masa sekolah dulu aku ada seorang kawan ni. kami sama-sama baru balik dari UK, cuma dia dulu tinggal di England dan aku di Scotland. masa tu form 2. ketika itu aku belom lagi mahir bercakap bahasa melayu, bila rakan-rakan aku bertanya aku akan jawab ya sahaja tapi sebenarnya tak faham. haha.
aku tengok kawan aku sorang ni macam lain sikit. dia macam berserabut dan tak terurus. tapi serabut dia tu aku dapat tahu masa kami form 3. masa tu hari pertama masuk kelas 3B, kebetulan dia duduk sebelah meja aku.
M: "eh, ko la budak yang baru balik scotland tu ek?"
Aku: "a'ah, aku la tu" jawab aku sambil rasa hairan sebab masa form 2 kami satu kelas.
M: "aku dulu duk England, ayah aku amik Masters"
Aku: "oh, yeke..ayah aku amik Masters dan phd" sambut aku dengan terkejut.
itu la saat perkenalan aku dengan M. dari situ kami tak habis-habis berborak, memandangkan kelas selalu takda cikgu. isu aku dengan dia sama sahaja sebab masing-masing ada pengelaman tinggal di luar negara.
lama kelamaan, si M semakin rapat dengan aku. mungkin juga sebab kawan-kawan lain tak suka melayan kerenah si M ni. apa tak nya, si M selalu kena rotan dengan ustaz dan selalu masuk bilik guru sebab lompat pagar sekolah, ditangkap merokok dan lain-lain, rakan-rakan lain memang tak suka berkawan dengan M. aku layan sahaja la sebab dia duduk sebelah meja aku. tapi yang sebenarnya si M ni sangat baik, cuma orang lain sahaja yang tak bagi peluang padanya.
sepanjang satu kelas dengan si M, aku selalu perasan si M ni dalam keadaan "stim". dia selalu sahaja meraba-raba kemaluannya sambil merenung jauh pada gadis kelas di depan kami. yang lagi dasyat, ada seorang perempuan ni, dia suka layan si M bila ditenung. kebetulan, minah ni baru sahaja kantoi meraba-raba dengan teman lelakinya dan telah pon ditangkap oleh ustaz. halnya, kecoh satu form 3, semua orang dah tahu. dan mungkin itu sebabnya si M tak dapat tahan melihat perempuan tu. suatu hari aku terlalu ingin tahu dan aku pon mula bertanya pada M.
rupa-rupanya, si M memang sangat gersang. setelah mencukil rahsia, dia telah menceritakan segalanya pada aku. masa di England, dia telah melakukan hubungan sex dengan rakannya disekolah. dan bila sudah pulang ke Malaysia, dia tidak dapat menahan dirinya dan selalu teringat perkara yang telah dia lakukan.
mengikut M, setelah pulang ke tanah air dia menyambung aktivitinya kerana terlalu gersang. aku dapat tahu, si M melakukan aktiviti nya lepas waktu sekolah dan minah-minah rempit lah yang menjadi jamuan si M. kadang-kadang sambil menelan pil kuda katanya (pil ecstasy). aku mendengar dengan terpaksa. kadang-kadang tak mampu memproses apa-apa. kadang-kadang aku pon blur, betapa banyak perkara yang aku baru tahu. tapi pada masa yang sama, aku rasa bersalah, kerana terlalu cepat mengetahui benda-benda yang tak patut aku tahu pada umur ketika itu.
cikgu kelas pula tidak suka aku berkawan dengan M. selalunya cikgu mendenda si M dan kadang-kadang mereka sangat kasar dengannya. pada suatu hari aku dipanggil ke depan kelas. cikgu mula memesan kepada aku:
cikgu: "saya tak suka tengok kamu berkawan dengan orang macam M, patutnya kamu memilih kawan yang lebih baik. ayah kamu seorang yang mempunyai akademik, ada masters dan phd. kamu sepatutnya bijak membuat keputusan dan ikut jejak ayah kamu"
aku: 'ye cikgu, saya faham"
setelah hal itu, aku ditukarkan ke meja belakang, jauh dari M. aku sedih melihat M sebab dia tahu ramai cikgu tidak menyukainya. tapi setelah tiada cikgu, aku masih lagi berkawan dengan M. tiada orang boleh memisahkan persahabatan aku dengan M. entah kenapa, dalam hati, aku benar percaya M adalah seorang yang baik. parents aku mula kenal M kerana aku pernah mengajak si M datang ke rumah aku. bertambah baik lagi persahabatan aku dengannya.
setelah hampir setahun kami kenal. suatu hari si M datang kepada aku. tiba-tiba dia mula berkata:
M: "bro, macam mana aku nak taubat nasuha?"
aku tepegun, tak terkata apa-apa. lalu aku membuka mulut dengan teliti, menjaga kata-kata aku.
Aku: "taubat nasuha ni kena azam yang kuat, kalu ko nak taubat, ko tinggalkan semua perkara yang ko dah pon lakukan. tidak boleh kembali walaupon sekali. inshallah, Allah akan menghapuskan segala titik hitam hati ko" kata aku panjang lebar.
