Tuesday, March 30, 2010

sifat kurang ajar

masa kita kecik selalu kita kena marah dan selalu kena tegur dengan mak atau ayah sebab dimata mereka kita telah buat benda yang salah, mereka menegur bukan untuk menyakitkan hati kita tapi untuk membaiki atau menyedarkan kita bahawa perbuatan kita itu dah salah dari segi adat atau dari pandangan islam secara menyeluruh. itulah proces pembelajaran yang sangat bermakna bagi kita sebab ia satu pengajaran yang mungkin menjadi salah satu sifat yang akan kita bawa dalam diri kita sampai bila-bila.

apa yang cuba aku bincangkan disini ialah sifat yang menentang dengan ajaran Rasulullah SAW. secara ringkasnya, apa-apa saja sifat yang ada pada kita tapi tidak pernah sekali ada pada sifat Baginda SAW, dan salah satu sifat itu ialah sifat kurang ajar.

susah sebenarnya nak citer tapi aku tulis dalam bentuk dialog:

situasi 1:
ketika amat berada didalam bilik,
amat: "bro, tolong tutupkan paip air mesin basuh!"
bidin: "apa dia?" (sambil membasuh pingan mangkuk didapur)
amat: "tutupkan paip air mesin basuh!" (nada suara sudah naik sedikit)
bidin: "apa dia?, aku kurang dengar lah.."
amat: "TUTUPKAN PAIP AIR MESIN BASUH!!!!!" (sambil marah lalu menjerit dan menengking si bidin tak ingat dunia dari dalam bilik, seluruh umah sewa boleh dengar dan tahu kemarahan si amat)
bidin: (membuat apa yang disuruh dengan muka terasa)

imbasan masa lampau:
masa kita kecik perangai jerit-jerit macam ini kompem dah kena cubit kat pipi dengan mak sebab kurang ajar. ayah plak mesti marah balik, "apa ni jerit-jerit, pergi dekat bagitau betol-betol, dah pekak telinga aku ni!!"

persoalan:
bila dah besar kita kurang ajar orang lain jadi mangsa tapi sapa nak tolong cubitkan dan cakap kau dah kurang ajar? kenapa nak marah dan tengking? kalu minta tolong biarlah cara yang baik, nabi ajar kita untuk berlemah lembut dengan orang, cakap baik-baik, bukan jerit atau tengking macam beruk mak yeh (bukan nama sebenar). kalu dah rasa bagus sangat buatlah sendiri, tak payah marah orang, abis cerita.


situasi 2:
ketika berada di mamak store (mapley), leman orderkan air milo suam.
leman: "aney, milo suam satu, kalu tak suam saya tak nak minum"
aney: "ok, boley, mesti suam punya"
tak lama kemudian aney membawa air milo suam yang dipesan,
leman: "apa ni? saya kata suam la, ni panas, tukar lain, saya nak yang lain!"
aney: "ayo!" (sambil menggelengkan kepala dan menukar gelas dan air milo lain)

imbasan masa lampau:
mak selalu cakap, "jangan susahkan orang lain dan jangan kurang ajar ngan sapa-sapa pon, kena banyak sabar sebab Allah suka dengan orang yang sabar"

persoalan:
kenape si leman tak mintak ais je bagi air milo tu kurang panas, kenape nak sampai tukar air lain? walaupon mamak store kat celah hutan sekali pon, tak patut melayan mereka macam ini, sekali lagi rasul tak ajar kita untuk kurang ajar, walaupon kita rasa kita betol, ini mamak store, kalu nak layanan macam 5 star hotel maka janganlah makan kat mamak store, sebab harga untuk air milo suam taklah RM8 secawan macam kat tempat berprestig (1st class) dan mendapat layanan kelas dunia. maka kenalah kita rendah diri dengan orang lain dan sedar kita siapa, tak boleh kita berlagak macam orang kaya tak sedar diri sedangkan ramai orang kaya yang sifatnya lemah lembut kerana mereka tahu siapa diri mereka disisi Tuhan yang Maha Esa.

situasi 3:
ketika beratur disebuah shopping kompleks, mamat cashier sangat berlagak dan merasa sangat bagus dan seolah-olah memandang rendah semua orang, lalu minah naik angin.
minah: "kurang ajar ko ek?!! ko ingat ko sapa?!! kije cashier je, berlagak nak mampus!!, aku ada credit card la, jangan pandang rendah orang boleh?!!"
cashier: sambil membuat muka tebal sebab semua orang lain pandang dengan kekecohan yang berlaku.

imbasan masa lampau:
rujuk imbasan masa lampau situasi 2.

persoalan:
kenapa la si minah tu kena naik angin dengan cashier yang memang kurang ajar tu? tak boleh ke dia buat cool je, sambil mengeluarkan credit card platinum beliau? boleh je kalu nak ajar balik si cashier tu, pesan elok-elok biarlah sampai ke hati. mungkin ada yang cashier camtu rasa malu dan ada juga yang cashier yang still akan kurang ajar setelah kena marah atau dinasihati. kita kena ingat kita tak boleh ubah orang sekelip mata, so kena lah sabar dengan kerenah orang yang kurang didikan, kita grad di universiti terkenal, ada ijazah dalam pelbagai bidang, kerja gaji mahal, kalu mereka tak sampai tahap keprofesionalan biarkan saja, kena banyak sabar, sebab sifat sabar itu sebahagian daripada iman.

tamat citer.

