aku tengok dah jadi trend zaman sekarang ni orang 'free hair' bila akad nikah je terus pakai tudung, tersipu je nunggu si abang lafaz nikah, "aku...aku....ter..ter...ter..", "hah!! tak sah...sekali lagi". hm.."of course la, i mesti nak nampak cantik u, bole ambik gambar cantik-cantik atas pelamin, terguling-guling posing maut atas katil pengantin", ut-ak ut-ek (maklum la dah sah la katakan), cameraman plak tak tahan nengok..haha~ pastu esok lusa, jiran sebelah tengok, "aik, tu sapa pulak tu, semalam kome nengok pakai tudung?". huh? apakah? entohle, kang aku kata hipokrit kang ada je bagi penumbuk dak?
yang paling ketara, bila sesi ambil gambar potong cake pakai tuxedo (laki), gaum maut (pompuan), ketat tak hengat dunia, pinggang dah jadi 4 inch je ramping dia, "lihat perutku, ramping kan?" (iklan zaman 90an), sebab bila sesi ni, kebanyakkan pengantin pompuan dah melayang dah tudung dia, sebab tak bergaya la kalu bergambar 'ala-ala' kawin mak saleh pakai tudung, rambut baru je rebonding "i kena bergaya gitu, ah-haa"
--------------------------------------------------------------
ok enough merepek. aku sebenarnya kecewa sebab terlalu ramai dah aku tengok depan mata. bukan apa, kita kena balik kepada Al-Quran, balik kepada Sunah Rasul. tutup aurat, tutup aurat. itu tuntutan, bukan main-main. pastu yang pakai tudung tu, kena tau mana harus ditutup, bahagian mana harus kena jaga. bukan setakat pakai tudung je, tapi alhamdulillah la yang tengah pakai dan jaga tudung ni, cuma kena lebih teliti lagi kat mana sensitiviti ukuran aurat pada wanita. dalam surah an-nur, terang-terang Allah berfirman, suh tutup dada dengan kain kerudung (tudung la tu), maka yang tak pakai tu, ikut surah mana agaknya, tulun tunjuk kat aku skit? kalu Allah yang suruh tutup dada wahai si wanita, mesti la ada sebabnya, takkan la saja-saja Allah quote dalam Al-quran, yang jadi mangsa kita-kita ni kaum lelaki, tidakkkkk!!! berdarah hidungku (terbayang dah yang bukan-bukan).
yang dah kawin tu, pesan-pesan la si isteri supaya pakai tudung, slow-slow pon takpe, pakai scalf dulu kalu malu orang mengata. lama-lama orang dah biasa tengok pakai terus tudung penuh elok-elok. dan kalu nak lagi elok, nak extreme skit pakai tudung sampai tutup terus segala mak nenek bentuk gunung-gunung berapi yang bakal mencetus ghairah si lelaki yang nengok. sedar tak sedar dosa isteri semua suami yang tanggung, isteri nak masuk neraka, pergi la masuk sorang-sorang, tapi jangan la menyusahkan kaum suami, "oi, dia tanggung dosa ko la pandai!!". isteri buat dosa, dua-dua masuk neraka. nauzubillahminzalik. so kesian skit la para suami mithali, kata "i sayang u more, more and more tau" (sambil bersinar-sinar mata menjeling manja si bf) <---belom nikah time ni..haha~
oklah, aku amat berat sebelah la kalu nak mengata kat orang pompuan atau si isteri je. sebab kadang-kadang si suami pon macam entah hape-hape gak. ada je isteri baik suami plak macam cacing kerawit. aduhai manusia, dapat isteri baik, cantik, muslimah, pi cari pompuan lain plak. "uih, gua nak cari awek yang boleh layan gua macam pelacur 1st class la, baru shok bro". itu pon satu hal, nafsu biar la puas sama-sama, jangan duk mengada nak puas sorang-sorang! asik duk pikir dia je nak puas, isteri tak nak pikir pon!. oh, ni ustaz kazim yang cakap, aku repeat balik je kata-kata ustaz raja lawak tu. haha~
kawan aku dulu ramai je yang tak pakai tudung, maklum la penari uitm. seksinya pakaian masa jadi puteri ulik mayang. espeseli puteri tujuh, aduyai~ (puteri tujuh paling lawa antara tujuh penari), kebetulan pulak jadi kawan aku si puteri tujuh ni suatu ketika dulu. yang aku nak cerita, masa dia nikah dia pakai tudung, pastu sampai sekarang tak buang atau cips more dah. alhamdulillah. sapa kata orang 'free hair' tak boleh berubah? kawan aku ni masa tak pakai tudung, siap masuk majalah remaja lagi, siap dapat nombor 3 plak tu untuk pertandingan cover. lepas nikah, suami yang pesan kena pakai. maka isteri solehah lah dia sebab ikut kata suami. alhamdulillah.
oleh itu, taat la kepada suami wahai para isteri, kerana sesungguhnya salah satu cara untuk masuk syurga (ada 4 cara isteri kena cukup) ialah taat pada suami (cara yang ke-4) tapi kalu nak ikut pon yang syarak je, yang tak ikut tak termasuk, harap maklum. kalu suami mintak yang bukan-bukan tak ikut syarak? melawan la apa lagi, "i sayang Allah, u takda hak nak mintak bukan-bukan tak ikut agama". cewah, banyak betul drama dalam post aku kali ni. hehe~
nota - syarat kompem syurga bagi kaum isteri:
1. menunaikan solat 5 waktu
2. berpuasa
3. menjaga kemaluan
4. taat pada suami (ikut syarak)
bak kata ustaz, pilih la mana-mana pintu syurga untuk masuk wahai para isteri yang cukup kesemua 4 syarat diatas.
kesimpulan pada bebelan aku ni, pokoknya berubah lah dan tutup la aurat. kalu nak berumah tangga plak, kena ada ilmu agama. kalu belom cukup, usaha la cari, walaupon dah kawin, insyaAllah boleh belajar, ceramah ustaz setiap kali lepas maghrib, free je, yang ustaz ceramah politik tu, kita tutup la telinga, tapi bab ilmu agama tu, kita amik masuk otak. kalu nak lagi senang cari kat internet, belambak je kalu nak ilmu. pastu pandai-pandai la pesan kat isteri yang tak tutup aurat, "sayang..., pakai baju elok-elok ye, awak seksi saya seksa kat akhirat esok tau". pastu, lama-lama pesan la pakai tudung plak, pandai-pandai la kome nak cakap macam mana, ikut cita rasa. yang belom kawin plak, lagi la kena cari ilmu agama sebelom bekeluarga, jangan jadi dayus la wahai lelaki, tak bau pon syurga. :(
pesanan aku yang tak seberapa ni, pandai-pandailah saling menasihati, syurga Allah bagi free je, tak kena bayar pon, cuma kena ikut suruhan Dia je. suami isteri kena ambil tahu bersama pasal hukum, Allah cakap apa, Rasul cakap apa. ambik sikit-sikit, kasi masuk dalam keluarga. akhirnya, kalu tak alim pon, atleast tahu Islam kata apa dalam sesebuah keluarga yang diredhai Allah swt. kalu suami isteri pon dah out, macam mana nak dapat anak-anak yang soleh dan solehah? tak tercapai la hasrat nabi nak tengok umatnya yang soleh solehah dikahirat kelak. bukan apa, esok lusa mungkin dah ajal kita, kalu tak sempat berubah? kalu tak sempat bertaubat? astaghfirullah..maka berkejar-kejarlah kita, sesungguhnya, orang beriman itu adalah orang-orang yang beruntung.
ni la jadi kalu aku takleh tido, mengarut je membebel. aku pon belom kawin lagi, tapi tak salah aku menyampaikan kepada orang yang sudi nak berubah. sambil tulis, aku dakwah kat diri sendiri juga, bukan aku tulis sebab aku bagus ke apa. aku pon mahu jadi yang terbaik sebelom tiba masa aku bergelar suami. mari lah kita mendekati Allah dan doa la yang terbaik untuk masa depan kita kerana Allah, insyaAllah Dia bantu. maaf kepada semua, aku cuma niat nak dakwah sempoi-sempoi sambil cicah biskut dengan air-milo-panas-kurang-manis..:) dah terkeluor lograt perak dah skit-skit, hantu kak limah punya pasal pengaruh..aduihai mat khalid.
sekian bebelan, maaf sekali lagi jika aku ada sedikit kasar bahasa, tak berniat menuju kepada sesiapa yang belom kahwin atau yang dah pon kawin, umat islam berjuta-juta kat malaysia ni dan kat seluruh dunia, post ni ditujukan kepada semua yang boleh faham bahasa melayu. semoga mendapat manfaat.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
ehem ehem..assalamualaikum encek.
tidakkkkk!!! berdarah hidungku (terbayang dah yang bukan-bukan).
~ahaha. melampau betul! :P
ya. diri ini terlebih suka dengan drama yang cuba encek sampaikan. ~ahah.
ok serius. sangat menarik. kalau ada yang tak faham tak taw ler. :D
ops, bukan tak faham. sengaja tak nak faham. free hair kan cantik. baru lepas rebonding, kaler merah lagi tuu. mahal2 bayar, takkan nak simpan dalam tudung.. :P
ok serius balik. hmm, aku pulak yang malu bila encek cerita begini rupa akan perihal aurat. terutamanya bila sipengantin free hair pakai tudung time nikah je. hmm. memang betul pun. tak nafikan. tapi lagi sedih, bila husband dia buat derk je. lagi tak tahan baju kurung sekarang, pakai tudung cantik elok, lengan pulak jarang. adoi!. :D
terima kasihlah atas ingatan yang sangat berguna ni beb. untuk peringatan diri hari ni dan masa hadapan. :)
p/s-eh, encek nak pakai tuxedo ke time kawin nanti? ~ahah soalan jauh menyimpang yang dah tau jawapan. :P
salam.
aku penyampai je, mengingatkan berita baik dari Allah untuk orang-orang yang berifikir.
itu la aku sebut, yang dah pakai tudung tu pandai2 la jaga, ni tak, nampak sini sana, jarang sini sana, macam-macam la, tak abis kalu aku senaraikan. huh~
thanks, aku tahu ko rajin baca..:)
p/s: aku pakai baju melayu putih + sampin + songkok je..haha~ simple2 sudah..insyaAllah.
:) suke post ni~ en.milo kawen jgn x jemput! haha =p
noorfaezah:
ko suka la kalu banyak drama..haha~
biasanya orang akad nikah pakai tudung sebab nikah kat masjid. sekarang da jadi trend yeh? tibe2 cakap pasal nikah2 ni. tak lama lagi ke? Heeeee~
"yang dah kawin tu, pesan-pesan la si isteri supaya pakai tudung, slow-slow pon takpe, pakai scalf dulu kalu malu orang mengata"
kalau pakai scarf je lagi orang mengata. sebab orang selalu mengata dato' siti (kantol suka baca blog gosip). dia kan pakai scarf je.
dolat:
dah byk da cmtu skang, bila dah selesai akad terus dah tak pakai tudung dah, padahal tudung tuntutan agama kita. kalu nikah je, mesti kat masjid, macam la akad takleh buat kat umah. tapi ada juga saya tengok, akah kat umah, pengantin perempuan free hair pakai tudung juga, pas nikah, semua majlis dah selesai, back to tak pakai tudung balik.. apakah?
bila dah macam tu kan, hanya pakai tudung masa nak nikah je, maka itu la saya namakan ikut trend bukan sebab dalam hati nak pakai kerana Allah atau agama..:)
oh, bukan, siti sebab dia idola ramai, takkan sama cemuhan kita2 orang biasa ni. like i said, pakai scalf simple2 je, sebelom pakai tudung yang sepenuhnya. kalu nak ikut kan orang mengata, pakai tudung elok2 pon orang kata gak, mulut orang sapa boleh elak, tapi dari takut orang mengata baik takut dengan azab Allah yang bakal menimpa kalu tak pakai tudung langsung.
hm..dah nak kawin? haha~ nak kawin dah lama dah, cuma rezeki je takda lagi..:)
selamat bekerja dolat, thanks bagi komen.
alhamdulillah...x lamer la tuh
eh..aku plak yg kene..drama..xde maknenye..lagi2 script kau yg tulis..
Post a Comment