Thursday, July 14, 2011

checklist

aku rasa setiap orang ada checklist hidup masing-masing. macam aku ni, ada juga checklist cuma aku tak tulis atas kertas je. hehe~ tapi kali ni aku rasa nak share checklist tu yang selalu ada dalam otak aku ni.

1. solat 5 waktu
setiap orang wajib solat. itu hakikat. tiada alasan untuk tidak solat.malas ke, sakit ke, mesti solat, dah name pon wajib. ramai orang mahu ambil senang. kalu tak solat kan best. "tak payah aku susah-susah stop berdating tuk gi solat", kata otak sebelah kiri, dari pagi sampai la pagi esok balik tak payah benti. orang kije plak, dari masuk kije, sampai termuntah dalam ofis, tak benti-benti kije, balik kije tengok wayang pukul 6pm, wah..terus sampai waktu isyak. kan best. yeke best? hmm..

2. berpuasa
pejam celik, bulan depan dah puasa, rasa baru je tadi bukak posa, eh, bukan tu posa sunat khamis, ehe~ tabiat manusia, belom apa-apa kat shopping lot dah ada lagu raya. isk-isk, cepat benor, puasa belom lagi start, lagu raya dah mula dah. baju raya pon dah start jual. nanti bila dah nak puasa, trend makan banyak-banyak, al-maklum la, bila dah puasa takleh nak makan macam biasa. itu la dia nafsu makan. (oh ye, tadi kawan aku ajak makan kat jusco, terOder Cantonese Style Fried Rice plak, sekali sedap giler. fuh! tapi takpe, nafsu makan aku tak kuat, alhamdulillah lagi setakat ni).

3. mak ayah dah jenguk ke belom?
kita ni kalu dah busy sangat bekerja, kadang-kadang lupa nak amik tahu pasal mak ayah. kandang-kadang, orang laki ngan gf, aduhai, tak hengat dunia, tak pernah miss satu benda, pasal haid gf friend pon amik tahu, bila datang bulan ke dah ok ke (mungkin nak tolong belikan tuala wanita agaknya..:P) tapi bila pasal mak ayah, hampeh tak nak amik tahu langsung, siap boleh naikkan suara lagi. bila mak call ckp, "tak rindu mak ke lama tak datang jumpe mak?", senang je jawapan, "busy la mak, saya banyak kije", "atau, "mak jangan nak buat drama la, saya busy la". memang derhaka oi. sedar ke tak kita cakap ngn sapa tu? astagfirullahalazim tak bau syurga dik oi.

4. hutang dah bayar ke?
ramai kita-kita ni banyak hutang. tapi disebabkan nak hidup mewah, dengan rela hati tangguh semua hutang orang. yang paling best, ramai antara kita-kita ni, kalu hutang ngn keluarga, macam slow je keluar duit tu. padahal ada duit kalu nak settlekan terus. bukannya kita buta atau kita budak-budak tak nampak atau takleh pikir. bagi aku la, hidup ni, kalu banyak hutang memang tak selesa langsung. aku cepat-cepat je bayar PTPTN aku. tak mewah sekrang pon takpe, janji hutang settle cepat. rasa macam tak sabar dah nak abiskan hutang aku tu, tinggal lagi RM8k+++ je lagi. alhamdulillah. schedule diorang memang aku tak ikut langsung, "encik bayar banyak-banyak la, tak payah ikut schedule tu, nanti cepat habis", pesan orang counter PTPTN tu. pastu siap tengok detail aku lagi dalam PC dan tanya dah kije ape bagai, macam nak mengorat aku je. hehe~ ok, aku dah perasan..lupakan..:)

5. dakwah
ha..ni tajuk menarik bagi yang bujang dan bagi yang dah kawin. bagi orang bujang, apa kita buat rasanya dalam soal ni? dah start ke berdakwah sikit-sikit? dah rasa nak amik tahu ke macam mana? pastu bagi orang berkahwin plak macam mana? isteri tu semakin teruk ke, semakin ikut agama yang sepatutnya? berani ke kita tegur mengikut syarak? atau terlalu sayang isteri sampai hukum Allah pon kita berani ketepikan? aku malas nak sentuh banyak-banyak, nanti ada pulak ramai orang tak puas hati nagn aku, maka, pikir-pikir la sendiri ye, dah besor.

isk tetiba je aku dah takleh nak pikir apa checklist aku dah. tapi sebenarnya cam banyak je. hm..tapi itu la serba sedikit kot, dah lama tak menulis, jadi tepu sikit. 9 hari aku kat johor buat audit, penat pon tak hilang lagi ni. semoga post aku kali ni dapat dimanfaatkan bagi orang yang sudi baca, walaupon ada sedikit bau merapu.

wallahua'lam.

3 comments:

s a r said...

salam.

err, camna orang yang kita hutang kita dah tak jumpa. maksudnya kan, tak dapat nak dikesan dah. :D

hansuke said...

salam.

camni sar, cuba ko bayangkan:
kalu kita hutang dengan orang, sekali orang tu mati, kita tak sempat nak bayar hutang tu, tapi kita wajib pergi bayar dekat pewaris si mati yang kita hutang tu.

maka hutang akan tetap kita kena bayar, melainkan orang yang kita hutang tu dah halalkan hutang tersebut.

apa-apa pon, kena usaha dulu sebelum membuat keputusan hutang tu dah selesai..:)

sebab, dalam hadis nabi ada menceritakan si pulan atas titian siramustakim, sudah hampir ke penghujung untuk tamat dan masuk ke syurga, tapi last-last dia dicampak kedalam neraka sebab dia ada sedikit hutang yang dia lupa nak selesaikan.

wallahua'lam.

semoga mendapat manfaat bersama..:)

s a r said...

oh, okay. thanks ya :)

kena investigate ni haa sebelum menutup mata. :D

thanks again :)