Tuesday, May 4, 2010

hujan lebat

sekarang ni tengah hujan lebat. dah lama tak hujan macam ni. bunyi guruh dan petir bergema tak macam hari yang lain. semua laptop dan komputer di rumah aku ditutup sebab takut disambar petir.

kilat sambung-menyambung, guruh pula seperti marah akan sesuatu, mungkin pada manusia yang sentiasa lupa. letupan demi letupan kedengaran seolah-olah perang dunia ke-3 sedang berlaku. degupan jantung aku terhenti seketika kerana takut.

sungguh hebat bunyi laungan guruh diiringi petir yang sangat kuat. orang-orang tua kata petir sebenarnya sedang mengejar iblis dan jin untuk dipanah, lintang pukang mereka melarikan diri. kalau lah kita boleh nampak macam mana bentuk kejar mengejar itu agaknya?

entah mengapa bunyi-bunyi ini aku rasa sangat indah tapi pada masa yang sama ia juga amat menakutkan. mungkin juga terfikir pada zaman kecil-kecil yang aku selalu rasakan Allah sedang marah pada makhluk-Nya.

itulah kehebatan ciptaan Allah SWT. aku kagum dengan bunyi yang hebat ini. kadang-kadang kita lupa akan kejadian alam. siapa pencipta langit dan bumi dan kita seolah-olah leka dan bongkak dengan diri sendiri memikirkan kita sangat hebat. ada juga antara kita mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan sedikit pon tak pernah terlintas dihati untuk menrunung kekuasaan yang ada pada-Nya.

kita tak sedar yang alam sedang tunduk kepada pencipta, hujan yang turun melambangkan tunduk kepada Allah, daun-daun dan pokok semuanya sedang tunduk, guruh dan petir, ombak yang memukul pantai, tiupan angin yang dingin atau kencang semuanya sedang berzikir kepada Allah. secara langsung setiap makhluk Allah sedang berzikir setiap masa, cuma kita saja yang terlupa akan kejadian yang Maha Hebat ini.

hari ini aku terdengar sesuatu yang sangat aneh. bunyi petir dan guruh seolah-olah sedang melaungkan "Allahuakbar!", "Allahuakbar!". seolah-olah mengingatkan aku yang sentiasa lupa ini. tiba-tiba dada sebak aku tahan.

tak pernah aku rasa seperti hari ini. bunyi-bunyi yang sangat mengagumkan. ia berlarutan agak lama, tak seperti hari-hari hujan yang lain. angin bertiup dengan kencang tak ubah seperti ribut sedang melanda. dengan hati yang redha aku tunduk kepada sang Pencipta. Allahuakbar!.

p/s: post ni dah lama, baru taip balik kat blog..:)

13 comments:

KaCanG MaSiN said...

oooo...dh lama tulis...
masa aku baca entry ni, aku tertanya2....ko kt mana??

nyway ko tau tak dak kls kita ms DIA nk wat reunion? tp tmpat n masa stil lagi x konfem...stil bincang2...

Nooreena said...

Salam. Baru je nak tanya, "kalau tutup laptop sume, camne boleh tulis entri kan?" :D

Pernah dengar cerita, kalau orang buat maksiat masa hujan, setan ada dekat-dekat dengan depa. Jadi berjaga-jagalah. Sebab nanti kena panah petir. Haha. Tapi jangan la pulak buat maksiat masa tak hujan pulak ye.

Ada kawan takut sangat dengan petir. Dia akan tutup semua cermin yang ada dengan kain. Saya pun tak tahu apa signifikannya dia buat camtu.

Segala apa yang Allah ciptakan adalah untuk kita berfikir, dan akhirnya mengkagumi kebesaranNya. Tapi sekarang ni orang lebih kagum dengan ciptaan manusia i.e kereta, rumah, KLCC. Hadoi.


PS: My friend once said, when a man cried it doesn't mean that he is more feminine or mengada-ngada. He is kinda cool. Susah tau mau tengok lelaki menangis.

hansuke said...

kacang masin:

aku kat umah sewa la. aritu hujan lebat giler, ribut plak macam nk runtuh appartment..haha~

nanti dah jadi impom la aku. mana tau kot2 aku busy ke apa ke hari kejadian.

oi boosuk, tahniah kawin. semoga bahagia ke anak cucu..:)

hansuke said...

nooreena:

salam. eh, saya ada tulis saya nangis ke? mana ada..hehe~

ha..kamu mesti tak baca sampai abis, kat "p/s" kan saya ada tulis baru taip balik kat blog, saya tulis kat atas kertas dulu la sebelom tulis kat blog..:)

ramai yang percaya yang kalu mereka banyak buat dosa, nanti kena panah petir, saya selalu je dengar orang yang lari menyorok bila dengar guruh dan petir sebab mereka terlampau banyak buat maksiat. tau pon takut..haha~

Nooreena said...

