orang kata cinta tu buta. aku setuju. bila kita cinta pada seseorang tu maka kita akan suka dengan semua perkara yang ada pada orang tu. orang lain mungkin nampak ada yang tak kena tapi kita seolah-olah buta sebab terlindung dengan perasaan suka yang terlampau.
kadang-kadang kita gagal melihat atau menilai keadaan yang sebenar sebab terlalu 'blinded' atau buta. otak kita seolah-olah jadi tak waras, kurang berfungsi sebab kita fikir apa yang ada didepan mata adalah terlalu indah dan tak mungkin ada orang lain boleh menggantikan tempat si kekasih itu, seolah-olah kita lupa akan kewujudan manusia lain didunia ni.
aku perasan satu benda sebab aku pon pernah jatuh cinta juga (bukan nak action ehe~)dan memang kita akan buta sebab kalah dengan perasaan diri sendiri. sebenarnya, kita yang tak nak lepaskan perasaan yang indah tu sebab terlalu mengharap ia akan kekal selamanya.
bila dipesan, kita sebenarnya dah tahu. tapi sejauh manakah kita akan terima pesanan orang lain bahawa kita dah pon melakukan kesilapan kerana terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti?
pertemuan memang tak boleh dielakkan. memang takdir Tuhan. tapi bila ia tak menjadi maka bagi aku kita haruslah sedar dan redha dengan keadaan. itulah namanya meneruskan kehidupan dengan redha dan bersyukur kerana menerima hakikat dugaan Allah SWT pada kita.
uih, susah beb nak lepaskan orang yang kita sayang, bukan perkara mudah. tapi kita tak mampu lawan kuasa Tuhan. kalu Dia kata bukan, maka bukan la. full stop!. kalu sekarang tak menjadi, cinta kita ditolak, kita bertepok sebelah tangan dan sebagainya maka kita kenalah teruskan hidup tanpa tanda tanya. orang yang akan mempersoalkan dugaan Tuhan ialah orang-orang yang tak bersyukur.
ada pepatah omputih mengatakan "i love him/her enough even to let him/her go", maka dengan pepatah ini kita boleh simpulkan bahawa jika kita cinta pada seseorang tu kita sanggup lepaskan walaupon diri kita tersiksa. tapi bagi aku, jika lepaskan seseorang pon takda lah kita akan tersiksa mana pon sebab kita ada iman, dan iman itu akan membantu kita untuk sabar dan redha kepada Allah yang Maha Mengetahui.
kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik dalam percintaan, mungkin sekali, mungkin banyak kali, tapi kadang-kadang ia berakhir dengan tiba-tiba. bukan bermakna kita dah gagal untuk ia berkekalan. bukan ia satu persoalan yang harus ditanya, kenapa ia berakhir? bila berlaku macam ni kena fikir, mereka-mereka tu bukan jodoh kita, sebab bila dah cuba tapi tak menjadi, maka hidup harus diteruskan lagi, maybe belom sampai masa untuk kita bertemu jodoh. mungkin esok lusa giliran kita tapi yang paling penting buat masa sekarang kita redha dan bersyukur.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
secara tiba2 blog minalqalbi menjadi blog cintan cintun. :P sekarang hansuke suka feeling2 an. mencari cinta eh bro? :D
secara spontan je, apa yang terlintas dari hati, nama blog ni pon 'minalqalbi' yg bermaksud 'dari hati'..:)
mencari cinta? hm..tak kot, zaman cintan cinton ni dulu-dulu boleh la, skang ni dah boring, cari pon tak..huhu~
Mood cinta kah? :)
Saya pernah berada dalam keadaan anda Hansuke. Perit jugak awal-awal tu. Yelah, nak lupakan segala-galanya. Walaupun hati cuba jadi kuat, kadang-kadang mengalir jugak air mata. Tapi saya sentiasa ingatkan diri, lebih baik saya menangis kerana sebab lain yang lebih afdal. Membazir masa aje melayan perasaan kan. Hm..
Kadang-kadang tak cari cinta, tapi cinta itu datang sendiri. Kena tanya pada Dia lah untuk tahu sama ada dia itu memang benar untuk kamu atau tak.
Good luck! ;)
nooreena:
ini berlaku pada saya zaman dulu-dulu, tapi saya takda la susah nak lepaskan, pada mulanya memang ya, tapi lama kelamaan akan jadi lebih matang dan tabah.
kamu jangan salah sangka perkara ni bukan berlaku pada saya sekarang ini..:)
tapi bagi saya, pendapat kamu pasal bertanya kepada-Nya tu saya setuju, sebab kita sbrnya kena sentiasa bertanya pada Allah jika bertemu seseorang bukan sekadar ikut nafsu sahaja dan akhirnya tak sampai ke mana pon..
lebih baik bertanya dalam solat istikharah dari keciwa dihujung jalan..:)
Istikharah lah dalam semua perkara. Kadang-kadang kita rasa tak yakin bila di persimpangan. Jawapan hanya ada pada Dia. Cuma nak atau taknak je minta pada Dia.
Cikgu Pengalaman benar mematangkan kita kan. Chaiyok!
nooreena:
saya ulang sekali lagi. hal ini bukan berlaku pada saya sekarang ini..:)
malas nk sentuh pasal solat istikharah, sebab saya ada post tentang ini, anda boleh baca:
http://hansukeroma.blogspot.com/2009/02/cinta-solat-istikharah.html
http://hansukeroma.blogspot.com/2009/10/cara-solat-istikharah.html
hai awak.
saya saje pusing2 men gledah2 blog org. pastu trinat kat blog awak.
sbb da bosan sanat malm ni blaja skit je.so, bukak la awak punye page.
besh sanat awak punye latest post ni(walopon saye tak bace mane pon)
lalalalala~
saya pon penah merasa sama cam awak jugak. huk huk. sedih oh wak.
saya nak nanges2 bile cinta saya ditinggalkn. tp apakn daya wak, saya ni susah nak kua air mate.
asik2 duk betumbok2 je dgn org.
anyway wak, saya mmg care sal awak.
pape hal awak leh roger2 ngan saya.
saya tak kesah punye.
kalo awak nak kenalkn awek len kat saya.
no hal wak.
saya on je.
heh,
tape wak, saya tawu rasia awak skit2 gak.
nak yg tinggi, comel, putih, betudung.
wahhh..
org len kasi adiah kat dak yg dia suke rantai, gelang, cincin ngan skang lak lg advance bg nset je trus.
tp awak dulu penah kasi kat org tu key chain asenal eh wak.
haha.
saya takan lupe sampai mati wak.
tapela awak.
yg duk umah bawak tu, ok2 gak.
lalalalala~
kem salam syg saya kat dia eh wak.
haha.
tu je la saya nak ckp awak.
p/s - awak, saya ni roomate awak.(wak)
haha
awak wak, saya nk berkenalan dgn awak boleh tak? haha
chuba:
hahahahah. ko memang bengong ah wak, pandai2 je ko buat citer.
aku tahu dah ko tak akan baca punye post aku sebab panjang, ko kan malas baca post panjang-panjang.
la..budak arsenal tu ke? aku dah lupe..huhu~
tula ko, asik tak balik-balik umah je, dah ada pengganti..(^o^)Y.
hm..takpe la, budak-budak sampai bulan 6 je lagi, pastu semua housemate dah berubah, aku pon kot..:)
anyway, thanks for dropping by, u really made my day bro sebab aku tgh bad mood..:)
Post a Comment