di pagi yg indah, di sebuah desa, angin bertiup dingin, pak man (bukan nama sebenar) dan beruk nya menaiki basikal menuju destinasi mencari rezeki.
pak man: "huh..huh..huh...tepi..tepi..sana skit.." sambil mendongak ke atas.
beruk: uh..uh..uh..(aku tak tau bunyi beruk camne) memusing tangkai kelapa dengan penuh semangat.
pak man: "woi..woi..nanti la makan semut tu..kelapa tu dulu..nate beruk sungguh!!"
walau macam mane pon beruk nya kena marah, tetap ia akan buat kerja nya sambil mencuri tulang makan semut-semut di atas pokok kelapa. tak penah ia merajuk dikala kena marah atau dimaki 'nate beruk' oleh tuannya pak man. itu la sifat seekor beruk pak man, yang rajin (atau terpaksa) bekerja dan tak penah merajuk.
cam pelik je intro aku. sebenarnya aku nk tulis pasal issue merajuk tetiba je teringat zaman kecik-kecik masa tengok beruk panjat pokok kelapa. haha.
nak cakap pasal merajuk ni banyak la bole bincangkan. issue ni memang la glamer. aku dah lama nk tulis pasal ni, tapi kali ni ada kesempatan untuk siapkan isi nya. cam biasa aku nak story je skit-skit pada sapa-sapa yang sudi baca blog aku ni. kalu ade. kalu takde. takpela aku memang suka membebel sorang-sorang. (macam tak biasa plak).
cerita ni berlaku pada 3 tahun lepas, masa aku bekerja si sebuah firma audit kecil di sekitar kuala lumpur. dalam ofis tu ada 7 orang trainee degree accounting baru masuk, aku antara 3 orang staff tetap (kuli) je kat situ. pada suatu petang pas lunch, dua orang trainee perempuan mula berborak pasal bf diorang. aku tengah buat kerja tapi pasang telinga. hehe. (cerita lebih kurang sebab dah lama aku lupa)
cast:
kak Y (sudah bertunang ketika itu, 2 tahun tua dari aku)
si J (wanita, seusia aku, ramai orang minat)
si K (lelaki, sangat baik dan kelakar dan sangat matang pada usia nya ketika itu)
tenene..tenene..tenene ne..(handphone nokia berbunyi)
si J: "ala, malas betol nak balas message bf aku, ajak tengok wayang la plak, aku tengah merajuk ni"
kak Y: "haha. ape citer? story ah skit"
lalu si J pon menceritakan kisah merajuk nya ng bf dia. bla..bla..bla..
lalu si K pon menyampuk (mane tak nya ofis kecik semua org boleh dengar citer si J)
si K: "nape budak pompuan kena merajuk? tak boleh ke buat biasa je? benda kecik ko nak besarkan buatpe? saje je ko nk buat-buat gaduh. perlu ke? (lebih kurang la ayat dia)
lalu 2 orang minah ni start melawan kata-kata panas si K tadi. tapi ala-ala mesra gitu sebab kitorang memang rapat, macam adik beradik.
si J: "eh, mestila, merajuk boleh merapatkan lagi hubungan, boleh jadi lagi mesra..bla..bla.." disahut betul-betul oleh kak Y sebab mereka sependapat.
si K: "aku tak setuju!! banyak je cara lain nak bagi rapatkan hubungan tu selain dari merajuk, bagi aku, tak patut sama sekali merajuk, tak perlu pon takpe. lagi baik kita duduk berbincang kalu timbul masalah..bla..bla.."
panjang lebar si K ni bagi ceramah ala-ala berpidato, sebab si K ni memang budak debate kat tempat dia belajar.
si J & kak Y: "mane ade couple tak merajuk sama sendiri, tak fun la"
si K: "ade..percayalah cakap aku"
debate ni pon berterusan dengan seronoknya sebab boss takde kat ofis, sebab hari jumaat. hehe.
tetiba si K cakap.
si K: "camne bro, apa pendapat ko?"
