Thursday, February 11, 2010

budaya kita

membesar di united kingdom (uk) amat lah susah sebab agama dan budaya yang berbeza dengan agama islam. orang kata budaya barat tak boleh pakai sebab ia bertentang dengan agama kita tapi ada beberapa budaya orang sana yang aku masih setuju walaupon ia datang dari barat, perkara itu adalah 'budaya minta maaf' dan 'budaya terima kasih'.

kat malaysia banyak benda yang aku 'culture shock' sbrnya. dunia aku tunggang terbalik, tapi satu benda yang aku perasan orang kita (islam) ialah mereka amat berat nak minta maaf bila buat salah dan susah nk ucap terima kasih pada orang lain.

aku ade cerita, nk bahagi kepada dua.

1. budaya minta maaf.
cerita ni berlaku masa aku di alam kampus. ada seorang kawan aku ni, dia seorang pompuan. aku kenal dia sejak form 5 lagi. walaupon budak baru sekolah kami, cantik dan ramai orang duk gila-gilakan budak ni, kebetulan baik ngn aku plak, sampai la masuk satu universiti yang sama. pendekkan cerita, ada satu hari tu kami terserempak kat jambatan kampus lalu dia ajak aku lepak kat cafe, dia nak belanja, aku pon takdala nak tolak, rejeki orang kata. hehe~

selang sehari ke dua hari lepas tu aku dapat satu penggilan hangit. rupanya bf kawan aku tu yg call. mula-mula aku sambut dengan baik la kan, dah bf member rapat aku, sekali banyak plak soalan dia, tanya aku macam-macam, terlintas kat kepala aku ni budak ni jeles kat aku, maybe nak tunjuk macho ke apa ke aku pon tak tahu la kan. soalan demi soalan sampai aku terus naik panas, dulu darah muda cepat skit panas. tapi baru je aku nak start membebel tetiba line telipon plak putus. hampeh betol!

perasaan penuh emosi aku pon terus call kawan baik aku, tanya apa cerita. dia cakap mmg betol bf dia jeles. aku bengang. bukan aku buat apa-apa pelik pon. kitorg lepak bertiga kot kat cafe tu. sekali kawan aku plak aku marah, bla..bla..bla..jiwa hot beb, tak dapat den nak control..huhu~ kesian kawan baik aku.

tak lama pastu, aku terjumpa minah ni kat pasar malam area kampus la jugak, aku approach dia, bagi salam. dia terkejut tgk aku, muka takut-takut. masa tu aku dah tak marah dah pon, sebab aku tahu bf dia yg bangang bukan dia pon, aku kenal dia, mmg dia budak baik. sekali, dia mintak maaf ngn aku bagi pihak bf dia, sebab dia pon tak sangka bf dia boleh jeles ngn aku dan call aku camtu. aku yg dah pon cool pasal benda tu trus cair sebab dia mintak maaf. aku pon bagitau dia, pesan la elok-elok kat bf dia tu supaya tak berkelakuan macam budak-budak lagi. alhamdulillah mereka ni dah jadi pasangan suami isteri dah pon dan mempunyai seorang anak laki sekarang.

walaupon susah dia tetap minta maaf bagi pihak orang yang dia sayang sebab dia tahu walaupon bukan salah dia, dia tetap berasa bersalah dengan tindakan bf dia tu. aku pon menjadi kagum sebab ada orang macam ni walaupon jarang jumpa. bukan senang nk minta maaf, kalu ia datang dari hati insyaAllah ia akan jadi mohon maaf yang ikhlas. kita pon akan rasa lebih senang dan respect lebih pada orang yang ikhlas. bukan setakat jumpa pastu buat macam takda apa-apa yang dah berlaku.

sebab sayangkan kawan aku memaafkan bf dia tu, walaupon bukan bf dia sendiri yang minta maaf tapi dah cukup bagi aku sebab aku sangat memandang tinggi orang yang berani minta maaf especially secara depan-depan.

