aritu balik kampung, ada sedara meninggal dunia. baru je jumpa bulan lepas sekali dah pon pergi meninggalkan kami semua. sejak dua menjak ni aku asik sentuh pasal mati je, tapi apa kan daya memang benda ni kita kena lalui jugak, dan aku kadang-kadang takut giler kalu pikir pasal mati. masa jenazah ayah, aku dan abang aku mandikan, aku tengok je muka arwah ayah, senyum je, macam tak mati je, perasaan memang dah blur habis, aku rasa time tu aku la paling kuat kononnya sebab aku langsung tak menangis, sampai kawan baik aku dengan penuh sebak datang kat aku cakap, "ko kuat bro, ko kuat giler", aku plak sebak tgk member aku sebak, padahal dalam hati macam dah hancur berkecai, aku simpan je masa kat atas sejadah, orang tak nampak.
kalu pikir balik, sapa tak takut mati? bila dah sampai masa, macam mana perasaan nak kena tarik nyawa, dalam alam barkhzah macam mana pulak? disisi Allah kita kat mana sebenarnya? amalan kita dah cukup ke blom, dah ok ke tak? dah ready ke nak mati? cuba tanya parents dah sedia blom nk mati, mesti jawapan diorg "ya, dah ready", kalu parents yg tak solat tu aku tak tau la apa jawapan diorg kan. kalu kita? dah ready ke? aku kompem la tak ready, byknya dosa, uih takut btol.
kita manusia memang takleh lari dari dosa, sebab syaitan sentiasa bersama kita, sapa lagi kalu bukan hawa nafsu, setiap manusia dilahirkan bersama syaitan ni atau lebih dikenali sebagai jin, kalu tak silap aku nama jin ni 'qarin', dari sejak lahir sampai la kita dewasa jin ni takkan mati. "huh, biar btol bro?", ye! no kidding man! aku tak tipu. kita lahir bersama jin ni, rupa sama, kelakuan sama. kita pandai berjalan, dia pon pandai berjalan, kita pandai berkata-kata, dia pon pandai berkata-kata, kita tahu kira dua kali lima, dia pon boleh buat benda yang sama. so, apa je beza si jin dengan kita ni? beza dia, si hawa nafsu ni sentiasa menghasut kita kearah keburukan supaya kita terpesong dijalan Allah. ya, korang pon dah tau kan kisah iblis dan nabi Adam a.s, apa saja iblis akan cuba memesongkan manusia ke arah kemungkaran.
kisah Rasulullah dalam Riwayat Muslim ada cerita pasal ni, Siti Aishah isteri baginda pernah menceritakan kepada sahabat macam ni la lebih kurang:
Rasulullah keluar rumah, aishah pon naik jeles, bila rasulullah sampai umah beliau nampak aishah tengah cemburu,
Rasulullah: "hai aishah! adakah engkau cemburukan aku?!
Aishah: "bagaimanakah orang macam aku ni tak merasa cemburu terhadap engkau?"
Rasulullah: "kenapa sampai begitu? apakah syaitanmu telah merasukmu?!"
Aishah: "hai Rasulullah! apakah aku punyai syaitan?
Rasulullah: "benar!"
Aishah: "apakah syaitan itu ada dengan semua manusia?"
Rasulullah: "benar!"
Aishah: "dan engkau juga ada syaitan?!"
Rasulullah: "benar, akan tetapi Tuhanku membantuku terhadap syaitan itu hingga akhirnya dia menyerah kalah"
dalam riwayat lain ada jugak kata syaitan Rasulullah tu dah masuk islam dan dia tak menyuruh Rasulullah kecuali yang baik-baik belaka.
itu jin Rasulullah, kalu kita macam mane pulak? kalu kita ikut katanya, dia akan jadi gemuk, selagi kita ikut dia lagi tu la dia akan jadi kuat, sampai la kita tak mampu lagi mengawal jin kita tu, semua kata-kata dia kita akan ikut, itu la hawa nafsu yg pandai lagi licik.