itulah dia serba sedikit sifat-sifat yang kita tak suka tapi ia berlaku didepan mata. mungkin ada yang pernah mengalami contoh lain dari contoh yang aku berikan. masa kecik kemungkinan besar ibu bapa telah pon mengajar kita banyak cara untuk berbuat baik pada orang lain, sifat lemah lembut seperti ajaran Rasulullah SAW mesti ada punya. jika tak ada kita hanya boleh bersimpati pada mereka sebab tidak mendapat didikan yang baik, tapi tak semestinya kita tak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk sebab kita dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai. sebab itulah sangat penting bagi kita muhasabah diri setiap masa untuk membaiki yang mana tak baik yang ada pada diri kita.

kita tak boleh merasakan kita lagi bagus dari orang lain sebabkan status atau pangkat yang ada pada kita dan sebagainya. kita harus sedar bahawa bukan kuasa kita untuk menilai dan bukan sejak azali kita mempunyai apa yang kita ada sekarang ini. semuanya datang dari Allah SWT dan bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik balik apa yang kita ada sekarang jika kita seolah-olah tidak bersyukur kerana bersifat sombong dan angkuh dengan orang lain.

kita kena ingat, sesungguhnya sifat angkuh dan sombong itu tak lain dan tak bukan ialah sifat iblis lanatullah dan kita seharusnya mengelak dari berkelakuan seperti iblis walau apa keadaan sekali pon. dan lastly, kita harus ingat kaya atau miskin, pandai atau kurang pandai, semuanya tetap Allahuakhbar!!

wallahua'lam.

Friday, March 26, 2010

perubahan

dulu masa first time kenal semuanya best, lepak sama-sama kat cafe, contact-contact, sms tanya kabar dan lain-lain, tapi bila tiba masa semua akan berubah. kalu boleh kita nak suasana dan keadaan seperti sama macam dulu tapi manusia akan tetap berubah walaupon sesetengah orang mahukan ia kekal selamanya.

itu la persahabatan, ada pertemuan dan ada juga perpisahan dan kawan-kawan akan berubah, kita pon akan berubah, kita tak boleh espect semua orang akan sama, dulu perangai lain, sekarang maybe dah lain, dulu rapat giler, sekarang mungkin kurang rapat dah.

aku ada 4 orang kawan pompuan ni, si D, si N, si S dan si E, mereka budak satu bilik tapi lain-lain course. mereka ni sbrnya junior bawah aku 2 tahun, masa diorang masuk universiti kebetulan masa tu first time aku jadi fasilatator, aku jaga bahagian borang sukan, kaunter aku yang paling last bila semua kaunter dah mereka lalui (process pendaftaran pelajar baru)

si D ni, walauwei!! masa dia submit borang kat kaunter aku, muka dia masam giler, macam orang tgh bengang (memang pon dia tak suka masuk UiTM ketika tu), tapi aku perasan budak ni cantik giler, cuma dia tak sedar je dia cantik, time tu dia pakai baju kurung warna peach. kawan aku plak duk stare kat si D tak henti-henti sambil mulut terbukak, aku bisik, "woi, cover line la skit", memang breath taking gak dia sbrnya tapi aku la orang paling pandai control emosi dalam bab ni. hehe~

kebetulan aku kenal ngn si D sebab terserempak ngn dia kat ATM, dia tanya aku pasal kelab bola keranjang, sembang sekejap je sebab aku malu ramai orang tengok.(haha~) tak lama pastu aku dapat satu panggilan dari si D (kantoi dia amik number aku ngn kawan rapat aku), tanya lagi pasal kelab tu, aku pon bagitau la apa yang patut.

pendekkan cerita, yang aku tak perasan (bodoh ketika tu) si D tu suka kat aku, aku sbrnya cam tak percaya, tak pernah agi sbelom ni ada orang suka kat aku secantik si D. tapi aku layan jela. pendekkan cerita lagi, aku buat keputusan untuk berkawan je ngn si D (adala sebab-sebab tertentu). si D takleh terima dan tercetus la perang dunia ke-3.

gaduh punya gaduh akhirnya berbaik semula, tapi kawan cam biasa. aku selalu la lepak ngn mereka kat cafe, si S ni member aku yang tackle, skang masih lagi couple (ntah bila nk kawin diorang tu).

mereka ni manja giler, kadang-kadang aku tak larat nak layan diorang, mengadu tak ingat dunia, aku jadi mangsa, tapi aku tak kisah sebab dah kawan, adik-adik la kira.

bila aku dah grad, kitorang masih lagi contact-contact, tapi sejak dua menjak ni, semua dah berubah. walaupon aku tahu manusia akan berubah tapi kadang-kadang ada rasa sedih sikit. dulu-dulu cam best je lepak sama-sama, gelak-gelak, tapi yela 'everthing has to change, that's life'.

faktor utama aku rasa sebab 'people move on', especially women, kaum wanita bila mereka dah ada kekasih mereka akan lebih diam dari dulu, yang mesra jadi tak mesra, kena jaga hati kekasih dan sebagainya. tapi ada je kawan pompuan aku yang still ok walaupon bila dah kawin, yang paling best siap kenalkan husband kat aku lagi pastu aku plak boleh kamcing ngn husband dia. ada je orang macam ni bukan takda. bangganya still ada kawan macam ni.

