Sunday, January 23, 2011

cerita darjah satu

tengok jam, dah pon pukul 3.24am. aku belom dapat tidor. sekali lagi kalah dengan bio clock aku yang sering terbalik. demam baru beransur pulih, mahu lagi tidur lambat. isk. maaf ye, i'm trying..:P. sambil mendengar lagu enya dalam ipod aku. fikiran entah kemana-mana. entah kenapa aku sangat suka dengar lagu enya. masa kat uitm dulu, rakan-rakan selalu marah dan ketawa sebab mereka kata aku suka dengar lagu church. ada ke patut. oh, enya ku, kau sangat best..haha~

tibe-tibe teringat zaman kecik-kecik, masa masih lagi dalam alam sekolah rendah. baru masuk darjah satu. kelas aku selalu je takda cikgu. kalu takda cikgu je mesti nak buat bising, maklumla budak. nasib baik takda orang baling meja je...:) dalam keriuhan masyarakat kanak-kanak, hari pon semakin panas, lunch hour baru je habis, cikgu takda pula. tibe-tibe aku terhidu bau sangat busuk, sungguh tidak dapat menahan hidung. salah sorang rakan ku merungut sambil menutup hidungnya, "perghh...bau ape neh????". rakan-rakan tiada jawapan, semua melihat sekeliling untuk mengenal pasti dimana bau itu datang. aku terperasan seorang rakan aku juga duduk diam dihadapan melihat papan hijau. dia tidak melakukan apa-apa. cuma termenung jauh, entah kemana sudah dia sampai. faisal namanya (bukan nama sebenar).

faisal jiran aku, kami kenal sejak keluarga aku menyewa di sebelah rumah dia. sejak dari itu kami berkawan baik. ada beberapa rumah di sekeliling rumah kami dan ramai la makhluk-makhluk bergelar kanak-kanak disitu. kami selalu bermain-main acara-acara sukan kampung, seperti baling selipar, baling tin susu, lompat getah dan lain-lain lagi. seolah adik beradik, kami sangat rapat walaupon tak ada pertalian darah. faisal ni selalu juga dibuli rakan-rakan lain kerana sifat manja dan suka mengadu kepada ayahnya jika ada masalah dari rakan-rakan sejiran. kakak nya cantik dan kami kanak-kanak lelaki sering mengorat (kononnya). kakak faisal kulitnya cerah, jauh berbeza dengan faisal yang kulit agak gelap. budak manja dan suka menangis, kanak-kanak mana tak suka membuli. tapi faisal sangat baik, dia tak suka kacau orang, dan tak sekali aku sangka, kami diduga untuk berada dalam satu kelas setelah sekian lama kenal sebagai jiran.

imbasan kembali.
dengan riuh rendah kerana bau semakin kuat. mulut-mulut semakin celupar dan semakin ramai menyuarakan rasa tidak puas hati. ada seorang makhluk bergelar pompuan tiba-tiba menyahut. "ala...faisal berak la...eeeeeeeee......tak senonoh!!!!". faisal tiba-tiba mula menangis. semakin lama semakin kuat. bau pon semakin kuat juga, tak dapat lagi aku tahan. ditambah pula dengan bahang cuaca panas, bau yang tak begitu menarik untuk ditahan lama-lama.

aku ketika itu tak tahu mahu ketawa atau kesian. faisal rakan aku, walaupon rakan sejiran tidak begitu gemar dengan sikap manjanya tapi dia tetap jiran aku. kami cuba menahan bau yang semakin kuat. sampai ada budak pompuan yang hampir muntah kerana tidak dapat menahan. kesian faisal. kerana tak dapat tahan lagi, aku dan seorang rakan (dah lupa sapa budak tu..huhu~), keluar kelas untuk mencari cikgu kelas.

dengan muka bengang cikgu datang mengambil faisal pergi. bukan untuk ke balai tapi ke tandas. haha~ tambah lagi bengang kerana cikgu kelas kami terpaksa membasuh semua sisa berak si faisal. aku sebagai rakan sekelas menemani faisal ketika cikgu mengosok punggungnya dengan sabar. faisal menahan malu dan terus menangis, sampai la semua sudah dibasuh.

selang beberapa minggu. "woi...bau ape ni?......." ye, sudah tentu faisal lagi. kesian betol la budak tu. sebenarnya dia takut nak ke tandas kerana takut untuk bertanya kepada cikgu. menahan beraknya sampai terkeluar kerana takut bertindak sendirian. atau pon dia memang suka buat bau yang menarik didalam kelas, sampai sekarang aku kurang pasti yang mana satu..:P

motif of the story.
jangan berak dalam kelas. ehe~ takdala, jangan takut bertanya wahai sahabat. yakin dengan diri. kalu takut nanti terberak pula. :P zaman kanak-kanak memang best. kenangan yang sangat indah semuanya. sekarang pon dan masuk tahun 2011. dah tua dah aku rupanya. sekarang susah nak tidor, mengarut je dipagi hari ni. selamat tidur semua. yang sedang study, selamat study, jangan duk stu-do pula, exam dah dekat. semoga berjaya. gambate neh..:)

banyak lagi cerita-cerita aneh di masa akan datang insya Allah.
ok. aku cuba tido.

salam.

4 comments:

Nooreena said...

Takut bertanya, nanti terberak. Haha! Lawak la der..

Masa darjah satu dulu, saya lah budak paling rajin bertanya dalam kelas. Sampai budak-budak lain rasa annoyed. Haha. Takut bertanya tak dapat skor der! :D

Unknown said...

tdoq2~

zo said...

hehe..saya pun ada pengalaman macam ni..obviously bukan sebagai faizal..

hansuke said...

nooreena:
masa saya darjah satu, saya tak suka pon tanya soalan, tapi dapat masuk kelas nombor satu masa darjah 2. nasib je..hehe~

noofaezah:
wei..ko la tido..haha~

liza:
hey, lama kamu menghilang..:P
tula, rsanya, sapa2 pon ada pengalaman macam ni masa darjah satu, yela budak2 kan, semua nak takut, walaupon cikgu kelas baik giler..