Saturday, June 25, 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena

note: aku cilok dari blog orang
Sumber: http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-kepada-tv3-bantahan.html (tompang sekaki..:P)

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

24 comments:

s a r said...

assalamualaikum beb. :D

ape kes pulak cerita ni. eheh.
fenomena nora elena katanya.

hmm,.banyak blog tulis pasal cerita ni. ni antaranya la ya.

hmm, part no i) tiada lelaki sesabo seth. hmm, bunyik macam logik, tapi aku dah jumpa lelaki sesabo seth. bezanya, seth tinggal solat. :D

~bunga hari2? nak buat sup ke? eheh. aku tak suka bunga sebab tak tahan lama. membazir! :p

~eh, aku pulak emo kat sini tetibe. hee.

hansuke said...

salam

haha. aku tak tengok pon citernya. tapi setelah bertanya sumber yang boleh dipercayai, kalu aku tengok pon kompem aku tutup terus tv..:)

hm..bab sabar tu, aku stuju ngn ko, ada je laki sabar kat dunia, especially kalu dia beriman kepada Allah swt, kompem orang tu sabar tahap dewa. tapi kalu sabar sebab benda bodoh dan tak logik, aku pon marah..haha~

saja je nk kutuk citer yang bodoh ni..:)

banyak je citer malayu aku suka, banyak je yang berkualiti. tapi cerita cinta bodoh yang boleh baut perempuan angau dan berharap yang tak ada, itu dah salah beb..:)

sekian..haha~

s a r said...

ahah. biasalah cerita adaptasi novel. memang di alam fantasi je ler jawabnya. bab-bab tak logik tu ler yang orang suka. ~eheh

boleh tengok kalau nak tengok. tapi bukanlah tengok ikut perasaan. sampai terover2 pulak. uhuu

hansuke said...

kalu nak tengok citer aku sangat shorkan citer macam "ketika cinta bertasbih", baru ada kualiti. kalu ada cerita macam itu, baru aku iktiraf bagus..hehe~

s a r said...

~eheh.

"ketika cinta bertasbih" ye. :D

betul betul betul.

Anonymous said...

salam.

name pun drama, mmg la dramatik. lagi2 adaptasi lagi novel, mmg boleh bwk org angau sampai ke bulan. kununnya la.

so no wonder everything seems perfect and sometimes tak masuk akal sebab dlm realitinya, tataulah wujud ke tak? maybe ade kot, who knows :P

in rumah tangga, being romantic mmg la perlu. sbab tu yang Rasulullah juga buat. pandai2 lah masing2 org yg dah berumah tangga nak wat mcm mne. (tak pandai nak komen, sbb saya kecik lagi :P )

anyways, this post is very funny. haha. tapi bunyi dia kadang2 mcm luahan rasa para isteri yang sangat sedih sebab suami tak seromantik mana slepas beberapa lame berkahwin. erk. hehe~ but i think if they follow Rasulullah steps and the islamic way, insyaAllah, the baitul muslim they have build akan jadi sangat bahagia dan tengok drama nora elena pandang sebelah mata pun tak nak. hehe~

and i guess, dr menonton drama dan filem cinta mcm ni, baik tonton yang like the one u suggested, ketika cinta bertasbih. ade juga manfaatnya :)

insyaAllah.

thanks for the post. wallahua'lam.

hansuke said...

lyana:

salam.

wah, panjangnya komen cik lyana..ehe~ terima kasih beri komen yang sangat panjang, sungguh bangga hansuke membaca..:)

(cewah, macam artis pulak, basa diri sebagai nama..:P)

yang sebenarnya, saya tak tengok pon citer ni, tapi bila bertanya rakan yang pernah tengok dan menyampah habis dengan citer ni, maka saya percaya kalu saya tengok tak mungkin akan habis menontonnya, kompem saya akan tutup tv..aha~

saya amat setuju dengan pendapat cik lyana, mengenai surat ni bagaikan luahan isi hati isteri2 yang keciwa dengan suasana lepas kawin mereka..:)

saya turut percaya rasulullah telah pon memberi kita tunjuk ajar macam mana harus kita lakukan dalam kekeluargaan untuk mewujudkan suasana bahagia sentiasa, ini perlu para suami isteri ambil tahu untuk lakukan yang terbaik untuk kebaikan masing2 dalam sesebuah rumah tangga.

