bila jam kat KL ni ramai orang akan start honking orang lain. sesetengah orang jadi biadap giler, pentingkan diri masing-masing, tak kira dah orang lain, janji diri sendiri boleh lalu.
ada hari tu aku dan abang bawa kereta menuju tesco rawang, abang yang drive. dari setiawangsa dia ikut mrr2 dan melalui bulatan batu cave, dekat sikit katanya jalan ni. sekali sampai bulatan batu cave tu, jam tak ingat punya, motorsikal pon tak boleh nak cilok-cilok.
lebih 1 jam kami jam kat situ. sepanjang penantian yang menyakitkan hati tu aku sempat la perasan beberapa perkara untuk bebelan dalam otak aku ni.
aku perasan dalam masa sejam tu, ramai je boleh 'keep their cool'. boleh sabar la kira. kami pon sama. kena maki banyak kali pon ada, bumper belakang kena langgar sikit sebab orang yang ikut belakang tu rapat giler sebab tak nak bagi orang lain cucuk line mereka (sapa yang pernah drive kat KL akan tahu).
hampir sejam berlalu kat situ, sekali ada kereta belakang start 'honking' banyak kali. dan disitu lah permulaan budaya yang terkenal tu, hon sana hon sini. macam la bila hon kereta terus boleh gerak. sekuat mana pon mereka hon kereta tetap jugak tak boleh bergerak (macam bodoh sapa yang hon tu). padahal macam la dia sorang je yang nak cepat, orang lain pon ada hal masing-masing tapi boleh je stay cool.
aku perasan, sebenarnya terjadinya jam sebab orang yang 'stuck' dalam jam tu tak sabar, ego, selfish, panas baran, dan lain-lain la yang ada dalam diri mereka. kalu ikutkan style dibarat sepanjang aku duduk sana, tak pernah sekali pon jika jam orang ramai akan start honking. selalunya walaupon jam, kereta akan tetap jugak bergerak. kalau di malaysia, jika jam bergerak bila ada polis yang mengawal keadaan jam tu. tapi selalunya jam disini tak gerak langsung, sebab masing-masing keras kepala tak nak bagi orang lain jalan dulu.
itulah beza orang kita kat malaysia berbanding orang kat negara barat. bila ada polis untuk mengawal keadaan baru lah nak jadi disiplin, baru nak ikut peraturan (padahal terpaksa sebab polis yang jaga, kalau tak ada sikap 'mampus ah ko aku nak jalan'). pengalaman aku di UK, driver mereka sangat lah tak selfish bila memandu. jika jam mesti ada orang akan bagi kita lalu dulu, dengan harapan orang lain akan bagi dia lalu nanti, dan memang pon, arwah ayah selalu bagi orang lain lalu dulu dan bila kereta yang nampak tindakan ayah aku macam tu, diorang pulak akan bagi laluan kat orang lain, dan perkara ni akan berulang bagi orang seterusnya.
maka, sepanjang kami kat sana tak pernah sekali pon berada dalam jam yang tak bergerak. mesti gerak punya dan campur pula tak ada langsung orang yang hon orang lain. sebenarnya tak ada langsung budaya hon disana. hon disana macam tak ada fungsi gitu.
yang aku kuciwa sebenarnya, budaya kita banyak ketinggalan. padahal budaya tak penting diri sendiri ni adalah ajaran agama islam dan masyarakat yang mengamal nilai-nilai islam yang murni ni ialah orang-orang dibarat. aku perasan, ramai je orang melayu yang sabar bila jam, sopan bagi orang lain dulu. tapi bila orang kita yang start bagi kat orang lain lalu, maka terjadilah perkara "wah, ko bagi aku pon nak lalu gak". so bila perkara macam ni berlaku maka berlaku la pergerakan satu hala saja, dan untuk bergerak terpaksa lah mencucuk line balik, dan faham-faham sendiri la betapa penting diri nya driver kita di malaysia, bukan setakat tu je, siap bagi maki pon ada jugak, panas baran tak ingat dunia. kebanyakannya orang bukan melayu la maki-maki orang ni, tapi sekarang ni kita pon boleh jumpe malayu dan bukan melayu sama je perangai, 1 malaysia katakan.
sebenarnya ramai je orang malaysia kita yang sabar. bukak tingkap, mintak nak lalu dulu, orang macam ni aku tabik la. orang-orang macam ni la aku rasa sangat civil dan mempunyai sabar dan nilai sopan tahap tinggi. kalu orang bukan islam lagi la aku tabik kalu buat macam ni (ada nilai islam dalam diri). orang islam kita ramai je macam ni, tu pon aku tabik.
