Friday, September 9, 2011

Mencari redha Allah swt

Saya ada membaca blog seorang rakan: 

“Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka.”

Fiqh al-ibadat, jil.1, hlm. 24.

Terima kasih kepada rakan saya yang berkongsi kata-kata diatas di dalam blog beliau. Kata-kata ini amat dalam sebenarnya kerana setiap orang kemungkinan besar mempunyai perasaan yang sama. Masih lagi ramai orang mempunyai keinginan untuk menjadi manusia yang terbaik disisi Allah swt walaupun realitinya masih ramai manusia dalam kerugian kerana lalai menunaikan tanggungjawab seorang Islam sepenuhnya.

Manusia dicipta untuk lupa kerana adanya hati yang sentiasa berbolak balik. Dan apabila kita leka dan terlupa, kita akan sedikit terpesong dari tanggungjawab kita yang sebenar sebagai makhluk Allah swt. Tetapi keiginan untuk berubah adalah kunci dan titik permulaan untuk masa depan yang lebih bernakna. Dengan sebab itulah kata-kata ini amat terkesan kepada pembaca.

Saya sendiri pun amat terharu dan sebak membaca kata-kata diatas kerana secara sinis dan halus terkena pada diri sendiri. Tetapi bagi saya jika kita merasakan demikian maka kita bukan lagi tergolong dikalangan orang yang terpesong jauh dari Nur Allah swt atau dengan erti lain buta hati secara terus. Mungkin jauh disudut hati kita, kemahuan kepada redha Allah swt itu masih lagi wujud walaupun tidak ketara di mata yang memandang.

Teringat pula bebelan saya kepada rakan-rakan mengenai perubahan kepada diri suatu ketika dahulu. Dimana isu yang diperbincangkan ialah mengenai tanggungjawab kita yang harus berubah sebelum keadaan sekeliling kita berubah. Bila membincang dengan rakan-rakan mengenai perubahan diri, isu jodoh tidak pernah terlepas dalam topik yang diperbincangkan. Kerana dari segi jodoh atau dalam mencari pasangan kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik jika kita ingin mendapat jodoh yang baik. Kita sering melihat dari satu sudut sahaja dan disinilah silapnya kita, kerana kita tidak mampu membayangkan atau melihat gambaran yang menyeluruh. 

Dalam mencari pasangan, dimana-mana sahaja apabila soal jodoh yang diperbincangkan, si pencari sentiasa mahukan yang terbaik iaitu, mahu mencari yang soleh. Tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk mencermin diri sendiri dahulu dan bertanya didalam golongan manakah kita yang sebenarnya? Inilah yang dimaksudkan bagi saya, melihat dari satu sudut sahaja. 

Gambaran yang menyeluruh pula ialah dari segi pandangan Allah swt. Jika kita mahukan redha Allah swt, dan inginkan kebaikan untuk diri sendiri, maka haruslah kita berubah mengikut apa yang kita inginkan. Misalnya, jika kita mahukan isteri solehah, perlulah kita membaiki diri kita dahulu supaya kita juga mampu, sama ada banyak atau sedikit menjadi suami yang soleh. Banyak sebenarnya perkara yang kita boleh cuba dan cara terbaik ialah dengan mengikut jejak dan didikan Rasulullah saw sebagai pertunjuk supaya kita dapat menjadi suami yang terbaik pada isteri mengikut Islam.

Sama juga dengan pihak perempuan, mereka haruslah berubah mengikut syarak, membaiki apa yang sepatutnya mengikut agama jika mahukan suami yang soleh. Contohnya, wanita perlulah lebih prihatin atau peka dalam penjagaan aurat, menjaga tingkah laku diri, menghadkan pergaulan dengan lelaki dan sebagainya. Itulah adatnya secara halus bagi seseorang yang ingin mencari redha Allah swt.