isu ni agak berat gak sebenarnya sebab, tak semua orang akan sama, tapi tak semestinya kita tak bole cube untuk terbaik sperti yang diajar oleh Rasulullah..:) romantik atau tidak itu terpulang atas kreativiti untuk menyesuaikan keadaan masing2..hm..

tak kisah la muda atau tua cik lyana, jika boleh beri pendapat yang bernas, itu sudah cukup bagus, walaupon belom, atau akan, atau yang sudah berkahwin..ehe~

soal, kewujudan seorang seperti seth tan tu mungkin ada mungkin juga takda, manusia ni macam-macam so kita pon takleh nak kata macam mana kan?

haha. kalu saya dah start bebel, memang macam tak habis, tapi last yang saya boleh cakap kat sini ialah, bila kita sentuh pasal rumahtangga, soal agama sangat penting. tugas seorang suami macam mana, dan tugas seorang isteri pula macam mana, dari pandangan islam. jika pasangan suami isteri betol2 mengikut cara islam, dan kerana Allah semata, inshallah, wujudnya harmoni dalam kekeluargaan.

wallahua'lam.

p/s: lyana, thanks bagi komen..:)
p/s2: sar, ko dapat idea tak baca komen aku, rasanya boleh buat post kot ni..hehe~

Anonymous said...

oops. sorry la mungkin in the mood of membebel jugak. tu komen jd panjang :P

ur right inche hansuke. ape2 pun, pegangan agama masing2 yang mnntukan ape jua yg dilakukan dalam hidup. baik agamanya, baik lah segalanya. InsyaAllah :) Dalam bab ni, Rasulullah pun dah pesan. Pilihlah pasangan yang kuat pegangan agamanya, nescaya kamu beruntung.

so, all the best :P

wallahua'lam.

hansuke said...

lyana:

cewah, mentang2 terlampau banyak masa free skang sebab dah takda exam kan?..hehe~

betul tu, rasulullah dah banyak pesan, tapi yang selalu nk dengar orang pompuan je, sebab tu pompuan ramai yang solehah kan? haha~ (yeke, statement saya ni?..:P)

"Pilihlah pasangan yang kuat pegangan agamanya, nescaya kamu beruntung" <---terima kasih share..:)

Anonymous said...

hehe, yeah :P

hm saya tatau nk agree wit that statement or not, sbb mne la tau ade laki yg tak stuju pulak nnt :)

tapi boleh jadi juga, sbb hati perempuan lebih lembut jadi lebih mudah tersentuh dengan pesanan2 drpd Rasulullah mahupun Allah sendiri. Tapi tak bermakna juga hati lelaki yg tak selembut perempuan tak boleh nak terima pesanan2 ni :) hmm apa2 pun, hati-hati mereka dipegang oleh Allah. Kalau Allah nak beri hidayah, maka dapatlah ia, no matter its a girl or a guy :)

wallahua'lam.

hansuke said...

hehe. statement saya tu macam 50:50 je mengiakan wanita yang ramai solehah..:) memandangkan pompuan skang sangat susah juga nak cari yang sebetolnya hidup kerana Allah. tapi saya yakin ramai je wanita solehah diluar sana kan? ehe~

yeah (hehe~), hati dipegang Allah semuanya, kita tak tahu apa-apa kan..:)

Anonymous said...

insyaAllah, mmg ramai wanita solehah diluar sana.( senanglah inche hansuke buat pilihan :P haha~ ) dan tak kurang juga yang lelaki :)

yeah :P

hansuke said...

haha~ inshallah..:)

s a r said...

assalamualaikum beb.

amboi! sakan komen kaw eh. siap bagi pesanan kat aku eh. ~perli ke ape :P

hmm, aku tengah menelaah la komen kome ni. menarik. tapi, nak cerita lebih pasal bab ni macam tak bape nak ado. maka, bab lain boleh dimasukkan. ~eheh

terima kasihlah beb kerana selalu mencetus idea :D

hansuke said...

sar:

haha. aku komen camtu sebab aku tau ko akan baca..:)

takpe la, aku suke tengok ko banyak idea nak tulis, aku ni cam kering idea je skit skang, busy sangat ngn kije kot..:)

s a r said...

~ahah. time angin monsun melanda, takda semangat gak nak menulis. :D

insyaAllah. tengah menjana apa yang patut ni selagi masa masih ada. :)

thanks again :D

Deeeee said...

Salam,

Nak komen apa ek? Bukan orang pantai timur, kefahaman kurang ngeeee..

Tapi surat luahan ini ada kebenarannya. Lelaki yang romantik mcm Seth mungkin 1 dalam sejuta. Kalau di lihat betul2, watak dia menjadi sangat sabar dan romantik kerana salah lampau dia kepada Nora Elena.

Sebelum kahwin pada ramai lelaki mungkin di angkat process bersungguh-sungguh untuk dapatkan. Dah dapat "sah berkahwin" milik aku lantak p la. Seadanya sudah!

Mungkin ini yang difikirkan ramai lelaki. Mungkin.

Kalau mencontohi Rasulullah, Dayah yakin ramai akan akui suami mereka romantik. Kerana Rasulullah tak pernah lokek membantu isteri apabila di rumah.

[pendek kata: 50% dr cerita surat shj saya fhm.. hahaha.. teruk betul penguasaan bahasa saya kan heeeee]

hansuke said...

dayah:

wah, busy2 pon datang komen kat blog saya ek? dayah, tolong, saya ngntuk giler ni..hehe~

hm..pasal romantik. sebenarnya bagi saya istilah romantik mesti berlainan pada setiap individu, setiap orang mesti ada pandangan masing2 macam mana boleh menganggap sesuatu perkara itu sebagai romantik..:)

ada je orang anggap cara seth tu romantik dan ada juga, rasa menyampah (saya salah sorang..:P).

tapi saya stuju, kalu kita ikut cara Rasulullah, inshallah, semuanya romantik, sebab romantik Rasulullah ada hadnya, dan sesuai dengan suasana rumah tangga, tak melampau atau menyampah.

tapi kalu pompuan tu tak suka romantik rasulullah macam mana? semuanya akan jadi tak romantik la kan? saya rasa, kalu ada pompuan yang rasa cara rasulullah tu tak romantik, kerana inginkan romantik yang lain, maka bagi saya pompuan itu tak boleh sangat dibuat isteri dunia akhirat..haha~

minta maaf pada yang membaca, ini hanya pandangan saya semata..:)

s a r said...

haa.. komen kaw yang ni macam menarik jugak nih. :D

istilah romantik berlainan pada setiap orang.

dengan

perenggan last kaw tu. walaupun aku rasa, adoi! keras ayat last tu haa.. ~ahah.

'maka bagi saya pompuan itu tak boleh sangat dibuat isteri dunia akhirat..haha~'

hansuke said...

sar:

hm..ko mesti dapat idea nak tulis lagi kan? haha~ teruskan usaha sar..:)

Deeeee said...

Salam

hahaha... well busy2 pun saya ada masa muncul kan.

Kena curi masa sikit. ;P

yahh everyone ada pandangan sendiri, apa itu romantik. Even kalau di tanya pada mana-mana wanita pun setiap seorang ada pandangan mereka sendiri. Bukan semua wanita suka di belai di perhati setiap masa. RIMAS!

Kalau dalam rumahtangga komunikasi tu la yang paling perlu, betul tak?

Amboi, your last statement! Well mungkin ada golongan seperti itu tapi ada golongan sebaliknya. Ialah dunia ini kan Allah jadikan manusia dalam pelbagai warna.

hansuke said...

dayah:

:) hehe~ yela, betul. 100% stuju.

intan.maisarah said...

assalamualaikum

dengan ini saya bersetuju dengan kenyataan yang di utarakan sebentar tadi


tak dapat nye nak lelaki macam tu sepanjang masa,,

ada ke?

hansuke said...

intan:

salam.

nak ke macam tu? kalu kamu rajin mencari, mesti ada sorang..haha~

selamat mencube..:)