masa kecik kita membesar lain-lain suasana, family of course la lain, masyarakat lain-lain, kawan-kawan pon lain.
dari kecik sampaila abis spm family aku musafir, banyak tempat yang kami duduk, sekejap kampung ni, tak lama pastu kampung yang tu plak, selalu berpindah randah, macam musafir la jugak. dan disebabkan ni macam-macam suasana yang aku dah tempuh dalam masyarakat.
aku rasa ada effect sebenarnya cara kita dibesarkan dan cara kita bergaul dengan orang ramai. sebab dalam banyak-banyak kampung yang kami duduk tu, terlalu ramai orang yang kami dah jumpa, bermacam-macam bentuk perangai orang.
tapi sebenarnya yang aku dah belajar, tak semua orang akan sama dengan kita, cara dibesarkan, cara bertutur, cara hormat orang tua, cara hormat guru dan lain-lain.
let say,
amin membesar di kampung A, kampung dia mesra sebab kemasyarakatan kat situ tinggi, banyak aktiviti kampung dan lain-lain, maka amin boleh dikatakan pandai dengan orang, cara pergaulan dsb.
mamat membesar di kampung B, kampung dia tak banyak aktiviti pon macam kampung A, so pergaulan dia taklah macam si amin, maka tak pandai sangat ngan orang ramai.
leman membesar di kampung C, kampung dia ni macam kampung B tapi si mamat ni banyak belajar masa terlibat dengan aktiviti kat tempat dia belajar, selalu terlibat dengan bertemu masyarakat, staf dan student, maka dia pon sama macam si amin, pandai bergaul dengan orang.
si amin, mamat dan si leman ni duduk serumah, hari-hari jumpe. walaupon berlainan kampung mereka tetap boleh bercampur, tapi lama kelamaan, si amin rasa tak best sebab kadang-kadang si mamat dan si leman ni jarang berborak, mereka banyak duduk buat hal sendiri.
amin tak puas hati, sebab dia memang sejak kecik suka mesra ngan orang, sebab kampung dia memang mesra alam gitu, maka dia takleh terima mamat dan leman jarang cakap dengan dia.
mamat dan leman ni memang pendiam, jarang tegur sama sendiri, tapi walaupon jarang bertegur, bila bukak mulut, banyak benda mereka boleh borak, banyak benda mereka boleh bincang, mungkin juga sebab mereka ni kongsi idea yang sama, mempunyai pendapat yang sama, maka boleh dikatakan satu kepala.
yang amin tak sedar sebenarnya, si mamat dan leman ni satu spesis. mereka tak suka tegur sesama sendiri sebab mereka memang sifat macam tu. tapi tak semestinya tak tegur sama sendiri mereka tak boleh mesra. spesis si mamat ni dia jenis tak suka kacau orang sekeliling dia dan si leman ni plak boleh mesra ngan semua orang tapi bila dia rasa tak nak borak maka jangan ajak dia borak, dia akan duduk diam dan buat benda yang dia suka tanpa menghiraukan orang sekeliling.
maka, si mamat dan si leman sebenarnya seakan sama, sebab tu mungkin mereka boleh 'ngam' atau satu kepala sebab perangai mereka seakan-akan sama.
sebenarnya, si amin pon boleh 'ngam' juga dengan si mamat dan si leman, apa yang dia perlu buat ialah jangan rasa tak puas hati jika si mamat dan si leman ni tak tegur dia. bukan bermakna mereka ni tak suka pada si amin bila mereka tak tegur dia, cuma si amin ni perlu sedar yang mereka ni memang spesis macam tu.
maka disini amin perlu la sesuaikan diri dengan mereka ni sebab tak semua orang akan sama mesra macam dia, si amin tak boleh mengharapkan semua orang macam dirinya sebab semua orang tak mungkin sama perangai, dia haruslah menghormati sifat orang lain sebab mereka duduk sebumbung, tak boleh la si amin ni mengatakan si mamat dan si leman ni berkomplot untuk tidak bertegur dengan dia, atau menyoal "apa salah aku?, apa aku dah buat kat korang sampai tak ada orang tegur?"
tamat citer.