aku terkejut sebab dia libatkan aku sekali. dengan tak segan, aku mintak maaf dengan minah-minah tu lalu cakap aku sangat setuju dengan pendapat si K. (kantoi la plak buat kerja sambil pasang telinga. haha.)
merah muka minah-minah tu sebab aku tambah lagi si K punya hujah kenapa tak perlu merajuk. (merah sebab malu kot, si K dah la muda, tapi mampu berfikir diluar jangkaan diorang). tetibe boss pon masuk, perbincangan hangat pon terhenti. tamat.
aku membebel:
sebenarnya aku bukan nak berbelah pihak pada si K tadi tapi aku memang setuju dalam hubungan tak perlu ada merajuk, tak kisah la saja-saja nk merajuk ke nak bf pujuk, atau nak gf pujuk, cuma bagi aku benda ni (merajuk) boleh memburukkan lagi keadaan dalam perhubungan. lama-lama kalu di amalkan, ia akan jadi tabiat, sikit-sikit merajuk, tak jadi kerja la jawabnya.
ramai yang berpendapat merajuk ni sesuatu yang baik tapi bagi aku merajuk ni sebenarnya membohong. full stop. mereka sebenarnya berpura-pura, hanya kerana nak memuaskan hati diri sendiri. tabiat ni sangat la buruk sebenarnya. hentikan.
jangan sibuk nak cari salah orang lain untuk merajuk, mengungkit hal semalam, salah sapa dan apa-apa saja, especially pasangan, periksa la diri sendiri dulu kalau-kalau kita yang silap, jangan terus tunding jari dan merajuk tak ingat dunia, muncung mulut 3 inci, masam muka, tak bertegur dll. cuba cari 'the positive side' dalam hubungan tu. kalu ada masa cari mesti jumpe punya. yang paling penting, duduk dan bincang, mesti bincang, kalu tak puas hati, bincang, kata sayang nape tak nak bincang?
bila lagi nak bersifat matang? nanti bila dah kahwin, banyak lagi hal korang nak kena pikir, bil air, bil itu, bil ini, merajuk tak tentu pasal tak membawa apa-apa faedah pada sesiapa pon, nanti anak-anak tengok jadi ikutan, tercetus la evolusi tabiat merajuk turun temurun. sapa nak start ubah ni, kalu bukan dari kita sendiri. islam tak ajar kita perkara yang sia-sia cam ni.
ikut korang la nak handle camne hubungan masing-masing tapi elakkan merajuk sebab ia perkara buruk. beruk pak man pon tak merajuk ape..
lastly. kawan laki sama laki. kawan pompuan sama pompuan. sama je. kawan ngn kawan pon nak merajuk ke? kalu pompuan datang bulan kira ok gak, ada alasan. kalu laki merajuk ngn member datang apa plak? belajar la ngn beruk pak man lagi bagus, tak susahkan orang.
bak kata aku kat kawan-kawan laki aku, "nak merajuk masuk gua"
aku nobody. takde sape yang lebih. bawak la bincang dalam apa saja perkara. face to face dengan masalah lagi bagus. insyaAllah dapat rapatkan lagi persahabatan. sapa la kita tanpa sahabat. hanya sunyi dimuka bumi, mencari keredhaan ilahi.
abis membebel.
(perasan jadi Dr. Love kejap. haha)
p/s: kak Y dan si K selamat kahwin dengan pasangan masing-masing tak lama lepas grad degree dan mendapat kije tetap. alhamdulillah. si J, tidak dapat dikesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Dr Love Hansuke Roma,
mmg kreatif ah introductory paragraph ko pasal monyet, tp yg lagi kreatif cara ko link kan para tu dgn tajuk utama.. haha
tu lah.. aku pun setuju gak.. org merajuk ni tak ke mana sebenarnya.. dua2 pun tensen.. aku rasa merajuk ni sbb ego tinggi ar.. rasa taknak kalah.. walhal dah terang lagi bersuluh dia salah kan.. tp nak cover malu, apalagi, buat2 la merajuk.. ampeh.. aku pun taktau sapa yg start tradisi ni, tp aku sumpah laa dia yg start tradisi ni jadi ahli neraka, haha (by the way i got a funny feeling that iblis laknatullah yg start perangai ni.. Merajuk dgn Allah sbb He chose Adam rather than him).
tp tu la fif.. susah lah nak cari awek yg tak merajuk.. nanti aku nak jumper aaa pokcik yg bela beruk tu, nak blajar macamana dia train beruk dia jadi tak merajuk.. nanti bleh la aku apply... HAHA (gelak jahat)
sonok baca entry ni..good point. Tapi lelaki merajuk ngan kawan lelaki sgt tak macholah ;)
salam,
wah, garangnya cakap pasal merajuk. haha
merajuk. kenalah juga sama2 berusaha untuk mencapai hubungan yg harmonis (eceyh). sebab kadang2 perempuan ni sensitif sikit. yang pihak lagi satu itu kenalah bagi effort seboleh2 elakkan perkara2 yg boleh menimbulkan masalah juga. xleh la terus bg peraturan. "jgn nk merajuk eh, sifat ni xberguna langsung" sebagai contohlah kan,
satu situasi. dah janji nak celebrate anniversary setiap tahun sama2. sstngah org, mcm penting la mende2 camni kan...tapi ttbe yg sorang ini bizi. then xsempat. boleh je compromize. klu org tu bgtau awal2 yg die bz. sure boleh faham. cuma bgtau awal2. ingat. klu xsempat juga, explain. xde la buat tak tau je.
sebab kan cara fikir species XX n XY berbeza.
jgnler expect semua orang xle merajuk then lepas tgn camtu je.
TAPI ini tak bermakna merajuk itu bagus. ini sifat yg saje je nk manipulate supaya satu lagi pihak mengalah. padahal xkekal pun sebabnya org lain ade egonya n akan simpan dlm hati. betulla kan, xde gunanya.
oleh itu. untuk mencapai keamanan rumahtangga yg harmoni (ttb je advance masuk pasal rumahtangga). amalkan lah 7k. iaitu
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialog
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
(nampak sngt copy kat mana2)
apa yg penting. kerjasama!!
:)
Amar san:
haha. ko ade je nk mengata kat org. aku tak tuju kat sapa2 ek. (ada la skit hehe~)
yela. kalau mejuk bermanja takpala kan tapi kali dah melampau tahap u know how...memang tak patut ade tradisi ni. merajuk 2 minit cukup ah. ke sebulan? hahahah~
ko pi la jumpe pak man (bukan nama sebenar). aku ade alamat dia. hehe~
tu la. kalu dah melampau batas mesti ada mainan iblis yg ko sebut tadi tu. itu la cara iblis membisik supaya kita melampau dalam kerja kita. sebab tu la aku berpendapat dan sesetgh org berpendapat ia tak patut langsung untuk elak dari bisikan iblis tu. hm~
Erna Asmawani:
hey, tak kan tak penah jumpe budak laki majuk ngan kawan-kawan, ade tau..hehe~
memang tak kacho giler..:)
salam puding caramel.
kate nak exam. panjang plak comment..eheh~
eh, garang ke?..:)
hm. sy stuju pompuan ni memang sgt sensitive. sebab itu la sy timbul kan soal berbincang. maknenya dua-dua la kena bincang. walau apa sekali pon hal yg timbul, kalu kita berbincang insyaAllah segala hal mesti selesai.
cm contoh yg awak katakan tadi tu memang betul. let say, dah janji kan nk celebrate, pastu salah sorang buzy last minit, tak boleh hadir, maknenya salah seseorg dari mereka kena ada sifat sabar dan memahami. dan sebaik-baiknya dia mampu mengingati takdir yg menentukan segala. kita mampu merancang, yg menentukan nya adalah 'org' di atas..:)
so, bila dah balik, maybe bole rancang hari lain untuk celebrate, let say hari ke-esokan nya perhaps. tapi sy tau, yg menjadi masalah besar org sekarang ialah mereka terlalu mengikuti dan memegang tarikh special untuk celebrate. ie. anniversary. wajib ke celebrate benda cmtu, dan spesifik hari, hari esok tau lusa takleh ke? apa kata ubah cita rasa pulak, maybe buat solat hajat sama-sama maybe, nak celebrate ulang tahun. ke cmne?..:)
betul dalam setiap hubungan mesti kena ada 7K yg awak sebut kan tu. tapi bukan saja masa kawin, malah masa dalam process bercinta pon harus dipakai. yg no. 1 tu paling penting.
so, bagi sy jika setiap individu berpegang teguh pada agama nya, taat kepada Tuhan nya, mestila org itu mempunyai tahap rehda yg maximum atau saya selalu quote kan sebagai "ultimate rehda". takda lain dah redha kalau sudah mencapai the ultimate itu. jika dah sampai alhamdulillah. segala hal takkan jadi masalah bagi sesiapan pon, sebab org tu akan tahu dan pasrah dan akan terus berusaha mencapai sesuatu itu dengan keredhaan yg maha esa. itu la 'the ultimate redha'. jadi, kalu dah ada semua tu, tak perlu la nk merajuk kan?..:)
salam tahun baru,
oh, cuti studyweek. tp mmg betul pun nk exam. ni nk perah otak fikir sesuatu yg bukan sains tulen punye case. :p
huhu saye bagi contoh je...
banyak lagi situasi lain. tu yang keluar dlm minda sebab orang selalu cakap merajuk pasal tarikh. mungkin boleh pergi kepada skop yang lebih besar.
yang cuba dibangkitkan sebenarnya ialah 2-2 phak pun kena faham stuasi antara satu sama lain. kita tak boleh letakkan dia pada state yang mungkin dia tak perasan pun dia buat. merajuk tu.
satu jgn la buat tak tahu, soran tu pula kena lah memahami
kesefahaman. macam mana? komunikasi.
maaf, mungkin saya bunyi macam berat ke arah emosi wanita. bg point ikut sedap je kan. padahal bukan tahu sangat pun.
tp saya selalu rasa macam kadang2 org lupa kemampuan orang lain dalam mengawal emosi, mengawal mnda, mengawal perasaan.
mungkin bagi kita dia ok. tapi sebenarnya tak.
bg pendapat dr apa yg dilihat. bukan nak berpihak mana2.
tp apa pun saya setuju dengan isi di atas. yg pertama paling penting dan seterus2nya. aplikasi ini boleh juga di amalkan dalam persahabatan mungkin.
tp mmg betul pun, tgk org merajuk. buruk sebenarnya.
:)
P/s: sorry mcm terpanjang pula.
wah wah.. ni betul ke blog hansuke roma ni? banyak dan panjang sungguh komen2 seolah2 aku berada di blog bloggers terkenal.. aha.. even bloggers yg perasan best pun tak dapat komen yg panjang macam kat sini, haha~
men is from mars, n women is from venus. aku cadangkan korang suma baca buku ni. mmg banyak laa info2 yg kita tak pernah terpikir pasal kita laki dan pompuan mmg dijadikan berbeza bukan cuma dari aspek fizikal jer tp mental pun tak sama. so agak tak adil lah nak expect 100% pasangan kita boleh ikut cara kita terus tanpa explain. even after dah explain n dah faham pun, kadang2 dia (pasangan kita) still susah nak terima. aku bukan main copy paste dari mana2 tp mmg aku belajar dari pengalaman.
n puding karamel, bila aku check balik 7k ko tuh, mmg betul lah berguna.. aku rasa aku ada jugak laa terpakai 7k tu walopun aku tak pernah tahu pun benda2 tu wujud. mm.
aku nak tambah komen bagi panjang2 lagi tapi takpelah nanti aku komen lagi, heheheh.
amar san:
pergh..ko tau tak aku comment byk giler kat ko siap sindir ko lagi ngn awek ko..sekali comment aku tak keluar pulak. Allah tak izin la tu mungkin..hm..
takpala, aku comment lain la.
aku dah baca pon buku tu. memang bagus, tapi dia banyak menerangkan situasi hidup orang putih, banyak yg tak sesuai ngn hidup kita sebab iklim lain-lain..:) yang lain-lain tu bole je nk pakai.
ko ingat aku dapat quote "laki kalu merajuk masuk gua" tu kat mane, ilham dari buku tu la..hehe~
puding caramel:
salam. hm..i didn't see that coming.
