Monday, June 20, 2011

Deja vu

duduknya aku di tempat ramainya orang, sebelah aku ialah seorang gadis, tapi aku tidak tahu siapa gadis itu. tiba-tiba datang seorang lelaki agak tua. beliau berborak dengan aku. aku tidak mendengar apa-apa kerana aku sedang bermimpi. lelaki itu kelihatan dalam kesusahan. aku kemudian menghulurkan wang kerana orang itu sangat memerlukannya.

tammat mimpi.

----------------------------------------------------------------------

dah lama mimpi aku tu, aku pon dah lupa. tapi semuanya jadi deja vu sebab tempoh hari mimpi aku itu betul-betul berlaku. orang tua itu adalah seorang indian. lepas sahaja aku memberikan bantuan padanya, aku terus teringat mimpi aku sebelom ni. dan itu la dinamakan deja vu.

aku pernah bertanyakan ustaz mengenai mimpi atau keadaan yang kita merasakan pernah dialami sebelom ini. kenapa ia benar-benar berlaku? ustaz kata sebab semuanya sudah pon tersurat. semuanya kerja Allah swt. semua perkara sudah pon tertulis oleh-Nya dan kita tidak dapat mengelak sedikit pon dari takdir yang Allah telah pon tetapkan. dan apabila perkara yang kita telah lalui itu, kita akan merasakan deja vu.

maksud Deja vu mengikut Wikipedia.

Déjà vu (literally "already seen") is the experience of feeling sure that one has already witnessed or experienced a current situation, even though the exact circumstances of the previous encounter are uncertain and were perhaps imagined.

dalam bahasa melayunya, lebih kurang aku terjemahkan, ialah keadaan yang kita baru sahaja lalui dan merasakan kita sudah pon atau pernah melaluinya sebelom ini. itu perasaan deja vu.

sambung lagi ustaz, kita melalui keadaan deja vu ialah kerana Allah swt mahu kita tahu dan rasa bahawa semuanya Dia yang rancang dan aturkan untuk manusia, dan Dia mahu kita merasakan perkara yang tersurat itu adalah benar belaka.

indahnya deja vu bila kita dapat merasakan perasaan itu. kerana ia benar-benar dapat menambahkan yakin dalam diri bahawa, kita tiada kuasa untuk menolak takdir Allah swt, walaupon sedikit, kita kena redha dengan apa jua yang Dia telah aturkan untuk kita.

Allah swt sangat sayang pada makhluk-Nya. tidak pernah sekali Dia menyiksa makhluk ciptaan-Nya kerana semua ujian-Nya adalah untuk kesedaran kita dan untuk kita mendapat kesenangan dihujung cerita hidup, iaitu syurga diakhirat.

semuanya tersurat dan sudah tercatat. itu lah kebenaran yang nyata.

wallahua'lam

6 comments:

s a r said...

assalamualaikum :)

thanks sebab share pasal deja vu tu.

hmm..tau dah sekarang. patutla.. :D
tapi risau pula yang tidak sepatutnya mimpi, jadi pula sebenarnya. Astaghfirullah..

Anonymous said...

salam.

"semuanya tersurat dan sudah tercatat. itu lah kebenaran yang nyata." --------> likeeee this a lot.

" Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri. semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu germbira terhadap apa yang diberikannya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23)

just feel like sharing :)

hansuke said...

sar:

oh, tidak. Allah tidak akan menunjukkan benda yang buruk kepada makhlukNya. kebiasaannya, mimpi buruk mainan syaitan, maka berhati-hati dalam mentafsir..:)

hansuke said...

Lyana:

wah, rasa cam bangga cik lyana ada visit blog saya..:P thanks for dropping by..ehe~

hm..al-hadid eh? baru tahu, macam itu maksud dia..:) selalu baca surah tu tapi tak pernah nak tengok maksudnya..ehe~ aritu ada nak bukak tapi tangguh..hm..

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu germbira terhadap apa yang diberikannya kepadamu" <--------ultimate redha la..:)

neway thanks for sharing, i'm glad, apa yang tertulis tu rupenya sudah ada dalam al-quran, alhamdulillah..:)

s a r said...

terima kasih :)

sue said...

assalamualaikum abg busyukkk!!!!

tenkiu so much for sharing this...
DEJAYU???MIMPI???IMAGINATION??

hurmmm, kerap jugak melalui saat2 begitu, bukan secara mimpi..

bila tiba saatnya, terdetik di hati>>"knp mcm penah melalui situasi nie"

ALLAH PENENTU SEGALANYA, YANG TERSURAT MAHUPUN YANG TERSIRAT...

:)
tenkiu........