antara mereka aku paling rapat dengan si D, mungkin sebab ada skandal gitu kot dulu. (hehe~) dan antara paling manja atau tak tentu hala tuju hidup ialah si D jugak, dan yang paling matang ialah si E ketika tu. sekarang dah lain dah, yang paling matang antara mereka masih lagi si E of course cuma yang paling mengejutkan si D dah matang giler sekarang, dah jadi independent women, alhamdulillah, dah ada kereta sendiri, kije tetap, perangai pon dah lain, matang giler. memang wow!

keadaan dah lain semuanya, tak lama lagi si N dah abis praktikal, bulan 6 dah start kije, si E dah kije skang, dah couple ngn spupu si D, tak lama lagi tu kawin la mereka tu kot, si S pula tgh nk abiskan degree dia, kawan baik aku tu dah tak sabar nak masuk minang si S hehe~ memang sekelip mata je adik-adik aku dah berubah, dah matang semuanya, tak macam dulu, asik manja-manja dan nak pau abang mereka ni, dan nak mengadu masalah je segala benda. sekarang semua ada tanggungjawab masing-masing, tak lama lagi akan jadi isteri orang dan mak kepada anak-anak mereka.

sebenarnya yang paling ketara berubah ialah aku. aku tak lagi macam dulu, aku yang stop calling mereka sebenarnya, aku stop calling sapa-sapa pon, walaupon kawan baik aku. nak kata mereka yang diam, tak la kot, diorang ada life masing-masing dan aku pon sama. yang berdiam diri ialah aku. entahle, things happened and people will change.

aritu ada orang kata aku ni membosankan, kalu pikir balik, mungkin juga. ada lagi kawan aku yang nak aku seperti dulu, tapi kadang-kadang aku dah tak boleh, i guess people grow out of their craziness and become more quiet. tapi dalam diri aku, aku tahu masih lagi ada fun-ness itu, cuma ia menunggu untuk keluar kepada orang tertentu sahaja, mungkin kepada si dia, dan siapakah si dia? aku pon tak tahu, mungkinkah solehah? haha~ dah merepek. aku dah byk berubah, tapi aku yakin ia adalah kebaikan untuk diri aku juga insya Allah.

wallahua'lam.

Wednesday, March 24, 2010

bukan jodoh

orang kata cinta tu buta. aku setuju. bila kita cinta pada seseorang tu maka kita akan suka dengan semua perkara yang ada pada orang tu. orang lain mungkin nampak ada yang tak kena tapi kita seolah-olah buta sebab terlindung dengan perasaan suka yang terlampau.

kadang-kadang kita gagal melihat atau menilai keadaan yang sebenar sebab terlalu 'blinded' atau buta. otak kita seolah-olah jadi tak waras, kurang berfungsi sebab kita fikir apa yang ada didepan mata adalah terlalu indah dan tak mungkin ada orang lain boleh menggantikan tempat si kekasih itu, seolah-olah kita lupa akan kewujudan manusia lain didunia ni.

aku perasan satu benda sebab aku pon pernah jatuh cinta juga (bukan nak action ehe~)dan memang kita akan buta sebab kalah dengan perasaan diri sendiri. sebenarnya, kita yang tak nak lepaskan perasaan yang indah tu sebab terlalu mengharap ia akan kekal selamanya.

bila dipesan, kita sebenarnya dah tahu. tapi sejauh manakah kita akan terima pesanan orang lain bahawa kita dah pon melakukan kesilapan kerana terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti?

pertemuan memang tak boleh dielakkan. memang takdir Tuhan. tapi bila ia tak menjadi maka bagi aku kita haruslah sedar dan redha dengan keadaan. itulah namanya meneruskan kehidupan dengan redha dan bersyukur kerana menerima hakikat dugaan Allah SWT pada kita.

uih, susah beb nak lepaskan orang yang kita sayang, bukan perkara mudah. tapi kita tak mampu lawan kuasa Tuhan. kalu Dia kata bukan, maka bukan la. full stop!. kalu sekarang tak menjadi, cinta kita ditolak, kita bertepok sebelah tangan dan sebagainya maka kita kenalah teruskan hidup tanpa tanda tanya. orang yang akan mempersoalkan dugaan Tuhan ialah orang-orang yang tak bersyukur.

ada pepatah omputih mengatakan "i love him/her enough even to let him/her go", maka dengan pepatah ini kita boleh simpulkan bahawa jika kita cinta pada seseorang tu kita sanggup lepaskan walaupon diri kita tersiksa. tapi bagi aku, jika lepaskan seseorang pon takda lah kita akan tersiksa mana pon sebab kita ada iman, dan iman itu akan membantu kita untuk sabar dan redha kepada Allah yang Maha Mengetahui.

kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik dalam percintaan, mungkin sekali, mungkin banyak kali, tapi kadang-kadang ia berakhir dengan tiba-tiba. bukan bermakna kita dah gagal untuk ia berkekalan. bukan ia satu persoalan yang harus ditanya, kenapa ia berakhir? bila berlaku macam ni kena fikir, mereka-mereka tu bukan jodoh kita, sebab bila dah cuba tapi tak menjadi, maka hidup harus diteruskan lagi, maybe belom sampai masa untuk kita bertemu jodoh. mungkin esok lusa giliran kita tapi yang paling penting buat masa sekarang kita redha dan bersyukur.

wallahua'lam.

