Thursday, January 27, 2011

kemaafan dan terima kasih

"perkataan maaf adalah berkaitan dengan keikhlasan dari hati, kerana ia melambangkan tawaduknya sesorang daripada sikap-sikap mazmumah.."

"tiada paksaan dalam menyatakan maaf atau memberikan maaf...."

"cuma kita kena ingatkan diri bahawa tiada manusia insan yang sempurna..."

"kita sendiri pun, bukannya prefect"


Anonymous~

aku sangat tertarik dengan kata-kata di atas oleh seorang pengkomen ni dalam satu diskusi. tiada paksaan untuk meminta maaf tapi maaf itu perlu la ikhlas dari hati. kita manusia tak pernah terlepas dari kesilapan, dan bila tersilap maka perlulah mengakui kesalahan diri kerana kita tak mahu di lihat seolah bersikap angkuh atau sombong atau egoist. kadang-kadang kita tak sedar kita telah pon bersikap sombong kerana tidak mahu mengakui kesalahan. sebenarnya ia sangat halus sebab itu kita tak mampu mengecam apa yang kita sedang lakukan. begitu halus iblis menghasut diri kita untuk merasakan kita tidak melakukan salah sedikit pon, tapi secara 'hakikatnya' kita telah pon berlaku salah pada diri sendiri tanpa sedari. maaf itu perlu kerana Allah. bukan sekadar untuk sedapkan hati orang lain. jika orang meminta maaf kita perlu la menerimanya dengan seikhlas hati kerana Allah, kerana tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan. maka, marilah kita menghayati kata-kata Allah dan pesanan Rasulullah untuk kita semua, semoga mendapat rahmat dari Allah swt hendak-Nya.

Firman Allah:
"jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedahnya kebaikan) yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesannya yang buruk berbalik kepada diri kamu sendiri juga..."

surah Al-Israa ayat 7

Rasulullah saw bersabda:
"Minta lah ampun kepada tuhanmu dengan membaca istighfar, sesungguhnya saya membaca istighfar dan taubat pada Allah tiap hari seratus kali.."

Hadis Riwayat Muslim

Firman Allah:
"dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya"

surah Al-Israa' ayat 36

Rasulullah saw bersabda:
"Siapa yang menghiburkan orang yang ditimpa musibah (bala) maka dia mendapat pahala sama dengan penderita itu"

Riwayat Attirmidzi

Firman Allah:
"sesungguhnya ALLAH tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jua lah yang menganiaya diri mereka sendiri"

surah Yunus ayat 44

Rasulullah saw bersabda:
"tiada seorang yang membuka jalan untuk sedekah atau memberi, melainkan ALLAH akan menambah banyak baginya dan tiada seorang yang membuka jalan untuk minta minta kerna ingin kaya (banyak) melainkan ALLAH akan menambah hajat kekurangannya..."

Firman Allah:
"dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada TUHAN-mu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa"

surah Ali-Imran ayat 133

Firman Allah:
"wahai orang yang beriman (untuk bersyukur kepada ALLAH) ingatlah serta sebutlah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang banyak banyak.."

surah Al-Ahzaab ayat 41

pesanan untuk diri sendiri.

wallahua'lam.

No comments: