Saturday, June 26, 2010

world cup 2010 song



shakira sings this old song and make it her own, it has a catch to it, maybe because of the world cup fever and all..:)

world cup brings people together, even if it's only a game where 22 players chase 1 ball on the pitch but people still love to watch with excitement and hopes in their eyes for their team to win.

no more racism, no more fights, no more everything. only football, it unites everyone, only if human were united like this every day then earth would be a better place for our children.

i'm always for brazil when it comes to football, but japan is also in my list this time. winning or losing is just the same for me, only that watching our fav team play and cheering for them is something else.

happy world cup 2010 everyone!

Monday, June 21, 2010

fikir dulu sebelum berjanji

senang sahaja bila berjanji, tapi untuk menunaikan janji itu bagaimana? untuk memegang janji itu macam mana? bolehkah kita tunaikan kata-kata kita itu? jika boleh alhamdulillah, jika tidak bagaimana pula? itu lah yang selalu kita jumpa, orang berjanji dan menunaikannya dan ada juga orang yang tak mampu menunaikan janji-janji mereka setelah berjanji akan melakukannya.

sebenarnya sebelum berjanji kita kena fikir dulu masak-masak. boleh atau pon tidak kita menunaikan janji kita jika kita membuat janji dengan orang. kita kena fikir jauh ke hadapan akibat-akibat tertentu jika kita tidak mampu menunaikan janji tersebut suatu hari nanti.

jadi bagaimana? jika di fikir secara logik jangan berjanji jika tidak mampu merealisasikan janji kita itu. jangan main sebut ikut sedap mulut sahaja dan jangan ingat orang lain akan lupa apa yang kita telah pon berjanji pada mereka. jika kita berjanji sekadar mahu membuat orang lain sedap hati, lebih baik diam dari melukakan hati orang lain kerana hari yang dinantikan pasti akan berlaku dan orang akan ingat janji kita. bagaimana jika kita gagal memegang janji kita itu? memang ada pihak yang akan terasa tambahan pula jika kita sendiri berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak pernah pon berjanji. semua orang tahu, berjanji dan tidak menunaikan janji itu adalah salah satu sifat orang munafik. nauzubillah.

"sesungguhnya mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan" - imam al-Ghazali

maka marilah kita menjauhi dari sifat yang buruk ini. kenal pasti diri kita. baiki jika perlu. janganlah berjanji jika kita tahu kita tidak mampu menunaikannya suatu hari nanti. dan jangan juga berjanji untuk menenangkan hati orang lain atau pon sekadar berbual kosong kerana jika kita tidak menunaikan janji kita orang lain akan ingat dan sakit hati, kita juga yang mendapat dosa. jika telah pon berjanji dan tidak dapat menunaikannya maka sebaik-baiknya meminta maaf supaya orang lain tidak akan samakan kita dengan seorang munafik. jadilah lebih matang dan fikir dulu sebelom membuka mulut supaya kita tidak terlanjur berjanji. semoga Allah SWT menghindari kita semua dari bersifat munafik. insya Allah.

wallahua'lam.

Thursday, June 17, 2010

antara mahar dan wang hantaran

post ini saya copy/paste dari post di blog seorang Ustaz. semoga sesiapa sedang mengalami masalah mengenai pandangan Mas Kahwin @ Hantaran boleh baca post ini yang saya copy/paste sebagai rujukan, semoga mendapat maafaat insya Allah.

Tajuk: ANTARA MAHAR DAN WANG HANTARAN

Merujuk kepada Fiqhul Manhaji, Jilid ke 4, pada halaman 637 & beberapa rujukan lain.

Sebagai permulaan, dalam Islam, hanya ada istilah Mahar atau Mas Kahwin sahaja. Tidak ada apa yang dikenali kini dengan HANTARAN. Jauh sekali istilah serba satu, seba dualah, belanja hangus lah dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.

Maka saya akan jelaskan dahulu apa yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran.
Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar @ Mas kahwin.
Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:
Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.
Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.
Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan member MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya.. Silakan buka kembali Fiqih Sunnah, Subulussalam, Bidayatul Mujtahid, masing di BAB: As-Shadaaq )
Dalil kewajipannya :
وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib”.