Monday, March 22, 2010

aduh solehah

sedar atau tidak kita sebenarnya dari kecik lagi ada minat kat seseorang. masa tu mungkin kita tak beberapa faham lagi apa itu cinta, tapi perasan suka pada seseorang tu mesti ada. kita suka tengok dia, cara dia berpakaian, cara dia bercakap, dan apa-apa saja lah yang boleh buat kita suka.

masa tadika aku ada minat sorang ni, aku tak penah pon cakap kat dia, tapi masa kakak aku tanya aku "ada minat tak kat sapa-sapa dalam ni?" (sambil menunjukkan gambar tahunan), aku dengan tanpa segan memberitahu, "yang ini".

darjah 2 aku ada plak minat budak sorang ni, nama dia solehah, kami satu kelas. ramai budak laki suka kacau dia, aku tak kacau budak ni sebab aku masa tu amatlah pemalu (eceh..).

masuk darjah 3 aku dah turun kelas. solehah kekal kelas A. dia budak pandai, aku ni banyak main, maka kena masuk kelas B. budak solehah ni glamer giler, sampai budak kelas B pon suka kacau dia, hantar surat, kim salam, masa rehat mesti duk mengintai kelas A sebab kelas kami bersebelahan je, budak kelas dia tak payah la citer memang boleh kacau setiap masa, aku gak cool (ces..) tengok dari jauh je, tapi yang sebenarnya sebab malu. ehehe~

tapi aku ada kim salam kat solehah sekali sekala, sebab kami satu kelas dulu masa darjah 2, adala yang jadi post men sebab aku kan pemalu..:)

nak jadi cerita, masa rehat aku tengok si solehah ni jual mahal, mungkin juga dia strict, tegas orangnya, bila kena kacau dia buat bodoh je, pastu ramai la budak pompuan lain backup dia, maklumla budak glamer, walaupon dikalangan budak pompuan.

pas abis kelas, aku selalu balik lambat, aku suka lepak ngn kawan baik aku, sembang-sembang kosong. satu hari tu aku ternampak solehah tengah berjalan menuju kelas dia, aku pon terpandang dia agak lama, tiba-tiba solehah senyum kat aku. aduih..perasaan yang perasan ketika tu Tuhan je yang tahu, tapi ada jugak tanda tanya, adakah senyuman yang dia bagi tu bermakna sesuatu sebab solehah yang aku kenal tu amat tegas dengan budak lelaki, sombong, garang dan sebagainya. pertama kali aku tengok dia senyum macam tu.

keesokkan harinya, sama jugak berlaku, dia senyum kat aku, dan hari-hari seterusnya. masa tu aku dah tahu aku memang suka kat budak solehah ni, mungkin dia pon suka kat aku juga, sebab aku mendapat layanan yang berbeza dari lelaki yang lain. itulah pertemuan aku dan solehah, masa orang semua tak ada kat sekolah. tapi pertemuan tu walaupon tak berdepan bertentang mata, walaupon tak penah kami bertegur sekali pon, walaupon sekadar dia lalu didepan kelas aku untuk bertemu mata, tapi aku tahu kami sangat suka sama suka desebabkan senyuman yang terukir bila saat pertemuan jauh tu, dan itu lah pertemuan paling aku ingat sampai sekarang, ia mencuit hati sebenarnya jika difikirkan balik.

akhir tahun darjah 3, aku pindah sekolah. masa tu aku tak terlintas pon nak minta alamat rumah solehah untuk menulis surat, kalu masa tu dah tahu guna email boleh juga minta email atau number hp, tapi masa tu aku kurang arif dalam bab macam ni, maklumla umur pon setahun jaggung, apa nak buat.

dimanakah solehah sekarang? aku pon tak tahu. masa SPM aku cuba cari dia balik tapi tak berjaya. nama penuh dia pon aku tak tahu, kalu tahu mungkin boleh search kat internet. ada juga perasan nak jumpa dia balik, saja nak tengok dia macam mana sekarang, aku yakin kalu dia tengok aku mesti dia dah tak cam sapa aku. mungkin solehah dah pon mempunyai suami dan anak yang baik sekarang, tapi perasaan nak bersembang buat kali pertama itu masih lagi ada.

pertemuan memang kita tak boleh jangka. tapi pertemuan yang dah berlaku itu kita mesti hargai, kadang-kadang walaupon dah berusaha untuk bertemu kembali tapi tak semestinya Allah SWT mengizinkan pertemuan tu sekarang, mungkin suatu hari nanti akan bertemu atau mungkin juga tak akan bertemu sampai mati. mungkin pertemuan yang akan datang akan lebih bermakna buat kita. kita tak tahu. Allah saja yang tahu.

wallahua'lam.

Sunday, March 21, 2010

kenduri kawin

aku tak suka pergi majlis kawin, kalu kawan-kawan ajak aku mesti berat hati nak pergi tapi kalu aku terlibat sekali dalam penganjuran majlis tu baru aku tak kisah sebab aku suka. hehe~

aku baru balik dari kenduri kawin spupu aku. penatnya buat kerja tapi perasaan puas tu memang takleh tanding berbanding pergi majlis kawin sekadar makan je.

kelmarin aku sampai kampung pon dah malam, dah ramai orang tengah buat kerja, ada potong daging, yang kat dapur tu kat dapurla kije diorang, karaoke pon kedengaran, aku terus amik nasi sebab perut lapar giler.

hari kejadian, keluarga-keluarga semua start buat kije awal, aku tido beberapa jam je. aku perasan, sebenarnya dalam majlis kawin ni tak semua pon orang buat kerja. ada yang lepak je, tengok orang masak gulai, masak nasi, yang tengah buat kerja tu memang dah pon dilantik sebab mereka memang pakar dalam bidang masing-masing.

