aku ni jenis yang berterus terang. aku memang tak suka cakap belakang. disebabkan itu aku harap orang pon sama macam aku, jika tak puas hati terus je cakap kat aku, sebab bagi aku bila orang dah rasa tak puas hati ngan aku maka aku dah pon buat satu kesalahan terhadap orang tu.
aku juga sangat menjaga persahabatan. aku tak boleh tengok member aku ditengking, dimarahi tanpa sebab, diarah sini sana, diperlakukan atau diambil kesempatan oleh sesiapa pon. bila berlaku depan mata aku, sah aku akan jadi rasa nak marah pada yang terlibat.
maka bila ada salah silap mesti ada tegur menegur sesama umat untuk kebaikan bersama dan juga mendapat keredhaan Allah SWT. bagi aku, bila mempunyai kawan atau sahabat haruslah kita mengingati diri masing-masing untuk kebaikan, sebab sebelom sesuatu tu berlaku, haruslah kita memperingati kawan kita,
sebagai contoh,
1. "ko pergi downtown jangan mengorat awek orang sudah la bro"
2. "woi! duk men facebook je, study la, dah dua kali ko repeat kot"
3. "jangan sesekali ko melakukan maksiat kepada Allah, sebab ko seorang yang beriman"
disini jika kita perhatikan, semuanya ayat-ayat diatas adalah berbentuk peringatan atau pesanan. tidak mungkin ayat-ayat seperti ini akan bertukar menjadi suatu ayat yang menuduh kawan kita telah pon melakukan perkara tertentu, ia semuanya adalah bentuk pesanan atau peringatan.
tidaklah kita mengatakan mereka akan buat perkara tu sebab kita hanya ingin mengingati supaya benda tu tak berlaku.
sama juga, ibu bapa kita berpesan atau memberi peringatan masa kita kecik,
"pergi sekolah belajar elok-elok tau, jangan main-main"
tidaklah disini, ibu bapa kita mengatakan kita sah lah akan bermain dan tak belajar langsung tapi ia cuma sebagai peringatan supaya kita elakkan perkara yang tak elok berlaku (iaitu main-main).
susah sebenarnya bila bermain dengan kata-kata, tambah pulak aku ni memang dari dulu kurang pandai dalam penggunaan bahasa melayu, maka akan ada bahasa yang aku gunakan susah untuk difahami maksud sebenarnya, jika ada aku minta maaf sebab aku sedar itu kelemahan aku.
aku teringat kawan aku masa zaman diploma dulu. dia ada awek, dan kami berpesan kepada beliau supaya menjaga tingkah laku bila bersama aweknya.
"ingat kat Tuhan bro, kami harap ko tak buat benda tak elok, Allah Maha Melihat bro, ingat kita ni orang beriman, kena ada batasan bukan muhrim"
tidaklah kami menunding jari kepada beliau mengatakan,
"aku tahu ko nak pegang tangan dia bro, ko nak buat maksiat, apa nak jadi ni, nnti pas pegang tangan apa lagi ko nak buat, pegang kat mana plak?"
disebabkan kita tak tengok dengan mata sendiri, maka tak boleh la tuduh yang bukan-bukan. kita kena baik sangka. tapi dalam hati akan ada rasa kerisauan juga, dan kita akan berpesan kepada kawan kita untuk mengelakkan keburukan disisi Allah SWT, sebab bila lelaki dan wanita bukan muhrim duduk bersama (dating), iblis akan jadikan persangsang bagi kedua-dua belah pihak untuk melakukan yang tak elok, sebab itu lah ada baiknya kita memperingati kawan kita untuk elakkan maksiat dari ia berlaku.
tapi bila berpesan atau mengingati seseorang tak bermakna kita telah pon mengiakan kata-kata kita itu, kata-kata pesanan tak bermakna kita menuduh mengatakan kawan kita akan melakukan maksiat, kita hanya boleh beranggapan yang baik-baik sahaja sebab jika menuduh yang bukan-bukan akan hanya menimbulkan fitnah kepada yang terlibat.
pesanan aku sikit untuk renungan bersama, jangan sesekali menuduh orang lain mengikut hawa nafsu diri atas sebab-sebab tertentu, kerana sifat ini sangat dibenci Allah SWT dan sesungguhnya dosa orang memfitnah itu adalah lebih besar dari dosa orang membunuh.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Salam.
