sedar atau tidak kita sebenarnya dari kecik lagi ada minat kat seseorang. masa tu mungkin kita tak beberapa faham lagi apa itu cinta, tapi perasan suka pada seseorang tu mesti ada. kita suka tengok dia, cara dia berpakaian, cara dia bercakap, dan apa-apa saja lah yang boleh buat kita suka.
masa tadika aku ada minat sorang ni, aku tak penah pon cakap kat dia, tapi masa kakak aku tanya aku "ada minat tak kat sapa-sapa dalam ni?" (sambil menunjukkan gambar tahunan), aku dengan tanpa segan memberitahu, "yang ini".
darjah 2 aku ada plak minat budak sorang ni, nama dia solehah, kami satu kelas. ramai budak laki suka kacau dia, aku tak kacau budak ni sebab aku masa tu amatlah pemalu (eceh..).
masuk darjah 3 aku dah turun kelas. solehah kekal kelas A. dia budak pandai, aku ni banyak main, maka kena masuk kelas B. budak solehah ni glamer giler, sampai budak kelas B pon suka kacau dia, hantar surat, kim salam, masa rehat mesti duk mengintai kelas A sebab kelas kami bersebelahan je, budak kelas dia tak payah la citer memang boleh kacau setiap masa, aku gak cool (ces..) tengok dari jauh je, tapi yang sebenarnya sebab malu. ehehe~
tapi aku ada kim salam kat solehah sekali sekala, sebab kami satu kelas dulu masa darjah 2, adala yang jadi post men sebab aku kan pemalu..:)
nak jadi cerita, masa rehat aku tengok si solehah ni jual mahal, mungkin juga dia strict, tegas orangnya, bila kena kacau dia buat bodoh je, pastu ramai la budak pompuan lain backup dia, maklumla budak glamer, walaupon dikalangan budak pompuan.
pas abis kelas, aku selalu balik lambat, aku suka lepak ngn kawan baik aku, sembang-sembang kosong. satu hari tu aku ternampak solehah tengah berjalan menuju kelas dia, aku pon terpandang dia agak lama, tiba-tiba solehah senyum kat aku. aduih..perasaan yang perasan ketika tu Tuhan je yang tahu, tapi ada jugak tanda tanya, adakah senyuman yang dia bagi tu bermakna sesuatu sebab solehah yang aku kenal tu amat tegas dengan budak lelaki, sombong, garang dan sebagainya. pertama kali aku tengok dia senyum macam tu.
keesokkan harinya, sama jugak berlaku, dia senyum kat aku, dan hari-hari seterusnya. masa tu aku dah tahu aku memang suka kat budak solehah ni, mungkin dia pon suka kat aku juga, sebab aku mendapat layanan yang berbeza dari lelaki yang lain. itulah pertemuan aku dan solehah, masa orang semua tak ada kat sekolah. tapi pertemuan tu walaupon tak berdepan bertentang mata, walaupon tak penah kami bertegur sekali pon, walaupon sekadar dia lalu didepan kelas aku untuk bertemu mata, tapi aku tahu kami sangat suka sama suka desebabkan senyuman yang terukir bila saat pertemuan jauh tu, dan itu lah pertemuan paling aku ingat sampai sekarang, ia mencuit hati sebenarnya jika difikirkan balik.
akhir tahun darjah 3, aku pindah sekolah. masa tu aku tak terlintas pon nak minta alamat rumah solehah untuk menulis surat, kalu masa tu dah tahu guna email boleh juga minta email atau number hp, tapi masa tu aku kurang arif dalam bab macam ni, maklumla umur pon setahun jaggung, apa nak buat.
dimanakah solehah sekarang? aku pon tak tahu. masa SPM aku cuba cari dia balik tapi tak berjaya. nama penuh dia pon aku tak tahu, kalu tahu mungkin boleh search kat internet. ada juga perasan nak jumpa dia balik, saja nak tengok dia macam mana sekarang, aku yakin kalu dia tengok aku mesti dia dah tak cam sapa aku. mungkin solehah dah pon mempunyai suami dan anak yang baik sekarang, tapi perasaan nak bersembang buat kali pertama itu masih lagi ada.
