Friday, March 26, 2010

perubahan

dulu masa first time kenal semuanya best, lepak sama-sama kat cafe, contact-contact, sms tanya kabar dan lain-lain, tapi bila tiba masa semua akan berubah. kalu boleh kita nak suasana dan keadaan seperti sama macam dulu tapi manusia akan tetap berubah walaupon sesetengah orang mahukan ia kekal selamanya.

itu la persahabatan, ada pertemuan dan ada juga perpisahan dan kawan-kawan akan berubah, kita pon akan berubah, kita tak boleh espect semua orang akan sama, dulu perangai lain, sekarang maybe dah lain, dulu rapat giler, sekarang mungkin kurang rapat dah.

aku ada 4 orang kawan pompuan ni, si D, si N, si S dan si E, mereka budak satu bilik tapi lain-lain course. mereka ni sbrnya junior bawah aku 2 tahun, masa diorang masuk universiti kebetulan masa tu first time aku jadi fasilatator, aku jaga bahagian borang sukan, kaunter aku yang paling last bila semua kaunter dah mereka lalui (process pendaftaran pelajar baru)

si D ni, walauwei!! masa dia submit borang kat kaunter aku, muka dia masam giler, macam orang tgh bengang (memang pon dia tak suka masuk UiTM ketika tu), tapi aku perasan budak ni cantik giler, cuma dia tak sedar je dia cantik, time tu dia pakai baju kurung warna peach. kawan aku plak duk stare kat si D tak henti-henti sambil mulut terbukak, aku bisik, "woi, cover line la skit", memang breath taking gak dia sbrnya tapi aku la orang paling pandai control emosi dalam bab ni. hehe~

kebetulan aku kenal ngn si D sebab terserempak ngn dia kat ATM, dia tanya aku pasal kelab bola keranjang, sembang sekejap je sebab aku malu ramai orang tengok.(haha~) tak lama pastu aku dapat satu panggilan dari si D (kantoi dia amik number aku ngn kawan rapat aku), tanya lagi pasal kelab tu, aku pon bagitau la apa yang patut.

pendekkan cerita, yang aku tak perasan (bodoh ketika tu) si D tu suka kat aku, aku sbrnya cam tak percaya, tak pernah agi sbelom ni ada orang suka kat aku secantik si D. tapi aku layan jela. pendekkan cerita lagi, aku buat keputusan untuk berkawan je ngn si D (adala sebab-sebab tertentu). si D takleh terima dan tercetus la perang dunia ke-3.

gaduh punya gaduh akhirnya berbaik semula, tapi kawan cam biasa. aku selalu la lepak ngn mereka kat cafe, si S ni member aku yang tackle, skang masih lagi couple (ntah bila nk kawin diorang tu).

mereka ni manja giler, kadang-kadang aku tak larat nak layan diorang, mengadu tak ingat dunia, aku jadi mangsa, tapi aku tak kisah sebab dah kawan, adik-adik la kira.

bila aku dah grad, kitorang masih lagi contact-contact, tapi sejak dua menjak ni, semua dah berubah. walaupon aku tahu manusia akan berubah tapi kadang-kadang ada rasa sedih sikit. dulu-dulu cam best je lepak sama-sama, gelak-gelak, tapi yela 'everthing has to change, that's life'.

faktor utama aku rasa sebab 'people move on', especially women, kaum wanita bila mereka dah ada kekasih mereka akan lebih diam dari dulu, yang mesra jadi tak mesra, kena jaga hati kekasih dan sebagainya. tapi ada je kawan pompuan aku yang still ok walaupon bila dah kawin, yang paling best siap kenalkan husband kat aku lagi pastu aku plak boleh kamcing ngn husband dia. ada je orang macam ni bukan takda. bangganya still ada kawan macam ni.

antara mereka aku paling rapat dengan si D, mungkin sebab ada skandal gitu kot dulu. (hehe~) dan antara paling manja atau tak tentu hala tuju hidup ialah si D jugak, dan yang paling matang ialah si E ketika tu. sekarang dah lain dah, yang paling matang antara mereka masih lagi si E of course cuma yang paling mengejutkan si D dah matang giler sekarang, dah jadi independent women, alhamdulillah, dah ada kereta sendiri, kije tetap, perangai pon dah lain, matang giler. memang wow!