"kadang2 org lupa kemampuan orang lain dalam mengawal emosi, mengawal mnda, mengawal perasaan"
betol jugak tu, hati dicipta lain-lain, tak semua orang bole sama. tapi ikut experience, bila dah camtu hati kita, sebab tu kena ada tolerance dalam apa jua perhubungan termasuklah dalam persahabatan. tolerance tu kita mampu bersabar dgn hati orang lain demi kebaikan bersama, maknanya kena la ada sifat nk dengar sebelah pihak satu lagi tu sb kita tolerate, dan kena la adil bagi 2-2 pihak baru bole tahan lama perhubungan tu. takda la, 'aku buat kat ko ape aku kisah, ko buat kat aku siap ko, aku cincang ko'. get the picture?
tolerance = bincang = komunikasi = adil
p/s: saya bagi pendapat sebab dah lalui bukan dr apa yg dilihat saja..:)
yela. angkat 2 belah tangan
lupa nak letak :)
kang nampak macam marah pula.
:)
liyana:
dah tak buat puding dah ke? :)
sbrnya kalu awak tak stuju apa salahnya, semua org entitle to their own opinion dan saya more than glad to share that pendapat. soal saya terima tak terima your point of view itu lain kira..:)
the most important, if u want to say something just say it out loud, regardless what people would think (in this case, me) but in the end it's just an opinion after all, everyone is entitle to it.
:)
haha. xbuat dah
oh, bukan xsetuju keseluruhan. cuma, saya rasa macam xadil kalau kita set pada seseorang xle merajuk sebab kemampuan dia ada tahapnya, so, satu pihak kena berusaha nk elakkan juga. macam yg amar san kat atas ni cakap.
berbincang. berapa ramai org yg suka berbincang secara serius. selalunya lebih suka mengelak lepas itu buat macam tak ada apa-apa. padahal bg saya komunikasi dan berbincang adalah sgt2 penting. atau at least tanya.
mmg la yg sorang itu pun xkan nk merajuk over small2 things kan. tp lama2 boleh explode jd serius. mulalah rs xsayang la apa la. mende2 remeh. maybe org yg cukup matured boleh la nk bincang2. tp serius, tak ramai yg suka bincang dan lebih suka buat tak tau n pretend tak ada apa2.
klu saya, jujur saya lagi suka ckp terus terang apa saya rasa. tp xsemua org suka dgr.
mungkin pandangan kita berbeza. tp xkisahla. itu yg sy rs. klu nk ckp pasal relationship ni, panjang. itu saja la. sekian.
meleret2 pula nanti. :)
liyana:
haha. kes amar san tu mmg lain skit. sb awek dia mmg lain dari yg lain. tutup kes..:)
sy mungkin terlalu melampau menulis, tak boleh langsung merajuk. sbrnya ada sedikit tak lengkap entry sy ni, sb ada something lupa nk tulis. jika merajuk mesra, atau sekadar bergurau senda dan sewaktu dengannya ape salahnya.
tu la yg sy cube terangkan sbrnya. kematangan. panjang lebar plak kalu nk hurai.
haha. mungkin awak tak penah jumpe je, ramai yg suke merajuk over small things, laki pon ada, dan ia memang menyakitkan hati.
hm..tu la pendapat lain-lain. terpulang sbrnya atas individu nk hubungan mereka macam mane. dari segi bab ni, saya dan si K sama pendapat, sebab awek dia dulu langsung tak pandai merajuk dan mereka mmg suka duduk berbincang, dan alhamdulillah mereka pon dah selamat membena masjid.
neway, thanks for ur opinion.
Post a Comment