cam aku jugak, bukan ada kerja pon untuk aku buat tapi tak manis kalau kita duduk je dalam umah, aku pon tak suka duduk saja, sebenarnya kalu kita sibukkan diri mesti ada kerja untuk kita lakukan jugak, mesti ada je orang suruh kita angkat barang ke, susun tisu ke, susun meja dan kerusi, mesti ada, pastu bila dah terlibat semua tu, orang dah nampak diri kita buat kerja mesti ada punya tugas lain seperti jaga daging untuk topup, tambah nasi untuk pengunjung, topupkan air sirup yang dah hampir habis dan lain-lain la.

sebenarnya seronok bila bagi orang lain makan. itu la masyarakat kita, budaya kita sejak turun temurun, kita tak boleh elak la benda ni kan sebab orang sekarang pon masih lagi buat benda-benda macam ni, lainla kalu gunakan katerin, itu cerita lain.

kalu ikutkan semua orang rajin la buat kerja. tapi ada jugak orang yang malas. yang mereka tahu buat ialah duduk atas umah saja tapi tak turun-turun untuk membantu. tak kira laki atau pompuan, sama je perangai, pemalas.

ucapan terima kasih dari pakcik aku tadi sebelom aku balik ke kl amat berharga sebenarnya, beliau tahu betapa kami bertungkus lumus menjayakan majlis kawin anak dia, bukan sekadar duduk saja dalam bilik dan tak buat apa-apa langsung seperti orang yang malas yang cuma tahu tidur saja.

kesimpulan aku, jangan la kita bersifat malas, hidup kena la bantu membantu, akhirnya ia sekadar untuk menjayakan majlis 'raja sehari', nanti bila tiba masa kita, mesti kita mahu orang lain bantu sama. sudah tiba masa untuk berubah, kerja di kl di syarikat besar semuanya, tapi otak tetap tak berkembang, terbawa-bawa sifat kampung yang terkenal sejak turun temurun tu, tak kisah orang lain kecuali diri sendiri, rasa diri bagus sampai orang lain tak setanding langsung. sedarlah kita hanya manusia, semua orang perlukan pertolongan juga akhirnya.

wallahua'lam

Thursday, March 11, 2010

pesanan dan peringatan

aku ni jenis yang berterus terang. aku memang tak suka cakap belakang. disebabkan itu aku harap orang pon sama macam aku, jika tak puas hati terus je cakap kat aku, sebab bagi aku bila orang dah rasa tak puas hati ngan aku maka aku dah pon buat satu kesalahan terhadap orang tu.

aku juga sangat menjaga persahabatan. aku tak boleh tengok member aku ditengking, dimarahi tanpa sebab, diarah sini sana, diperlakukan atau diambil kesempatan oleh sesiapa pon. bila berlaku depan mata aku, sah aku akan jadi rasa nak marah pada yang terlibat.

maka bila ada salah silap mesti ada tegur menegur sesama umat untuk kebaikan bersama dan juga mendapat keredhaan Allah SWT. bagi aku, bila mempunyai kawan atau sahabat haruslah kita mengingati diri masing-masing untuk kebaikan, sebab sebelom sesuatu tu berlaku, haruslah kita memperingati kawan kita,

sebagai contoh,

1. "ko pergi downtown jangan mengorat awek orang sudah la bro"
2. "woi! duk men facebook je, study la, dah dua kali ko repeat kot"
3. "jangan sesekali ko melakukan maksiat kepada Allah, sebab ko seorang yang beriman"

disini jika kita perhatikan, semuanya ayat-ayat diatas adalah berbentuk peringatan atau pesanan. tidak mungkin ayat-ayat seperti ini akan bertukar menjadi suatu ayat yang menuduh kawan kita telah pon melakukan perkara tertentu, ia semuanya adalah bentuk pesanan atau peringatan.

tidaklah kita mengatakan mereka akan buat perkara tu sebab kita hanya ingin mengingati supaya benda tu tak berlaku.

sama juga, ibu bapa kita berpesan atau memberi peringatan masa kita kecik,
"pergi sekolah belajar elok-elok tau, jangan main-main"
tidaklah disini, ibu bapa kita mengatakan kita sah lah akan bermain dan tak belajar langsung tapi ia cuma sebagai peringatan supaya kita elakkan perkara yang tak elok berlaku (iaitu main-main).

susah sebenarnya bila bermain dengan kata-kata, tambah pulak aku ni memang dari dulu kurang pandai dalam penggunaan bahasa melayu, maka akan ada bahasa yang aku gunakan susah untuk difahami maksud sebenarnya, jika ada aku minta maaf sebab aku sedar itu kelemahan aku.

aku teringat kawan aku masa zaman diploma dulu. dia ada awek, dan kami berpesan kepada beliau supaya menjaga tingkah laku bila bersama aweknya.

