aku sebenarnya tengah bosan tapi terhasil beberapa post dalam otak aku plak. semuanya gara-gara hujan lebat semalam. maybe guruh yang kuat tu suruh aku jadi tak bosan agaknya..hehe~
ni kali pertama aku bebel pasal masalah ni tapi ini la masalah besar budak-budak dari zaman dulu sampai la sekarang, maksiat. apa nak buat, sesetgh orang nafsu tak berapa boleh kawal pastu pergi cari yang bukan-bukan masa bercouple lagi la besar nafsu tu, seronoknya iblis hasut kita.
aku nak tegaskan kat sini yang bercinta kerana nafsu adalah dilarang Allah SWT.
depan mata aku ramai kawan aku couple tapi yang sakit mata bila tengok diorang ialah bila baru je couple tapi macam-macam dah buat. ada yang duduk atas riba, ada yang peluk-peluk, bercumbu, dan dalam kategori paling ringan, pegang tangan. kalah plak orang baru nikah. bila mereka buat semua ni depan orang tak ada plak rasa malu. kamu tak takut Allah ke wahai manusia?
maka otak aku pon berfikir apa sebenarnya mereka nak? nak kata tak tahu buat benda-benda ni salah (haram) tapi aku yakin mereka dah tahu. "aku niat baik, ko jangan hina aku". banyak cantik, niat atau tujuan tidak menghalalkan cara la. faham tak erti dosa? iblis tak penah berhenti menggoda kita, ko pergi buat perkara yang senang dia hasut tu kenapa?
Ibnul Qayyim ada menulis, iblis pernah berkata kepada nabi musa, ada 3 benda yang iblis sebut, tapi aku bagi yang ke-3 je untuk renungan.
"awas kamu daripada berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram, kerana aku (iblis) ketika itu menjadi perangsangnya kepadamu, dan menjadi sekaligus perangsangmu kepadanya"
amik ko, tak takut lagi ke?
bukannya apa, benda yang tak elok harus dielakkan. memang mulanya start dengan berpegang tangan tapi lama-lama akan jadi lain kalu dah biasa buat. maklum la bila dah dapat betis nak peha, dah dapat peha nak apa plak? hm..aku dah biasa dengar benda-benda ni, pengakuan dari seorang kawan yang dah insaf. takut je terlanjur, menyesal tak sudah. iblis gelak sakan kat kita. wahahahaha!(gelak jahat)
memang takdir tak boleh dielakkan, tapi kita mampu mengubah nasib jika kita mengelak berbuat dosa dari awalnya. best tu memang best kalu bercinta, kalu tak tahan nak pegang-pegang nikah je cepat-cepat, ini lah cara terbaik, kalu tak mampu tak yah la bercouple dari berbuat dosa, dah lah dosa berbakul-bakul kita ni, nak tambah lagi sebakul, mak ai!! puasa la sampai kurus kering, elakkan dari maksiat, itu lagi terbaik kot.
lelaki atau perempuan aku tengok sama je. bukan aku nak mengata kat sapa-sapa, ini umum sebenarnya. sapa yang terasa pandai-pandai la ubah. especially lelaki la aku pesan, kita ni imam, tak reti-reti lagi ke?
kalu beriman kepada Allah tahu la mana had kita. aku teringat pada satu syair murid Imam Ahmad, bila dibaca muridnya Imam Ahmad terus masuk rumah dan menutup pintu, muridnya terdengar dia menangis sambil mengulangi syair yang dibaca oleh muridnya itu.
Ketika Tuhan berkata kepadaku,
Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku,
Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?
bila dah melakukan maksiat, macam mana kita nak mengadap Tuhan? tak ke malu, ambil wuduk pastu takbir, "Allah Maha Besar" tapi ucapan yang dilafaskan bagaikan tak bermakna langsung. pastu buat balik benda yang tak elok, seolah-olah kita tak bersyukur dan tak takut langsung pada Allah yang Maha Mengetahui.
aku penah jumpa seorang lelaki yang bercouple hanya mahu memuaskan nafsu nya sahaja, bila dah dapat pegang buah dada dan benda bawah gf nya tu, dia sudah pon puas dan putuskan hubungan couple mereka, yang dia beritahu aku saja lah yang bole aku cerita tapi yang kita tak nampak macam mana? kita pon tak tahu apa dah mereka penah buat masa bercouple kan? hanya Tuhan je yang tahu.
