Wednesday, February 24, 2010

plan A, B atau C

setiap orang mesti ada plan hidup, nak buat ape dalam 10 tahun akan datang, pastu nak ape plak, pastu nak buat ape lagi, kalu tak mati dulu la, tapi itu bukan kije kita.

mula-mula aku takda plan. aku nak ape dalam hidup pon aku tak tahu. sekarang pon masih lagi blur sbrnya, tapi mungkin sekarang ada sikit faham dan hala tuju aku yang sbr, aku yakin.

dulu aku ada plan A nak sampai pada target aku. family aku suka. teruskan dengan plan tu. tapi tak berjaya. pastu kena buat plan lain, kena tukar plan B. mak ayah bantah. well, mak aku ok je sbrnya tapi arwah ayah yang tak suka. lama-lama bila slow talk secara personally ayah bersetuju. aku pon proceed dgn plan B.

beberapa seketika berkecimpung dalam plan B, aku ada lepak ngn kawan rapat aku, lama tak jumpe dia, borak punya borak, sampai la sembang pasal hidup masing-masing. dia kata kat aku sbrnya plan B tak berapa best, apa kata aku buat plan C, short cut. pikir punya pikir aku pon setuju pulak. bincang plan C dgn parents mereka pon setuju juga. aku bersyukur mereka tak bantah. sbrnya banyak risiko amik plan C tapi aku willing to take that chance.

setelah lama berkecimpung dalam plan C, hala tuju aku masih lagi tak nampak. bayang-bayang pon tak ada. nak patah balik plan A atau B rasa macam rugi. tapi sbrnya aku baru sedar bukan tak boleh tukar plan balik tapi sebab terlalu taksub dengan perasaan berada dalam plan C, perasaan yang tak nak mengaku kalah. tak salah pon sbrnya tak mengaku kalah tapi mesti ada had nya. kena tengok kemampuan kita juga. dan ternyata aku memang tak boleh ikut rentak plan C, aku rehda dengan semua ni, Allah telah pon membuka hati aku. alhamdulillah.

beberapa bulan yang lalu, lepas solat maghrib aku mendapat satu hidayah dari Allah SWT yang aku kena tukar balik plan, iaitu kena ikut balik plan A, lama aku termenung sbrnya, sampai bertahun-tahun diuji akhirnya hati aku dibuka, aku insaf, aku redha, aku sedar. aku ketuk pintu bilik mak, ketika tu mak baru pas solat, aku bincang dgn mak pasal plan A. mak redha apa-apa saja keputusan aku. aku bersyukur.

sbrnya aku ada sedikit terkilan sebab arwah ayah betul-betul mahu aku ikut plan A pada asalnya, sampai beliau masam muka dengan aku agak lama sebab aku nak ikut plan B. tapi itu la dia, kita tak tahu ape nak berlaku pada masa akan datang. semua nya salah aku juga kerana degil mahu mengejar impian aku yang terlalu tinggi untuk aku capai. mungkin juga sebabkan arwah ayah mahukan aku ikut plan A, sampai apa-apa jua aku lakukan tak menjadi. ada sahaja masalah yang timbul, ada saja benda yang tak kena berlaku. lama aku bertanya pada Ilahi akhirnya mendapat jawapan. aku pasti ini jawapan yang aku cari selama ni. padahal jawapan tu ayah sudah pon tahu dari awal nya, itulah instinct ibubapa, kita yang degil ni takkan tahu selagi tak merasa apa yang mereka rasa.

aku bersyukur kerana mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam jawapan yang aku cari. aku yakin ini la jalan yang aku cari selama ni, sekian lama aku menolak akhirnya aku mengaku kalah juga.

tapi sbrnya ada bagus juga aku diduga macam ini, walaupon bertahun lamanya, itu la ujian keimanan pada diri aku, jika aku tak diduga seperti ni, aku yakin sampai bila-bila aku masih lagi mencari-cari jawapan yang pasti. kalu tak diuji dengan apa yang aku dah lalui tak mungkin aku jadi seperti aku sekarang, tak mungkin aku mempunyai tahap redha yang sebegini, tak mungkin aku akan mendapat sifat rendah diri seperti sekarang, tak mungkin aku akan sedar, mungkin aku masih lagi mengejar impian yang terlalu tinggi itu dan mempunyai ego mencecah langit.

kata-kata ibu bapa jangan sesekali kita tolak, ayah mahukan aku ikut plan A, itulah yang sepatutnya aku berjuang pada awalnya, ayah setuju dengan plan aku yang lain pon sebab dia mahukan yang terbaik untuk diri aku, mahu aku bahagia, mungkin dalam hati dia ada sedikit terkilan sebab aku tak ikut plan A dulu. berkat itu paling penting. walaupon ayah dah tak ada aku yakin kalu aku ikut plan A balik insya Allah akan berjaya sebab aku yakin itu la yang arwah ayah mahukan sebrnya. aku dah sedar dan aku juga redha. itula ujian dari Allah yang maha kuasa, aku bersyukur kerana masih lagi diuji.

8 comments:

ibnu_umar said...

salam

ujian Allah tu maknanya Allah sayang kat kita.. itulah caranya bagaimana Allah nak mengajar kita.. mengajar kita yg selalu leka dan tak lepas dari kesilapan..

ada org bila ditimpa musibah, dia akan higlight kesusahan dia tu, seolah2 dia takleh accept dan marah kat Allah yg bagi ujian tu kat dia.. itulah dia org yg rugi..

dan ada juga org, yg bila ditimpa musibah, dia bersabar, dia muhasabah diri dia, dan ujian itu menjadikan dia lebih matang dan lebih kuat utk menghadapi hari2 mendatang.. inilah cara org yg beriman..

lagipun dalam surah Al Baqarah ayat yg last2 tu Allah dah cakap, dia takkan bagi ujian yg lebih dari kemampuan hamba-Nya.. setiap ujian yg menimpa kita adalah berkadaran dgn iman kita, lagi tinggi iman kita, lagi susah ujian yg Allah bagi..

yelah, takkanlah budak tadika kita nak bagi dia jawab soalan spm? begitu juga halnya, takkanlah budak universiti kita nak bagi ujian darjah satu? maka begitulah ujian Allah, semakin tinggi iman kita, semakin susah ujian-Nya.. dan makin tinggi ujian, makin sayang Allah kat kita.. sbb tu Allah ada bagi gelaran 5 rasul ulul azmi, pasal itulah rasul2 yg paling banyak menimpa ujian sepanjang hidup mereka, termasuklah junjungan besar kita nabi Muhammad sallallahualaihiwassallam...

aku akhiri komen aku dgn ayat alQuran,

"wamakaru wamakarallah, wamllahukhairul ma kirin.."

"Kita merancang, Allah juga Merancang, dan Dialah sebaik2 perancang"

Nooreena said...

Salam.

Saya kaitkan tulisan En.Hansuke dengan kehidupan saya. Saya plan mahu sambung belajar direct lepas habis degree melihatkan ramai kawan yang terus sambung. Ayah pula minta saya kerja dahulu memandangkan kewangan keluarga yang tidak begitu baik. Kehendak ayah dituruti walaupun rasa cemburu dengan rakan-rakan.

Selepas 6 bulan, ayah pula yang bertanyakan sama ada saya mahu sambung belajar atau tidak. Pucuk dicita, ulam mendatang.

Kini saya sedar yang pengalaman semasa bekerja itu banyak membantu saya dalam pembelajaran sekarang.

Puas kita fikir kenapa Allah tetapkan begini jadinya untuk kita dan begitu jadinya untuk mereka. Pasti ada hikmah atas segala ketetapanNya.


PS: Plan A, B dan C mengingatkan saya pada ABC Shah Alam yang sedap.

naili said...

Straight from the heart, bro... glad u've made this decision, for which i'vebeen hoping all this while. There's no short-cut in life. We were born to fall and make mistakes. That only makes us HUMANS. Like when asked if i could turn back times, i wouldn't change a thing. Coz all the ups and downs made me what i am today. Had i not been tested with illnesses and misfortunes, i might have remained 2b a pig-headed egoistic brat. So, hold ur head high. Go on and chase the waterfall.... we all love u. have alwiz had and would alwiz do.

hansuke said...

ibnu_amar:

salam.

terima kasih memberi komen yang panjang. aku perasan ko guna account lama..:)

aku sangat setuju dengan pendapat ko. sesungguhnya bila manusia itu diuji maka itulah petanda Allah masih sayang.

tidak bermakna bagi seorang yang beriman jika tidak diuji langsung sepanjang hidupnya.

kita tidaklah diuji seperti rasul Allah, keberatannya ujian tak mungkin sama, tapi atleast kita diuji untuk meningkatkan keimanan kepadaNya dan akan membuat kita muhasabah diri dan juga membuat kita lebih tabah dan lebih matang menghadapi dugaanNya, itulah untungnya diuji dengan pelbagai ujian.

walaupon berpatah balik ke plan A, tak bermakna aku telah pon gagal dalam hidup, cuma ia satu perjalan yang agak jauh sedikit dari plan yang lain.

aku rancang beserta solat sunat kepada Allah, dan jawapan yang Dia bagi ialah laluan yanag aku dah ambil, tapi tidak bermakna aku dah gagal merancang tapi aku percaya ini laluan aku untuk menigkatkan keimanan. tidak sesekali pon aku menyesal dengan apa yang dah aku lalui sebab aku yakin semuanya sudah pon tertulis, dan akhirnya semua yang berlaku hanya untuk kebaikan aku juga.

semoga cabaran yang mendatang akan meningkatkan lagi keimanan insya Allah.

hansuke said...

Nooreena:

salam.

setiap yang berlaku mesti ada hikmahNya..:)

terpulang pada individu untuk menerimanya atau tidak, itulah ujian keimanan bagi orang-orang beriman.

semoga sentiasa diuji dan semoga kita lebih rehda menghadapi apa jua ujian dariNya.

hansuke said...

naili:

thanks for the comments kak.

we all make mistakes, yes. i've made mine but it could be also a test of iman.

i chose this path asking the right path from Himself and He led and showed me this path that led me to this very moment, but up until now not a single time i've regreted what i've been through because it was all worth while.

it's true what they say that Allah works in a mysteriuos ways.

falling down is what make us stronger, and increases our faith towards Him.

there's a reason for every testing from Him. it made me the way i am today.

and i am truly blessed.

we all love u too.

sapek said...

Salam fif...
harap ko sehat selalu...
Kali nie cakap pasal plan idop, bagus2 tuk share...
Dr ap yg ak bacekan td,secare over all...
Allah Maha Mengetahui...
Kite memang pandai merancang,baik buruk perkara itu tetapi tak sedalam yg DIA tahu...

Next is,parents...
Naluri mereka memang hebat...
Lebih2 lg ibu kite,coz dia yg melahirkan kite...
Ap2 yg parents kite rase itu adelah petunjuk dari ALLAH sebenarnya...
Secare berlapik la...

Tp kite sebagai anak,kene berusaha,solat istikharah...
Supaya perkara itu lebih berbaloi for the future...

Tp tak pe fif,kite masih dlm konteks pelajar...
Makin lame,makin matang la kite bwat decision for the next senario...
Sekarang nie, tetapkan pendirian,halakan idop kite pada tempat itu,terima all the obstacles and challenge...
JGN SESEKALI GIVE UP AWAL...
Go for it dulu...

Tu je yg ak nak cakap...
thanks for read it...
Selamat Beramal and renung2kan lan...

salam...

hansuke said...

689:

salam.

aku teringat kata-kata arwah ayah aku, dalam sesuatu perkara tu kita kena lakukan bersungguh-sungguh, usaha sebaik mungkin, solat hajat mohon untuk perkukuhkan lagi apa yang kita nak tu, bila dah buat yang terbaik akhir sekali kita kena tawakal kepada Allah sebab kita dah pon berusaha sepenuh jiwa.

bila tak sampai atau tak dapat jugak apa yang kita nak tu maka kena la berubah arah, sebab mungkin bukan itu laluan yang kita cari, maybe ada laluan lain untuk kita ambil.

bukan juga bermakna kita dah salah pilih dan dah pon gagal dalam hidup, tapi dalam masa yang sama maybe Allah nak kita belajar sesuatu, sebab tu Allah suruh kita bekerja keras dalam menjayakan sesuatu itu, jika tak berjaya bukan bermakna Dia nk menyiksa kita ambil jalan yang salah tapi ada hikmahNya disebalik yang dah berlaku.

orang yang beriman kepada Allah akan belajar sesuatu dari apa yang dia dah lalui tu dan mungkin akan membuat seseorang tu lebih matang dan redha kepadaNya.

yela, masa muda terlampau banyak benda yang kita lakukan mengikut perasaan, macam kes aku ni, aku tak nak amik plan A sebabkan hati aku ketika tu mengejar entah apa-apa, tapi disebabkan salah pilihan yang telah aku buat sebnrnya banyak benda yang aku dapat belajar, contohnya, ego aku tak tinggi melangit seperti dulu, menemui erti "ultimate redha" kepada Allah SWT, dan banyak lagi la yang positif. alhamdulillah.