"ingat kat Tuhan bro, kami harap ko tak buat benda tak elok, Allah Maha Melihat bro, ingat kita ni orang beriman, kena ada batasan bukan muhrim"

tidaklah kami menunding jari kepada beliau mengatakan,

"aku tahu ko nak pegang tangan dia bro, ko nak buat maksiat, apa nak jadi ni, nnti pas pegang tangan apa lagi ko nak buat, pegang kat mana plak?"

disebabkan kita tak tengok dengan mata sendiri, maka tak boleh la tuduh yang bukan-bukan. kita kena baik sangka. tapi dalam hati akan ada rasa kerisauan juga, dan kita akan berpesan kepada kawan kita untuk mengelakkan keburukan disisi Allah SWT, sebab bila lelaki dan wanita bukan muhrim duduk bersama (dating), iblis akan jadikan persangsang bagi kedua-dua belah pihak untuk melakukan yang tak elok, sebab itu lah ada baiknya kita memperingati kawan kita untuk elakkan maksiat dari ia berlaku.

tapi bila berpesan atau mengingati seseorang tak bermakna kita telah pon mengiakan kata-kata kita itu, kata-kata pesanan tak bermakna kita menuduh mengatakan kawan kita akan melakukan maksiat, kita hanya boleh beranggapan yang baik-baik sahaja sebab jika menuduh yang bukan-bukan akan hanya menimbulkan fitnah kepada yang terlibat.

pesanan aku sikit untuk renungan bersama, jangan sesekali menuduh orang lain mengikut hawa nafsu diri atas sebab-sebab tertentu, kerana sifat ini sangat dibenci Allah SWT dan sesungguhnya dosa orang memfitnah itu adalah lebih besar dari dosa orang membunuh.

wallahua'lam.

Monday, March 8, 2010

lain-lain kampung

masa kecik kita membesar lain-lain suasana, family of course la lain, masyarakat lain-lain, kawan-kawan pon lain.

dari kecik sampaila abis spm family aku musafir, banyak tempat yang kami duduk, sekejap kampung ni, tak lama pastu kampung yang tu plak, selalu berpindah randah, macam musafir la jugak. dan disebabkan ni macam-macam suasana yang aku dah tempuh dalam masyarakat.

aku rasa ada effect sebenarnya cara kita dibesarkan dan cara kita bergaul dengan orang ramai. sebab dalam banyak-banyak kampung yang kami duduk tu, terlalu ramai orang yang kami dah jumpa, bermacam-macam bentuk perangai orang.

tapi sebenarnya yang aku dah belajar, tak semua orang akan sama dengan kita, cara dibesarkan, cara bertutur, cara hormat orang tua, cara hormat guru dan lain-lain.

let say,
amin membesar di kampung A, kampung dia mesra sebab kemasyarakatan kat situ tinggi, banyak aktiviti kampung dan lain-lain, maka amin boleh dikatakan pandai dengan orang, cara pergaulan dsb.

mamat membesar di kampung B, kampung dia tak banyak aktiviti pon macam kampung A, so pergaulan dia taklah macam si amin, maka tak pandai sangat ngan orang ramai.

leman membesar di kampung C, kampung dia ni macam kampung B tapi si mamat ni banyak belajar masa terlibat dengan aktiviti kat tempat dia belajar, selalu terlibat dengan bertemu masyarakat, staf dan student, maka dia pon sama macam si amin, pandai bergaul dengan orang.

si amin, mamat dan si leman ni duduk serumah, hari-hari jumpe. walaupon berlainan kampung mereka tetap boleh bercampur, tapi lama kelamaan, si amin rasa tak best sebab kadang-kadang si mamat dan si leman ni jarang berborak, mereka banyak duduk buat hal sendiri.

amin tak puas hati, sebab dia memang sejak kecik suka mesra ngan orang, sebab kampung dia memang mesra alam gitu, maka dia takleh terima mamat dan leman jarang cakap dengan dia.

mamat dan leman ni memang pendiam, jarang tegur sama sendiri, tapi walaupon jarang bertegur, bila bukak mulut, banyak benda mereka boleh borak, banyak benda mereka boleh bincang, mungkin juga sebab mereka ni kongsi idea yang sama, mempunyai pendapat yang sama, maka boleh dikatakan satu kepala.

yang amin tak sedar sebenarnya, si mamat dan leman ni satu spesis. mereka tak suka tegur sesama sendiri sebab mereka memang sifat macam tu. tapi tak semestinya tak tegur sama sendiri mereka tak boleh mesra. spesis si mamat ni dia jenis tak suka kacau orang sekeliling dia dan si leman ni plak boleh mesra ngan semua orang tapi bila dia rasa tak nak borak maka jangan ajak dia borak, dia akan duduk diam dan buat benda yang dia suka tanpa menghiraukan orang sekeliling.

maka, si mamat dan si leman sebenarnya seakan sama, sebab tu mungkin mereka boleh 'ngam' atau satu kepala sebab perangai mereka seakan-akan sama.

sebenarnya, si amin pon boleh 'ngam' juga dengan si mamat dan si leman, apa yang dia perlu buat ialah jangan rasa tak puas hati jika si mamat dan si leman ni tak tegur dia. bukan bermakna mereka ni tak suka pada si amin bila mereka tak tegur dia, cuma si amin ni perlu sedar yang mereka ni memang spesis macam tu.

maka disini amin perlu la sesuaikan diri dengan mereka ni sebab tak semua orang akan sama mesra macam dia, si amin tak boleh mengharapkan semua orang macam dirinya sebab semua orang tak mungkin sama perangai, dia haruslah menghormati sifat orang lain sebab mereka duduk sebumbung, tak boleh la si amin ni mengatakan si mamat dan si leman ni berkomplot untuk tidak bertegur dengan dia, atau menyoal "apa salah aku?, apa aku dah buat kat korang sampai tak ada orang tegur?"

tamat citer.