Hm, macam mana nak bersangka baik kat orang sedangkan bila kita tanya dia itu ini, dia tak jawab yang sebenarnya? Jawab nak taknak.
assalamualaikum incek hansukeroma. apa khabar?
saya baca beberapa kali post anda ini sebab taknak saya tersalah faham dengan apa yang anda cuba sampaikan.
sebenarnya post ini sebagai pesanan juga supaya kita jangan cepat bersangka dengan apa yang cuba orang lain cuba sampaikan. dan jangan cepat melatah dengan apa yang kita faham. kadang-kadang orang cuba sampaikan lain, kita faham lain. bila kita sedar. tetiba segan sendiri.
tapi jika dari sudut orang lain, kadang-kadang sesetengah orang perlu masa untuk faham teguran kita itu. bukan sekali dengar sudah terus faham dan buat. kadar absorb setiap orang berbeza, yang susah sangat nak terima nasihat orang lain sebab penglihatan dia macam ada satu lapisan lain yang memang kerjanya repel semua benda.
itulah, tak semua cara fikir sama dengan cara fikir kita.
oleh itu, bagi yang ditegur, diam sekejap. fikir betul salah. baru act. jangan cepat melatah. sebab buruk padahnya.
paling-paling pun, kalau tak suka dengan orang yang tegur pun, terimalah apa betul dia cuba sampaikan. sekurang-kurangnya ada yang sayang. masih mahu kita berada di jalan yang betul.
itu saja pendapat saya. sekian.
salam,
ayat encik hansukeroma bombastik gile dan boleh buat orang fragile cam puding kecik hati. tegur kene ada cara kan puds?
btw, post ni xde kaitan dengan puds sebab dia xde bf. tp buat saya ;) makasih ya pak.
Nooreena:
salam.
tak apala diorang tak ckap apa pon, tapi seelok-eloknya kita bersangka baik terhadap mereka.
seboleh-bolehnya la..:)
liyana:
wow. spot on..:) saya sihat.
kamu komen dengan tepat sekali dan apa yang kamu cakap semua kena dengan apa yang saya cuba tuliskan atau sampaikan.
ye. memang tak semua akan pikir sama dengan apa yang kita pikir tapi atleast macam kamu cakap la, mesti kena renungkan dan pikir sejenak dengan apa yang orang lain ingin sampaikan.
kita tak boleh terus melenting jika kita berfikiran lain dari apa yang orang lain ingin sampaikan, sebab mungkin kita kurang arif dalam hal tertentu dan jika kita memberi pendapat kita mungkin akan lari dari konteks yang sebenar.
maka wujudlah tuduh menuduh terhadap orang lain sebab kita berpendapat kita sahaja yang betol.
tapi ada bahaya juga, sebab jika kita salah tafsir dengan apa orang lain ingin sampaikan dan memberi komen tertentu, maka akan wujud lah fitnah terhadap orang lain sebab kita dah salah faham isi sebenar.
tapi yela macam kamu cakap juga, sesetgh orang, dia ada wall yang menghalang dari melihat yang sebenar, sebab mungkin juga kerana fikiran yang terhad terhadap sesuatu perkara, atau memang mereka enggan untuk menerima yang sebenar kerana hati mereka tertutup.
yang saya risau sebenarnya, pengkritik yang memberi komen itu ada niat lain atau memberi komen mengikut nafsu mereka atau ingin mengenakan seseorang dan menuduh orang lain yang bukan-bukan, maka ini akan melibatkan iblis, tak perlu saya ulas lagi panjang.
maka, kita kenalah sentiasa berfikiran terbuka terhadap apa yang orang lain ingin sampaikan kerana pendapat kita mungkin lain dari isi yang sebenar hanya kerana kita dah salah baca atau faham.
terima kasih kerana komen, ternyata kamu ada pengalaman dalam hal ni..:)
donut:
salam.
