Thursday, March 4, 2010

al-fatihah adik safiah humairah

baru-baru ni berita seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mati ditendang oleh teman lelaki ibunya disebuah padang bola sepak mengejutkan seluruh malaysia. safiah dikata didera sebelom ni bukan sahaja oleh teman lelaki itu malah oleh ibunya sendiri.

dalam akhbar ada menyiarkan si ibu safiah tidak menangis ketika melihat jenazah anaknya. aku bukan nak mengata tapi ibu manakah yang terlampau sayang anaknya sampai tak ada sedikit pon air mata yang keluar melihat anak kandungnya yang terlantar dan dikapankan. statement ibunya yang mengatakan dia sudah tiada air mata lagi untuk ditangisi bagi aku sangat tak masuk akal. maafkan aku berkata begini.

berita yang mengatakan arwah adik safiah itu adalah anak kepada bapanya yang berada didalam penjara tapi bila aku bertanya kepada penduduk kampung adik safiah sumber memberitahu yang adik safiah adalah sebenarnya anak kepada teman lelaki ibunya. sumber mengatakan, jika dipikirkan logik, suami ibu safiah telah berada didalam penjara sudah pon mencecah 6 tahun lamanya dan adik safiah sekarang adalah berumur 3 tahun, maka sumber mengatakan tak mungkin adik safiah itu milik kepada suami ibunya yang berada didalam penjara, dan ayah kandung safiah ialah teman lelaki ibunya itu.

jika maklumat ini benar, maka lagi lah teruk jika difikirkan kerana anak dibunuh bapa sendiri. walaupon yang menjadi mangsa kemungkinan anak luar nikah tapi ia tetap sesuatu yang menyedihkan.

walau apa pon, benda dah terjadi, marah maki lah macam mana sekali pon tidak akan membawa balik nyawa yang telah pon diambil, iblis atau tidak sesiapa yang terlibat tapi ternyata disini yang terlibat dalam kes ni telah kalah dihasut syaitan untuk membunuh.

aku pon malas sentuh lagi banyak sebab kita pon tak tahu sapa yang dipihak benar, biarlah Allah saja yang mengadili mereka yang bersalah samada terus dihukum dimuka bumi ini atau pon diakhirat kelak.

semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah adik safiah yang tidak berdosa itu.

al-fatihah.

4 comments:

Liyana said...

*speechless*




semoga sesiapa yang buat adik ini jadi camni kembali kepada islam. orang yang melihat, melihat dengan mata hati

Nooreena said...

Orang yang belum kahwin ni pun dah berangan-angan nakkan anak, depa pulak sesuka hati dera anak. Ibubapa yang berhati lebih kejam daripada binatang! (rasa nak je rendam depa ni dalam loji pembentungan) *geram*

M.a.N.I.S.z said...

hari2 dpt email cite psl mende ni kat opis...huhuu.
kesiannyer

Amar san said...

aku nak komen, tp ko sure dah tahu kan komen aku kan.. haha, so takpayah lah aku komen kat sini. :P