Wednesday, January 5, 2011

hutang

Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Iman Ibnu Majah yang berkmaksud:

"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham".

terjumpa hadith ni dalam laman web PTPTN, tibe-tibe teringat orang-orang yang hutang dengan aku masa kat UiTM dulu. masih segar dalam ingatan, masa datang bilik aku nak pinjam duit, nak RM50 katanya nak buat makan. budak ni budak degree dan aku time tu amik diploma je, maklum la nak tolong senior. dalam beberapa jam kemudian budak tu datang lagi jumpa aku mintak tambah RM50, katanya tak cukup, aku pon bagi la, sebab kesian.

malam tu, budak tu datang bilik aku, cerita awek dia merajuk, tak nak angkat call, pergi ke kolej awek dia tak nak kuar, merajuk tahap cipan. aku ingat lagi dia ada cakap: "abis credit aku call dia, tak nak gak jumpa aku". tetibe aku tersentak, "wait a minute" (dalam otak aku berfikir). aku pon terlintas nak tanya, "ko pakai duit yang aku bagi kat ko ke, RM100 tu, ko kata nak buat makan?..."kalu aku tau ko nak beli top-up mampus aku tak bagi". budak tu dengan selamba kata dia terdesak la apa la, time tu aku dah bengang tahap maksima, dia cakap ape pon aku dah tak dengar, yang aku dengar pon time dia janji dia nak bayar balik duit RM100 aku tu bila dia dah ada duit. so aku pon senang hati la sikit. aku pon bukan ada duit sangat masa tu, tu pon duit PTPTN yang aku bagi pinjam kat dia.

lepas pada tu selalu jugak la aku mintak hutang aku tapi dia asik cakap tak ada je. aku selalu message (sms) dia ingatkan supaya bayar duit aku tapi ada je alasan dia. suatu hari pas dia grad dia ada datang UiTM. aku tak sedar pon tetibe dia pegang bahu aku dari belakang, ajak sembang secara private, man-to-man. (sambil bisik) "wei, hutang ko tu nanti dulu la, nak pakai banyak benda, konvo, macam ni la bro, ko bagi number account bank ko nanti aku deposit terus ke account ko". aku terus rasa sedap hati sebab dia dah janji nak bayar selama ni dia asik mengelak je. dalam otak aku kira pasni settle la hutang dia ngan aku. malam tu aku message la kawan aku tu, "ni number account aku, nanti ko ada duit bayar la, orait".

tapi hampeh, bertahun-tahun aku tunggu tak ada pon dia bayar. lepas aku tahu budak tu anak orang kaya, ayah dia siap ada bukak resort sendiri, lagi la aku rasa menyirap, rasa macam dipermainkan, rasa di hina, dan macam-macam lagi perasaan aku. (darah mendidih takyah citer la, ada tahap pemanas air kat dapur aku aku tu kot..haha~).

aku sebenarnya hairan sebab, orang yang berduit ni susah nak bayar hutang. dalam kes budak tu, dah la tipu aku kata nak duit sebab nak buat makan tapi yang sebenarnya sebab nak beli top-up credit call awek, pastu bila sampai masa nak bayar buat tak tahu plak walaupon dah janji nak bayar hutang tu. adakah orang-orang seperti ini adalah contoh orang munafik?

tambah lagi kesengsaraan jiwa bila aku terjumpe budak laki tu dekat stesen LRT Masjid Jamek. dah bertahun-tahun aku tak jumpa atau dengar berita dia. time tu aku baru je start bekerja. aku nampak budak tu ada bersandar kat tepi tiang masa nak turun tangga. aku memang cam la orangnya. dari belakang pon aku boleh kenal (sebab pernah jadi kawan), dengan rambut, badan, style berdiri. (macam berlagak sikit). memang sah la dia. aku mendekati budak tu tapi tibe-tibe aku jadi takut nak tegur, sebab benda dah lama aku tak tahu nak cakap ape, aku takut time tu dia akan cakap kat aku "ala, RM100 je bro". secara tibe-tibe aku tak jadi nak mintak, aku pon blah dari situ dengan hati yang sakit.

malam tu aku termenung. teringat peristiwa tadi. aku tengok budak tu dah pon macam berduit. mesti dah kije gaji besar, pakai baju kemeja cantik-cantik, lepak kat masjid jamek, takkan tak kije lagi kot, dah bertahun dia grad dulu dari aku. aku hairan la, kenapa dia tak ada usaha cari aku pon, padahal hutang tak selesai, kawan plak tu. biasanya kalu kita hutang RM10, selagi orang tu tak halalkan hutang tu, kita akan berusaha jugak cari orang yang kita hutang tu. kita dah tahu bertapa hebatnya dosa orang berhutang tak selesai ni. nabi pon pernah cerita pasal orang dah hampir nak masuk syurga, dah lepas pon tali siratulmustakim, sekali kena masuk neraka balik sebab dia ada sikit hutang yang tak selesai. ("walauwei, takutnya...")

TAMMAT.

tadi aku masuk web PTPTN sebab nak "Kemaskini Maklumat Bagi Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)". apa Ujrah tu? entah aku pon tak tahu. haha~ aku cuma harap dapat kurang sikit lagi hutang yang kena bayar nanti, walaupon dah banyak aku bayar sebenarnya.

alhamdulillah, ikut pada jadual sendiri aku tinggal lagi 4 tahun nak abiskan semua bayaran
. biasanya kalu ada rezeki lebih aku akan "gedebuk" je terus bayar, cepat sikit habis. (ni pesanan minah kat counter PTPTN aritu, bagus pesanan dia, senang hati tengok hutang aku setiap bulan semakin berkurang..alhamdulillah~).

akhir kata, bayar lah hutang selagi masih hidup. kita tak tahu kita mati bila. sape jamin kita akan hidup sampai esok? kalu lepas tulis blog tetiba mati macam mana? kalu takda hutang dengan orang, alhamdulillah la, yang masalah nya bagi orang yang ada hutang. pentingkan benda lain dulu pastu tangguh-tangguh tak bayar, macam yakin je hidup lagi 50 tahun, tak kisah la sikit atau banyak, cepat-cepat la bayar hutang sebelom terlambat.

wallahua'lam.

2 comments:

Nooreena said...

Sepatutnya kamu pergi je kat kawan kamu tu, tanya elok-elok bila nak bayar hutang. Hak kamu, kalau kamu tak pertahankan, tak bagus. Tapi janganlah tanya style 'along', bawa pedang pisau bagai.


Saya ada hutang kamu tak? :P

hansuke said...

haha. kamu hutang saya ape?