Dalam hukum-hakam yang berkaitan dengan mas kahwin, panel pengarang Fiqh Manhaji membahaskan pada muka surat ke 641, bahawa Pengantin Lelaki boleh @ harus menyegerakan pemberian mas kahwin ataupun menangguhkannya.

Dalam buku Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam, terbitan Pustka Ilmi,pada muka surat 84, dengan jelas menyatakan “ Mahar @ Mas Kahwin, boleh dijelaskan secara TUNAI dan boleh juga BERHUTANG.

POINT PENTING BERKAITAN HANTARAN

HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.
Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.
Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?
Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa. Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa


KESIMPULAN

1) Pada pandangan saya, memandangkan kedudukan HANTARAN itu sendiri bukanlah mempunyai asas yang kukuh dalam agama, maka tidak menjadi 1 kecacatan pada bakal suami jika terpaksa berhutang di dalam menyediakannya.
2) Bayangkanlah, kalaulah MAHAR @ Mas Kahwin yang bertaraf WAJIB itu pun, boleh disediakan secara berhutang, takkanlah HANTARAN yang menjadi adat warisan itu mesti disediakan secara tunai. Ini satu hal yang tidak adil.
3) Andai terpaksa berhutang pun, jangan sampai hutang itu makin membebankan pasangan di awal usia perkahinan mereka.
4) Berhutang di awal perkahwinan ini, hanyalah tanda permulaan buruk bagi rumahtangga yang baru dibina.
5) Justeru, berbincang secara baik antara pasangan agar dapat kita lestarikan “ Baiti Jannati” diatas dunia yang sementara ini.


Wallahua’lam.
Disediakan oleh

Mohd Zaiem Hilmi B. Hussin
Tmn Wawasan, Tawau
12.14 malam.

Sila lawati laman web asal post di http://zaimhilmi.blogspot.com/2009/10/antara-mahar-dan-wang-hantaran.html.

teman sejati

susah sebenarnya untuk mencari teman. susah dan senang, dunia dan akhirat. itulah dinamakan pengorbanan, mengambil berat tentang diri temannya untuk kebaikan bersama. semua ujian yang ditempuh hanya milik kita, orang lain tidak boleh mengubahnya. kadang kalanya kita hanya mampu menasihati pada orang lain, tapi manusia yang diberi akal untuk menilai, mana yang baik dan mana yang buruk.

sampai satu masa, kadang-kadang kita akan putus asa. sakitnya hati tak terhingga bila nasihat kita ditolak. seolah-olah mereka menutup telinga, tidak mahu mendengar. akhirnya kita terima sahaja kerana mereka teman kita. sebab kita sayang mereka, kita mahukan mereka bahagia, itu lah tujuan awalnya kita membantah, bukan niat dengki atau kianat. akhirnya tinggal hanya doa dalam hati supaya mereka diberi pertunjuk, kerana jauh disudut hati kita, kita tahu mereka berhak yang terbaik.

ujian akan tetap ada bagi setiap yang beriman kepada Allah SWT. berat atau ringan itu sahaja. hanya tinggal masa yang akan menentukan keinsafan pada seseorang. hari itu pasti terjadi dan doa kita akan terjawab. manusia akan sedar dari tipu daya syaitan yang melalaikan lagi menyesatkan. begitu senang Allah memberi jalan, sedangkan selama ini manusia terlepas pandang.

setiap perkara semuanya ujian. kadang-kadang benda dah berlaku, kita hanya perlu terus ke hadapan. sebagai teman tidak perlu memarahi, tidak perlu mengungkit kembali kisah yang dulu, kisah yang pernah kita melarang atau memesan. kita cuma perlu berdiam diri kerana mereka yang kita sayang. tidak perlu senaraikan kesilapan mereka, kerana ujian Tuhan siapa yang sangka, siapa lah kita untuk mengungkit walau sedikit pon.

sahabat, engkau adalah temanku. semoga kita tabah menjalani ujian Tuhan, seperti sahabat-sahabat Rasul yang tak pernah tahu penat dan lelah menegak agama Allah. aku bersyukur. dalam diri juga ingin membaiki, menjadi lebih baik.

wallahua'lam.

Tuesday, June 15, 2010

solat diutamakan bukan client

sudah lama rasanya tidak tulis apa-apa. rasa macam hilang mood pon ada. tadi pergi surau, ada ceramah, tajuk dia memang kena dengan apa yang aku rasa dalam hati sejak dulu tapi tak pernah pula rasa nak tulis kat sini. setelah banyak membebel kat kawan serumah yang pergi surau sekali tadi, aku nak membebel kat sini pula.

banyak benda yang ustaz sentuh tadi tapi aku paling tertarik pada isu jihad. memang sekarang ini jihad tengah hangat diperdebatkan kerana adanya isu palestin-israel tu. mungkin kerana isu semasa sekarang ni uztaz tu sentuh pasal jihad. tapi apa yang diperbincangkan adalah mengenai diri kita sendiri bukan mengenai israel yang sudah pon diperkatakan didalam al-quran dengan sifat-sifat mereka yang kejam itu.

apa sebenarnya yang kita faham dengan jihad? adakah jihad itu hanya bila kita pergi berperang dan mati syahid? kadang-kadang manusia lupa setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah SWT itu adalah jihad. contohnya bila kita hendak ke surau untuk solat atau ingin ke sekolah untuk menimba ilmu, semua ini adalah jihad.

aku teringat contoh simple yang kita selalu jumpa. contoh orang berniaga. katakan pukul 6pm kita keluar ofis nak jumpa client tapi tak solat asar dulu sebab tak sempat nanti client complaint sampai lambat. bila bawa kereta cari tempat client, pusing-pusing, sekali sesat tak jumpa ofis client tu, tengok jam dah masuk pon waktu solat magrib. kita pon tak solat asar. yang tambah lagi teruk, masa pergi jumpa client tu ada bawa staf kita pula bersama, jadi co-pilot, dah la kita berdosa tak solat, orang pon berdosa tak solat disebabkan kita pula.

soalan: eh, kenapa tak solat je dulu sebelom keluar ofis tu?

jawapan: tak boleh, nanti client bising, tak nak buat business pula, hilang rezeki, tak boleh nak bayar staf, tak ada duit.

senang je jawapan. tapi apa yang kita sering lupa ialah Allah SWT yang bagi kita rezeki. maka, kenapa bila saat tertentu kita lupa benda yang 'simple' ini? kita lupa dengan semua perkara sebagai seorang muslim. kita mengejar duit dari client itu sampai kita lupa tanggungjawab kita yang utama, iaitu solat, dan juga merupakan perkara paling penting dalam hidup seseorang yang bergelar islam.

jika kita solat dulu sebelom keluar ofis untuk berjumpa dengan client, tak menjadi masalah sebenarnya. walau macam mana kurang ajar sekali pon client yang meminta kita berjumpe mereka secepat mungkin, sampai solat kita ditangguhkan dulu, kita perlu tegas membuat keputusan yang mana lagi baik. jika kita pilih untuk berdosa maka kita sudah pon melakukan kesalahan yang sangat merugikan. padahal solat itu yang sepatutnya kita utamakan dari segala benda atau perkara yang kita rasakan menjadi sumber rezeki.

insya Allah pertolongan akan datang secara sendirinya jika kita pilih untuk solat. jika kita ikhlas dan utamakan solat tak mungkin Tuhan akan mensia-siakan keikhlasan kita itu. andai kata tadi kita solat dulu dan client marah sebab kita sampai lambat dan akhirnya terbatal urusan business kerana client tak puas hati, maka apa yang kita patut sedar ialah client itu memang tak layak untuk kita mengadakan business, kerana sumber rezeki datangnya dari Allah dan bukan dari client yang kita harapkan.

cuba kita berhenti sejenak dan berfikir. adakah Allah SWT tak mampu memberi kita rezeki yang lain kalau hilang satu client tadi? adakah kita sanggup memilih dosa dari melakukan solat? kita sering lupa bahawa kita sepatutnya lebih tegas dengan keputusan tentang solat dan agama kerana perkara ini juga adalah jihad. kita harus ingat bahawa mungkin rezeki kita akan datang lebih lagi pada masa akan datang jika kita utamakan solat dahulu dari segala benda lain. padahal kita terlupa Allah SWT sedang menguji keimanan kita dengan perkara tersebut dan ganjaran bagi orang-orang beriman amatlah istimewa.

sikit sahaja Allah uji sudah pon kita lupa. kita lebih bergantung pada manusia untuk mendapat sumber rezeki dari kita berfikir dan berharap rezeki itu datangnya dari Allah SWT. bergantunglah pada Allah SWT sepenuhnya. itulah jihad yang paling utama yang kita harus ingat. diri sendiri kenalah lebih tegas membuat keputusan dalam apa perkara jika ia melibatkan agama Allah. usah kita takut, pasti adanya rezeki lain yang menanti kita pada masa akan datang kerana Allah SWT yang menentukan segala perkara, pentadbir seluruh alam.

wallahua'lam

Monday, June 14, 2010

lights, camera, action!

Assalamualaikum.

The last post was a mistake. I was just testing something but forgot to delete it. Sorry for the comfusion..:)

Anyway, I've been busy with other stuff lately. Just bought a camera (at last), after the last camera i bought were stolen.

Well, do drop by at my flickr page, the link is below the achieve.

Till next time.

Wednesday, June 9, 2010

Why Hijab?



thank you for watching.

Saturday, June 5, 2010

born again muslims

aku kagum tengok orang masuk islam (mualaf). selalu sahaja kita dengar orang peluk agama islam dan orang bukan islam akan mengutuk mereka, tapi siapa kisah, kutuk all you want sebab orang ini dah buat keputusan. semua tahu betapa hebatnya tentangan dari pelbagai pihak bila seseorang dah buat keputusan untuk peluk islam, dari keluarga misalnya, masyarakat apatah la lagi, tapi ada juga keluarga yang tak kisah pon sebab mereka sayangkan anak mereka dan mahukan yang terbaik.

mualaf ni bila mereka dah masuk islam, kebanyakkan mereka ni sangat sabar. yela, mula-mula nak berubah bukannya senang sebenarnya, dapat tentangan hebat lagi la pula, dan disini bermulanya episode ketabahan hati dalam diri mereka kerana menghadapi segala rintangan dan ujian yang Allah SWT bagi kat mereka. dan bila dah masuk islam mereka sangat la tabah dan redha yang amat tinggi kerana telah pon diberi hidayah, bimbingan dan lain-lain bagi menghadapi segala cabaran hidup, atau dengan erti lain mereka-mereka ini sangat bersyukur dengan hidup mereka. kadang-kadang mengalahkan orang islam yang sejak azali islam dari segi kefahaman dan ketaatan kepada agama Allah SWT.

kebanyakkan orang yang lahir muslim, hidup gaya muslim, dipandang muslim dari kecil boleh terlupa semua perasaan yang ada pada orang-orang mualaf kerana mereka gagal melihat kepada kebenaran dan lupa terhadap tanggungjawab mereka sebagai muslim. mungkin kerana keseronokan dunia atau mungkin juga kerana nafsu, either way ia menjadi salah satu punca kepada masyarakat islam yang penuh dengan maksiat seperti yang kita dapat lihat sekarang.

aku sangat tertarik kepada gadis berketurunan British-Japanese yang diberi nama Hana Tajima-Simpson, beliau seorang mualaf dan telah memeluk islam lebih 5 tahun lamanya. ya, beliau seorang model dan fashion designer dikota London, United Kingdom dan sekarang ini amat terkenal dengan rekaan fashion beliau iaitu StyleCovered. boleh layari laman web ini. http://www.stylecovered.com/

apa yang aku nak sentuh disini ialah bukan pasal kecantikan gadis ni, sememangnya dia sangat cantik dan tak boleh dinafikan lagi tapi apa yang aku paling tertarik pada gadis ni ialah sifat 'humble' dia. yes, i mean she's beautiful, very much, ramai orang duk puji dia, tapi dia sangatlah macam tak kisah dengan kecantikan yang dia ada. dia sangat humble sampai aku agak terkejut dia baru masuk islam, aku ingat dia tu born islam, sekali mualaf rupenya. cuba kita perhatikan betul-betul, tak ada pon dia nak dedahkan aurat dia. cakap pon dengan penuh lembut dan ikhlas dan sikit pon tak menunjukkan riak diwajahnya. ternyata beliau sudah pon faham atau menghayati islam yang sebenar. mungkin juga husband dia telah bimbing dia dengan nilai islam yang baik. subahannallah.

bila tengok Hana ni di internet, dengan sifat islamic yang dia ada, pakaian islam moden yang dia cuba potrait kan kepada masyarakat, teringat pula pada masyarakat kita. kita sejak lahir lagi sudah pon islam, dan dibesarkan dengan ajaran islam tapi tidak langsung mahu mengikut apa yang islam ajar pada kita. padahal kita tinggal di negara islam, belom lagi tinggal di western countries seperti si Hana.

ramai gadis yang kita kenal, sangat suka dan tertarik dengan pakaian dan design dari barat. ya, memang tak salah, tapi bila dah pakaian yang dipilih itu mendedahkan aurat dan menunjukkan bahagian tertentu tubuh badan dan aurat seorang wanita ia tidak lagi relevan dan tidak sama sekali dibenarkan dalam islam.

kita selalu jumpa, gadis yang dari awalnya elok dari segi pakaian, pakai hijab dengan sempurna, tapi lama-kelamaan mereka ini cuba ringankan lagi pemakaian hijab bila memakai scaft sahaja dikepala, biasanya bila hendak pergi jogging di taman atau bererobik di club senaman, maka bertudung seperti mereka ini bukan lagi dipanggil hijab kerana leher mereka sudah pon terdedah dan kita lupa bahawa ini juga merupakan aurat bagi wanita.

dari segi baju pula, semua orang tahu ramai wanita islam di malaysia khususnya suka pakai 'baju adik'. baju adik ini ialah baju yang sangat kecik (baju fit), kemungkinan besar dipinjamkan oleh adik mereka sebab itulah ia kebanyaknya ketat dan sampai terbentuk susuk tubuh badan yang langsing atau terdedah saiz dada mereka yang juga akan mengiurkan bila dipandang, apatah lagi bila baju adik ini mempunyai jenama yang terpampang besar dibahagian dada baju supaya mata kita nyata terpandang diruangan itu. ditambah pula bila mereka ini memakai seluar jeans ketat, dan kadang-kadang bila tunduk atau duduk akan menampakkan seluar dalam mereka atau pon merunsingkan lagi mereka tidak memakai seluar dalam. (i leave it to your imagination).

itulah dia contoh-contoh yang amat merunsingkan sebenarnya. kadang-kadang ada juga terfikir, dimanakah hala tuju mereka-mereka ini, sejauh manakah kefahaman islam yang ada dalam diri mereka?

tapi wanita-wanita seperti ini masih lagi ada peluang untuk berubah, kerana mungkin ini semua ujian mereka sahaja. kita tak perlu menjauhi diri daripada mereka kerana mungkin mereka sangat tidak tahu atau pon mereka lupa sekejap akan tanggungjawab mereka sebagai umat islam. suatu hari nanti mana tahu mereka akan berubah dan perubahan ini selalunya disebut "born again muslims" seperti juga tajuk post aku kali ni.

born again muslims ini ialah, orang islam yang lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim, melakukan maksiat dan akhirnya sedar dan insaf dan kembali kepada ajaran yang sebenar. sesetengah orang yang lupa ni, mereka seolah-olah mati sekejap dan bila mereka mendapat hidayah mereka akan sekali lagi mengikuti ajaran islam secara tulus dan ikhlas seolah-olah telah pon dilahirkan semula dalam agama islam.

kita juga sebagai muslim yang taat, harus lah sentiasa membaiki diri kita setiap masa, muhasabah diri amatlah diperlukan. tak boleh menunding jari pada sesiapa kecuali diri kita sendiri. kita tak boleh mencaci mereka yang 'mati' sekejap tu, mungkin suatu hari nanti mereka akan 'hidup' semula dan 'lahir' balik kedalam islam (bukan bermaksud resurrection), kita tak tahu. jika berkesempatan, mengajak dan menyebarkan berita baik Allah SWT kepada yang lupa harus diteruskan. kita harus mendekati mereka sebenarnya bukan menjauhi dari mereka. mana la tahu suatu hari bila ada orang mengingati diri mereka, keinsafan dalam hati akan tercetus dan akhirnya sedar untuk berubah.

macam yang aku pernah kata, semuanya atas pilihan. individu memilih untuk berubah, memilih untuk kebaikan dan memilih untuk berbuat dosa. yang paling penting, perlu ada pertanyaan dalam hati, dimanakah kita disisi Allah SWT? semuanya bermula dari diri sendiri. itu memang jelas.

wallahua'lam.