Sunday, June 19, 2011

aku bukan 'ya-au-au'

Ye, aku bukan bapuk atau lembut atau ‘ya-au-au’. Haha. Tajuk macam pelik kali ni, tapi ada perkara yang aku baru sedar sebab dah ada orang tegur aku..:)

Sebenarnya, semalam ada seseorang cakap aku ni lembut macam bapuk. Tanpa disedari, bila aku pikir balik, memang ada pon sikit. Haha~ Tapi sebenarnya aku tak sedar dengan perkara ni sebab aku dah terbiasa bercakap lembut dengan perempuan. Tak pernah lagi ada sebelom ini orang cakap aku lembut macam ‘ya-au-au’ tapi rasanya, kalu dah ada orang yang cakap mengenai kita maka aku rasa ada kemungkinan besar ia adalah betol. Sebab kita tak mungkin dapat menilai diri sendiri jika bukan orang lain yang beritahu kita. Tapi walaupon demikian, aku sangat “happy” ditegur macam itu kerana aku dapat kenal pasti dimanakah sifat yang ada pada diri aku ni yang perlu aku buang.

Aku rasa sangat kelakar sebenarnya bila diberitahu aku ni macam lembut, atau lebih spefiknya ayat itu, “tak manly”..haha~ ok la, “I guess it’s reasonable enough”. Tapi bila dah diberitahu seperti itu aku terlintas dan teringat pelbagai “first impression” rakan-rakan terhadap aku. Sebelom ini yang paling best ialah masa aku belajar di kampus uitm, ramai yang bertanya samada aku ini seorang yang straight? Atau maksud lainnya, adakah aku ni seorang gay? Tapi soalan ni, lepas aku soal siasat, rakan-rakan menimbulkan soalan seperti itu sebab aku tak pernah ada “girl friend”, walaupon ramai yang cuba untuk berkenalan dengan aku. Hm..jadi persoalan seperti itu berjaya aku tepis dan elak kerana sesungguhnya aku bukanlah dari golongan yang dimungkari Allah swt. Maka, isu ini bukan lagi jadi persoalan rakan-rakan. Alhamdulillah.

Masa dalam alam perkerjaan pula, pernah ada anasir ‘gay’ yang datang approach aku untuk mendapatkan nombor telipon. Aku sangat komfius sebab perkara seberat ini bukan selalu kita akan lalui dalam hidup, sampai ia benar-benar buat aku takut pada dunia. Tapi setelah terkena tempoh hari, aku sudah pon berjaga-jaga sebab dah tahu apakah signal-signal yang tak patut aku berikan kepada orang ‘gay’ kerana mungkin mereka tertarik dengan muka macam aku ni (mungkin, wallahua’lam), jadi inshallah pada masa akan datang aku akan lebih berjaga-jaga supaya dipihak seberang itu tidak terkeliru dengan aku yang straight ni.

Soal aku lembut dengan perempuan sebenarnya ada sebabnya. Bila difikirkan balik, sejak dari zaman sekolah lagi kebanyakkan kawan aku ialah perempuan, sampai la pada zaman di kampus uitm (lagi ramai). Maka, aku yakin disitu la penyebabnya aku terikut sifat lembut orang perempuan bila bercakap dengan perempuan lain. Haha~ aku terfikir, bila aku dengan rakan-rakan lelaki, tak ada pula aku macam lembut, aku jadi sangat tegas dan kasar dengan mereka, semua yang kenal aku sangat tahu dan faham dengan sifat aku yang tegas. Tapi takpe, bila ditegur seperti itu, aku mengambil positif teguran untuk membaiki diri lagi, inshallah. :)

Sebenarnya, sifat dalam diri kita, boleh dibuang. Sebab sifat yang ada dalam diri kita boleh dipilih untuk disimpan atau sebaliknya. Pilihan itu ditangan kita. Sifat-sifat yang ada, i.e sifat lembut aku yang ada boleh dibuang kerana aku yakin (dan kemungkinan besar) sifat seperti ini adalah habit yang aku terbawa dan sekian lama terbiasa. Maka kita boleh ubah.

Jadi apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ialah dalam apa jua perkara kita boleh dan ada pilihan untuk berubah menjadi lebih baik untuk Allah swt. Apa-apa sifat yang kita ada dan jika kita merasakan ia perlu diubah maka kita kena berusaha untuk mengubahnya. Bukan bermakna kita perlu menjadi orang lain selain diri kita yang sebenar tapi kita perlu sedar dan kenal pasti sifat yang ada dalam diri kita bila berdepan dengan orang lain supaya tidak berlakunya fitnah. Rakan-rakan adalah cermin kita. Tak mungkin kita dapat menganalisa diri sendiri jika tidak diberitahu atau ditegur. Kali ini aku ditegur, dan Alhamdulillah, dapat juga aku kenal pasti dimanakah kelemahan diri sendiri.

Sesiapa yang terbaca post aku ni jangan salah faham dengan isinya. Tidak menjadi salah jika kita ada sifat lembut yang bertempat pada masa dan keadaan, misalnya ketika bersama isteri tercinta didalam rumah. Sebab Rasulullah merupakan seorang yang sangat lembut sifat peribadinya dengan semua orang terutamanya pada isteri-isteri baginda. Cuma lembut Rasulullah tidaklah seperti menyerupai seorang wanita, kerana sifat baginda bertempat dan bersesuaian dengan segala keadaan. Sudah ada pertunjuk bagaimana sifat seorang lelaki harus ada dan dimiliki, ini kita kena betol-betol faham perbezaannya.

Akhir kata, saja nak bagitau, aku sangat aktif dalam sukan, i.e Futsal, Extreme Sport, Jungle Tracking, Rugby, Wall Climbing, dan segala sukan yang boleh menyebabkan luka pada lutut dan tangan. Haha~ jadi aku bukan la seorang yang lembut melampau kerana sesungguhnya aku sangat manly dan macho (ok, perasan giler..:P). Maka dengan ini, aku mengistiharkan, aku bukan seorang ‘ya-au-au’. Haha~ (ok, merepek..:P)

Wallahua’lam

6 comments:

s a r said...

assalamualaikum encek! :D

~uhuu. pengakuan! eheh

bab kawan/orang lain jadi cermin pada diri kita tu, memang setuju la. cuma kadang2, ada setengah tu tak dapat terima teguran orang lain. Bajet dah betul semua je. hmm.



p/s- ~tetiba aku pun nak mintak no telefon kaw lah. ahaha.. lagi satu, kaw memang perasan :p

Noorfaezah said...

hahahaa ya-au-au~

cyruscope said...

sumpah aku ingat ko gay masa sek men.. harhar.. joking brah..

ko ramai sgt pasang pompuan ni.. tu yg terikut tu.. harhar..

hansuke said...

sar:

ko poyo..:)

Norfaezah:

ko lagi poyo, gelak kat aku..:)

cyrusdavirus:

ces..aku macho bro, mana nampak gay..hahha~ pasang tu tak pernah, tapi diorang melekat je manjang, haha, perasan giler..:)

hm..maybe aku dah lama tak men sukan lasak ni..dah jadi lembut la skit..haha~

takpe2, aku tetap aku bro..

neway, how's marriage life? :)

cyruscope said...

rite now, rite here, fullest!

Noorfaezah said...

aku plak kene poyo.........ishk3!! majulah sukan untuk negara~