keadaan dah lain semuanya, tak lama lagi si N dah abis praktikal, bulan 6 dah start kije, si E dah kije skang, dah couple ngn spupu si D, tak lama lagi tu kawin la mereka tu kot, si S pula tgh nk abiskan degree dia, kawan baik aku tu dah tak sabar nak masuk minang si S hehe~ memang sekelip mata je adik-adik aku dah berubah, dah matang semuanya, tak macam dulu, asik manja-manja dan nak pau abang mereka ni, dan nak mengadu masalah je segala benda. sekarang semua ada tanggungjawab masing-masing, tak lama lagi akan jadi isteri orang dan mak kepada anak-anak mereka.

sebenarnya yang paling ketara berubah ialah aku. aku tak lagi macam dulu, aku yang stop calling mereka sebenarnya, aku stop calling sapa-sapa pon, walaupon kawan baik aku. nak kata mereka yang diam, tak la kot, diorang ada life masing-masing dan aku pon sama. yang berdiam diri ialah aku. entahle, things happened and people will change.

aritu ada orang kata aku ni membosankan, kalu pikir balik, mungkin juga. ada lagi kawan aku yang nak aku seperti dulu, tapi kadang-kadang aku dah tak boleh, i guess people grow out of their craziness and become more quiet. tapi dalam diri aku, aku tahu masih lagi ada fun-ness itu, cuma ia menunggu untuk keluar kepada orang tertentu sahaja, mungkin kepada si dia, dan siapakah si dia? aku pon tak tahu, mungkinkah solehah? haha~ dah merepek. aku dah byk berubah, tapi aku yakin ia adalah kebaikan untuk diri aku juga insya Allah.

wallahua'lam.

6 comments:

Nooreena said...

Salam. Hansuke masih dalam mood cinta ni. Parah2. Hihi

Saya selalu tanya kat adik, kenapa ya manusia berubah. Kalau boleh nak semuanya tetap sama. Tapi adik saya kata: "People change Along. You tak boleh expect orang untuk kekal camtu selama-lamanya. You pun berubah jugak kan."

Hm.. betul jugak yang dia kata tu. Saya mula belajar untuk menerima keadaan sebab segalanya telah ditetapkan. Qada' dan qadar kan.

Selamat mencari solehah~ ;)

hansuke said...

nooreena:

haha. ada la skit, tak banyak pon, mood cinta skang ni? tak lah, ketebulan aje tu kisah dia camtu..:)

memang orang akan berubah, nak buat camne..the only thing we can do is face the fact that people do change then everything would be alright.

tak cari pon solehah..haha~

p/s: sbnrnya kamu bukan penkomen pertama, sbelom ni si nawal ada komen tapi sya delete post tu buat post ni tak perasan plak dia dah komen.

sori to nawal..:)

dolat said...

hansuke saje je buat post ni sebab post aritu ade orang kata dia xde peminat :P

hansuke said...

donut:

eleh saya dah tulis dah pasal si D tu dalam post sebelom ni, saja je teringat kat dia, tadi baru chat ngan dia..huhuh~

takda kena mengena langsung dengan komen kamu aritu..:)

Liyana said...

salam

hmm itulah, semua pun dah berubah. yang nak macam dulu dan ungkit kisah dulu-dulu pun mungkin sebab nak jadi macam dulu. tapi dah tak boleh. semua pun ikut haluan masing-masing dengan cara pandang berbeza. ada yang takut nak dekat sebab rasa macam perubahan sgt ketara. hanya kawan-kawan rapat saja yang betul2 kenal yang tahu.

dengan org yg dulu2 pernah minat pun sekarang dh xde perasaan dah. mungkin semua pun dah makin matang. pastu dah rasa. entah ah, dulu cool sekarang dah tak. dlu macam hensem sekarang dh tak sgt dh. haha

oh, D ni yg post yg dulu di cafe itu ke. haha. mana tahu kamu dan D tu sebenarnya ada jodoh ke kan. cuma dulu sebab cara fikir berbeza.

k la. sekian.

:)

p/s: kamu ini takde lah bosan sangat. cuma super serius.

hansuke said...

liyana:

haha. kamu ada baca ek post kat cafe tu..:)

tak tahu la, saya buat keputusan pon dengan solat istikharah, tapi saya pon tak tahu apa nak berlaku pada masa akan datang kan, tapi tak lah mengharap pon.

saya super serius ke? haha~ sekarang ni mungkin ada serius skit kot sebab banyak benda dah berlaku. tapi diri yang sebenar tak ramai yang tahu (saya dah pandai sorok), kalu tahu takut suka plak..hehe~ (perasan)