sebenarnya aku nak highlightkan, kita kena menghormati perangai orang lain, tak mungkin semua orang boleh mempamerkan muka ceria sentiasa, setiap hari, kita kena tengok juga orang tu macam mana, tak semestinya bila orang masam dengan kita dia telah marah pada diri kita. mungkin orang tu ada masalah lain yang tak boleh dielakkan, atau mungkin memang orang tu macam tu, hanya akan tegur jika dia rasa nak tegur, bila dia rasa perlu.

bila dah duduk sebumbung, mesti ada yang tak puas hati. pastu kena tanya diri sendiri, aku ni betol ke? aku dah buat benda betul ke? tindakan aku orang lain marah ke? tak boleh kita rasa bagus giler sampai orang lain tak boleh tegur.

bila ditegur, maka akan timbul rasa tak puas hati, masam muka. pastu bertanya pada diri sendiri, apa aku dah buat? kenapa tak nak tanya terus pada orang yang tegur tu? kalu ditegur mesti ada salah kita. kena lah pikir balik, apa aku dah buat? kita akan sedar jika kita dah buat salah jika kita bukak mata.

analis balik apa kita dah silap, orang sekeliling macam mana, adakah orang dah puas hati dengan tindakan yang kita dah buat, kena la bertanya, kadang-kadang orang tak nak bagitau kita sebab mereka dah tahu kalu bagitahu pon bukan kita nak terima, sebab kita ada ego yang tinggi.

aku bagi contoh simple. andaikata, aku bawak kawan aku tompang umah sewa, 3 hari dia lepak, pastu balik umah dia. kira oklah sebab memang rasul ada kata jika menompang umah orang paling lama pon 3 hari sahaja, selebih dari tu dah kira melampau, tak baik, sebab dah kira mengganggu tuan umah.

let say, aku bawak member aku tompang umah sewa sampai sebulan sebab kesian kat dia takda umah sewa, pastu aku kata pas sebulan dia cau la, sekali sampai berbulan-bulan plak dia lepak, maka mesti la ada yang tak puas hati, kena plak aku tak bincang langsung dengan ahli sewa yang lain yang aku nak bawak masuk kawan aku tompang umah sewa, tiba-tiba dah ada dalam umah. kena pulak, kawan aku yang lepak tu guna barang budak umah sewa yang lain tanpa minta izin, ambil tempat tido kawan serumah aku. so, macam mana perasan orang yang barangnya diambil tanpa izin dan orang yang kena curi tempat tido tu? sebab bila kawan aku ambik tempat tido dia, maka kena la dia cari tempat tido lain, aku plak buat bodoh je seolah-olah benda tu biasa. memang tak patut!

ada yang tak akan bersuara sebab dia tak berani, tapi tak semestinya dia tak komplain langsung kat rakan sewa yang lain. mana semua orang tak bingit, kalu aku tak bincang dengan semua orang bila aku buat satu keputusan tu padahal keputusan bukan milik aku sebab semua orang sewa rumah yang sama, maka kena la ada persetujuan, bukan sebabkan keputusan aku yang buat maka ia dah dikira betul, orang lain tak boleh bantah, dah cukup bagus ke aku sampai tak nak tanya orang lain?

dan mesti ada salah seorang ahli umah akan memberontak, tunjuk tak puas hati, orang lain juga tak puas hati sebenarnya tapi berdiam diri sahaja, sebab tak berani cakap apa-apa.

kita lain-lain kampung, maka semua orang tak akan sama, tapi kena la hormat ahli sewa yang lain jika nak buat suatu keputusan sebab kita duduk sebumbung, jangan pikir aku je bagus sampai orang lain tak boleh menegur langsung. jangan jadi sombong, sesungguhnya sifat sombong itu sifat iblis yang dilaknat Allah SWT.

wallahua'lam.

Thursday, March 4, 2010

al-fatihah adik safiah humairah

baru-baru ni berita seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mati ditendang oleh teman lelaki ibunya disebuah padang bola sepak mengejutkan seluruh malaysia. safiah dikata didera sebelom ni bukan sahaja oleh teman lelaki itu malah oleh ibunya sendiri.

dalam akhbar ada menyiarkan si ibu safiah tidak menangis ketika melihat jenazah anaknya. aku bukan nak mengata tapi ibu manakah yang terlampau sayang anaknya sampai tak ada sedikit pon air mata yang keluar melihat anak kandungnya yang terlantar dan dikapankan. statement ibunya yang mengatakan dia sudah tiada air mata lagi untuk ditangisi bagi aku sangat tak masuk akal. maafkan aku berkata begini.

berita yang mengatakan arwah adik safiah itu adalah anak kepada bapanya yang berada didalam penjara tapi bila aku bertanya kepada penduduk kampung adik safiah sumber memberitahu yang adik safiah adalah sebenarnya anak kepada teman lelaki ibunya. sumber mengatakan, jika dipikirkan logik, suami ibu safiah telah berada didalam penjara sudah pon mencecah 6 tahun lamanya dan adik safiah sekarang adalah berumur 3 tahun, maka sumber mengatakan tak mungkin adik safiah itu milik kepada suami ibunya yang berada didalam penjara, dan ayah kandung safiah ialah teman lelaki ibunya itu.

jika maklumat ini benar, maka lagi lah teruk jika difikirkan kerana anak dibunuh bapa sendiri. walaupon yang menjadi mangsa kemungkinan anak luar nikah tapi ia tetap sesuatu yang menyedihkan.

walau apa pon, benda dah terjadi, marah maki lah macam mana sekali pon tidak akan membawa balik nyawa yang telah pon diambil, iblis atau tidak sesiapa yang terlibat tapi ternyata disini yang terlibat dalam kes ni telah kalah dihasut syaitan untuk membunuh.

aku pon malas sentuh lagi banyak sebab kita pon tak tahu sapa yang dipihak benar, biarlah Allah saja yang mengadili mereka yang bersalah samada terus dihukum dimuka bumi ini atau pon diakhirat kelak.

semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah adik safiah yang tidak berdosa itu.

al-fatihah.

