Sunday, March 21, 2010

kenduri kawin

aku tak suka pergi majlis kawin, kalu kawan-kawan ajak aku mesti berat hati nak pergi tapi kalu aku terlibat sekali dalam penganjuran majlis tu baru aku tak kisah sebab aku suka. hehe~

aku baru balik dari kenduri kawin spupu aku. penatnya buat kerja tapi perasaan puas tu memang takleh tanding berbanding pergi majlis kawin sekadar makan je.

kelmarin aku sampai kampung pon dah malam, dah ramai orang tengah buat kerja, ada potong daging, yang kat dapur tu kat dapurla kije diorang, karaoke pon kedengaran, aku terus amik nasi sebab perut lapar giler.

hari kejadian, keluarga-keluarga semua start buat kije awal, aku tido beberapa jam je. aku perasan, sebenarnya dalam majlis kawin ni tak semua pon orang buat kerja. ada yang lepak je, tengok orang masak gulai, masak nasi, yang tengah buat kerja tu memang dah pon dilantik sebab mereka memang pakar dalam bidang masing-masing.

cam aku jugak, bukan ada kerja pon untuk aku buat tapi tak manis kalau kita duduk je dalam umah, aku pon tak suka duduk saja, sebenarnya kalu kita sibukkan diri mesti ada kerja untuk kita lakukan jugak, mesti ada je orang suruh kita angkat barang ke, susun tisu ke, susun meja dan kerusi, mesti ada, pastu bila dah terlibat semua tu, orang dah nampak diri kita buat kerja mesti ada punya tugas lain seperti jaga daging untuk topup, tambah nasi untuk pengunjung, topupkan air sirup yang dah hampir habis dan lain-lain la.

sebenarnya seronok bila bagi orang lain makan. itu la masyarakat kita, budaya kita sejak turun temurun, kita tak boleh elak la benda ni kan sebab orang sekarang pon masih lagi buat benda-benda macam ni, lainla kalu gunakan katerin, itu cerita lain.

kalu ikutkan semua orang rajin la buat kerja. tapi ada jugak orang yang malas. yang mereka tahu buat ialah duduk atas umah saja tapi tak turun-turun untuk membantu. tak kira laki atau pompuan, sama je perangai, pemalas.

ucapan terima kasih dari pakcik aku tadi sebelom aku balik ke kl amat berharga sebenarnya, beliau tahu betapa kami bertungkus lumus menjayakan majlis kawin anak dia, bukan sekadar duduk saja dalam bilik dan tak buat apa-apa langsung seperti orang yang malas yang cuma tahu tidur saja.

kesimpulan aku, jangan la kita bersifat malas, hidup kena la bantu membantu, akhirnya ia sekadar untuk menjayakan majlis 'raja sehari', nanti bila tiba masa kita, mesti kita mahu orang lain bantu sama. sudah tiba masa untuk berubah, kerja di kl di syarikat besar semuanya, tapi otak tetap tak berkembang, terbawa-bawa sifat kampung yang terkenal sejak turun temurun tu, tak kisah orang lain kecuali diri sendiri, rasa diri bagus sampai orang lain tak setanding langsung. sedarlah kita hanya manusia, semua orang perlukan pertolongan juga akhirnya.

wallahua'lam

4 comments:

Nooreena said...

Saya jarang dapat ikut serta sebagai 'penggerak' majlis kahwin. Kalau dapat hadir pun pada hari kejadian. Lewat. Hadoi. Selalunya tak dapat hadir. Sedih.

Pernah sekali join tolong-tolong majlis kenduri makcik. Serius saya tak reti nak join dengan makcik2 ni. Sambil kerja, boleh pulak bergosip tentang pengantin, hantaran, handsome ke tak, segala bagai. Hadoi!

Yang paling best masa kerja kahwin, jumpa family besar dan kawan2. Masa raya pun confirm tak dapat kumpul ramai2 camni.


PS: Doakan saja mereka yang 'penyegan' tu bertukar perangai menjadi rajin membantu dan bekerjasama seperti Wonderpets. :D

dolat said...

dah lama xmakan ayan masak merah dengan nenas pecal. =.=" hansuke kawen ah cepat nak makan.

hansuke said...

Nooreena:

orang tua memang macam tu, tapi jgn kita ikut serta mengumpat macam diorang dah le, saya pon diam aja masa mereka mengata pasal ahli keluarga ynag malas buat kerja, tapi saya diam je tak masuk campur..:)

hansuke said...

donut:

saya tunggu si atina grad dulu, baru masuk bole masuk minang..:)