Sebenarnya susah untuk menyampaikan sesuatu. Terutamanya saya ni, bila menulis sesuatu kadang-kadang ada tersasul menulis dan apabila orang lain baca, mereka tersilap faham maksud yang saya ingin sampaikan. Ini kelemahan saya, kerana masih lagi kurang dalam menguasai bahasa ibunda dengan baik.
Dalam memahami sesuatu penulisan, kita haruslah membacanya dengan teliti, memahami apa yang ingin disampaikan dengan isu-isu yang diperbincangkan, dan isi-isi didalam penulisan itu. Kadang-kadang, kita mempunyai habit untuk tidak membaca langsung isi sesuatu penulisan, tetapi bila sahaja membaca tajuk penulisan itu, kita sudah pun menjadi marah dengan tajuk tersebut.
Habit seperti ini amatlah tidak baik kerana ia menandakan kita seperti orang yang tidak sabar atau lebih teruk lagi mundur dalam ilmu pengetahuan. Seolah-olah, kita hanya tahu menghentam apa sahaja perkara tanpa soal siasat apakah isu yang telah diperbincangkan atau yang ingin disampaikan penulis.
Salah satu penciptaan Allah swt pada manusia ialah dinding mempertahankan diri dari orang luar yang seolah menyerang kita. Ini suatu tindakan luar kawal kita yang asli dan hampir setiap orang mempunyai sifat ini. Contoh terbaik kita boleh ambil disini ialah apabila seseorang itu ditegur. Dengan secara automatik orang yang ditegur itu akan mengangkat dinding pertahanan dirinya. Tetapi dinding ini tidak lah selalunya baik kerana apabila kita sering mengangkat dinding ini dan gagal untuk melihat sesuatu perkara itu dengan positif, solusi pada perkara tersebut hanya akan terpancar keburukan diri sendiri.
Dengan sebab itu, kadang-kadang, apabila ditegur, sambil mengangkat dinding diri, kita sepatutnya juga memasang telinga dengan isi teguran orang lain itu, kerana dengan hanya mengangkat dinding diri sebagai perlindungan, kita juga dapat mengetahui apa yang sedang berlaku. Tidaklah kita menampakkan seolah-olah kita merupakan seorang cetek ilmu dan tidak mahu akan perubahan.
Apabila ditegur, kita haruslah terima dengan seadanya. Kerana apabila orang lain menegur diri kita, maka pasti ada yang silap dan kita haruslah muhasabah dan cuba untuk membaiki diri. Memang sukar sebenarnya untuk menukar aktiviti harian kita, terutamanya apabila perkara yang kita sering lakukan selalu, dan apabila ditegur, semestinya kita akan membantah dan mempertahankan apa yang kita rasa adalah benar.
Disini saya merasakan kebanyakan orang yang marah dengan teguran adalah kerana egonya. Kadang-kadang apabila diri merasakan sudah cukup baik, apabila ditegur, tercabarlah kehebatan dirinya, dan seharusnya kita mahu membuktikan orang yang menegur itu adalah salah. Secara tidak sedar kita telah pon menunjukkan ego kerana mahu menang untuk memuaskan diri sahaja dan bukan kerana mahu akan kebenaran.
Buang lah ego kerana syaitan sahaja yang jaguh dalam arena ini. Semestinya kita tidak mahu tergolong dalam kumpulan yang tidak akan merasakan nikmat syurga Allah swt yang sangat indah dan tiada bandingnya. Apabila ditegur, haruslah kita memikirkan secara positif dan terus muhasabah diri untuk menjadi lebih baik. Tidak semestinya apabila kita ditegur kita adalah merupakan orang yang tidak berilmu tetapi process perubahan diri adalah bermula dari diri sendiri dan tidak mungkin kita akan menjadi orang yang terbaik disisi Allah swt jika tidak ditegur langsung oleh orang luar yang memandang.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam.
hm, sangat betul. selalu bila ditegur, kebanyakannya tak nak terima. still juga nak sendiri yang menang. termasuk dalam arena syaitan ye? :P takmo takmo takmo.
bab membaca bahan penulisan pun. kekadang komen yang diberi ada juga yang tak tally. teruja nak komen barangkali. :D
sangat bagus ni. :)
Post a Comment