Tuesday, March 2, 2010

dapat betis nak peha

aku sebenarnya tengah bosan tapi terhasil beberapa post dalam otak aku plak. semuanya gara-gara hujan lebat semalam. maybe guruh yang kuat tu suruh aku jadi tak bosan agaknya..hehe~

ni kali pertama aku bebel pasal masalah ni tapi ini la masalah besar budak-budak dari zaman dulu sampai la sekarang, maksiat. apa nak buat, sesetgh orang nafsu tak berapa boleh kawal pastu pergi cari yang bukan-bukan masa bercouple lagi la besar nafsu tu, seronoknya iblis hasut kita.

aku nak tegaskan kat sini yang bercinta kerana nafsu adalah dilarang Allah SWT.

depan mata aku ramai kawan aku couple tapi yang sakit mata bila tengok diorang ialah bila baru je couple tapi macam-macam dah buat. ada yang duduk atas riba, ada yang peluk-peluk, bercumbu, dan dalam kategori paling ringan, pegang tangan. kalah plak orang baru nikah. bila mereka buat semua ni depan orang tak ada plak rasa malu. kamu tak takut Allah ke wahai manusia?

maka otak aku pon berfikir apa sebenarnya mereka nak? nak kata tak tahu buat benda-benda ni salah (haram) tapi aku yakin mereka dah tahu. "aku niat baik, ko jangan hina aku". banyak cantik, niat atau tujuan tidak menghalalkan cara la. faham tak erti dosa? iblis tak penah berhenti menggoda kita, ko pergi buat perkara yang senang dia hasut tu kenapa?

Ibnul Qayyim ada menulis, iblis pernah berkata kepada nabi musa, ada 3 benda yang iblis sebut, tapi aku bagi yang ke-3 je untuk renungan.

"awas kamu daripada berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram, kerana aku (iblis) ketika itu menjadi perangsangnya kepadamu, dan menjadi sekaligus perangsangmu kepadanya"

amik ko, tak takut lagi ke?

bukannya apa, benda yang tak elok harus dielakkan. memang mulanya start dengan berpegang tangan tapi lama-lama akan jadi lain kalu dah biasa buat. maklum la bila dah dapat betis nak peha, dah dapat peha nak apa plak? hm..aku dah biasa dengar benda-benda ni, pengakuan dari seorang kawan yang dah insaf. takut je terlanjur, menyesal tak sudah. iblis gelak sakan kat kita. wahahahaha!(gelak jahat)

memang takdir tak boleh dielakkan, tapi kita mampu mengubah nasib jika kita mengelak berbuat dosa dari awalnya. best tu memang best kalu bercinta, kalu tak tahan nak pegang-pegang nikah je cepat-cepat, ini lah cara terbaik, kalu tak mampu tak yah la bercouple dari berbuat dosa, dah lah dosa berbakul-bakul kita ni, nak tambah lagi sebakul, mak ai!! puasa la sampai kurus kering, elakkan dari maksiat, itu lagi terbaik kot.

lelaki atau perempuan aku tengok sama je. bukan aku nak mengata kat sapa-sapa, ini umum sebenarnya. sapa yang terasa pandai-pandai la ubah. especially lelaki la aku pesan, kita ni imam, tak reti-reti lagi ke?

kalu beriman kepada Allah tahu la mana had kita. aku teringat pada satu syair murid Imam Ahmad, bila dibaca muridnya Imam Ahmad terus masuk rumah dan menutup pintu, muridnya terdengar dia menangis sambil mengulangi syair yang dibaca oleh muridnya itu.

Ketika Tuhan berkata kepadaku,
Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku,
Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?


bila dah melakukan maksiat, macam mana kita nak mengadap Tuhan? tak ke malu, ambil wuduk pastu takbir, "Allah Maha Besar" tapi ucapan yang dilafaskan bagaikan tak bermakna langsung. pastu buat balik benda yang tak elok, seolah-olah kita tak bersyukur dan tak takut langsung pada Allah yang Maha Mengetahui.

aku penah jumpa seorang lelaki yang bercouple hanya mahu memuaskan nafsu nya sahaja, bila dah dapat pegang buah dada dan benda bawah gf nya tu, dia sudah pon puas dan putuskan hubungan couple mereka, yang dia beritahu aku saja lah yang bole aku cerita tapi yang kita tak nampak macam mana? kita pon tak tahu apa dah mereka penah buat masa bercouple kan? hanya Tuhan je yang tahu.

bercinta mestilah kerana Allah. kalu kerana Allah, maka tak logik la pulak buat benda tak elok. aku sekadar berpesan je, yang mengubah bukan aku, tepuk dada tanya selera. yang dah couple tu, pandai-pandai lah jaga tingkah laku, jangan sampai Tuhan tak suka, nanti baru tahu tinggi langit dan bumi. dugaan datang hempap sampai tak terbangun, time tu baru la tahu nak solat dua rakaat.

semoga kamu kalian mendapat hidayah dari Allah SWT hendak-Nya. tak terlupa juga pesanan ni untuk aku. insya Allah.