"tapi ko betol ke nak berubah ni M? sambung aku dengan bersungguh-sungguh.
M: "aku nak berubah. aku dah tak nak buat ape aku buat selama ni"
aku sebenarnya terdiam agak lama. tapi dalam hati aku sangat gembira sebab kawan baik aku mahu insaf. mahu mencari keredaan Allah. dan itu lah hidayah dari Allah yang kita tidak sesekali sangka ia akan datang.
-------------------------------------------------------------
tips berubah dan bertaubat:
1. kena ada azam mahu berubah (niat yang sangat kuat tidak akan mengulangi perkara buruk lagi)
2. beritahu kepada seorang rakan yang boleh dipercayai akan niat anda untuk berubah
3. tinggalkan perkara buruk anda dan mula berkawan dengan orang soleh
4. pergi ke surau atau masjid dan solat jemaah dan dengar tazkirah ustaz
5. belajar solat dan hukum-hukumnya jika belum mengetahuinya
6. lakukan solat taubat nasuha, berdoa dan berzikir
7. mula belajar al-quran, membaca dan baca erti maksud-maksudnya
8. banyakkan solat taubat dan solat-solat sunat yang lain
9. berpuasa sunat isnin dan khamis untuk memupuk nafsu
10. lakukan amal kebaikan, i.e derma anak yatim, sekolah tahfiz dsb.
11. sentiasa berdoa supaya perkara buruk itu dapat anda hindari
12. tidak berbangga dengan perubahan diri pada orang lain (rendah diri)
13. tidak mengutuk orang lain yang tidak / belum lagi sedar akan taubat
14. taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan Allah yang lain
15. sentiasa menambah ilmu agama di dada untuk kebaikan dunia akhirat
----------------------------------------------------------
itu lah serba sedikit tips untuk berubah dan bertaubat. ada banyak lagi point dan anda boleh tanya pada ustaz atau ustazah jika mahu tahu lebih. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu. mungkin perkara ini terlalu asas tapi bagi yang tidak tahu mungkin amat bermakna untuk menjadi satu langkah untuk berubah. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari azab api neraka. inshallah.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam beb,
hehe. ish ish ish, awalnya dah tau bab2 advance camtu ya. tinggi ilmu kaw bab2 tu. :P
erm, payah gak sebenarnya ni kan. bukan senang2. hmm... sedih kot bila dah taubat, then ulang balik. sedeh sedeh sedeh..
salam.
memang susah tahu lagi awal. tapi sebenarnya aku dah tahu banyak dah masa kat UK lagi.
kt sekolah ada sex education, segala mak nenek laki pompuan kitorg tgk kat video. "this is a 'bird'" haha~
tapi bila ada orang cerita lebih detail, tak patut gak kita tahu pada umur tu kan? alhamdulillah la aku ni bukan jenis yang pergi cari lepas dah tahu banyak benda..hm..
ahah. segala mak nenek. ahah. aku tau bab2 camni lambatlah kot. ~eheh. gila baik. :P
siap kena gelak dengan member bila aku straight je pk. dorang dah melencong ke mana entah.
erm, tak heranlah sangat kan kalau kawan kaw si m tu tau benda tu semua. dah nama pun bukan tempat kita. environment pun banyak pengaruh kan. nasib kaw tak terjebak. :P
sangat tak patutlah. kalau macam kaw memang dah dididik boleh pk jauh sikit and tak terjebak, alhamdulillah. yang ada nafsu and teringin nak test, tu memang payah. erm..
salam.
nak tanya point kaw yang no.2.
why eh kita kena cakap?
salam.
oh, sebolehnya, bagitau la orang lain, i.e. kawan baik ke, ustaz ke, sapa2 la, supaya kita betol2 nak berubah. bukan bagitau semua orang beb, itu dah jadi riak.
maksud dia, bagitau pada seorang sahaja akan niat kita tu. ustaz yang cakap la :)
tapi kalu pikir logik pon, kalu dah bagitau org nak berubah, nanti kita akan jadi malu kalu terjebak lagi. so chances nak berubah tu tinggi kalu ada orang lain tahu akan niat kita tu sebab kalu nak kembali pada perangai buruk kita akan pikir 2, 3 kali sebab dah ada orang tahu kita nk berubah.
baru teringat, pernah sekali kawan baik aku, dia amik dadah, bila dia nak berubah dia bagitau aku, dan aku pun terus bagitau kedua-dua parents aku, supaya nanti kalu kawan aku nak terjebak lagi dengan dadah dia akan malu dan akan pikir 2 kali sebab aku dan family aku dah tahu pasal niat nak berubah dia tu.
so kira betol la kata ustaz pasal ni :)
dah jawab ke pertanyaan ko beb? nak tulis post ke lepas ni? hehehe~ silakan..:D
oo..
ok beb.
terima kasih. :D
erm, bukan nak tulis post la. aku tak berapa nak ada hati tulis. yang ada aku post tu pun aku rasa macam tak berapa nak ado. :P
aku tanya untuk aku la :P
Post a Comment