bercinta mestilah kerana Allah. kalu kerana Allah, maka tak logik la pulak buat benda tak elok. aku sekadar berpesan je, yang mengubah bukan aku, tepuk dada tanya selera. yang dah couple tu, pandai-pandai lah jaga tingkah laku, jangan sampai Tuhan tak suka, nanti baru tahu tinggi langit dan bumi. dugaan datang hempap sampai tak terbangun, time tu baru la tahu nak solat dua rakaat.
semoga kamu kalian mendapat hidayah dari Allah SWT hendak-Nya. tak terlupa juga pesanan ni untuk aku. insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
btol tu!
say no to couple!!
kgkdg diorg tau hukum2 tu, tpi disbbkan rse tercabar, kwn da kapel,
maka, mrk pon terhege2 nk ikot!
isyy!!!
btw, nice post!
Saya pernah sekali terjebak dengan couple-mouple ni. Serius saya tak suka! Akhirnya terhenti begitu sahaja. Lagi lah saya tak suka kan. Grr.. (rileks Erina, rileks) Emo pulak. Haha. :))
Tapi perkara yang paling saya suka sekarang, hidup lebih aman tanpa perlu call, sms, rasa rindu-rinduan atau apa sahaja yang melekakan. Rasa lebih hampir dengan Dia. Hm.. Menyesal sebab dulu-dulu banyak membazirkan masa pada perkara yang tak sepatutnya. Malah makin lalai dan lupa pada-Nya. :(
Sekarang saya tak mau cari pakwe. Saya mahu cari suami. Senang cerita. Lalallalalaa~
Err.. saya rasa macam dah komen. Tapi takpelah.. (merajuk) Haha. :))
Pendek kata, tak perlu mencari pasangan jika rasa belum bersedia. Tak perlu couple-couple bagai, tapi akhirnya berkahwin dengan orang lain. Sadis kan? (saya lah tu!)
Hidup bersendirian lebih tenang sebenarnya. Kita rasa kita bersendirian, tapi Allah sentiasa bersama kita. Cinta Dia infiniti. Cinta manusia? Tak sampai 0.01 Cinta Allah pun. Hm..
Hadoi, terkomen dua kali pulak! Sila delete mana-mana yang rasa tak okay ya. Terima kasih. Eh baru saya perasan saya komen macam ni:
"Tak perlu couple-couple bagai, tapi akhirnya berkahwin dengan orang lain. Sadis kan? (saya lah tu!)"
Silap sudah. Mana saya nak tahu kot-kot orang yang saya cinta dulu tu bakal suami saya ke kan? LOL. Apa pun istikharah dan banyakkan bercinta denganNya. InshaAllah hati tenang. :)
Nawal:
marah nampak? hehe~
sabar ye. nanti sampai masa giliran kamu pula jumpa jodoh. insya Allah.
Nooreena:
bagusla kalu kamu pikir macam tu.
saya sbrnya tak penah pon kata salah bercinta, tapi orang yang menyalahkan cara mereka bercinta, maka saya amat menentang cinta kerana nafsu macam ni.
kalu dah berdua-duaan, dengan orang kita suka, tipu la kalu tak naik nafsu langsung, kadang-kadang memang kita tak dapat kawal nafsu kita pon. sebaik-baiknya kita elak melakukan benda yang tak patut, elakkan bersentuhan pon dah kira ok.
p/s: jangan risau, saya faham komen kamu tu, tak perlu delete rasanya.
pokok pangkalnya hati..kalau rasa hati sudah cukup teguh utk menepis segala godaan, maka langkahlah dgn penuh yakin utk mengahadapi cabaran dlm percintaan
liza:
ya. jika rasa tak mampu lebih baik jangan dekati maksiat.
setiap orang ada pilihan.
tapi sejauh manakah iman mampu menepis si jin yang bernama al-hawa? walau teguh mana pon iman didada akan tercetus juga si al-hawa kita, itu terpulang pada individu ingin membenarkan atau tidak perasaan yang wujud dihati..:)
salam,
dah dapat online!!!
sebenarnya nak update post pasal couple jugak. Valentine's Day. haha. lambat kan. tak kire. nak jugak. tapi belum tulis lagi. haha~
btw, saya ada bf. nama dia ada dalam post kamu. hahaha. sebab tu nak komen walaupun terkena juga batang hidung. Terima kasih ingatkan. :)
Mujur saya dan dia jauh dan dia susah nak online.Harapkan telefon je lah. Tapi kadang2 masing2 kedekut. so, padan muka dua2 orang.Tapi,sebenarnya perkenalan dengan dia banyak mengajar saya tentang erti sabar, percaya pada orang lain dan boleh mengawal nafsu juga sebab jarang jumpa.