kalu ikutkan, segelintir je makhluk yang kurang ajar sebenarnya. tapi bila ada makhluk-makhluk macam ni, orang lain akan jadi tension dan orang-orang yang sabar pon akan jadi tak puas hati dan akan wujud secara sendirinya sifat kurang ajar untuk menyesuaikan keadaan. orang yang tak penting diri pon akan jadi penting diri jugak. yela, kalu sopan je sampai bila la tak dapat gerak. maka wujud la budaya kurang ajar antara kita secara tak sengaja.
sebenarnya tu kali pertama aku stuck dalam jam kat KL ni (sebab aku suka naik motor kurang jam). dan betapa tension nya bila lihat ramai orang kurang ajar. aku rasa salah satu faktor orang kat KL ni ramai yang tak beberapa elok perangai sebab bila stuck dalam jam, sampai terlepas solat. cuba kita pikir sejenak, jika jam pukul 6pm, akan melarut sampai pukul 7.30pm, kalu yang tak solat asar lagi misalnya, akan terlepas waktu sebab dah masuk waktu magrib, tapi kalu jam tu stuck sampai 2 jam macam mana? maka terlepas la waktu magrib tu sekali.
maka bila solat pon tak cukup, orang pon jadi tak tenang, tension je, nak marah je, pastu esok nak lalui jam lagi. so dalam seminggu berapa kali je penuh solat 5 waktu tu? pastu bila jam lagi kurang ajar akan berlaku sebab tak boleh tahan sabar. padahal orang solat kena banyak bersabar, banyak tenang dalam semua perkara, bersopan dengan orang lain. so, dah tinggal solat banyak kali, nanti bila dah terbiasa tinggal solat maka lama-lama tak solat terus. ke camana?
entahla. kalu membebel memang tak habis. nak ubah orang pon memang tak guna sebab berubah datangnya dari hati, nak paksa-paksa pon tak boleh. dah jadi budaya dah kurang ajar di jalan raya kat malaysia ni. nak salahkan sapa? aku pon tak tau nak start kat mana.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Phew~ Ni macam tulis surat aduan gayanya. Tapi kan, bagus juga kalau tulis surat kat paper. Baru terbuka sedikit pemikiran rakyat 1Malaysia ni. Yang paling best, hantar kat Aduan Rakyat.
Budaya hon-hon ni memang bikin orang geram. Bukan kat KL je, Penang lagi teruk terutamanya oleh penghuni majoriti di sana. Diorang ni memang takde sikap sabar. Sket2 nak hon.
Eh, takmo tulis panjang2. Sebab ada orang ingatkan saya untuk "Complain less, smile more."
:)
Eleh, tu baru duduk Malaysia. Tak duduk sini lagi. Kalau duduk sini, jalan kaki kat tepi jalan sampai rapat2 kat dinding pon kene honk. Paling tak tahan tengah jalan2 lori besar cam &^%$% tiba2 honk padahal kita bukan jalan tengah2 jalan pon. Terkejut ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Panas plak tiba2. Hari2 kene honk macam xde tamadun betul orang kat sini. Walaupun diaorang kata honk untuk bagi amaran.Pehal nak bagi amaran kalau aku jalan xamek line ko pon urgh! eh, tiba2 jadi increadible hulk
demm panjang sial entry ko!
jam kl mmg mampos.. sbb tu bila dah lama duk kl, kite akan tau time yg sesuai tuk amik jalan tertentu.. kita akan tau masa bila jalan ni akan jam masa bila jalan ini clear.
kereta aku baru angkat xsampai 4 bulan dah 5,6 scratch kat badan.. sedih kan? siap mengadu kat mak ayah d kampong lg..
"engkau tu duk kL sapa suwoh.. mmg la org kl bawak kete macam lahanat.. terime jer la.."
oh ya.. d terengganu pon tak mengamalkan HON..
noreena:
nak buat aduan kat sapa la noreena oi. kita gak yang susah hati..haha~
donut:
yela tu indon. ni malaysia, rakyat kita, orang melayu kita, orang islam kita, lain sedih bila lihat bangsa sendiri. entah la..:)
cyrusdavirus:
bukan aku la yang drive, abang aku.
haha. mengadu kat mak ayah yang tak tahan tu..:)
aku lagi suka bawak motor la bro, senang nak cilok, cepat sampai pon cepat la, cuma probability nk accident tu lagi tinggi la.
aku bawak keta bila perlu saja kat KL ni, tapi tu la point aku, lama2 kita yang bawak keta secara sopan pon terpaksa ikut kuang ajar diorang sebab nak sesuaikan dgn keadaan, kalu tak sampai bila nk gerak kalu tak cucuk line tu, tak cmtu?..haha~
noorena:
haha kesian plak saye dgar "complain less smile more" ish2!sabar jelah!
