Tuesday, March 30, 2010

sifat kurang ajar

masa kita kecik selalu kita kena marah dan selalu kena tegur dengan mak atau ayah sebab dimata mereka kita telah buat benda yang salah, mereka menegur bukan untuk menyakitkan hati kita tapi untuk membaiki atau menyedarkan kita bahawa perbuatan kita itu dah salah dari segi adat atau dari pandangan islam secara menyeluruh. itulah proces pembelajaran yang sangat bermakna bagi kita sebab ia satu pengajaran yang mungkin menjadi salah satu sifat yang akan kita bawa dalam diri kita sampai bila-bila.

apa yang cuba aku bincangkan disini ialah sifat yang menentang dengan ajaran Rasulullah SAW. secara ringkasnya, apa-apa saja sifat yang ada pada kita tapi tidak pernah sekali ada pada sifat Baginda SAW, dan salah satu sifat itu ialah sifat kurang ajar.

susah sebenarnya nak citer tapi aku tulis dalam bentuk dialog:

situasi 1:
ketika amat berada didalam bilik,
amat: "bro, tolong tutupkan paip air mesin basuh!"
bidin: "apa dia?" (sambil membasuh pingan mangkuk didapur)
amat: "tutupkan paip air mesin basuh!" (nada suara sudah naik sedikit)
bidin: "apa dia?, aku kurang dengar lah.."
amat: "TUTUPKAN PAIP AIR MESIN BASUH!!!!!" (sambil marah lalu menjerit dan menengking si bidin tak ingat dunia dari dalam bilik, seluruh umah sewa boleh dengar dan tahu kemarahan si amat)
bidin: (membuat apa yang disuruh dengan muka terasa)

imbasan masa lampau:
masa kita kecik perangai jerit-jerit macam ini kompem dah kena cubit kat pipi dengan mak sebab kurang ajar. ayah plak mesti marah balik, "apa ni jerit-jerit, pergi dekat bagitau betol-betol, dah pekak telinga aku ni!!"

persoalan:
bila dah besar kita kurang ajar orang lain jadi mangsa tapi sapa nak tolong cubitkan dan cakap kau dah kurang ajar? kenapa nak marah dan tengking? kalu minta tolong biarlah cara yang baik, nabi ajar kita untuk berlemah lembut dengan orang, cakap baik-baik, bukan jerit atau tengking macam beruk mak yeh (bukan nama sebenar). kalu dah rasa bagus sangat buatlah sendiri, tak payah marah orang, abis cerita.


situasi 2:
ketika berada di mamak store (mapley), leman orderkan air milo suam.
leman: "aney, milo suam satu, kalu tak suam saya tak nak minum"
aney: "ok, boley, mesti suam punya"
tak lama kemudian aney membawa air milo suam yang dipesan,
leman: "apa ni? saya kata suam la, ni panas, tukar lain, saya nak yang lain!"
aney: "ayo!" (sambil menggelengkan kepala dan menukar gelas dan air milo lain)

imbasan masa lampau:
mak selalu cakap, "jangan susahkan orang lain dan jangan kurang ajar ngan sapa-sapa pon, kena banyak sabar sebab Allah suka dengan orang yang sabar"

persoalan:
kenape si leman tak mintak ais je bagi air milo tu kurang panas, kenape nak sampai tukar air lain? walaupon mamak store kat celah hutan sekali pon, tak patut melayan mereka macam ini, sekali lagi rasul tak ajar kita untuk kurang ajar, walaupon kita rasa kita betol, ini mamak store, kalu nak layanan macam 5 star hotel maka janganlah makan kat mamak store, sebab harga untuk air milo suam taklah RM8 secawan macam kat tempat berprestig (1st class) dan mendapat layanan kelas dunia. maka kenalah kita rendah diri dengan orang lain dan sedar kita siapa, tak boleh kita berlagak macam orang kaya tak sedar diri sedangkan ramai orang kaya yang sifatnya lemah lembut kerana mereka tahu siapa diri mereka disisi Tuhan yang Maha Esa.

situasi 3:
ketika beratur disebuah shopping kompleks, mamat cashier sangat berlagak dan merasa sangat bagus dan seolah-olah memandang rendah semua orang, lalu minah naik angin.
minah: "kurang ajar ko ek?!! ko ingat ko sapa?!! kije cashier je, berlagak nak mampus!!, aku ada credit card la, jangan pandang rendah orang boleh?!!"
cashier: sambil membuat muka tebal sebab semua orang lain pandang dengan kekecohan yang berlaku.

imbasan masa lampau:
rujuk imbasan masa lampau situasi 2.

persoalan:
kenapa la si minah tu kena naik angin dengan cashier yang memang kurang ajar tu? tak boleh ke dia buat cool je, sambil mengeluarkan credit card platinum beliau? boleh je kalu nak ajar balik si cashier tu, pesan elok-elok biarlah sampai ke hati. mungkin ada yang cashier camtu rasa malu dan ada juga yang cashier yang still akan kurang ajar setelah kena marah atau dinasihati. kita kena ingat kita tak boleh ubah orang sekelip mata, so kena lah sabar dengan kerenah orang yang kurang didikan, kita grad di universiti terkenal, ada ijazah dalam pelbagai bidang, kerja gaji mahal, kalu mereka tak sampai tahap keprofesionalan biarkan saja, kena banyak sabar, sebab sifat sabar itu sebahagian daripada iman.

tamat citer.

itulah dia serba sedikit sifat-sifat yang kita tak suka tapi ia berlaku didepan mata. mungkin ada yang pernah mengalami contoh lain dari contoh yang aku berikan. masa kecik kemungkinan besar ibu bapa telah pon mengajar kita banyak cara untuk berbuat baik pada orang lain, sifat lemah lembut seperti ajaran Rasulullah SAW mesti ada punya. jika tak ada kita hanya boleh bersimpati pada mereka sebab tidak mendapat didikan yang baik, tapi tak semestinya kita tak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk sebab kita dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai. sebab itulah sangat penting bagi kita muhasabah diri setiap masa untuk membaiki yang mana tak baik yang ada pada diri kita.

kita tak boleh merasakan kita lagi bagus dari orang lain sebabkan status atau pangkat yang ada pada kita dan sebagainya. kita harus sedar bahawa bukan kuasa kita untuk menilai dan bukan sejak azali kita mempunyai apa yang kita ada sekarang ini. semuanya datang dari Allah SWT dan bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik balik apa yang kita ada sekarang jika kita seolah-olah tidak bersyukur kerana bersifat sombong dan angkuh dengan orang lain.

kita kena ingat, sesungguhnya sifat angkuh dan sombong itu tak lain dan tak bukan ialah sifat iblis lanatullah dan kita seharusnya mengelak dari berkelakuan seperti iblis walau apa keadaan sekali pon. dan lastly, kita harus ingat kaya atau miskin, pandai atau kurang pandai, semuanya tetap Allahuakhbar!!

wallahua'lam.

6 comments:

Amar san said...

ya.. Allahuakbar!!

786 alhamdulillah.. heheh

Amar san said...

hansukeroma..

aku rasa komen ko skarng ni dah makin kurang pasal pompuan tanak kat ko dah kot..

hahaha

hansuke said...

salam.

haha. macam la aku kisah ada ke tak orang komen, tak komen pon takpe..:)

786..alhamdulillah..syukur!!

Amar san said...

tak.. kadang2 ada gak jenis blogger yg komen posting tp tak komen kat blog owner.. tp dia post komen dia kat blog dia sendiri.. aku pun tak paham kenape..

hansuke said...

hahaha...:) no komen.

Amar san said...

dah banyak dah komen ko.. hahaha