Wednesday, November 25, 2009

perbuatan sia-sia

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;


Surah Al-Mukminun ayat 1 - 3.

teringat masa sem 3 diploma, ustaz minta kami menghafal surah ni dan membaca didepan beliau untuk diuji, ayat dan terjemahannya sekali. aku tekun menghafal di kotak library sehari suntuk. ayat yg hendak diuji ialah sampai ayat ke 11 (Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya). aku sgt suka akan surah ni. Allah sgt jelas dgn kata-kata Nya. sedkit sebanyk mengubah diri aku untuk menjadi lebih baik.

kadang-kadang kita lupa pesanan tuhan di dalam kitab Nya. kita sering kali mengucapkan perkataan-perkataan kesat yg keluar dari mulut kita jika memarahi sesuatu atau seseorang. perkataan-perkataan ini jelas sia-sia. dan rasulullah pernah berpesan, jika tiada apa-apa hendak diucapkan, lebih baik diam saja. aku rase lebih baik kita bykkan berdiam diri dari berkata yg bukan-bukan.

semestinya, ujian kepada orang beriman, tidak pernah putus. cuma kita sahaja yg mesti bersabar menghadapi setiap cubaan yg dikenakan. berbuat baik adalah kewajipan setiap ihsan. bukankah berkata yg baik itu merupakan perbuatan yg baik? walau sekecil zarah sekali pon akan dibalas dengan yg baik, betapa terperinci nya pesanan Allah kepada kita didalam kitab Nya. kita saja yg kadang-kadang lupa untuk menghayatinya, sedangkan kita tahu, bukannya tak tahu.

pendek je post aku kali ni. entry ini adalah sekadar perkongsian sahaja. tiada niat aku untuk menyindir sesiapa. ia adalah pesanan untuk diri aku jugak untuk dibaiki. kadang-kadang aku pon lupa sebab aku pon manusia biasa. kepada sahabat yg beriman teruskan perjuangan mu. semoga Allah sentiasa bersama kita dalam ape jua keadaan. Insya Allah.

4 comments:

Liyana said...

baru je ingat nak tulis pasal ini.

lepas cakap banyak mesti rasa macam tak sedap hati
banyak bercakap tu lebih menonjolkan kelemahan kan.

terima kasih sebab berkongsi walaupun pendek. terkena juga rasanya.

hansuke said...

tulis je. pandangan dan pengalaman kita berbeza, maybe awak bole tulis lagi baik..:)

Liyana said...

rasanya ni lagi baik.
dah tak boleh tulis dr hati da,
baik tak tulis dari merepek. :p

Unknown said...

aku follow blog ko.. muhhehehhe