Saturday, May 1, 2010

faraid

menurut istilah syarak, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. so dalam kes keluarga aku, arwah ayah tak tinggalkan wasiat, maka kena la ikut hukum faraid untuk pembahagian harta pusaka.

dah hampir setahun ayahanda meninggal dunia, tempoh hari kami sekeluarga di perintah ke mahkamah untuk penbahagian harta pusaka arwah ayah.

contoh pembahagian harta ialah seperti berikut, aku cilok di laman web http://maths.usm.my/faraid/msl/faraid.asp


alhamdulillah semuanya selesai. walaupon pegawai yang bertugas bicara tu agak kurang ajar banyak, anggap keluarga aku macam orang kampung (nama je pegawai tapi otak sempit) apa-apa pon janji semua dah selesai, ikut la dia nak cakap apa pon. padahal dalam hati kami yang gelakkan pegawai tu sebab tak pikir dulu sebelom bukak mulut dia, nak gak dia je yang betol, kami mengiakan aje sebab takut tak lulus permohonan faraid. pegawai tu contoh terbaik orang berlagak tak sedar diri. aku tunduk je masa pembicaraan sebab tahan nak marah dengan orang berlagak tak ubah seperti iblis.

apa-apa pon dalam pembahagian harta anak lelaki akan dapat lebih dari anak pompuan, kalu tak percaya tengok pecahan kat laman web yang aku link kan tu. hehe~ so kepada anak pompuan, jika tiba masa anda nanti untuk pembahagian harta, sedia lah untuk terima hakikat hukum faraid jika si arwah tidak meninggalkan wasiat.

wallahua'lam.

4 comments:

donutcokelat said...

walaupun saya orang negeri sembilan, adat perpatih, tapi saya tak rasa saya akan ikut walaupun mengikut adat perpatih anak perempuan dapat lebih. memang patut lelaki dapat lebih sebab nak tanggung anak bini. lagipun sekarang pon dah rasa dapat lebih dari adik beradik lelaki lain sebab saya sorang perempuan. hahaha. hidup bergembira. btw, takziah atas pemergian ayah anda. semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 soleh. amin~

hansuke said...

donut:

oo kamu om nogori rupenya..bab pepatih saya ada dengar jugak tapi tak amik tau lebih la cuma tau camtu2 je..:)

saya pon setuju jugak. dah dalam islam kata camtu kenapa kita tak nak ikut plak kan. dalam syarak pon kata disebabkan lelaki ada tanggungjawab lebih nanti maka kena la dapat lebih. saya rasa itu pon dah cukup adil.

walaupon saya sebenarnya tak kisah pon dapat ke tak harta peninggalan arwah ayah tapi kalu/jika hendak dibahagikan kepada keluarga saya lagi suka ikut hukum. lagi pon arwah ayah memang sangat mementingkan dan mengutamakan hukum agama termasuklah hukum faraid.

neway, thanks. semoga dia ditempatkan bersama orang2 beriman.

wallahua'lam

Amar san said...

dolat org negeri? kawan saya org negeri tp dia kata dia akan banned org negeri no1.

hahahaahahahha!! (gelak jahat)

rakuban said...

klo lelaki yg ad ank ppuan.klo xsilap bg la sblm mningal,klo nk bg lebih kt anak ppuan.lg pon ad tbaca,lelaki dpt lebih sbb kne share dgn anak n bini.klo ppuan dpt,hak eksklusif.suami n anak xde hak..