yey! kamu sudah hepi kembali..:)
hm..memang takda kena mengena pon dengan liyana.
saya tulis secara umum sapa yang terasa itu nak buat cam mana, saya harap mereka insaf.
yang bf-gf tu saya hanya bagi contoh sahaja sebab selalunya memang isu ni je la yang hangat bila berkaitan kawan-kawan.
bukan saya berniat untuk menegur pada orang yang couple sebab aritu kan saya dan tulis secara khas kepada couple-couple. huhu~
kadang-kadang sesetgh orang dia tiada pengalaman dalam sesuatu perkara tapi dia rasa dia betol kerana berpendapat lain atau sebab hatinya kata dah salah.
bila dah rasa orang lain salah tanpa memikirkan masak-masak, mula la akan memberi komen yang bukan-bukan dan mungkin komen itu akan menjadi suatu fitnah kepada orang lain.
maka, kena lah elak dari menuduh orang lain yang bukan-bukan kerana bila kita dah tahu hal sebenar, kita juga yang malu.
p/s: hm..saya dah hilang kira berapa kali kamu sebut pasal dah ada bf..:)
donut:
salam.
yey! kamu sudah hepi kembali..:)
hm..memang takda kena mengena pon dengan liyana.
saya tulis secara umum sapa yang terasa itu nak buat cam mana, saya harap mereka insaf.
yang bf-gf tu saya hanya bagi contoh sahaja sebab selalunya memang isu ni je la yang hangat bila berkaitan kawan-kawan.
bukan saya berniat untuk menegur pada orang yang couple sebab aritu kan saya dan tulis secara khas kepada couple-couple. huhu~
kadang-kadang sesetgh orang dia tiada pengalaman dalam sesuatu perkara tapi dia rasa dia betol kerana berpendapat lain atau sebab hatinya kata dah salah.
bila dah rasa orang lain salah tanpa memikirkan masak-masak, mula la akan memberi komen yang bukan-bukan dan mungkin komen itu akan menjadi suatu fitnah kepada orang lain.
maka, kena lah elak dari menuduh orang lain yang bukan-bukan kerana bila kita dah tahu hal sebenar, kita juga yang malu.
p/s: hm..saya dah hilang kira berapa kali kamu sebut pasal dah ada bf..:)
salam,
sebenarnya nak menegaskan bahawa puds fragile.bukan puds ada bf. lgpn da contoh kamu ada kaitan dgn bf nk buat cmne. hahahaha~
kadang2 nak tegur orang pulak salah tafsir.boleh jadi juga begitu. contonya :
"puds, ko salah baca tu. tu yg pagi. skrng kan da ptg"
puds tidak berpuas hati dan mengatakan saya sengaja mencari kesalahan dia.padahal, xberniat langsung nak cari kesalahan. nak bagitahu hal sebenarnya je. tu contoh je. haha.. saje je komen panjang2.
donut:
apa yang kamu cakap tu pon betol juga. bagi saya itu cuma kes sensitive pada diri orang tu. ramai juga saya penah jumpa.
saya tak perasan pon post saya terkena pada banyak sudut pula bila difikirkan balik. hm..
so, pada puds jika kamu baca ni, jangan terlalu cepat sangat sensitive, tak elok pada kesihatan, nnti cepat tua..:)
errr
dolat: contoh itu mungkin betul mungkin tidak. tapi apa pun, puds yang kamu katakan itu mungkin dia sengaja mahu mengusik kamu. sebab dia rasa kelakar tengok muka kamu yang cemberut emo tak pasal. haha
hansuke: saya tolong sampaikan, puds kata terima kasih atas nasihat itu. *tsk2* T___T
puds? haila~ takde ke nama comersial sikit
liyana:
haha. ye cik liyana.
saya cuma ikut apa donut cakap tu je, mana la tau nama 'puds' tu tak comersial..:)
ke nak dipanggil hemo-hemo? hehe~ gurau aje, jgn mare..(^o^)Y.
saya cadangkan tukar nama ding palem.. sebab caramel mahal. :P (komen dah merepek2) liyana yang mula dulu. bukan salah saya.
Post a Comment