Saya mengatakan yang sedemikian kerana, tidak menjadi adil jika hanya diri sendiri sahaja yang ingin memiliki pasangan yang soleh tetapi diri sendiri tidak mahu berubah menjadi setaraf yang dicari. Oleh kerana itu, lelaki atau perempuan perlu prihatin dalam perubahan diri demi mendapat redha Allah swt kerana suami isteri yang soleh adalah permulaan bagi mendapat warisan yang soleh solehah, selaras dengan hadis Rasulullah saw yang menginginkan ramai ummatnya yang soleh diakhirat kelak.

Lalai kepada Allah swt tidak bermakna tiada jalan untuk kita ke syurga. Kerana manusia sentiasa diberi peluang untuk berubah dan bertaubat kepadaNya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa muhasabah diri supaya sentiasa mengingati Allah swt dan secara terus menjadi seorang yang lebih baik. Tidak lupa juga, perubahan itu adalah merupakan suatu hijrah dan tidak mungkin hijrah itu menjadi sesuatu yang merugikan. Maka, langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah bertaubat dan melupakan segala perkara lalai yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya Allah swt amat suka kepada orang yang bertaubat, seperti firmanNya:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Surah At Tahrim, Ayat 8.

Maka, jadilah dikalangan orang yang soleh. Tidak terlambat untuk kita tergolong dalam kumpulan ini kerana pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mencari redha Allah swt. Berubahlah untuk mendapat kebaikan kerana perubahan itu merupakan cermin diri sendiri. Berdoalah yang terbaik dan lakukan demi Allah swt dan sesungguhnya, Allah swt akan memberikan yang terbaik untuk kita.

Allah swt tidak pernah kejam kepada manusia kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahNya. Ujian dari Allah swt itu adalah rahmat yang terbesar dari-Nya dan kita harus terus bersabar dan terus bersangka baik terhadap Allah swt. Susungguhnya, dugaan dan cobaan hanyalah ujian tahap keimanan mengikut kemampuan kita sahaja, seperti firmanNya didalam surah Al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”

Marilah mencari redha Allah swt demi masa depan yang penuh cinta kepada-Nya dan secara terus menjalani kehidupan yang lebih diberkati Allah swt, Inshallah.

10 comments:

noor amirah bt ahmad said...

=] penulisan yang berguna.. ingatan yang baik utk saya juga...

gadishebat. said...

macam-macam aku fikir.

hmm.,cuma harap aku akan jadi lebih baik to find a better person for me or maybe kitorang sama-sama berubah.

Anonymous said...

“A man came to her (Aisha (ra) and asked ‘When will I know that I am pious?’ She said, ‘When you realise that you are a sinner.’ He said, ‘And when will I know I am a sinner?’ She replied, ‘When you think you are pious.’”

Inshallah. thanks for sharing.

:)

hansuke said...

noor amirah:

thanks for dropping by. lets do our best :)

hansuke said...

Rozanna:

Sebenarnya, sape2 pon boleh berubah, inshallah kalu try ko n bf ko boleh je..:)

cuma kalu ko nak tapi bf ko yang tak nak susah skit la kan. hm..tapi doa la yang terbaik, semoga mendapat pertunjuk.

all the best :D

hansuke said...

lyana:

inshallah. thanks :)

eh, macam kenal je kata-kata tu kan? i borrowed from ur post, sorry tak minta izin dulu..:D

Anonymous said...

its not even my own quotes pun :) but, bnda baik mesti la kne share kan? ehe. no such thing as hakcipta terpelihara dalam ilmu dan agama.

nice post. thank you inche moruku :P

hansuke said...

haha. bukan muruku ke? salah eja ke saje je sebab dah nak fly india? :D

Anonymous said...

TQ ats perkongsian.... suka dgn kata “Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka.”

Lelaki yg baik utk wanita yg baik...

s a r said...

salam.

thanks for sharing.
erm, terasa banyak pulak ni.
insyaAllah dengan tekad hati yang kuat untuk berubah. ~ayat peringatan untuk diri sendiri.

p/s- jodoh sokmo. :D