2. budaya terima kasih
sejak kecik mak ayah akan ajar kita berterima kasih jika ada orang yang bagi sesuatu kat kita, tak kisah la duit ke hadiah ke. tapi mesti ucapkan terima kasih. sebenarnya amalan ucap terima kasih memang diajar dalam islam tapi disebabkan budaya kita sendiri kita tak berapa nak amalkan sikap yang mulia ni. benda ni la yang aku perasan sejak balik kat malaysia. masa di uk, orang kat sana sangat mesra dan suka berterima kasih dan cepat minta maaf. padahal aku terfikir, budaya ni semua adalah amalan mulia orang islam. kita berterima kasih untuk menandakan kita menghargai orang itu. contoh dikaunter jualan, selepas membayar, ucapkan terima kasih sebab dia penat kira-kira barang kita, walaupon itu kerja dia tak salah pon ucap terima kasih. orang kaunter tu pon akan rasa senang hati sebab dihargai. maybe dah balik umah nanti taklah rasa sakit hati takda pon orang menghargai diri dia buat kerja. bangun pagi nanti takda la rasa malas nk pegi kerja. aku assume saje ni..hehe~

dalam family aku ada mengamalkan ucapan terima kasih ni, tapi aku tak tahu pula dalam keluarga lain macam mana. cuma bagi aku, kalu kita sendiri tak start budaya ni, siapa lagi yang nak mulakan? jika sekarang kita umur dalam 20an, belom lagi cecah umur 30an, ini lah masa nk berubah. kalu bukan sekarang kita mengubah budaya yang mulia ni menjadi suatu budaya dalam idup kita, bila lagi?

aku perasan kita sebenarnya lack benda-benda kecil macam ni, tapi sebenarnya jika dipraktikkan ia akan jadi sesuatu yg amat mulia. keluarga akan menjadi lebih rapat, rakan-rakan akan lebih mesra, masyarakat akan lebih harmoni dan kita akan lebih menghargai orang lain. bila kita buat sesuatu kebaikan bukan bermakna kita mahukan dibalas balik, cukup la Allah Taala yang mencatit amalan baik kita jika ia betul-betul amalan yang mulia, tapi tak salah pon jika kita ucap terima kasih kerana Allah suka bila kita menghargai orang lain, kerana menghargai adalah menghormati, dan menghormati orang lain juga adalah sesuatu ukhwah, dan ukhwah itu adalah sebahagian daripada ibadah, maka ia benar-benar amalan yang di puji oleh Allah SWT.

"tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak menyayangi orang lain daripada menyayangi diri sendiri" - hadith sahih.

wallahualam.

p/s: lebih kurang la hadith ni, kalu nk yg lagi tepat boleh la check sendiri..:)

p/s2: tak pon cari buku teks tingkatan 4 pendidikan syariah islamiah dalam bab akidah, mesti jumpe punya hadith ni..hehe~

9 comments:

dolat said...

ok! patut ah cakap macam professional. duk uk dulu wehoo! haha.. mesti penah jadi an ingus meleleh2.

btw,habit cakap trima kasih ni cam kadang2 lawak jugak. kadang2 bila kita bagi orang pinjam barang kita. pastu orang tu pulangkan barang, kita cam terotomatik cakap terima kasih. (ok, selalu terjadi)best x?

Amar san said...

adeh... aku komen no2 lagi.. haha..

tu lah, kita ni org islam, tp bila perangai tak la macam menggambarkan islam.. banyak betul perangai burok org kita... walaupun taklah semuanya burok, tp kalo dicompare dgn org2 yg kapir tu, rasanya lebih sopan lagi diorang dari kita.

persoalannya, mengapakah ini terjadi?

ini terjadi kerana, org2 islam hari ini dah lama meninggalkan islam itu sendiri.. bila org islam dah tinggalkan islam, jadi jahiliyyah lah diorang..

arab jahiliyah buang anak pompuan ajer, tp jahiliyah hari ni buang anak tak kira laki ke pompuan, semua dia buang.. nauzubillah, semoga diorang insaf dan kembali semula kepada islam..

kenapa org islam jadi macam tu?

kerana budaya.

budaya yg mengajar kita bagaimana kita patut bertindak, bergaul, berpakaian, dan lain2.. dan budaya tu datang dari banyak sumber, dari sekeliling kita, media, tv radio filem drama, masyarakat, dll..