pertemuan memang kita tak boleh jangka. tapi pertemuan yang dah berlaku itu kita mesti hargai, kadang-kadang walaupon dah berusaha untuk bertemu kembali tapi tak semestinya Allah SWT mengizinkan pertemuan tu sekarang, mungkin suatu hari nanti akan bertemu atau mungkin juga tak akan bertemu sampai mati. mungkin pertemuan yang akan datang akan lebih bermakna buat kita. kita tak tahu. Allah saja yang tahu.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
masa sekolah rendah menumpukan perhatian kepada peperiksaan pts dan upsr. haha
solehah tu nama betul ke? trylah google. search image.
hahaha.. liyana bosan xde peminat :P
hansuke pon kesian sbb xde orang minat. bahahahahh. eh. gelak xcover langsung
donut: sekolah rendah ugly duckling. lagipun fokus exam ah. ape ni minat2 org. haha. tahu lah awak tu banyak peminat tulis nama kat kasut kan?
aku pun ada kenangan silam dgn insan bernama solehah. jahat sekali hansukeroma kerana mengingatkan aku kembali kepada detik2 hitam itu.. haha
hahaha. mesti amar san kecewa cintanya ditolak solehah. cuba lagi. =.="
liyana:
ofcourse la nama sebenar, tapi saya tak tahu nama penuh dia.
dulu ada try search kat friendster dan fb tapi mak ai bukan sikit orang nama solehah, jenuh saya nak search satu-satu..huhu~
tu la, sepatutnya kamu kenal-kenal aje dengan budak dalam bas tu, mana tahu ada jodoh, jgn jadi macam saya hehe~
donut:
isk, sapa kata saya takda orang minat?..:)
amar san:
haha. tula, kenangan ko ngn budak bernama solehah, aku rasa orang nama solehah ni memang stok cun-cun la kot..(^o^)Y.
detik hitam la sgt..huhu~ ko le, sapa suh tak matang lagi time tu..hehe~
hm..mungkin takda jodoh la tu amar, tapi kita pon tak tahu lagi kan, mana tau kot2 suatu nanti pertemuan tu sampai kat ko juga. kita tak tahu kan..:)
dolat: ketepek atas muka. hehe. budak solehah itu dulu blaja kat intec.. sungguh jahat budak2 intec ini.. :P
hansukeroma: btol tu hansukeroma.. kalo aku jumpa budak solehah itu, aku baling dia dgn taik lembu, padan dengan muka dia.. alamak, sungguh jahat niat jahat aku tadi.. takpe, aku kensel baling taik lembu kat dia, tp aku baling taik lembu kat laki yg mengaku best fren pastu tetiba rampas dia.. hampeh punya laki..
liyana:
quote" sekolah rendah ugly duckling. lagipun fokus exam ah." end quote.
wawawa.. skolah rendah je ke ugly duckling? maknanya, time skolah menengah n universiti dah jadi beautiful swan lah yer? ahaha
sungguh hebat cik liyana ni, sejak darjah 1 lagi dah fokus exam.. bagus2.. inilah remaja contoh hari ni.. ahaha
eh rasa macam dah tulis tadi, tak keluar plak komen
amar san: err..ugly duckling sampai sekarang tak berubah2. ces haha
masa dulu nak dapat hadiah masa hari anugerah cemerlang, memang ah. lagipun budak laki masa tu phase suke main lawan pemadam n nangis taknak pegi sekolah. xcool langsung. haha
liyana:
eleh. takkan focus exam je, boringnya..haha~
saya lepas keluar U baru ada serius nak belajar, masa sekolah men entah apa2, sekolah rendah lagi la blur..:)
takkan takda langsung minat kat sapa2 masa sekolah? tipu la..huhu~
amar:
ala, aku baru pikir nak masuk line si solehah tu, dah ada rupenya, best fren ko lak tu..:)
tapi kalu dia single pon aku tak nak masuk line sjugak ebab takut kena baling taik lembu..hehe~
hansuke: memang tipu pun. haha takkan nak kongsi kot. cihihi~ senyap2 sudah. :p
Post a Comment