sebenarnya aku nak highlightkan, kita kena menghormati perangai orang lain, tak mungkin semua orang boleh mempamerkan muka ceria sentiasa, setiap hari, kita kena tengok juga orang tu macam mana, tak semestinya bila orang masam dengan kita dia telah marah pada diri kita. mungkin orang tu ada masalah lain yang tak boleh dielakkan, atau mungkin memang orang tu macam tu, hanya akan tegur jika dia rasa nak tegur, bila dia rasa perlu.
bila dah duduk sebumbung, mesti ada yang tak puas hati. pastu kena tanya diri sendiri, aku ni betol ke? aku dah buat benda betul ke? tindakan aku orang lain marah ke? tak boleh kita rasa bagus giler sampai orang lain tak boleh tegur.
bila ditegur, maka akan timbul rasa tak puas hati, masam muka. pastu bertanya pada diri sendiri, apa aku dah buat? kenapa tak nak tanya terus pada orang yang tegur tu? kalu ditegur mesti ada salah kita. kena lah pikir balik, apa aku dah buat? kita akan sedar jika kita dah buat salah jika kita bukak mata.
analis balik apa kita dah silap, orang sekeliling macam mana, adakah orang dah puas hati dengan tindakan yang kita dah buat, kena la bertanya, kadang-kadang orang tak nak bagitau kita sebab mereka dah tahu kalu bagitahu pon bukan kita nak terima, sebab kita ada ego yang tinggi.
aku bagi contoh simple. andaikata, aku bawak kawan aku tompang umah sewa, 3 hari dia lepak, pastu balik umah dia. kira oklah sebab memang rasul ada kata jika menompang umah orang paling lama pon 3 hari sahaja, selebih dari tu dah kira melampau, tak baik, sebab dah kira mengganggu tuan umah.
let say, aku bawak member aku tompang umah sewa sampai sebulan sebab kesian kat dia takda umah sewa, pastu aku kata pas sebulan dia cau la, sekali sampai berbulan-bulan plak dia lepak, maka mesti la ada yang tak puas hati, kena plak aku tak bincang langsung dengan ahli sewa yang lain yang aku nak bawak masuk kawan aku tompang umah sewa, tiba-tiba dah ada dalam umah. kena pulak, kawan aku yang lepak tu guna barang budak umah sewa yang lain tanpa minta izin, ambil tempat tido kawan serumah aku. so, macam mana perasan orang yang barangnya diambil tanpa izin dan orang yang kena curi tempat tido tu? sebab bila kawan aku ambik tempat tido dia, maka kena la dia cari tempat tido lain, aku plak buat bodoh je seolah-olah benda tu biasa. memang tak patut!
ada yang tak akan bersuara sebab dia tak berani, tapi tak semestinya dia tak komplain langsung kat rakan sewa yang lain. mana semua orang tak bingit, kalu aku tak bincang dengan semua orang bila aku buat satu keputusan tu padahal keputusan bukan milik aku sebab semua orang sewa rumah yang sama, maka kena la ada persetujuan, bukan sebabkan keputusan aku yang buat maka ia dah dikira betul, orang lain tak boleh bantah, dah cukup bagus ke aku sampai tak nak tanya orang lain?
dan mesti ada salah seorang ahli umah akan memberontak, tunjuk tak puas hati, orang lain juga tak puas hati sebenarnya tapi berdiam diri sahaja, sebab tak berani cakap apa-apa.
kita lain-lain kampung, maka semua orang tak akan sama, tapi kena la hormat ahli sewa yang lain jika nak buat suatu keputusan sebab kita duduk sebumbung, jangan pikir aku je bagus sampai orang lain tak boleh menegur langsung. jangan jadi sombong, sesungguhnya sifat sombong itu sifat iblis yang dilaknat Allah SWT.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam. Dari awal penceritaan saya dapat agak ini ada kaitan dengan teman serumah. Bagi kami, situasinya sedikit berbeza. Rakan sebilik.
Nama pun bilik kan. Kecil dan sempit. Sudah tu ada yang menumpang sampai tak ingat dunia. Nasib baik tidak ada roommate. Kalau tak, mahu ada perang dingin. Huhu.
Ini situasi sahabat saya yang duduk di bilik lain. Saya tak dapat membantu melainkan menasihatkan dia untuk berterus terang sahaja pada si dia yang menumpang itu.
Aduhai.. kalau saya ditempat kawan itu pun saya serba salah.
