mengadap udara sampai ke petang
tumpuan sifar, tiada apa dibuat
tiada apa yang difikirkan
sekadar merenung jauh di dalam mimpi
dikejutkan suara merdu bilal pak said
menyeru umatnya menunaikan kewajipan
tanpa sedar, aku alpa
masa berlalu begitu deras
seperti arus menuju arah
entah kemana hala tujunya
mataku menembusi dinding tebal
rohku terbang dilangit agung
menghanyut jauh dari badanku
tak mahu kembali walaupun dipanggil
kerana terlalu asyik mengejar awan
aku mahu berselindung jauh
tapi kemana harus ku pergi
kerana bumbung semuanya langit
bertelanjang bulatlah roh megahku
yang selama ini berpakaian senang
hanya Tuhan menjadi saksi
semalam aku kosong
jawapan hakiki misteri sungguh
hari-hari masih sama
sampai bilakah persoalan-persoalan
akan terus bergeliga di mindaku
dan perasaan aneh yang terus belenggu
oh, rupanya hatiku legam dan berhabuk
kerana sudah lama terletak diatas peti
dibasahi hujan minyak-minyak masak
dikerumuni setan-hitam beterbangan
digigit makhluk-makhluk kecil mencari rezeki
dimamah enak mentari pagi dan petang
kini ku sedar, kasihan hati
diatas peti bukan tempatnya
tidak pula harus dibiar reput dibawa usia
kerana hati pada zahirnya amatlah suci
bagaikan mawar yang mekar
begitu indah merah menyala
hansuke roma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment