Dari zaman kampus lagi saya pernah terfikir bagaimanakah saat pertemuan saya dengan ahli keluarga bakal isteri. Apa yang saya sering terbayang ialah bagaimanakah keadaannya, bagaimanakah pula reaksi-reaksi mereka terhadap saya dan lain-lain yang biasa kita tonton dilayar telivisen. Ketika itu saya belum mempunyai calon isteri dan hanya sekadar terbayang sahaja ketika duduk termenung di suatu petang. Sehinggalah semalam, saat pertemuan yang sering saya bayangkan itu, benar-benar berlaku.
Kita manusia sebenarnya sering memikirkan yang bukan-bukan. Adakah orang ini mengukai diri kita atau pun sebaliknya. Kita kadang-kadang terlalu cepat menilai atau berpra sangka terhadap orang lain, sehingga kita lupa untuk berhenti sejenak untuk memikirkan releven sesuatu perkara itu.
Banyak yang saya sudah pun belajar dalam perkara ini. Dulu saya selalu berfikiran negatif dan sentiasa berpra sangka terhadap orang, dan perkara ini saya sedar betapa merugikan diri sendiri. Selepas menghadiri program motivasi, saya mula berubah dan hidup dengan lebih positif. Sebenarnya hanya dengan menyedari kesilapan diri, dan menanamkan sifat untuk ubah diri sendiri dahulu sebelum mengharapkan perkara disekeliling kita berubah. Atau dengan lebih tepat lagi, slogan program itu yang berbunyi, "For things to change, I must change first". Slogan pendek ini sangat berkesan dalam hidup saya yang akhirnya menyebabkan saya bertukar menjadi orang yang lebih positif dan yakin dengan diri sendiri.
Apa yang sering berlaku dalam hidup manusia ialah kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi kita lupa untuk cermin diri sendiri. Dalam Islam, istilah cermin diri ini dipanggil muhasabah. Apa yang telah dilalui, diperkatakan, atau diakukan perlu kepada muhasabah. Manusia perlu kepada muhasabah kerana setiap yang berlaku dalam hidup haruslah dikenalpasti baik buruknya, terutamanya orang Islam yang sentiasa perlu menjaga baik buruk tingkah laku, yang menyumbang kepada pahala atau dosa.
Ya, kita manusia tidak sempurna. Saya sendiri banyak tersilap dan banyak kali melakukan kesilapan. Kadang-kadang, perkara yang kita anggap temeh atau remeh mungkin amat besar bagi orang lain, dan disebabkan itu kita harus terus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara sebelum ada yang terasa dengan kita. Tetapi kita harus sedar juga, tidak semua perkara yang kita merasakan betul adalah betul. Saya mengatakan ini kerana, sesuatu perkara itu boleh ditafsirkan dari banyak sudut. Terlalu banyak tomahan kepada sesuatu perkara itu jika kita belum mengetahui kisah sebenar atau jalan cerita yang sebenarnya. Maka, adalah menjadi salah jika kita terus menuduh, atau tidak menyukai sesuatu perkara itu tanpa soal siasat perkara sebenar.
Berbalik kepada cerita "meet the parents" saya tadi, atau pun lebih tepat lagi "meet the whole family, cousins and son-and-daughter-in-laws", semuanya berjalan lancar. Dalam hati saya ketika pertemuan semalam agak gabra kerana suasana pertemuan itu sesuatu yang baru dalam hidup saya. Nasib baiklah, semua ahli keluarga bakal isteri amat baik dan responsif dalam melayani saya. Walaupon bertubi-tubi soalan yang dikemukan, Alhamadulillah saya berjaya untuk bersembang dengan tenang. Rupanya, suasana yang berlaku semalam tidak sekali sama dengan apa yang saya dapat bayangkan sebelum ini. Semua yang berlaku seolah-olah teratur dan tiada masalah. Semestinya, kerisauan dalam hati pasti wujud kerana kita sebagai bakal 'mencuri' anak kandung si ibu bapa, sesiapa sahaja akan merasa tidak senang.
Dalam perjalanan pulang kerumah semalam, saya terfikir betapa Allah telah merancang semua perkara dalam hidup manusia. Dari saya yang begitu pendiam, kurang percaya dengan diri sendiri, berlagak, sombong, akhirnya berubah menjadi manusia yang lebih baik dan telah pun berjaya berjumpa dengan ahli keluarga si bakal isteri. Begitulah perancangan Allah terhadap kita. Jika kita belum lagi bersedia, Allah tidak akan menemukan kita dengan jodoh yang kita cari selama ini. Dulu saya sering terfikir kenapakah agaknya Allah tidak membenarkan saya mempunyai teman wanita, walaupun saya telah pun berusaha sedaya upaya, tetapi semua jalan ceritanya berakhir dijalan mati, rupenya perancangan Allah lagi tepat dan jitu kerana Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak mengetahui.