cuba kau tengok, filem2 kita, apa yg ada? citer mat rempit bohsia bohjan, tembak2, gaduh2 nikah cerai, asyik2 itu je yg ditampilkan.. lepas tu remaja2 yg dimomokkan dgn benda tu pun terpengaruh dan mengambil diorang tu jadi idola diorang... dan bila diorang dah besar, diorang pun jadilah mat rempit generasi alaf milenium.. ampeh..

tengok macamana jiran kita buat filem.. ayat2 cinta.. ketika cinta bertasbih.. betapa filem2 mereka mampu mengusik jiwa kita dan memberi cahaya keinsafan dalam hati kita.. macam ni lah yg kita mahu..,

wah panjang pulak aku berceloteh.. qadha dah lama tak tulis panjang kat sini.. haha

wassalam..

donut, mana demoiselle? takkan merajuk kot? macamana dakwah nak berkembang kalau duat lari dari masyarakat?

wallahua'lam

hansuke said...

donutcokelat:

:) cakap macam professional? macam mane plak tu?

kalu musim sejuk bukan setakat air idung meleleh je donut oi..telinga rasa nak putus pon ada..huhu~

haha. bagus la kalu kamu dah biasa dengan mengucap terima kasih kerana ia adalah perkara mulia, sayang jika melihat orang bukan islam lagi perihatin dalam bab ni berbanding kita ni yg dah sejak lahir lagi adalah seorang islam tapi kurang ciri-ciri macam ni.

hansuke said...

amar san:

tula amar. sebabkan budaya. kat kampung ada la juga yg mengamalkan sifat tolong-menolong, bantu-menbantu, kalu kat ibu kota ni kan, ko adalah ko, aku adalah aku, atau erti kata lain, mampus ah ko!

tapi kadang-kadang aku ada gak terfikir, kat kampung sbrnya lagi teruk sebab mereka tak nak ubah sikap atau budaya yg sejak azali lagi mereka amalkan. contoh, mas kawin, mau nye nk letak RM10,000 paling busuk, ingat jual anak apa?

dari segi cerita kat tv plak, kononnya mahu menghasilkan movie lain dari yag lain, sampai citer kurafat pon nak buat, cerita santau, susuk, yg tahyul2 semua nk siarkan, dengan harapan mencapai box office, tapi akibat kepada masyarakat mereka ni tak fikir. nnti yag tak tahu jadi tahu maka makin rosak la masyarakat kita yg dah sekian lam rosak.

kadang2 sedih gak sbrnya, yela semuanya berlaku depan mata tapi kita tak mampu untuk mengubah apa-apa, hanya mampu berdoa, dimanakah nasib umat dan anak-anak kita?

wallahualam.

Liyana said...

salam

amar san: ade je tapi tak komen

sebenarnya semua pun dah ade point dalam komen amar san.

nak tambah sikitlah. mentaliti kelas ke __?. maksudnya bila org lain buat baik dikata poyo atau saja nak mengampu. padahal nilai adab yg ada pada org tu jauh lebih bernilai dr yg komen tu.

nak cakap pasal budaya, selama ini selalu dengar org canang2 kan budaya orang melayu yang merendah diri dan bersopan santun. beradab hmm..

pastu yg pasal cerita hantu. hari tu pegi kedai buku. buku sekolah tadika tajuk "roh nenek soyah" takde ke cerita yang lebih produktif. masa kecik2 dh expose dengan takut hantu, cemanalah mereka nak takut Allah dulu

sebab tu lahir filem dan cerita yang tah pape. sebab mentaliti masyarakat suke tgk cerita camtu. sejak kecil lagi dah terdedah

nak komplen2 kat sini macam tak guna. tp nk tulis surat buat cadangan kepada FINAS, tapi itulah juga filem yg dicalonkan (???). ada lagi satu mentaliti, tak suka kena tegur, nanti nak meradang. tak berkembanglah camni kan

pernah terdengar org ckp, sifat orang islam sekarang ada di barat.

sifat je ade di barat.

macam sedih ah kan, kita belajar sejarah pasal muslim dulu2 mcm mana tp tgk sekarang jadi camni mcm xkena dengan apa yg islam ajar. serangan minda..mungkin?

tapikan, kalau nak banding org bandung dengan org KL, orang bandung jauh lebih polite dari orang KL.

ego mungkin?

jadi atas segala yang di tulis diatas. marilah kita sama2 fikir untuk cari solusinya. sebab kita tak boleh biarkan anak dan keturunan kita jadi camni. (tetiba semangat)

err macam terkeluar tajuk terima kasih dengan sorry je..