Nak putuskan tak sampai hati rasanya.sayang dah agak lama. Tapi nak kawen, tiada pula wangnya.
Btw, maaflah sesiapa marah atau tak selesa dengan komen ni. Sebab semua orang kat atas dok melaungkan selogan anti-couple je ni.Tapi, terima kasih untuk peringatan. Semoga kita semua dalam perlindungannya :)
salam,
tentang couple atau yang berkaitan ini saya rasa dah beberapa kali anda timbulkan kan sebelum ini. (ke salah?)
saya rasa, dalam membuat komitmen macam ini fikirkanlah bukan sebab mahu terasa disayangi dan didampingi saja.
jika masih mahu juga terlibat, atau accidently terlibat, buat peraturan. batasan strictly jaga. jangan terleka. walaupun masa mesej. tersilap sikit, muncullah maksiat dekat hati. baik elakkanlah sebab memang tak mudah.
jika sebab tak cukup kasih sayang dalam hidup ini, carilah keluarga dan kawan2.
tapikan menda ini macam mengecewakan sebab gejala macam yang ditulis di atas lah merosakkan nama cinta. cinta itu yang sepatutnya memberi makna yang baik, indah dan cantik nampak geli.
wallahua'lam
donut: kamu memang pede donut! chayok!! tak sangka post komen serentak. tapi komen ko terpublish dulu.
liyana : aku post dulu. sebab tu keluar dulu ah. tengok time dah tau.
donut: sebab aku cek ejaan. tulisan geli italic, masa tulis, komen ko xde pun. heh. komen takde kaitan. -n-
p/s:sorry encik hansuke.
donut:
hey, mana ada semua anti-couple, tak pon, kamu je perasan sebab ada bf hehe~
yang saya nak highlight-kan disini ialah cara orang bercouple, macam saya cakap kat liza kat atas tu, kalu boleh jaga tingkah laku mase jumpe, takpe la kan, tapi sejauh manakah kita boleh mengawal nafsu bila berdua-duaan?
dalam kes kamu ni, saya lagi stuju kot, sebab jauh maka bercinta takpe la, sebab tak melibatkan bertemu mata ke mata, maka tak mungkin akan wujud sentuhan-sentuhan yang haram.
so, teruskan apa yang ada sekarang, kalu ada jodoh insya Allah sampai la kamu ke jinjang pelamin. amin..:)
liyana:
ya, saya penah sentuh pasal couple tapi tak penah sentuh pasal cara mereka bercouple, dalam post kali ni saya ada sentuh pasal sentuhan-sentuhan haram dengan bukan muhrim, atau perlakuan yang mereka buat didepan orang ramai atau ditempat sembunyi.
kamu ada point disitu, sebab cinta itu indah bila masing-masing menjaga batasan, dalam kes donut misalnya takpe la kan sebab mereka tinggal berjauhan, yang menjadi masalah ialah couple yang membuat maksiat dimana-mana saja kita pergi tanpa rasa segan atau malu kat masyarakat yang melihat apatah lagi pada Allah SWT.
saya cakap macam ni sebab saya penah jumpa seorang lelaki yang bercouple hanya mahu memuaskan nafsu nya sahaja, bila dah dapat pegang buah dada dan benda bawah gf nya tu, dia sudah pon puas dan putuskan hubungan couple mereka, yang dia beritahu saya saja lah yang saya bole cerita tapi yang kita tak nampak macam mana? kita pon tak tahu apa dah mereka penah buat masa bercouple kan?
bila dah selalu buat benda yang tak elok maka senanglah iblis menghasut supaya manusia melakukan benda yang lebih dahsyat, akhirnya akan terlibat dengan zina, membuang anak, dan yang paling teruk membunuh. itu lah yang kita paling takut, maka lebih baik menjauhi dari awalnya jika bukan niat untuk berkahwin.
wallahua'lam.
Post a Comment