Apa pun saya rasa berterus terang itu lebih baik rasanya untuk hal=hal sebegini.
lagi skali rase cm nak soh customer bace je ayat last skali tu...huhuuuu
lain orang lain ragam. yg penting, kalu rase nk diri dhormat, cuba cubalah hormat org lain dulu..
assalamualaikum lagi sekali
bukan mudah duduk sebumbung tapi tak sefahaman.
apa-apa pun, yang penting komunikasi, hormat menghormati, fikir dan faham jika kita berada dalam situasi orang lain dan cuba memahami. sebab kita membesar dan dididik dengan cara berbeza, sudah pasti apa yang kita fikir lain dari orang lain. mungkin kita dah biasa tidur di tempat tidur orang lain dan rasa tak kisah. tapi tak semestinya orang lain sama seperti kita. dia tak boleh tidur bukan katilnya.
oh, teringat kata-kata seorang kawan
dalam dunia ini bukan pasal kau seorang saja. ingat, ada orang lain juga.
itu saja pendapat dari saya. sekian
:)
Nooreena:
salam.
dah banyak kali dah berterus terang.
jika dah bagitahu tapi masih lagi buat, pastu buat tak tahu saja.
sapa yang tak akan sakit hati.
last-last kita juga yang kena tuduh bajet bagus dan bagai.
lebih baik diam saja.
tapi bila diam hati membara sebab pendam perasaan ak puas hati.
kena byk sabar lagi. mungkin sem ni je, kebanyakan dah final sem.
m.a.n.i.s.z:
baru perasan nama kamu dah tukar jugak, bukan profile je yang dah ceria hehe~
tukar la kije tu, cari kije yang lebih tak sakitkan kepala..:)
cyrusdavirus:
kalu ikutkan semua budak2 aku satu kepala sebab ada toleransi.
tapi bila ada sorang rasa besar kepala dan mahu semua orang ikut kepala dia, bila orang tak ikut kena tengking, masam muka, semua dia cakap je betol dan banyak lagi la perangai yang aku anggap 'perangai iblis', maka suasana yang elok semua jadi kucar kacir.
sebelom ni solat berjemaah, bila ramai tak puas hati maka akan bawa hala tuju masing-masing, tapi sebenarnya rugi la kan, disebabkan sorang saja yang rasa dia betol dan akibatnya semua orang pendam rasa tak puas hati.
padahal, bila ko dah jadi imam kepada orang lain tak boleh la rasa kita je bagus, kena la tunjuk contoh yang baik.
itu la dia fad, bila tak hormat orang lain maka terjadi la pergaduhan hati. kalu ditegur masam muka, lembut la macam mana pon cara ko approach dia tetap rasa dia je betol.
aku dah pening. budak-budak kita gak yang best, semua satu kepala..:) ke aku ngn ko je yang ngam..hehe~
liyana:
salam.
yang menjadi masalahnya, yang tidur tempat orang tu bukan ahli umah pon, dia adalah menumpang disitu tapi masih lagi tak sedar apa dia dah buat tu salah.
hm..semua yang kamu cakap betol, tapi try telling them that dear. bukan semua orang boleh terima bila ditegur walaupon cara lembut mana sekali pon, mungkin sebab ego.
bila ditegur, instantly akan rasa tak puas hati, muka masam dan keesokkan nya masih lagi masam muka, yang effect budak-budak lain juga, padahal yang menegur ni saya sebab yang berani memberontak saya saja, tapi akibatnya saya sorang saja yang sakit hati sebab yang kena pulau saya bukan budak-budak lain.
saya dah tua. saya tak larat melayan kerenah budak tak matang. tambah-tambah lagi sebab saya yang menegur saya dikutuk orang tua tak sedar diri di facebook. walaupon saya takda facebook bukan bermakna saya tak ada baca shoutout orang tu.
siapakah yang benar? jebat benar atau aku kah yang benar? hehe~
apa yang saya mampu buat ialah berdoa supaya dia akan berubah. walaupon kecik hati sebab saya anggap dia orang beriman dan baik hati tapi saya dah pon maafkan perbuatan dia, ikutla dia nak cakap apa pon pada saya, saya redha.
saya selalu pegang kata-kata ni
"kita boleh bawa kuda tu ke tali air tapi kita mampu nak paksa kuda minum air tu"
chill ye bro..dugaan tu..sabar ye =)
Post a Comment