Saya tahu kamu menangis. Admit saje. Hehe~

gaban said...

kilat sabung menyabung... :)
itu tandanya ada diantara syaitan yang sedang mencuri dengar bualan Allah dan malaikat. mestila yang jahat akan dikejar dan dihukum.

macam kita manusia jugak, kalua ada yang mencuri dengar bualan kita dan menghebohkannya sudah tentu timbul rasa tak puas hati.

dalam konteks bualan Allah itu, tak taula apa yang dibicarakan. hanya Allah sahaja yang tau.

dan bagi manusia yang ada buat dosa, dan dikejar seperti panahan petir itu, aku rasa insyaallah tak akan ada yang berani untuk bermaksiat secara teramg-terangan di lantaian bumi ciptaan Illahi ini.

kerna manusia tak pernah akan rasa bersyukur dan puas dengan apa yang dimiliki oleh kejayaan nafsu. jika itu semua dimiliki hati yang beriman insyaallah dihatinya dilidungi kalimat allah maha besar.

pelbagai bentuk teladan dan pengajaran secara tunai diberi pada masa sekarang, tapi itu semua gagal dilihat oleh kita. apa yang disampaikan amat jelas, dan apa yang dibalas amat terang.

hansuke said...

gaban:

salam.

giler lah. 1st time ko komen post aku. tahniah ko semakin berani dan banyak berfikir sekarang, post ko pon semakin menarik issue2nya..huhu~

aku tak tahu pasal perbicaraan Allah dan malaikat tu thanks for sharing, tapi yang aku tahu cuma alam sebenarnya sentiasa berzikir kepada Allah.

bila dengar bunyi-bunyi ni aku terlintas dihati itulah yang dimaksudkan zikir tu. nanti bila ada guruh lagi atau petir cuba ko menghayati betol2, mesti ko akan rasa lain.

bila dengar guruh atau petir, kita boleh rasa kehebatan Allah SWT, cari la manusia mana yang boleh mencipta petir, guruh dan kilat seperti kerakaan sang Pencipta. memang tak ada. mustahil akan ada yang sama. sebab itu ia sangat hebat.

neway, thanks for your komen. aku sentiasa rasa ko ada bakat penulisan. teruskan menulis.

gambate kudasai!..:)

Liyana said...

salam hansuke roma. apa khabar?

bercakap pasal guruh dan petir. ada tertulis pasal ini dalam ar rad ayat 12-13

semua atas muka bumi ini berzikir kepada Allah, semua. semua yang Dia ciptakan. termasuk lah gunung batu pokok daun haiwan dan sebagainya. sepatutnya kita sebagai khalifah atas muka bumi ini kena lebih-lebih lagi ingat kan. uhuk~

pastu orang2 yg berbuat maksiat itu sebenarnya adalah golongan minoriti kalau nak banding dengan seluruh penciptaan termasuk sistem cakerawala yg kita tahu dan yang luar batas pengatahuan kita yang Allah dah cipta. semua pun islam dan berzikir kepada Allah. ada seseorang pernah cakap. "even batu pun berzikir kat Allah, kita buat benda pelik2. buat malu je"

apa pun. terima kasih kerana mengingatkan....

wallahua'lam

:) :)

-si pelupa-

hansuke said...

liyana:

salam.

ingatkan kamu busy bersosial sampai lupa nak visit blog saya hehe~

a'ah. tula. saya dah agak dah ada dalam al-quran pasal alam berzikir tu, tahu ada terbaca tapi lupa sumber bacaan kat mana..:) terima kasih keran ingatkan.

saya pon ada baca gak pasal batu berzikir tu tapi lupa dah kat mana hehe~ dalam tu ada jugak sebut pasal ombak, daun, pokok semuanya sedang berzikir. kadang2 bila lalai rasa malu juga.

kita manusia yang asik lupa. saya pon tak terlepas la.

thanks for dropping by..:)

Amar san said...

alamak. panjangnya komen2 org lain.

ni yg aku kalah ni. haha

Erina Asmawani said...

salam..terima kasih sbb drop ur comment on my last entry. Its really meaningful, bagi kesedaran kat saya yg sebelum ni agak down pasal ape yg terjadi. Thanx 4 ur opinion ;)

Subhannallah.CiptaanNya mmg agung.Tak semua org dapat pengalaman cam awak tu. U r lucky ;) Allah Maha Besar

Anonymous said...

wow.i like the way u write. best. mmg btul2 "minalqalbi" kan? he. thanks. satu ketukan yang terkesan dihati. buat dri yg sering leka dan alpa.

hansuke said...

lyana hamid:

eh. dah abis exam? hehe~
thanks for dropping by.

datang dari hati, amik pen tulis je cepat-cepat sebelom hilang..:)