Friday, February 19, 2010

dengan hati terbuka

"bila tiba masa kita kena berubah, Allah tetap menyayangi UmatNya yg mahu akan pertolonganNya, yg ingin kembali kejalanNya, yg ingin berubah keranaNya, itu la pintu taubat yg sentiasa Allah bukakan kepada orang-orang beriman, walau sebesar mana pon dosa akan diampunkan.

sebagaimana sahabat-sahabat nabi yg dulu pernah menentang Rasulullah, menentang agama Allah, akhirnya diberi petunjuk untuk beriman kepadaNya, semuanya menjadi orang-orang hebat belaka, tak siapa yg duga mereka yg terpilih menjadi sahabat yg paling setia dan dipandang tinggi disisi Allah SWT.

syurga bukan manusia yg tentukan, kita tidak sama sekali layak untuk menilai sapa yg akan ke neraka, hanya Allah yg berhak menentukan segala kerana semuanya milikNya, semuanya ketentuanNya.

semua orang beriman akan diuji, semuanya atas kehendakNya juga, tak ada sesiapa pon akan terlepas dari ujian keimanan, kecil atau besar yg menimpa, kita tetap harus melaluinya.

yang dah lepas biarkan saja, jika hati ingin kembali kepada jalan yg benar usah menolak lagi, Allah sentiasa bersama kita, cari lah Dia, cintai lah Dia, semoga kamu bahagia."


ini komen aku pada seseorg blogger suatu ketika dahulu. sebenarnya kita tak boleh lari dari kebenaran. Allah yang menduga seseorang itu dengan kehendakNya. kita tak mampu menolak walau sedikit pon, apatah lagi meneka apa akan berlaku esok. kita tak bole juga menilai yang buruk kepada mangsa atau menuduh orang yang menghancurkan hidup orang lain. itu semuanya kehendakNya jua.

menilai keburukan orang lain adalah salah. "kau berzina ko masuk neraka". senang je perkataan-perkataan yang kita akan lafazkan dan menunding kepada pesalah. tapi kita lupa akan dugaan yang telah ditentukan kepada individu. boleh ke kita mengelak kalu sudah pon tertulis?

tempoh hari aku terlihat satu dokumentari kat tv pasal ibu muda melahirkan anak luar nikah. mereka ni ada yang kali pertama melakukan zina ada juga dah banyak kali tapi akhirnya bila mendapati sah mengandung baru mendapat hidayah untuk insaf. boleh ke kita kata, "ces, semua masuk neraka!". sedangkan ada satu kisah mengenai seorang pelacur yang memberi makan kepada seekor anjing dan Allah telah masukkan beliau kedalam syurga. maka tiada siapa boleh menilai siapa masuk syurga, siapa masuk neraka.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"ada ganjaran kepada mereka yang berbuat baik kepada haiwan atau manusia"

maka siapa lah kita untuk menilai nasib orang lain kerana semua rezeki ditangan Tuhan. tapi kepada yang menjadi mangsa, tak boleh juga menuduh orang lain merosakkan hidup mereka. sesungguhnya Allah maha mencipta sesuatu dan maha mengambil dan mengubah atas kehendakNya, maka jadilah kalu Dia mengkehendaki suatu itu berlaku.

bersyukurlah setiap sesuatu itu kerana nasib orang mungkin berbeza dari apa yang telah kita lalui, mungkin lagi hina, mungkin lagi tersiksa, bukan kita sahaja yang kena uji. terimalah sesuatu dugaan itu dengan hati terbuka kerana semuanya datang dariNya, tak terlupa juga kepada aku yang masih lemah ini. marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT. alhamdulillah.

wallahualam.

14 comments:

Liyana said...

salam.

takpeke nak jadi pengkomen pertama?

sebenarnya macam tersentap je baca post ini. tak boleh nak cakap banyak sangat pada beberapa isi di atas. hmm..

Allah pegang hati setiap manusia. sentiasa berdoa supaya berda di bawah perlindungannya. doakan org yang belum kembali kepada islam itu kembali kepada islam. diri sendiri pun doakan supaya tidak dibolak balikkan hati..

p/s: tulisan kamu semakin memberi kesan yang baik. teruskan menulis.

:)

khaulah said...

awak ni mg ade bakap penulisan yg besar..

bgus2..
kenkadang bende camni org leka, lupe,

maka ade yg kene ingatkan..

good work, dude!

:)

hansuke said...

liyana:

salam.

tak salah pon jadi komentar pertama. cuma takut nanti amar complain je nk om 1st..hehe~

tula kena doakan orang lain supaya sedar jika mereka dalam kelalaian atau kesesatan, apatah lagi untuk diri sendiri.

setiap manusia terikat dengan Allah tapi kadang-kadang manusia lupa keran ada nya sifat lupa, bila lupa pandailah iblis menghasut supaya manusia akan lebih lalai, itu yang kita tak mahu.

p/s: Allah yang mengilhamkan, kadang-kadang saya tak percaya saya yang tulis.

terima kasih jua kerana memberi pendapat anda..:)

hansuke said...

nawal al zoghbi:

saya belum sampai lagi tahap yang kamu maksudkan tu, tapi suatu hari nanti jika Allah mahukan sampai tahap camtu, insya Allah saya tidak akan menolak..:)

kamu pon ada juga bakat menulis, semoga kamu akan tetap menulis sampai tahap memuaskan diri sendiri dan orang lain. insya Allah.

Liyana said...

lupa. sebab itu kena selalu ingatkan walaupun tahu orang dah tahu.

Amar san said...

liyana: saya sibuk sikit lah akhir2 ni.

ramai patient kat ward, musim perayaan lah katakan, tu yg tak cukup masa nak komen awal tu.. hee

hmm.. betul cakap ko hansukeroma.. kalo nak berubah tu, kita kene check balik, atas sebab apa kita nak berubah.. apa niat nak berubah.. apa tujuan nak berubah.. barulah keazaman nak berubah tu kuat.. kalo tak, asyik dok bising2 nak berubah tp dok patah balik jugak.. macam lah dia sorang je yg paling malang di dunia.. aku pun sakit mata je dok baca posting2 dia nasib baik skarang dah delete semua.. aku doakan dia kali ni betul2 insaf dan kembali kepada Allah..

dan akhir sekali, pasal penulisan ni.. kita kene selalu menulis dan pada masa yg sama kene selalu membaca, mendengar dan memerhati.. dan yg paling penting, masa kita tulis tu, kita tulis ikhlas dari hati.. pasal tulisan yg dari hati, insyaAllah akan dapat menyentuh ke hati.. dan jangan lupa, niat menulis tu, kita niatkan utk Allah, bukan utk cari glemer dll.. kalo tak, tak berkat kita tulis..

sebab tu bila kita baca blog2 di internet ni, kita boleh bezakan, sape yg tulis ikhlas kerana Allah, dan sape yg tulis pasal tujuan2 lain.. dan yg ikhlas pada Allah tu lah yg akan dapat mengubah hati2 pembacanya..

eh panjang pulak aku komen.. heheh.. yg komen2 delete tu aku yg delete pasal aku tertulis nama sebenar hansukeroma.. heheh

tepianmuara said...

Salam ziarah.
Setuju dengan anda,
Who are we to judge others?

sedangkan, esok mungkin dia lebih baik dari kita...

hansuke said...

amar san:

tengok, ko terlambat, si liyana dah amik tempat pertama komen, takpe aku tau ko sibuk dengan kije..:)

aku tulis takda niat pon nak focuskan kat sapa-sapa. cuma aku terlintas je dihati untuk tulis benda ni. secara umum la kan kepada siapa2 yang mengalami benda ni.

betul cakap ko tu amar, bagi aku kalu ia datang dari hati maka itu la datangnya dari Allah tu sendiri, sebab tu maybe orang baca pon akan terasa ikhlas dan serba sedikit rasa terkesan dengan penulisan yang dibaca.

aku pon harap orang akan terkesan kalu tak banyak pon sikit pon tak apa dari penulisan aku sebab aku menulis bukan ikut nafsu, nak mengata kat orang dah sebagainya, semuanya datang dari hati atau lebih tepat di ilhamkan oleh Allah untuk ditulis.

harap-harap kita tergolong dalam penulis yang diberkati Allah, insya Allah.

hansuke said...

tepianmuara:

salam.

exactly. who are we to judge at all.

rezeki dan dugaan semuanya ditangan Tuhan.

terima kasih kerana memberi pendapat..:)

Liyana said...

INI DOLAT

salam,
harini terpaksa hijack laptop puding sekali lagi. tenet kene sambar petir. Tiba2 nak tanya, mana datang peribahasa "Bagai melepaskan anjing tersepit" kalau sejarahnya anjing tu baik je tak gigit pelacur tu pon..

Pasal berubah2 ni. kadang2 saya rasa niat berubah tu jatuh no2. Kadang2, untuk orang yang nak berubah tapi takde dorongan susah jugak. Paksaan atau dorongan tu penting juga. Contohnya, macam masa kat sekolah dulu. Kena paksa pergi usrah, kena paksa ikut peraturan, kena paksa mengaji ramai, kene paksa buat itu buat ini. Dulu2 rasa macam terpaksa. Bila dah keluar sekolah baru tau apa guna semua benda yang kena paksa tu. Dunia ni sangat mencabar. Kita memang perlu ada pengingat atau pengawal. Memandangkan diri sendiri kurang kesedaran.Lama2 niat tu akan terbit sendiri. Bila dah terbiasa buat benda yang betul, lama2 ikhlas tu datang sekali kan?

wow~ tak sangka boleh menulis dengan begitu serius sekali.ok la. semoga kamu dalam perlindungannya :)

hansuke said...

dolat.

salam.

kesian kamu internet kena panah petir..:)

sbrnya ikhlas ni kita lakukan sesuatu tu bukan untuk ganjaran, contoh kecil yang saya boleh bagi, macam bila nampak pinggan mangkuk dalam sinki, dengan tiada perasaan kita basuh semua pinggan mangkuk tu tanpa rasa apa-apa, tanpa rasa marah sebab kena basuh, tanpa rasa bagusnya aku buat kije ni orang lain pon tak buat, tanpa rasa bengang kenapa orang lain buat dek je, dengan perasaan seperti itu maka seseorg itu telah pon ikhlas melakukan perkara yang baik tu. dan dalam hal lain yang lebih besar pon boleh relate dengan ikhlas tu.

kira btol la yang kamu cakap tu, kalu dah biasa buat benda yang baik maka ikhlas tu akan datang sekali.

ye. hidup memang mencabar. memang kena ada orang yang ingatkan. kalu takda orang ingatkan dan kalu kita sendiri tak ingatkan diri kita sendiri maka senanglah iblis menghasut hati kita yang memang sejak dulu lemah kerana adanya sifat lupa.

bagi saya kalu seseorg itu berfikir sejenak (muhasabah diri) maka dia akan sentiasa sedar mana silap dia dalam apa jua atau perkara yang dilakukan, maka takda la wujudnya ego didalam hati, sesungguhnya ego itu sifatnya iblis.

untuk berubah perlu pada bimbingan, tapi kalu hati tak nak berubah tak boleh juga. maka kena la tanya diri, "aku ni dimana disisi Allah SWT?" baru la hati akan mencari yang maha berkuasa kerana sedar diri kita siapa berbanding Allah pencipta segala sesuatu.

p/s: panjang komen kamu. boleh je kamu serius sbrnya, tapi mengelak je selama ni kan? hehe~

wallahua'lam.

Nooreena said...

Salam En.Hansuke. Tulisan kamu mengingatkan saya pada kisah-kisah benar remaja yang ditempatkan di Raudhatus Sakinah (RS). Di sini ditempatkan remaja-remaja perempuan yang terlanjur supaya dapat dibimbing oleh pihak RS dan tidak membuang atau menggugurkan anak yang dikandung.

Tersentuh membaca kisah mereka. Daripada sehina-hina manusia seperti yang digambarkan masyarakat, mereka kini menjadi lebih baik daripada insan yang mengata mereka. Alhamdulillah, Segala-galanya dengan izinNya..


@Liyana,
Tak dapat lah akak menjadi pengomen pertama. Siapa dolat? :)

hansuke said...

Nooreena:

salam.

itula sebab kita tak boleh mengatakan orang yang di duga, bukan mereka nak buat tapi telah pon tertulis, siapa la kita untuk menilai kan?

Allah yang tentukan, kadang2 bila dah mendapat ujian yang berat Allah angkat darjat mereka ke peringkat yang lebih murni dan tinggi disisi Dia. siapa boleh sangka, dah nama pon kerja Tuhan.

Liyana said...

kak Nooreena: lain kali saya tak komen awal-awal. bagi can

dolat kawan saya. :)