ada satu kisah yg Rasulullah berada ditempat kejadian ketika dua orang saudagar sedang bertemu di suatu tempat, Rasulullah nampak dan dengar jin dua orang saudagar ni, orang lain tak nampak atau dengar kecuali Rasulullah saja, sebab nabi kan boleh lihat dan dengar benda yg graib, lebih kurang macam ni la ceritanya.
si jin saudagar A: "wah, ko kurus giler, ape citer bro?"
si jin saudagar B: "sedih aku, tuan aku ni langsung tak ikut kata aku, apa yg aku cadangkan dan suruh semuanya dia tolak, semua yg baik-baik je tuan aku ni nak buat, mati la aku kali ni, tengok sampai kurus giler aku"
si jin saudagar A: "alahai, tengok aku ni, gemuk giler, tuan aku ni memang ikut kata btol, semua je aku hasut dia ikut, happy nya aku tuan aku macam ni"
hm..gerun jugak kalu kita bole nampak jin kita tu kan? tapi maybe setakat ni mungkin sapa-sapa pon penah alami bisikan entah dari mana dalam hati suruh kita buat jahat la apa la. "ala, sikit je, takda orang nampak pon" atau "ceh, ko solat ni betol ke tak? atau "betol ke ko sembah tuhan ko tu?" atau "masuk kristian je la" bermacam-macam lagi la, anda sendiri yg menilai pengalaman masing-masing.
yg kita harus ingat, kalu jin kita dah besar, sah-sah dia yg men-control hidup kita, salah satu contoh semua benda nak beli ikut nafsu, yg ni nak, pastu yg ni plak, esok nak ni, oh yg tak cukup baik nak yg lagi best dan lagi dan lagi. padahal pikir-pikir tak perlu pon. maknenya kita dah kalah dengan hasutan dia. pastu, pantang ada duit, ada duit RM10 habis RM10, ada RM100 habis RM100, ada RM500? sama jugak. dah tak tau nak beza mana baik atau tak baik. kenapa? sebab kita dah kalah, sebab dia terlalu gemuk, dia dah mampu mengawal semua pemikiran kita dan semua pemikiran kita tu dia tipu supaya kita rasa ia nya semuanya kebaikan untuk kita tapi sebenarnya tak pon.
begitu lah licik nya syaitan sebab mempunyai beribu-ribu tahun pengalaman. seperti ada satu kisah ni iblis sebenarnya menyimpan atau buat spare seekor syaitan dari berbuat jahat, syaitan ni disimpan hingga 400 tahun lamanya tanpa bertugas, duduk relax supaya dia fresh dan sihat, bila dah sampai masa syaitan yg disimpan ni akan dilepaskan untuk menjalankan tugas dia menghasut manusia, "ok, dah tiba masa kamu, pergi, do your best!!" kata ketua iblis. time tu syaitan ni sangat rajin dan tak mudah berputus asa sebab dia sihat dan masih gagah perkasa.
sebaliknya, jika jin kita tu kurus, maka kita dah mampu mengawal dia atau dengan kata lain mampu mengawal nafsu, maka hawa nafsu kita pon boleh jinak. tapi bukan bermakna dia tak boleh jadi gemuk balik, boleh je jika kita lalai di masa akan datang. maka sebaik-baiknya kita teruskan amalan baik kita, taat kepada Allah setiap masa, hilangkan sikap sombong dalam diri, ujub, riak, perasan bagus, takkabur dan perasaan yg sewaktu dengannya.
sebenarnya benda ni boleh dikatakan satu penyakit la jugak. contoh, kalu kita dah salah dan ditegur atau dibagi nasihat, jika tak mampu nak kawal jin kita tu, maka seseorang tu akan cuba lari dari ditegur sebab maybe jin dia dah menghasut dia, tapi kita tak sedar pon sebenarnya, kita tak sedar kita dihasut supaya pikir benda tu adalah terbaik (lari).
kenapa aku cakap camni? sebab, kalu seseorang tu mahu kepada kebenaran misalnya, atau mahu berubah atau bertaubat, jika ada yg menasihati, kenapa melarikan diri? bukankah mahu akan perubahan? maka anda akan sanggup apa saja kerana Allah. jika dah bertaubat tak perlu takut lagi. sepatutnya kita harus mendekati orang-orang yg beriman supaya kita tak lagi terjebak dalam kesesatan. dah nama pon kita tak nak lagi berpaling ke belakang, nk lupakan hidup lama, maka buka cerita baru, cari kawan baru (yg beriman), suasana baru, ilmu baru. insyaAllah akan selamat. takda maknanya jika Allah menjanjikan kebaikan kepada orang-orang beriman, last-last Allah tak tunaikan pon, itu bukan Tuhan nama nya tapi janji-janji dari iblis yg dilaknat Allah Taala.
itula dia, bebelan aku pada diri sendiri, sedikit sebanyak pengetahuan kepada umum mungkin. aku yakin dah ramai yg dah tahu pasal semua ni. yg dah tahu tu takpela kan, bagi yg baru tahu tu, pandai-pandai la korang control diri. yg paling penting, kita harus ingat, syaitan kita sentiasa ingin menghasut kita untuk membuat kejahatan, sikap ujub, riak, berlagak, sombong, perasan bagus, perasan cantik, lalai terhadap Allah dan sebagainya, senaraila sendiri, terpulang kepada kita sendiri untuk mengawal syaitan kita tu, buat lah kebaikan, tambah la amalan zikir, puasa dan solat sunat, yang wajib tu tak yah la citer kan, dah nama pon wajib, supaya kita tak mengemukkan si syaitan kita dan semoga dia tak mampu menpengaruhi sedikit pon perasan kita kearah yg salah. byk lagi la benda untuk kebaikan menuju Allah Taala, yg ni kena tanya yg lagi arif la kan, nk senang GOOGLE aje..:)
selamat mencuba, selamat beramal!! (macam prof izzy la plak dalam radio hot fm tu. haha~)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
yelah..takutnye mati.tapi insaf kjap je.pastu jd jahat balik.bile nak taubat ni...aishhh
alamak, aku ingat aku yg first komen.. ni yg nak merajuk ni, haha
hua2! mampu baca sekerat je. sampai jin a kurus Jin B gemok. Pastu xlarat panjang sangat. Perangai buruk betul.(padahal cuak sebab baca malam2 pastu background hitam cam misteri).sambil2 tu jeling2 kiri kanan. huhu~ selamat beramal.
salam
saya nak sentuh bab mati.
saya ada kawan study group. jadi mcm rapatlah juga. akhir pertemuan kami die siap pesan "kahwin jgn lupa jemput, jg diri and belaja rajin2" dia byk bg pesanan kpd org yg sll buat silap mcm saya dulu. kami terpisah sebab dia dapat belaja jauh di tessie, tp ttbe die meniggal accident. pendarahan dalam otk. Allah lebih sygkan arwah. sgt tergamam sebab pergi mcm x disangka2. mcm tu je. beberapa lama juga sy mcm xboleh terima sebab mcm xpecaya. macam baru je cakap dengan arwah. sebab kami chatting2 selalu rasa macam arwah masih ada, tp bila dah belaja. betullah kata imam ghazali, paling dekat dekat kita sebenarnya mati.
dan motivasi terbaik juga adalah mati. macam ada seseorang penah cakap. anggap solat kita sekarang solat yg terakhir sebelum mati. dan lain-lain.
baru terima berita seorang kawan pergi sebab heart infection. macam satu pesanan buat yang masih bernyawa.
p/s: rasa macam banyak cakap.
me, my seif and i:
lama nya kamu tak online..:)
amar san:
hm..orang kije mana bole jadi om 1st komen, balik pon asik penat je, pastu tido..mana nak sempat..hehe~
donut:
eleh. gambar kamu pon misteri apa, napa tak takut pon kat gambar tu..haha~ takuah tengok kiri kanan pon, kan dia dalam diri kamu..:)
liyana:
hm..yela, kalu teringat mati boleh buat seseorang tu insaf dan sentiasa ingat kat yg maha esa. kira ada baik jugak kita ingat sbrnya. kita tak tahu bila time kita plak kan, mana tau kot2 esok, nk pegi tempat jauh mesti la kena prepare kan?..:)
Post a Comment