Apa yang saya sedar, sebelum kita melangkah ke alam mencari jodoh, perlulah kita tahu dahulu apa itu erti cinta. Ramai antara kita lupa cinta itu hanya milik Allah. Dan kerana terlalu sibuk mencari cinta manusia, cinta Allah itu sering kita ketepikan. Tidak terlupa diri saya juga, semua yang telah disebut diatas telah pun saya lalui sebelum ini. Setelah lama berpusing dalam satu bulatan, akhirnya Allah membuka jalan untuk saya memahami apa itu cinta kepada Dia atau dengan lebih tepat lagi memahami apa itu erti Baitul Muslim. Rupenya, setelah memahami erti Baitul Muslim, dan bila tiba masanya barulah Allah mengizinkan saya bertemu dengan jodoh saya. Semoga impian kami menjadi kenyataan.
Secara kesimpulan, sebelum sesuatu perkara itu berubah, kita haruslah berubah. Fahamilah erti Baitul Muslim dahulu sebelum mencari cinta manusia. Tidak ada sebab untuk kita tidak melakukan yang terbaik untuk Allah kerana apalah kehidupan sempurna bersama yang tercinta tanpa redha Allah yang dicari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
aku tak reti komen pnjg2.to be honest,aku taktau Baitul Muslim,langsung.tapi apa kau ckp tu betul.,its happening to me now. keadaan when you are actually have someone tapi susah nak kekalkan perasaan cinta tu spnjg masa.
and alhamdulillah.
you are getting married soon!hehe. :)
salam.
selamat hari raya zana..:)
hm..aku ada je baca post ko, dan selalunya ko tulis bab sedih2 je..ehe~
baitul muslim ni pasal pembinaan ummah yang diredhai Allah. ramai yang menganggap baitul muslim ni pasal cinta dua insan, lelaki dan perempuan je tapi sebenarnya tak.
kalu ikutkan hidup kita memang mengenai kehidupan untuk dapat redha Allah. kalu boleh, seseorang tu perlu la cari suami yang soleh, bagi laki plak nak cari isteri yang solehah. pastu bila kawin, nak la bina keluarga yang Allah redha, bila dapat anak pulak, nak didik mereka jadi soleh solehah dan semuanya kerana Allah semata bukan sebab lain.
kira baitul muslim ni boleh dibina sebelom kawin, dan juga pas kawin, cuma kena tahu je apa erti baitul muslim tu sendiri dan start bina demi mendapat redha Allah.
tapi semua tu bermula dari diri kita sendiri dulu la. kalu kita tak berubah dan tak dapat redha Allah, macam mana nak bena baitul muslim? lebih kurang macam tu la..:)
kalu nak tahu lebih ko google je la ye..:D
neway, jangan bersedih, kalu ada jodoh dengan bf ko sekarang insyaAllah kekal..:)
thanks, tak lama lagi nikah la aku ni, insyaAllah.
Salam,
Wah.. diam2.. Tahniah^^ in advance. Moga Allah permudahkan semuanya.
Selamat berjuang di Terenggan ya :P
dayah:
salam dan selamat hari raya, adik2 cam seragam je raya..ehe~
hm..semoga macam tu la, thanks for the doa.
terengganu? haha~ don't mention it, bosan..:D
yes,dalam hati aku skrg,aku nak pasangan yang mampu bimbing aku.i have not found such person yet.tapi aku selalu doa untuk dapat tu.
aku taknak kahwin just sebab sayang & cinta manusia ni.aku takut kitorang tak boleh handle masa dah kahwin nanti.heh.
kau buat ape kat tganu?aku ingat kau kat sini.nanti nak kahwin,jangan lupe ajak aku encik.lama aku tak jumpe ko.
alhamdulillah la kalu ko fikir cam tu. sebenarnya itu la yang sepatutnya. aku selalu pesan kat kawan-kawan aku, kalu kita nak pasangan yang soleh, kita kena cermin diri kita dulu. kalu tak sama, Allah tak akan bagi, maksud aku dari segi keimanan la. kalu ada mahukan Allah dalam hati, insyaAllah Dia akan bagi pasangan yang terbaik setaraf ngan hati kita. :)
tadi pas baca komen ko dalam email, banyak giler dalam otak aku nak komen balik kat ko, sekali aku tak jadi komen sebab terhasil post baru plak sebab terlampau panjang..haha~
issue ko ni selalu aku bebel kat kawan-kawan aku. haha :)
aku pergi audit kat ganu, 4 hari.
kalu jadi insyaAllah ajak. cuma lambat lagi la beb, beberapa tahun lagi la insyaAllah..:)
apa la ko ni, duduk satu bangunan, calling2 la kalu nak lepak like old times, boleh je ajak mizan sekali..ehe~
mizan?no no no.
hahaha.
aku ingat ko dah pindah tganu ke ape.n ingatkan ko dah tak duduk sini lagi dah.
boleh je kol,aku pun bz kelas jugak skrg.. :/
Hansuke.. artikal yang sungguh menarik. Sesungguhnya perancangan Allah itu memang sempurna. Disaat i terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat i cintai kerana Allah. Dan Allah telah menggantikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah i lepaskan yang tidak pernah i sangka2...
Ain:
Alhamdulillah. :)
itu la cara misteri Allah. bila kita bergantung padaNya habis habisan, pasti ada kebaikan disebalik cerita duka. pasti ada jika bersabar kerana-Nya.
good luck.
Post a Comment