aku terjaga agak awal pagi, dikejutkan oleh kipas yang berputar deras. sungguh sejuk tubuhkan bagaikan tidur diatas lantai simen. kucapai selimut tetapi aku lupa bahawa aku hanya berselimutkan tubuh. jam menunjukkan 6.30am. aku mengangkat diriku untuk ke tandas lalu mengambil wuduk.
8.30am solatnya aidil adha. setelah selesai, kami sekeluarga terus ke tempat korban. pakcik, spupu dan abang masing-masing membawa senjata. bagaikan ulu balang yang mahu bertumpah darah. ku ketawa didalam hati.
sesampai ditempat kejadian. penduduk kampung sudah pun ramai berkumpul. ada pun lembu yang telah disembelih, anak-anak kecil mengambil gambar dengan telifon bimbit. cis, sungguh canggih telifon mereka, mengalahkan letifon bimbit ku yang hanya berjenama nokia lama. dalam hati, ada niat untuk membeli Samsung Galaxy S II, tetapi aku sabar sahaja, banyak lagi duit aku perlukan untuk tujuan lain. sabar harus diteruskan lagi.
aku memandang kekanan, terdapat seekor lembut yang sedang termenung jauh. muka yang sedih bagai mengenangkan nasib yang bakal ditimpanya.
"termenung apa agaknya lembu itu", aku terfikir.
"ayuh semua, ini lembu kita" sahut pakcik yang memegang tali untuk mengikat kaki mangsa.
si lembu meronta-ronta ketakutan. aku tidak lagi mahu melihat, justeru aku terus memandang ke arah lain. aku teringat kata orang-orang tua, jika hati ada kasihan, nanti sudah jadi haram untuk memakan daging yang disembelih. maka aku tidak mahu melihat. tapi mencari kekuatan dalam diri untuk tabah.
sesudah mangsa diikat. orang ramai bertakbir kepada Allah. sungguh sayu sehingga aku menitiskan air mata. aku beranikan diri memandang mata si mangsa. hati aku berborak dengannya.
"takpe si lembu, ini perintah Allah, ini tugasmu, ini pengorbananmu kepada manusia, Allah maha berkuasa, maha bijaksana" lalu hati aku menjadi gagah. seolah memberi semangat kepada si mangsa. aku turut sama bertakbir, memuji-muji nama Allah.
laungan Allahuakhbar terus bergema, sehingga terdengarnya bunyi nafas terakhir. mangsa meronta-ronta sambil darahnya keluar laju. aku terus tabah, tidak sekali memandang kearah lain, menguatkan semangatku, menebalkan iman ku.
----------------------------------------------------------
itulah pengorbanan si lembu kepada manusia. memberi makan kepada kita dengan dagingnya yang lazat. pernahkah kita berhenti untuk berfikir, nikmat Allah yang manakah kita hendak dustakan? Dia memberi rezeki kepada kita, memberi kesihatan kepada kita, memberi pengajaran kepada kita. tapi kita sering lupa kepada Allah dan terus lalai dan terlalu mengejar kesibukan duniawi.
bagaimana pula pengorbanan kita kepada Allah? sedangkan batu, daun, pokok, angin, semuanya sujud kepada perintahNya, tetapi kita alpa dengan keseronokan, kita lupa untuk sujud, lupa untuk taat kepada perintah Allah.
terlalu banyak erti pengorbanan. tapi kita harus bijak menilai yang manakah yang terbaik dari sisi Allah. pengorbanan seperti manakah yang boleh diberkati dan dikira satu pengorbanan kepadaNya.
bekorban sangat senang dilafazkan tapi sangat susah untuk dilaksanakan. sanggupkah kita bekorban kerana Allah? kerana agamaNya? bagaimana pula dengan keluarga, dengan ibu bapa? bagaimana dengan study? dengan kerja? akhirnya berbalik kepada yang satu, bekorban kerana Dia, untuk bekorban demi yang lain.
adakah bekorban menaiki kereta untuk mendengar ceramah agama di damansara tapi tersangkut di dalam jam, sehingga meninggalkan solat magrib?
adakah bekorban menemani rakan tapi ibu ditinggal bersendirian dirumah merindukan kepulangan anaknya?
adakah bekorban demi dakwah tapi sehingga meninggalkan tanggungjawab belajar yang utama?
dan senarainya akan berterusan, berterusan dan berterusan. anda sendiri yang tentukan.
bekorbanlah demi Allah, inshallah pengorbanan itu amat bermakna yang tiada bandingnya. lebih besar ganjarannya dari 1000 ketul emas, lagi berharga dari wang yang berjuta-juta disimpanan peribadi. bekorbanlah demi yang satu. mari kita bekorban untuk menjadi yang lebih baik dari segi agama, dari sisi Allah dan juga dimata dunia.
wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam beb.
:)
erm, pernah juga tengok orang sembelih lembu tapi time akikah la. bukan qurban. serius tak sampai hati. and aku tak boleh nak makan pun daging lembuh. sedih!
berkorban yang ketiga tu.. erm.. :D
thanks beb. share. ramai je yang macam kaw cakap tu.
korban solat maghrib sebab tengok slot akasia sebab takut solat tak khusyuk. hee. alasan!
salam.
wei, hidup lagi ko rupenya, lama je menghilang...hehehe~
ape citer ko skang? bila nak chat lagi? :P
cess! kureng betul! ada lagi la.
aku ni baru terhegeh-hegeh nak stel aku punya borang suma. ~ahah.
time aku on9, aku tak nampak pun kaw. :P
haha. borang? oh..bagus2..good luck, pape story la kat aku..
hm..aku busy skit skang, banyak assignment and research, tak sempat pon nak online la..:)
nanti la, time aku free skit.
inshaAllah. nerves aku oi nak setle suma. konon nak buat yang thesis, tak gagah aku nak buat proposal. tepu dah otak. eheh.
kaw gud luck beb!
erm. sebenarnya aku pun dah lama tak on9. bb ke sita. ahah
Post a Comment