Allahua'lam

terima kasih sebab kongsi
maaf sebab komen panjang dan penuh emosi hee~

:)

dolat said...

amar san : demoiselle saja xnak komen awal2 sebab amar san suke jadi pengomen pertama. maaflah sebab terjadi pengomen pertama, xtaw plak boleh menyebabkan seseorang merajuk. Lenkali kitorang komen lambat2 sket ar eh.

hansuke said...

liyana:

kamu belom lagi tido kan, pegi tido hehe~

boleh cuba tulis surat tu, tapi memandangkan movie yg dalam kategori hot sekarang adalah cerita hantu, maka tak mungkin surat kamu akan dilayan tapi tak salah pon cuba..:)

memang benar, cerita hantu atau mistik telah dipupuk sejak dari kecik lagi, mereka yg suka tgk cerita hantu ni sbrnya kebanyakkan nya mereka yg tak penah alami kisah2 mistik dalam hidup mereka, kalu mereka2 ni ada sedikit pengalaman maka saya garenti mereka taklah berani sgt nak pegi tgk cerita macam tu, tambahan lagi kalu dah ada pengalaman real life maka anda mesti akan mengatakan hantu yg dipaparkan adalah tak logik, tak real dan mengarut. kalau setakat nak rasa perasaan takut baik tak payah kan.

saya rasa orang kl jadi tak polite sebab kita hidup berbilang kaum. apa yg saya perhatikan, sbrnya melayu akan tetap jadi melayu, iaitu ada sifat sopan, tapi disebabkan kaum selain melayu yg kurang ajar maka orang melayu akan berbalas balik kurang ajar mereka.

sya bagi contoh bila memandu kereta. orang kita, let say sopan, tapi bila kena hon oleh orang yg kurang sopan (org bukan melayu) misalnya akan bertindak benda yg sama maka akan jadi la 2 kali 5, sama tak sopan. benda ni akan terbawa2 kepada anak-anak mereka yg berada dalam kereta. saya percaya benda ni terbawa-bawa oleh orang melayu kerana budaya hon orang ni sudah lama wujud dalam masyarakat malaysia.

lain contoh, situasi di UK misalnya. budaya hon orang lain ni langsung tak wujud sebab bila hon dianggap kurang sopan (rude). maka, hon kereta langsung takda fungsi dalam masyarakat mereka. selain tu, tegur sesama manusia (say hi) tak kisah bangsa, bagi senyuman, bertanya kabar, neighborhood watch (jiran perihatin) dan banyak lagi la. semua ini adalah sifat yg diajar dalam agama islam tapi dalam masyarakat kita cam mana? ada juga la cuma masih perlu dibaiki.

hm..panjang macam tulis entry la plak..hehe~

Amar san said...

donut: takpe2 kalo cik dolat nak komen awal2, sy saja2 jer buat2 merajuk manja konon2 boleh menyerlahkan kecomelan diri.. hehe.. lagi satu, budak umah sewa saya tanya, cik dolat ni kacak tak? kalo kacak dia nak masuk meminang.. :P

liyana: wah wah masih ada rupanya cik demoiselle kita ni.. ingatkan menyepi tu tiada, rupa2 diam2 ubi berisi.. byk isi2 yg bernas yg boleh saya kutip dari komen kamu, terima kasih..

hansuke: siot mementang pompuan komen, ko komen balik panjang gila. hampeh. hahaha

hansuke said...

amar san:

haha. bukan disengajakan la. ketebulan ko nye post aku tak dapat komen byk, sebab dah mantap dan tak memerlukan komen tambahan..:)