak dewasa kan tak matang, selalu nak menang, suka cari pasal, mudah melenting etc. Macam contoh berdialog kat atas.
Orang-orang tua memang cepat kompius. Uhuk~ x)
la..itu ke? takda pon citer pasal marah..haha~
takpe la kamu menang..:)
salam,
jap2..
sweet 16?
errkkk
-_-"
komen pasal post rasenye hansuke dah tahu saya punye point of view ape kan..
tp sebenarnya mengelak tu yg plg baik kot. biarlah org kate pengecut pun. Allah je tau apa kita rs. dr terlibat dengan arguement yg tak berapa nak penting sgt. hmm klu pun kita mng kt sini pun, belum tntu kita akan mng kat 'sana'.
ape2 pun, cm kwn saya kate.. dlm2 kita elakkan dr terlibat dgn benda tak penting. ttbe kite terlibat xsengaja tu mknenye Allah nk kita rasa. kot. dunno.
ok merepek..
wallahua'lam.
jaanne~
liyana:
salam. haha~
hm..saya lebih suka mengelak la, bukannya umur saya budak2 lagi kan, cuma kena banyak belajar lagi jadi seorang pemaaf, dah ada sifat ni tapi kena banyak baiki lagi insya Allah..:)
perkara yang tak sengaja saya bagi kat kamu je semua hehe~ nak juga selit sekali hal budak emo tu ek? huahua..takpe bagi chance..huhu~
tapi btolla tu, kalu kita tak rasa sendiri macam mana nak tau orang lain rasa macam mana kan? atleast next time dah boleh bagi nasihat yang paling best kepada mangsa2 keadaan seperti ini.
wallahua'lam.
Post a Comment