bleh komen je ape2 pun!jadi puas hati!hahah
donutcokelat:
oh cmtu eh kat kl!kadg2 bkn ker kt malayia pun cmtu gak ker? masing2 nak kejar mase lah kate kn!sibuk dgan kerja smpai tak ingat dunia pun ad!ish2 ape nak jadi lah!huhu
cyrusdavirus
ish2 sampai ngadu kt mak ayah eh!huhu
hansuke
tu lah kan!sedih nye tgok org melayu ISLAM plak tu !sikap biadap ni kalau diikutkan dalm sejarah ketamadunan islam ialah sikap yang sangat tidak elok,dicela terkutuk, dan tidak bertamaddun! kate syed naquib at-Attas kate definisi tamadun menurut islam lebih kurang mcm ni ah: kemajuan sesebuah negara atau masyarakat meliputi aspek lahiriah dan rohaniah.
kate Ibnu Khaldun pula: tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait
dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat
kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan
kualitinya.(termasuklah dgn kemajuan dalm industri kenderaan dll)
walaubagaimane pun!orang melayu kite di malaysia ni hanya lah maju dalam bidang lahiraiah je.maksudnye maju dari segi pembangunan perindustrian perkilangan dn sebagainye tapi masih blum kukuh dri segi kerohanian! jadi jika masyarakat tertentu masih lagi blum hebat dri segi kerohanian, maka termasuk dalm golongan yang tidak.....???
jdi benarlah kate hansuke org kite jauh ketinggalan .perangai biadap mirip2 mcm setan tak pndai nak hormat orang,bersopan santun.same lah situasi kt jam kereta tu!!kate agama islam tp dimanakah ketamadunan yang sekian lame dibina oleh ulama2 n cendikiawan2 islam selama hampir 12 abad?
tgok negara eropah!mereka sudah mengkaji n menyelidik ketamadunan islam dulu dan boleh je diaplikasikan ke dlam masyrakat mereka pun! jadi kate org2 tue:NOTHING IS IMPOSSIBLE. jike org bukn islam bleh buat, maka kite?cume mereka je tidak sedar n tak mahu berubah n beramal!sia2 lah belajar selama ni!ad ilmu tpi tak amal!pepatah arab ad menyebut"ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah"takde hasil pun!pepatah saye plak" ilmu tnpa amal ibarat kereta takde stereng" hahan gurau je!
wallahu a'lam!(sorry jika terkasar bahase)
sunnah sufi : bukan di KL atau Malaysia. Harap maklum -__-".
Hansuke : Saya memang suka condemn kan :P yelah. tu malaysia. saya bukan kat malaysia -__-". Hari2 kene honk dengan pakcik angkot sebab tak nak naik angkot diorang. Orang Malaysaia memang pantan betul kene honk kan. Orang sini rilek2 je. Kitorang je selalu nak baran2 bising2 bila kena honk. Lepas tu nanti semua orang pandang kita. Malu tapi panas hati tak peduli. hahaha!.
donut:
saya sbrnya bukan cakap pasal honk pon.
message sbrnya saya ialah sikap orang islam kita yang tak mengamalkan sifat yang islam ajarkan kepada kita.
islam mengajar kita untuk bsopan dengan orang lain bukan bersikap biadap yang kita selalu jumpe di jalan raya especially pada waktu jalan jam.
soal pantang atau tidak kena honk itu bukan issue nya..:)
eleh nanti kamu balik juga kan kat malaysia..ces..huhu~
sunah suffi:
salam. alhamdulillah. ada juga orang yang faham dengan post ni.
itu la dia, yang saya cuba bincangkan sbrnya. issue tamadun dan nilai islam yang ada dalam masyarakat kita.
sampai bila kita mahu terikut orang lain yang biadap bila dijalan raya?
sampai bila perkara ini harus diteruskan?
misalnya ramai pemandu kita yang pentingkan diri sendiri. contohnya bila jam, mereka mahukan orang lain memberikan laluan untuk mereka tapi tak pernah mahu memberi peluang pada orang lain.
sifat seperti ini sangat pentingkan diri (selfish) kerana tidak memikirkan akan orang lain.
untuk berubah kena bermula dalam diri kita dulu baru boleh tarik orang berbuat yang sama.
contohnya jika dah 'macam lahanat' orang kita bawak keta, maka perlukah kita berbuat seperti mereka?
sudah tiba masa untuk kita berubah menjadi lebih tamadun, ini la yang saya rasakan satu langkah untuk membaiki jati diri kita, bukan sekadar membiarkan saja kerana ia sudah lama berlarutan atau pon sudah jadi satu budaya dalam masyarakat.
bukan masa kita untuk membiarkan saja dengan meredhakan perkara yang kurang menyenangkan hati itu, masyarakat kita, orang kita, orang muslim juga yang akan dipandang kurang bertamadun.
akhir sekali. post saya ini bukan untuk mengutuk perbuatan yang sudah lama ini cuma untuk membangkitkan kesedaran untuk difikirkan sama-sama demi kebaikan umat islam terutamanya.
maaf saya ucapkan, siapa yang makan cili dia merasa pedas.
wallahua'lam.
Post a Comment